Anda di halaman 1dari 1

Tutorial 4

Soalan 1
Apakah yang dimaksudkan dengan:
(a) Populasi
(b) Sampel
(c) Ralat Persampelan (sampling error)
(d) Saiz sampel

Soalan 2
Nyatakan perbezaan antara sisihan piawai (standard deviation) dengan selisihan piawai
(standard error of the mean).

Soalan 3
Taburan jumlah jam individu yang mempunyai akuan facebook adalah tidak normal kerana
sebahagian dari mereka hanya tidak membuka facebook apabila mereka tidur (semasa berjaga
smartphone mereka sentiasa disamping mereka). Seorang pelajar siswazah ingin menjalankan
kajian tentang tabiat penggunaan facebook dikalangan pelajar UKM. Bincangkan saiz sampel
yang sesuai bagi kajian tersebut (kaitkan dengan Teori Teorem Memusat).

Soalan 4
Skor IQ pelajar kolej bertaburan secara normal dengan min 107 dan sisihan piawai 15. Jika satu
sampel 25 orang pelajar dipilih secara rawak, apakah kebarangkalian min sampel adalah
a) Lebih besar dari 110
b) Antara 103 dan 113.
c) Kurang dari 101

Soalan 5
Adalah dianggarkan perbelanjaan membeli makanan pelajar sekolah rendah di kantin bagi dalam
seminggu mengikut taburan normal dengan min RM 20 dan sisihan piawai RM 2.50.
a) Jika seorang pelajar dipilih secara rawak, cari kebarangkalian bahawa perbelanjaannya
adalah
i) Kurang dari RM 25
ii) Di antara RM 16 dan RM 28
iii) Lebih dari RM 30

b) Jika satu sampel rawak 10 orang pelajar dipilih, cari kebarangkalian bahawa min
perbelanjaan sampelnya adalah lebih daripada RM 22

Anda mungkin juga menyukai