Anda di halaman 1dari 10

Prinsip Pengajaran Penulisan (3023)

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


BAHASA MALAYSIA

Tema Potret Malaysia

Topik Lawatan Ke Pulau Langkawi

Tarikh 18 Mei 2014

Kelas 4 Gemilang

Bilangan Murid 24 Orang

Standard 3.6.2 Menulis untuk menyampaikan maklumat berbentuk surat,


Pembelajaran laporan dan cerita dengan jelas serta menggunakan bahasa yang
santun

Objektif Pada akhir pengajaran murid diharapkan dapat:


1. Menulis karangan laporan dengan format yang betul
daripada isi yang telah dibincangkan.

Pengisian i. Ilmu: Kajian Tempatan


Kurikulum ii. Nilai: Menghargai Kemudahan awam dan mencintai alam
sekitar.
iii. EMK: Keusahawanan
iv. Kemahiran Berfikir : menjana idea
v. Belajar cara Belajar : membaca secara imbasan

Sistem Bahasa i. Kata ganti nama


ii. Ayat majmuk.

Bahan Bantu i. Video


Belajar ii. LCD
iii. Lembaran Kerja
iv. Gambar tunggal

1
Prinsip Pengajaran Penulisan (3023)

Langkah/ Isi Pembelajaran Aktiviti Pengajaran dan Catatan


Masa Pembelajaran

Set Kajian Tempatan 1. Guru memaparkan BBB : Gambar


Induksi Tempat- tempat gambar feri dan bersoal tunggal feri
(5 Minit) pelancongan jawab dengan murid
i. Pulau Langkawi tentang tempat- tempat
ii. Pulau Tioman lawatan yang
menggunakan bot untuk
Nilai : Menghargai sampai ke tempat tersebut
Kemudahan awam 2. Guru mengaitkan dengan
tajuk pengajaran hari ini

Langkah 1 Tempat menarik di 1. Guru menayangkan video BBB: Video


(5 minit) Pulau Langkawi melawat Pulau Langkawi Melawat Pulau
i. Makam Mahsuri 2. Murid diterangkan Langkawi
ii. Telaga Tujuh tentang video yang
iii. Beras terbakar ditayangkan
iv. Kereta Kabel 3. Guru menyoal murid
v. Pulau Dayang tentang pengalaman
Bunting murid melawat Pulau
Nilai : Mencintai Langkawi
Alam sekitar.

Langkah 2 Format Laporan. 1. Murid dibahagikan BBB:


(10 Minit) i. Tajuk Laporan kepada enam kumpulan Lembaran
ii. Tandatangan dan diminta untuk kerja (Peta
pelapor berbincang tentang isi buih)
iii. Tarikh karangan .
2. Guru mengemukakan Kemahiran
soalan karangan dan Berfikir :
memberi sedikit menjana idea
penerangan ringkas
tentang format karangan Penerapan
laporan. Kemahiran
3. Murid diberi borang Berfikir Aras
berbentuk peta buih untuk Tinggi
mencatat isi- isi penting (KBAT)

2
Prinsip Pengajaran Penulisan (3023)

Langkah/ Isi Pembelajaran Aktiviti Pengajaran dan Catatan


Masa Pembelajaran

Langkah 3 1. Objektif lawatan 1. Ketua Kumpulan


(10 Minit) 2. Masa Lawatan membentangkan hasil Kaedah
3. Jumlah peserta perbincangan Kumpulan
4. Guru pengiring 2. Guru buat komen tentang
Aspek tatabahasa isi karangan yang di
i. Kata ganti bentangkan dan memberi
nama sedikit penjelasan tentang
ii. Ayat apa yang perlu ada dalam
majmuk. laporan.
3. Murid juga diberi
penekanan tentang aspek
tatabahasa

Langkah 4 i. Kata ganti 1. Murid diarahkan menulis Penilaian


(20 minit) nama karangan berdasarkan isi kepada proses
ii. Ayat yang telah dibincangkan. mencapai
majmuk. 2. Guru membimbing murid objektif
secara individu.
3. Murid yang lemah diberi
pemulihan.

Penutup 1. Menghargai 1. Beberapa orang murid Belajar cara


(10 Minit) Kemudahan dipilih untuk membaca Belajar :
awam laporan yang di tulis. membaca
2. Mencintai 2. Guru buat rumusan secara imbasan
Alam sekitar. tentang tajuk pengajaran
hari ini
3. Murid juga diterapkan
dengan nilai murni yang
terdapat dalam pengajaran

3
Prinsip Pengajaran Penulisan (3023)

REFLEKSI

Pendahuluan

Sebelum menjalankan pengajaran ini, saya telah merancang aktiviti pengajaran

dan pembelajaran terlebih dahulu. Ini telah membantu saya untuk memperingatkan isi

pelajaran, menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran dan menyediakan bahan

bantu mengajar yang sesuai berdasarkan kebolehan dan keperluan murid murid saya.

Semasa menjalankan aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran, saya berasa saya amat puas

hati kerana murid-murid dapat memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada saya. Ini

membolehkan aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran saya dapat dijalankan dengan lancar

dan sempurna.

Dalam menyiapkan tugasan yang diberikan kepada saya, saya telah memilih

pengajaran penulisan karangan berformat laporan sebagai pengajaran saya. Tema Potret

Malaysia dengan topik Lawatan Ke Langkawi adalah topik yang saya pilih. Manakala

standard pembelajaran yang dipilih ialah 3.6.2 Menulis untuk menyampaikan maklumat

berbentuk surat, laporan dan cerita dengan jelas serta menggunakan bahasa yang santun.

Standard pembelajaran ini adalah pecahan dari standard prestasi 3.6 iaitu Menulis untuk

menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa yang

santun

Saya juga dibantu oleh rakan sekerja saya untuk mengenal pasti kelemahan dan

kekuatan pengajaran saya. Beliau memberi kerjasama yang baik kepada saya untuk

menyiapkan tugasan saya ini. Segala pandangan dan pendapatnya di bincang bersama-

sama . Berdasarkan pengajaran yang telah dibuat terdapat beberapa kekuatan dalam

penyediaan dan pengajaran . Ini dapat dinyatakan seperti di bawah ini.

4
Prinsip Pengajaran Penulisan (3023)

Kekuatan

Pengajaran yang telah dilaksanakan mempunyai kekuatan tersendiri walaupun

diakui terdapat kekurangannya. Dalam pengajaran dan pembelajaran yang telah

dijalankan, strategi yang telah digunakan adalah lebih berpusatkan murid. Kelebihan dan

kekuatan yang dapat dikesan dalam menjalankan tugasan ialah ketegasan dan

kelantangan suara. Suara saya yang lantang akan memudahkan murid mendengar

seterusnya membantu pemahaman murid terhadap apa yang disampaikan oleh guru.

Selain itu, kelantangan suara saya juga menunjukkan ketegasan dalam menyampaikan

sesuatu. Hal ini akan memberi kesan kepada tumpuan dan fokus murid. Murid dilihat

lebih tertumpu kepada penyampaian isi pelajaran tanpa menghiraukan gangguan-

gangguan lain. ketegasan dalam menyampaikan pelajaran juga akan membuatkan murid

lebih hormat kepada guru.

Kejelasan memberikan arahan juga merupakan kekuatan yang dikenal pasti dalam

penyampaian pelajaran. Kejelasan penyampaian memainkan peranan dalam kefahaman

murid. Hal ini sangat berkaitan dengan tindakan susulan murid. Arahan yang diberi jelas,

memudahkan murid faham, seterusnya melakukan tugas mengikut arahan dan panduan

yang diberikan. Tindakan susulan oleh murid yang tepat menunjukkan kefahaman murid

terhadap penyampaian guru berkenaan isi pelajaran.

Dalam set induksi saya berjaya menarik minat murid dengan gambar yang

ditunjukkan. Suasana perbincangan antara murid dan guru juga wujud .Murid dilihat

5
Prinsip Pengajaran Penulisan (3023)

semakin berminat untuk mengetahui tajuk yang akan guru bincangkan. Permulaan

pengajaran saya dapatlah dikatakan berjaya menarik minat murid terhadap tajuk yang

pengajaran yang saya sampaikan.

Kekuatan seterusnya ialah , kaedah yang saya gunakan . Saya juga

menggunakan pelbagai kaedah pengajaran. Kaedah kumpulan dalam langkah yang ke dua

dilihat berjaya memupuk semangat kerjasama murid. Mereka dilihat berusaha untuk

menyumbangkan idea masing- masing dalam aktiviti kumpulan tersebut. Guru juga

menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) kepada murid. Dengan menggunakan

peta buih murid dilihat lebih mudah untuk mengenal pasti isi-isi penting dalam penulisan

karangan. Penyediaan lembaran kerja adalah baik kerana dapat menjimatkan masa, murid

tidak perlu menyalin soalan, murid tidak membuang masa dengan melambat-lambatkan

mengeluarkan buku latihan.

Pengajaran berbantukan teknologi terkini merupakan sesuatu yang menarik.

Apabila saya menayangkan video, murid dilihat menumpukan perhatian terhadap

tayangan yang dipaparkan melalui skrin . Tumpuan murid ini akan memudahkan lagi

murid memahami isi pengajaran seterusnya. Kaedah ini dimuatkan dalam pengajaran

saya untuk mengatasi masalah pengetahuan sedia ada sesetengah murid yang belum

pernah melawat tempat berkenaan.

Saya juga memberi peneguhan positif kepada murid.Ini dapat membangkitkan

semangat murid untuk terus menjawab . Peneguhan positif berfungsi sebagai ganjaran

yang mendorong individu mengulangi tingkah laku berulang-ulang. Peneguhan positif

ialah stimulus atau peristiwa yang menyebabkan kemajuan dalam pembelajaran ataupun

perubahan kelakuan positif. Menurut Skinner ( 1930 ), tingkah laku boleh diajarkan dan

6
Prinsip Pengajaran Penulisan (3023)

dipelajari melalui satu stimuli yang sesuai yang diberi sebaik saja wujudnya tingkah laku

operan itu.

Kelemahan

Tidak dapat dinafikan bahawa dalam penyediaan dan pengajaran yang saya

jalankan terdapat juga kelemahan yang perlu dibaiki. Antara kelemahan yang ketara ialah

pengurusan masa .Dalam melaksanakan set induksi sebagai permulaan pengajaran, saya

mendapati tempoh masa yang diambil terlalu panjang dan melebihi masa yang

dirancang. Dalam perancangan sepatutnya saya melaksanakan set induksi itu selama lima

minit tetapi ia telah dijalankan hampir sepuluh minit. Selain itu, saya juga agak lambat

mengaitkan set induksi yang dilaksanakan dengan isi atau tajuk pelajaran yang hendak

diajar.

Semasa pengajaran saya , ada kalanya saya terlepas pandang kepada beberapa

murid yang tergolong dalam golongan lemah di mana mereka pun berminat untuk

menjawab soalan tetapi saya tidak melayan mereka kerana asyik melayan murid-murid

yang begitu menonjol dalam kelas. Saya merasakan interaksi saya dengan murid adalah

tidak menyeluruh. Ini adalah kerana saya banyak menghabiskan masa di hadapan kelas.

Kelemahan seterusnya yang dapat dikesan ialah kaedah menggunakan papan tulis.

Guru tidak menggunakan papan tulis dengan teratur menyebabkan murid susah untuk

membuat rujukan isi pengajaran yang disampaikan. Saya dilihat juga kurang memberi

perhatian kepada kaedah penggunaan papan tulis yang betul. Saya juga tidak dapat

mengekalkan saiz tulisan di papan tulis ketika membuat penerangan.

7
Prinsip Pengajaran Penulisan (3023)

Penggunaan bahasa baku yang salah juga merupakan kelemahan yang ketara

dalam pengajaran yang saya jalankan.. Ada ketikanya saya menggunakan bahasa dialek.

Rakan saya mendapati saya menyebut beberapa perkataan dialek walaupun bertujuan

jenaka. Saya sedar jika guru sendiri menyebut salah, anak murid kita akan keliru. Saya

dapati tanpa sedar saya telah dipengaruhi oleh bahasa pasar atau rojak.. Hal ini saya akan

ambil secara serius dan akan lebih berhati-hati dalam pengajaran.

Penambahbaikan Pengajaran

Penilaian kendiri dibuat setelah selesai melaksanakan pengajaran dan

pembelajaran sebagai satu refleksi berkenaan dengan pengajaran saya. Kekurangan dan

kelemahan di dalam pengajaran tersebut perlu dibaiki dalam pelajaran akan datang.

Antara penambahbaikan yang perlu ada ialah pengurusan masa yang betul seperti dalam

perancangan. Saya perlu mematuhi masa yang saya tetapkan agar penyampaian isi

pengajaran dalam langkah- langkah seterusnya tidak terganggu dan isi dapat disampaikan

sepenuhnya. Saya juga perlu lebih cepat mengaitkan tajuk dan isi pengajaran dalam set

induksi.

Penambahbaikan juga perlu dilihat kepada perkembangan murid dan penerimaan

mereka berdasarkan kepada langkah-langkah pengajaran yang disusun secara

berperingkat-peringkat. Oleh itu saya juga perlu melihat kepada semua murid agar setiap murid

terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran saya. Peluang sama rata antara murid cerdik dan

lemah perlu saya baiki agar murid lemah tidak merasakan diri mereka tersisih.

Dalam pengajaran yang akan datang saya juga perlu memberi perhatian terhadap

kaedah penggunaan papan tulis yang betul. Perancangan awal juga perlu saya buat. Saya

8
Prinsip Pengajaran Penulisan (3023)

perlu memperbaiki tulisan saya pada papan tulis. Saya harus sedar bahawa papan tulis

jika dimanfaatkan secara optima menjadi media yang efektif dalam pencapaian

kompetensi hasil belajar murid. Media atau teknologi yang dikatakan efektif untuk

mengekplorasi kompetensi murid ialah apabila:

(1) Digunakan untuk menyajikan maklumat secara sistematik.

(2) Memperjelas idea-idea yang masih kabur dalam sumber belajar lain.

(3) Memberikan penerangan kontekstual terhadap isi pelajaran.

(4) Maklumat yang disajikan dapat dilihat/dibaca dengan jelas oleh sebahagian besar

murid.

(5) Kesan dari maklumat yang disajikan menarik dan memiliki makna (misalnya dengan

penggunaan warna, grafik, jadual).

(6) Dapat dimanfaatkan secara seimbang antara kegiatan guru dan kegiatan murid.

Saya perlu mengawal penggunaan bahasa saya agar tidak menggunakan dialek

daerah dan bahasa pasar. Ini akan mempengaruhi murid dalam penulisan mereka. Saya

jua perlu menggalakkan mereka supaya menggunakan bahasa baku . Penggunaan bahasa

yang tepat akan lebih lagi menambah pemahaman murid terhadap apa yang disampaikan.

Kesimpulan

Kaedah pengajaran adalah sesuatu yang boleh ditentukan oleh guru sendiri secara

fleksibel. Yang penting murid dapat belajar ilmu pengetahuan dan dapat mencapai

objektif pengajaran tajuk pada hari itu. Oleh itu, guru hendaklah bijak merancang

pengajaran dan pembelajaran supaya murid dapat menguasai kemahiran. Guru yang

9
Prinsip Pengajaran Penulisan (3023)

mengetahui kelemahan dan kekuatan murid. Pandangan dan teguran rakan-rakan dan

murid boleh membantu memperbaiki kelemahan pengajaran guru

Proses pengajaran yang telah saya buat telah berjaya dan objektif pembelajaran

yang saya rancang telah tercapai. Walau bagaimanapun ,saya tidak menafikan masih ada

kelemahan dan kekurangan daripada pengajaran ini. Saya berharap ini akan menjadi

panduan dan dorongan kepada saya di masa-masa akan datang.

10