Anda di halaman 1dari 7
APAKAH DAN SIAPAKAH MEREKA YANG DIPANGGIL WAN B | erent sat ust Ketan Kies nh syassuan dengan jun ene fsngna aa wl ak note Ets Sry, dn jn el feos Ye eh dengan naa Want Kita sering mendengar cerita dari datuk nenek kita bahawa keluarga “Wan” di Kedah ini, adalah asal dari satu rumpun iaitu dari keturunan anak cucu, Bendahara, Laksamana dan Temenggong Negeri Kedah. Mereka ini tclah berkahwin diantara satu keluarga dengan satu keluarga yang lain (inter marriage) yang hingga sckarang ini ujud beribu-ribu keluarga “Wan” di Kedah seperti yang dapat dilihat dari carta. Penyelidikan dan kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa keturunan sescorang daripada mereka itu adalah ikatan dari dua keluarga. Setengahnya pula ada kaitan dari tiga keluarga. Yang dimaksudkan dengan keluarga dalam buku ini ialah keluarga Bendahara, Laksamana dan Temenggong. Buku “Mengenali Asal Usul Keturunan Keluarga” ini, adalah diharap dapat memberi sedikit scbanyak gambaran atau pun maklumat mengenai dengan ketwrunan masing-masing, setakat yang. terdaya upaya dikumpulkan, Satu penyclidikan bagi satu tempoh yang begitu lama, tentulah tidak dapat dibuat dengan lengkap tanpa mendapat atau merujuk kepada maklumat-maklumat yang bertulis, Masyarakat di luar dari negeri Kedah, kerapkali salah faham dan membuat anggapan yang salah serta sangkaan bahawa “Wan” itu adalah semuanya dari Kelantan, Mercka barangkali tidak tahu bahawa Negeri Kedah jua mempunyai keturunan “Wan’. yang bertaburan diseluruh tempat dalam Negeri Kedah Terpulanglah kepada ahli-ahli sejarah dan penyelidik di kalangan generasi-gencrasi muda sckarang dan di masa akan datang menyiasat hal ini dan membuktikan sama ada keturunan atau keluarga “Wan” di Kelantan, Trengganu, Pahang dan Johor itu datang dari satu rumpun. Dari segi sejarah pada zaman dahulu, Kedah, Perlis dan Sctol di Selatan Thailand (Siam) adalah sebuah negeri yang satu, Pertalian keluarga dan keturunan “Wan” di Kedah, di Perlis dan di Seto! menunjukkan mereka ini adalah dari salu rumpun. Manakala di Negeri Selangor pula, iaiu di Bandar Di-Raja Kelang, kita akan dapati disini jua ada sckumpolan kel Wan", Antara keluarga keluarga Wan di Selangor ini termasuklah keluarga Dato’ Wan Ibrahimn Soloh, Dato’ Seri Amar Di Raja Kedah, yang mana bapanya adalah dari keturunan Dato’Temeaggong Kolok Bukit Lada. Banyak dari keluarga Dato’ Wan Ibrahim yang tclah memegang jawatan yang penting dalam Istana dan Kerajaan Sclangor. Sclain dari Selangor, kita jua mendapati ada ujud satu kumpulan “Wan” di Muar, Johor. Dari manakah asal usul keluarga ‘Wan' di Selangor dan di Muar ini? Di Negeri Trengganu jua didapati banyak keluarga “Wan”, Ada seorang yang keturunan Wan di Trengganu bernama Wan Mohamad bin Dato’ Panglima Perang, Wan Muda bckas Ketua Pegawai Polis Daerah Kuala Trengganu dalam tahun 1966, yang mempunyai kaitan Kekeluargaan dengan Wan Osman bin Wan Ali (bekas Pegawai Polis Kedah) dan Dato’ Haji Wan Daud bin Wan Ali (bekas Pegawai Tadbir, Kedah), Wan Osman dan Dato’ Haji Wan Daud adalah dari keturunan Dato’ Paduka Maharaja Temenggong Anggota Desa Al-Shahidl, Wan Musa. Adakah keluarga Wan Mohamad di Trengganu itu jua asal dari anak cucu Temenggong Kedah? Memandangkan bahawaKedah dan Trengganu scbelum T.M. 1909 adalah dibawah naungan kerajaan Siam. Kemungkinan berlakunya penghijarahan ‘atau perkahwinan di antara keluarga dalam dua buah negeri ini, adalah diantara beberapa fakia yang menyakin kita bahawa diantara keturunan “Wan” di Trengganu dan di Kedah, jika diselidik dan dika Jebih mendalam, mempunyai ikatan darah dan kekcluargaan, Demikian jua, adakah keturunan “Wan” di Kedah dan di Kelantan itu mempunyai talian carah dan kekeluargaan, tidaklah dapat hendak dipast “Wan” sama ada di Kedah, Trengganu dan Kelantan atau pun di Pa a silam, Setakat yang diketahui dan difahamkan bahawa "Wan" di Kelantan itu berasal dart Petani sebeah kawasan di negeri Thai. Kelantan dan Petani adalah negeri yang berjiran, apatah lagi disaman alan kedua-dua dibawah pemer Siam, DYMM Sultan Abmad Tajuddin Muharram Shah dalam salah satu lawatan Baginda ke Bangkok dalam tabun 1855 telah dikahwinkan dengan Wan Halijah yang beracal dari Petani, iaitu anak angkat kepa iam pada kevika itu. Kampung Teluk Wan Jah di Bandar Alor Setar sckarang adalah mengambil semperna nama beliay. Wan Halijah adalah bonda kepada Settee Zainul Rashid yang memerintah Negeri Kedah dari tahun 1877 hingga 1879. Manakala Wan Tora Besar bin Wan Mohd. Sidck Dato’ Bendahara Seri Paduka Maharaja Sura, yang _menguriny DYMM Sulun ke Kota Bangkok telah dikahwinkan pula dengan Nik Sala tibu Kepade Haji Wan Abdullah), Haji Wan Ishak dan Wan Yunus. Nik Sara ialah adik sepupu kepada Wan Halyjah yang jua berasal dari Petni dan tinggal dalam Kota Raja Siam di Bangkok. Jka peristiwa int diambil sebagai satu contoh, kemungkinan satu ikatan perhubungan kekeluargaan atau keturunan telah lama ujud dikalangan keturunan Bendahara, Laksamana dan Temenggong Kedah dengan kumpulan di Kelantan dan Petani, Di Kota Bangkok, yang menjadi Pusat dan Ibu Negara Kerajaan Siam yang mempunyai pengaruh yang kuat keatas Negeri-negeri Kedah, Kelantan, Trengganu dan Perlis, ada ujud satu kumpulan “Wan” yang kebanyakan datang dari negeri-negeri tersebut. Mereka ini menjawat beberapa jawatan yang penting di Kota Bangkok dan di istana Raja Siam; seperti menjadi jurubahasa, ketua-ketua Ugama Islam dan scbagainya. Salah seorang dari cucu. Dato’ Seri Indera Membang Senggara Wan Mohd. Taib bin Wan Mohd. Sidck, Dato’ Bendahra Paduka Maharaja Sura telah berhijrah dan tinggal di Kota Bangkok, Manakala di Petani atau lebih dikenali sekarang sebagai Narathiwat - ujud keluarga Wan yang mana kebum telah berhijrah ke Baling, Kedah, Perak Utara dan Ke Bolehkah ini dapat diambil se 5 bukti bahawa masyarakat “Wan” itu datang dari satu kumpulan, atau dari satu rumpun yang satu masa beratus ratus dahulu berpusat di satu kawasan tertentu. Mengikut satu kajian, "Wan" dan “N berasal dari Negara Chempaka Tua. Pahang jua mempunyai keturunan “Wan’” yang memainkan pe yang penting dalam pemerintahan Negeri Pahang, seperti Wan Ahmad Bendahara yang akhirnya menja Sultan Pahang. Keluarga “Wan” di Pahang bertaburan discluruh Negeri Pahang terutamanya di Dacrah Lipis, Jelai dan Pekan dimana Kerajaan Pahang berpusat dizaman sitar. Di Perak jua kita dapati Keluarga atau Keturunan “Wan” berpusat di Kuala Kangsar, Taip Grik di Ulu Perak. Keluarga “Wan” di Kuala Kangsar, memainkan peranan yang penting di Istana Di Raja Perak, Datuk Temenggong Perak sckarang ini adalah dari keturunan “Wan”. Sama ada ia ada kaitan dengan salah scorang anak Dato” Bendahara Seri Paduka Maharaja Sura, yang dilahirkan Gi Perak, tidaklah dikctahui. Sayugia diingat, Dato” Bendahara Paduka Maharaja Sura selepas peperangan dengan Negeri Perak pada (hun 1818 tclh berkahwin dengan keluarga Orang Kaya-kaya Dato’ Temenggong Perak. Beliay mendapat scorang anak perempuan, Tidak jua diketahui, sama ada isterinya dan anaknya dibawa balik Kedah. Dato" Bendahara mati 3 tahun sclepas Peperangan itu dalam peperangan antara Negeri Kedah dengan Teniera Siam, Setakat yang diketahui ‘masyarakat “Wan” di Grik adalah berasal dati Petani, Wan Mohamad b, Wan Teh bekas Menteri Besar Perak dan adiknya Dr. Wan Hashim b. Wan ‘Teh; Pensyarah UKM adalah dua orang tokoh keturunan “Wan” di Grik, Perak. dan diteliti kita dapati semua dan iu Kedah, Perlis, Kelantan, Trengganu, di Dari manakah datangnya perkataan “Wan” itu? Kalau ditin sebahagian besar datang dari negeri-negeri yang tertentu sahaja Pahang, Perak dan kumpulan-kumpulan kecil yang terpeneil di dacrah-dacrah Muar; di Johor, Kelat ‘Selangor dan Grik di Ulu Perak dan berpengaruh di Istina Raja, menjawat Maha Menteri lonteriDelapan igelaran yang lertentt lain lagi. Banyak ada Di Kedah, "Wan" memain peranan yang. pentin bebcrapa jawatan tcrtenty seperti Bendahara, Laksamana, Temenggong dan GGelaran Menteri Empat) dan beberapa jawatan iin dalam susun men dan Enam Belas, seperti Syahbandar, Hakim, Bendahari, Kad dil dengan gel seperti Dato” Seri Maharaja Putera Dewa, Dato’ Seri Paduka Tuan dam la 14 tcori yang telah dikemukakan bagaimana nama “Wan” itu terlekat dipangkal Uap-tiap nama sescorang itu. Ada yang mengatakan “Wan itu berasal dari perkataan PAHLAWAN kerana mercka ini kononnya datang dari keturunan “Pahlawan” dan telah dipendckkan olch Raja bagi memudah panggilan dan sebulan. “Pahlawan Sulaiman” umpamanya, dipendekkansebagai “Wan Sulaiman” dengan di beri hak trun menurun yang membolehkan anak cucu keturunan mereka memakai nama Wan. Dato” Haji Wan Annuar b. Wan Ishak bin Wan Mohd. Akib bin Wan Mohd Taib Dato’ Seri Paduka Membang ‘Senggara; Shahbandar bin Wan Mohd Sidek Dato’ Bendahara Seri Paduka Maharaja Sura dalam cacatannya telah menulis seperti berikut:- “Diriwayat oleh orang tua-tua bahawa gelaran “Wan” adalah asal ciptaan (creation) - salah seorang ‘Sulan negeri Kedah di zaman dahulu yang diberikan kepada anak cucu Dato'-Dato” yang berkhidmat kepada baginda scbagai mengenang atau mengiktiraf (in recognition of) jasa dan kesetiaan Dato'-Dato' itu kepada baginda.” Dato’ Hj. Wan Annuar sekarang ini bertugas scbagai Ketwa Istiadat dengan gelaran Dato’ Jaya Budiman yang dahulunya jawatan ini dipegang oleh Dato! Seri Maharaja Lela. ‘Ada yang berpendapat bahawa Wan bukanlah satu GELARAN bahkan satu Keturunan atau satu suku-sakat, Keturunan "Wan" ini tclah ujud lebih awal dari Hijrah 531 (atau Masehi 1150). Mengikut sejarah seorang yang bemama Wan Emas cicit Dato’ Scraja Wang tclah dikahwinkan dengan scorang Arab dari Hijaz, yang bernama Sharif Aman pada Hijrah 1011 (Maschi 1546), yang membuktikan Keluarga dan keturunan Wan, sudah ujud pada masa itu, Tarikh ini adalah beberapa tahun Kemudian daripada tarikh kejatuhan Kesultanan Kerajaan Melaka jatuh ke tangan Portugis pada maschi 1511 En, Ismail . Haji Sallch, Sctiausaha Persatuan Sejarah Kedah, dan jua seorang ahli sejarah Negeri Kedah dalam penulisannya dalam Warta Darulaman - Keluaran Kerajaan Kedah, telah menya-takan, “Ada orang berkata titisan dari Rudrawaman - Raja Funan yang paling akhir- inilah menjadi Wan Empok dan Wan Malini ¢i Bukit Siguntang dan Wan-Wan yang terdapat di negeri kita. “Wan” iw ialah kependckan dari “Warman” nama hujungan raja-raja Funan, Manakala ada satu pendapat yang lain (yang saya sebut awal dalam kenyataan di atas) bahawa Wan itu datangnya dari Negara Chempaka Tua. ‘Ada jua pendapat yang mengatakan bahawa “Wan” ini ketwruan dari Kerajaan Funan. Sayugia diingat Funan alah sebuah Kerajaan Melayu yang agung di Semenanjung Champa Diantara nama Raja-Raja Funan paca ketika itu dalah : (1) Fan-Shit-Man (Wan Sulaiman), (2) Fan Chan (Wan Chan-Hassan?), (3) Fan Hsun (Wan Sun?), (4) Fan Hsuing (Wan Husin?), (5) Fan Yi (Wan Yi2). Fan Yi memerintah lebih dari lima puluh tahun, Diantara negeri-negeri yang ditakluki oleh Funan ‘termasuklah Langkasuka, Kerajaan Funan jatuh pada tahun 540. Apabila Kerajaan Funan jatuh pada tahun 540, Keluarga Di-Raja Funan Fan Yi, berundur ke kawasan antara Genting Kra dengan Kedah yang meliputi sau kawasan yang luas termasuk Petani, Raman dan lain lagi, Kedah pada masa itu ialah sebuah pelabuhan yang sibuk - tempat ‘orang ramai berniaga di antara India dan negara- negara timur. Nusantara atau Asia Tenggara adalah dibawah Kerajaan Melayu. Besar kemungkinan anak cucu Raja Funan yang akhir, “Fan Yi" yang ‘memakai nama “Fan” juaberundur, tinggal dan memeriniah di kawasan yang ditaklukinya dahulu iaita antara Genting Kra dan Kedah, Pada sai masa Kedah (Langkasuka) adalah dibawah Kerajaan Funan. ‘Apakah boleh diterima iaitu apabila kawasan Nusantara memeloh u : twkar menjadi “Wan”? Apakah ini satu cara mengikis kesan-kesan Hindu di nama mereka. “Wan” diletak dipangkal nama mengganti Fan. Nama Wan Empok dan Wan Malini adalah yang mula kita dengar datangnya dari Bukit Siguntang, apak Kerajaan Melayu, Sri Vijaya. Mengikut scjarah ia adalah lebih awal dari Funan Dari Bukit Siguntanglah merebak orang Melayu ke serata Nusantara Dalam Sejarah Melayu kita dapati nama-nama seperti Wan Empok dan Wan Malini di Bukit Siguntang. Wan Scri Bani, Wan Scnari, Wan Antah di Bentan, Nama-nama ini tercatit awal dalam atau tahunnya, kita tidak dapat_mempastikan. Dalam cerita Sclampit dan Terong Pipit ada tersebut nama Wan Chik yang dige Antan Tembaga Sclampit Raja Kuala sebagai seorang watak dalam cerita it. pada zaman Kedah ta sudah ada mereka yang dipanggil “Wan”. Terpulanglah “kepada pembaca_membuat penelitinn antara. “Dongeng’” dengan fakta scbenar. Bolehkah kita kira bahawa gelaran “Wan” ini sudah pun ujud berzaman-saman, Dan ia adalah satu keturunan dan bukan satu gelaran, Buku “Mengenali Asal Usul Kewurunan dan Keluarga” ini akan dapat menolong memberi gambaran asal usulnya sesuatu keluarga itu dan membantu sesuatu keluarga mencari dengan mencliti dimanakah pertalian diantara satu keluarga dengan satu keluarga yang lain. Namun begitu ada jua kumpulan atau keluarga yang tclah membuang nama “Wan” dari diri mercka oleh scbab hal-hal tertentu, Mengikut Salasilah Sultan Rijaludin yang memerintah negeri Kedah dari Hijrah 1035 hingga 1062 (Maschi 1619 - 1652) mempunyai isteri bernama Wan Fatimah iaitu anak kepada Dato’ Maharaja Timbangan Warta. Sebelum dari tazih itu dalam Hijrah 531 atau Masehi 1150, seorang cicit Dato’ Seraja ‘Wang tclah berkahwin scorang alim dari Hijaz. Ini bermakna keturunan “Wan"" itu sudahpun ada sebelum daripada maschi 1150 itu hingga sekarang. Semenjak daripada itu beberapa orang dari Sultan-Sultan dan anak-anak Raja Kedah telah berkahwin dengan anak-anak Bendahara, Laksamana atau ‘Temenggong, seperti Wan Sara bt. Dato’ Paduka Mahara Menteri berkahwin dengan Sultan Masyuddi Mansor Shah yang memerintah dari Hijrah 1062 - 1072 (Masehi 1652 - 1661). Wan Kamaliah bt. Dato’ ‘Seri Paduka Raja Laksamana berkahwin dengan Sultan Abdullah Mukarram Shah yang memerintah dari Hijrah 1174 ~ 1212 (Maschi 1778 - 1789). Wan Masheran anak Wan Mohd. Sidek Dato” Bendahara Seri Paduka Maharaja Sura tclah berkahwin dengan Sultan Zainul Rashid. Wan Hajar bt. Wan Ismail bin Dato’ Seri Laksamana Paduka Raja adalah yang akhir sckali dari keturunan Wan yang berkahwin dengan Raja Pemerintah tahkta Kerajaan Kedah. Beliau (Wan Hajar) telah berkahwin dengan Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah yang memerintah dari Hijrah 1270-1296 (Maschi 1854-1879). Wan Hajar inilah kakak kepada Wan Mohd. Saman yang terkenal dengan kebolehan kepintaran mengorek terusan Wan Mohd. Saman di sepanjang kawasan antara Alor Setar ke Gurun. Dari kenyataan ini dapatlah dihuraikan schingga ke zaman pemerintahan Sultan Abdul Hamid Halim Shah (lahie pada 46.1864, naik tahkta 21.1.1882, mangkat pada 13.5.1943) memang ada kaitan kekeluargaan antara keluarga di Raja Kedah dengan keturunan "Wan" discbelah pihak ibu. Kita dapat melihat keturunan “Wan” ini telah pun ujud sebelum Hijarah 531 ataupun sebelum Masehi 1150. Sukar bagi kita hendak mendapat nama mereka yang sebenar, kerana apabila telah dilantik ke sesuatu jawatan mercka dipanggil dengan nama jawatan yang dilantik itu, umpamanya Dato’ Maharaja Timbangan Warta, bapa kepada Wan Fatimah isteri Sultan Rajaludin (hipah 1305 1062). Apakah nama Dato’ Maharaja Timbangan Warta yang scbenar. Dato” Maharaja Timbangan Warta adalah satu-satu jawatan Menteri Delapan di Kedah pada masa itu. Maka nama asal dan nama sebenar 1u, dengan secara begini, dengan sendirinya luput. Hanya bagi mercka yang tidak menjawat apa-apa jawatan dan tidak pula bergelar akan (crus menguna dan kekal dengan nama asal, contohnya seperti ayah kepada Mak Wan Besar dan Wan Hajar, iaitu Wan Ismail bin Dato’ Paduka Seri Maharaja Laksamana. Kita memang mengetahui_ nama Wan Ismail kerana ia tidak borgelar telapi nama bapanya yang sebenarnya tidak pula dapat dikesan. Mujorlah kita dapat mengesan nama seperti Wan Ibrahim (anak Wan Mohd. Sidek Bendahara Sori Paduka Maharaja Sera) dan Wan Ismail (anak Dato’ Laksamana), Nama sebonar Dato” Laksamana tidak dicatit dalam scjarah, apa yang discbut hanya gelaran jawatan sahaja). Dengan demikian kita hanya dapat mengesan nama scbcnar Bendahara sahaja, tctapi tidak nama scbenar Dato" Seri Raja Laksamana. Inilah zaman berakhimya ketiga-tiga gelaran_penting di Negeri Kedah itu. Sayugia _diingati dizaman pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah (1804-1843) Siam telah melanggar Kedah Angkara perbuatan belot Tengku Embon (Tg. Yaakob) yang menycbabkan DYMM Sultan Ahmad Tajuddin terpaksa berundur ke Pulau Pinang dan terusnya ke Melaka, Di dalam peperangan yang berlaku di Kuala Kedah (Kuala Bahang) Wan Mohd. Sidek Dato’ Bendahara dan Dato" Laksamana telah 1s ditangkap oleh Siam dengan cara_muslihat. Apa kesudahan mereka ini tidaklah diketabui, Mengikut catitan scjarah mereka inilah Pahlawan Kedah yang mati tidak berkubur. Mercka telah ditawan dan dibunuh oleh Siam. Dato” Temenggong Wan Musa yang mengatur scrangan balas menghadapi Siam, telah jua terkorban dan sebab itulah ia discbut Dato" Temenggong Anggota Al-Shahid Wan Musa. Dari semenjak itulah walaupun DYMM Sultan Ahmad Tajuddin berangkat balik ke Kedah dalam tahun Maschi 1842 memerintah semula negeri Kedah, maka gelaran dan jawatan-jawatan itu tidak dihidupkan semula hingga hari ini. Yang demikian luputlah jua pemerintahan dan gelaran turun menurun diantara Bendahara, Laksamana dan Temenggong. Hanya Wan Taib anak Wan Musa, Temenggong Anggota Desa Al-Syahid sahaja, sclepas kematian ayahnya terus memegang jawatan Temenggong Anggota Desa di bawah pemerintahan Tengku Embon. Tetapi sclepas kematian Dato’ Temenggong Wan Taib ini, gelaran-gelaran itu tidak lagi dikekalkan, Luput dan berakhirlah jawatan-jawatan Bendahara, Laksamana dan Temenggong. Namun begity apabila Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah kembali ke Kedah dari Melaka, anak-anak Bendahara, Wan Ibrahim (Besar) anak Laksamana, Wan Ismail, anak Temenggang, Wan Taib tcrus berkhidmat memainkan peranan dan tugas yang penting serta berpengaruh dalam Kerajaan Kedah schingga peringkat anak-anak mercka. Haji Wan Abdullah, anak kepada Wan Ibrahim (Besar) bin Wan Mohd, Sidek Dato’ Bendahara Seri Paduka Maharaja Sura, ‘Wan Mohd. Saman anak kepada Wan Ismail bin Dato’ Seri Laksamana Raja dan Haji Wan Yahya anak kepada Wan Taib bin Dato” Temenggong Anggota Desa; Wan Musa terus memainkan peranan yang penting sama seperti peranan yang dimainkan oleh datuk-datuk dan bapa-bapa mercka yang terdahulu, Wan Mohd. Saman (lahir pada 1830 di Alor Janggus) anak kepada Wan Ismail, mengambil alih dari bapanya Wan Ismail bin Dato” Laksamana telah dilantik sebagai Perdana Menteri pada tahun 1870 (meningal pada tahun 1898) dan dialah yang bertanggungjawab membawa beberapa perubahan dan Kemajuan dalam negeri Kedah seperti Terusan Wan Mohd. Saman yang termashur itu dan yang menjadi Kebanggaan kepada negeri Kedah, Selepas kematian Wan Mohd. Saman, pada tahun 1898, pupunya pula iaitu Haji Wan Abdullah 6. Wan Ibrahim (besar) telah dilantik mengganti tempatnya sebagai Menteri Tunggal. Haji Wan Abdullah adalah jua bertanggungjawab menjalankan istiadat Perkahwinan Besar diRaja dalam tahun 1904, dalam masa Kedah masih di bawah Naungan Kerajaan Siam, Haji Wan Yahaya b, Wan Mohd. Taib Temenggong ialah yang akhir sckali memegang jawatan penting scbagai Setiausaha Kerajaan Kedah dalam masa negeri Kedah sedang menuju masuk kepada perubahan ke zaman baru di bawah sistem pemerintahan Barat, Dengan tamatnya perkhidmatan Haji Wan Yahya maka tamatlah pengaruh Bendahara, Laksamana dan Temenggong, maka dengan itu tamatlah zaman Kedah Tua. Kedah mulai memasuki era baru pada tahun 1909 di bawah naugan Kerajaan Inggeris dengan bag yak meniru dan melaksana pentadbiran dari barat. Sclepas scratus tiga puluh tahun berlalu, maka pada tahun 1958, gelaran Bendahara, Laksamana dan ‘Temenggong telah dihidupkan scmula oleh waktu. DYMM Sultan Abdul Halim = Muazzam ‘Shah, mengambil sempena pertabalan Baginda menaiki takta korajaan Kedah, Gelaran-gelaran ini telah dikurnia dan dikhaskan kepada kerabat DiRaja sahaja seperti kepada adinda-adinda Sultan dengan tidak lagi turun menurun dan tidak jua berfungsi seperti di zaman silam. Demikian sedikit sebanyak gambaran mengenai institusi “Wan” di Kedah iaitu satu institust yang tua, sama tua agaknya dengan Negeri Kedah itu sendir Dimasa yang lampau keturunan Wan dihormati oleh masyarakat yang menganggup mereka sebagai orang tua-tua. Masyarakat memanggil mercka dengan scbutan (address) “Pak Wan” kepada laki-laki dan “Mak Wan” kepada wanita-wanila. Bahkan Wan yang berumur belasan tahun juga pernah dipanggil “Pak Wan" atau “Mak Wan”. Abli-ahli Kerabat DiRaja dizaman Sultan Abdul Hamid Halim Shah juga ‘memanggil (address) “Wan” yang tua-tua jika asal usulnya diketahui mengikut taraf sescorang itu, Jika ‘sescorang itu berpangkat lebih tua darinya maka dipanggil dengan nama sescorang itu, seperti Pak Man ‘atau Mak Sara mengikut tali kekeluargaan scorang “wan” itu dengan Mah Wan Besar (Wan Hajar). Maka atau “Mak Wan” sahaja. Pada zaman sekarang ini bukan semua orang yang memakai "Wan" dinamanya boleh diangyap daripada keturunan Wan jatt ncgeri Kedah yang asal. Bahkan ia tclah dicemor olch golongan-golongan yang tertentu yang tidak memahami kedudokan yang scbenar. Terdapat jua golaran Wan sckarang ini diberikan oleh ahli-ahli Kerabat DiRaja kepada anak angkat mereka. Tesapat jua abl Kerabat DiRaja_ yang perempuan yang. bersuamik rakyat, memberi nama Wan kepada anak-anak mercka. Terdapat juga orany-orang, hetrwran ddan scumpamanya, Ada juga yang mengubah dan menggugor nama asal PAWAN kepada WAN sahaja, Bukanlah tujuan kita hendak memperkecil atau merendah tindakan mercka. Mercka bebas dan semog orang bebas mengguna apa nama yang disukai. Tidak ada undang-undang yang melarang berbuat berbuat demikian, Bahkan manusia sama sahaja tidak ada perbezaan, Apa yang kita paparkan ini hanya hendak menunjuk keadaan dan hakikat yang sebenar, yang berlaku sckarang ini, dan cuba members pambaran eturunan dan keluarga Wan yang scbenar. Di Acheh kedua keturunan, ia itu Sayid yang kebiasan di pakai di Hadramaut dan Syarif yang diguna di Hejaz disebut atau digelar HABIB, Manakala di Jakarta pula kedua gelaran itu di pangyil "WAN ia itu potongan dari TUAN. Oleh scbab berlaku kecokan terhadap keturunan WAN seperti yang terscbut diatas, inilah jua sebabnya ditulis Bahagian Ketiga ini dibawah tajuk “Apakah dan siapakah mereka yang dipanggil Wan supaya anak cucu dapat mengenal benih dan baka mercka. Dengan lain perkataan dapatlah merck. ‘mengetahui asal usul mereka, ‘Ada yang berpendapat apa yang hendak dibangga dengan asal keturunan dan apa yang hendak dibangga dengan nama “Wan” itu. Bolch jadi pendapat ini betul. Tetapi apa yang kita hendak cuba ‘mencari ialah siapakah nenck moyang kita. Apakah kaitan kita diantara scorang dengan scorang yang lain, Jika setiap Tengku berasal dari keturunan Raja, Syed itu berasal dari mereka yang datang dari Tanah ‘Arab. Manakala "Ku" dan "Megat" pula adalah adunan dari Keluarga "Tengku" (perempuan) dengan raakyat lelaki biasa. Dimana pula timbul keluarga dan keturunan “Wan” yang telah ujud beratus-ratus tahun itu datang? Jawapannya terpulanglah kepada para _pembaca sama ada pendapat yang diutarakandalam buku ini dapat diterima? Kesimpulannya "Wan" adalah satu subu-sakat yang mewarisi nama itu turun menurun, dari satu generasi ke satu generasi melalui baka Ielaki. la bukanlah satu bangsa atau satu kaum. Buku ini saya hidangkan untuk sentapan anak-anak cucu, Bendahara Seri Maharaja Sura, Dato’ Paduka Raja Laksamana dan Dato’ Temenggong Anggota Desa. Semoga ia berfacdah jua hendaknya Wasallam,

Anda mungkin juga menyukai