Anda di halaman 1dari 8

CARA PELAKSANAAN TERAPI SENI

Kegiatan dalam Bidang Mengambar

LUKISAN

Ia adalah seni yang menggambarkan objek atau pelan dengan garisan di atas permukaan
rata dengan menggunakan media kering atau menggunakan warna paling sedikit seperti
pensil warna dan krayon. Unsur garisan amat ditekankan di mana ia adalah kerja asas untuk
menghasilkan catan, cetakan atau mural. Ia juga adalah terhasil secara spontan mengikut
gerak hati atau perasaan pelukis itu.

CATAN

Catan adalah hasil seni bahantara pigmen warna di atas permukaan rata. Ia terhasil
melalui sapuan warna ke atas permukaan rata dengan menggunakan berus atau alatan
lain. Ia memberi ruang kepada pelukis meluahkan perasaan, membuat interpretasi
pandangan atau merakamkan gambaran pemikiran atau rekaan tertentu sama ada yang
nyata atau abstrak.

Jenis warna yang lazim digunakan ialah cat guac, warna poster, warna air, cat akrilik, cat
minyak, cat tempera dan Fresko (Kapur plaster).
KOLAJ

Penghasilan kolaj adalah dengan cara memotong, mengoyak, menggunting, menampal,


menindih bahan-bahan di atas permukaan rata atau 2D. Bahan-bahan yang digunakan
untuk menghasilkan kolaj adalah dari bahan-bahan terbuang, jenis kekacang, berbagai jenis
kertas dan fabrik.

MONTAJ

Montaj ialah satu aktiviti seni menggambar menggunakan potongan gambar dari pelbagai
sumber atau sumber yang sama untuk menimbulkan mesej pengajarana, alam sekitar dan
lain-lain.

Aktiviti montaj lazimnya menggunakan teknik memotong, menampal dan mencantum.


Namun, teknik tindihan (kolaj) dan teknik susunan gambar (mozek) boleh digabungkan dan
digunakan dalam aktiviti montaj. Cantuman gambar-gambar akan menghasilkan satu imej
baru.Teknik super impose, image editing photography digunakan dengan menggunakan
komputer dalam menghasilkan montaj.

Tema bagi aktiviti menghasilkan montaj boleh dikategorikan kepada tema landskap, alam
benda, figura dan corak huruf. Warna-warna harmoni dan warna-warna kontra digunakan
dalam montaj untuk menarik perhatian pemerhati.

CETAKAN

Cetakan adalah kesan daripada gubahan yang dihasilkan oleh pelukis pada permukaan blok
atau plat ke atas permukaan rata, diulang dan dicipta dalam bentuk edisi dengan
menggunakan dakwat. Ia boleh dilaksanakan melalui proses menggambar dan mencorak
yang dilakukan dengan cara memotong permukaan plat dengan dakwat. Teknik cetakan
mono, teknik cetakan timbul, (blok kayu dan lino) boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran di sekolah rendah.
GOSOKAN

Mengikut Kamus Dewan, gosokan bermakna bergeser, bergesel, menggosok dengan


(tangan, barang dll) menggunakan sesuatu untuk menggosok. Menurut Glosari Seni Lukis
pula, gosokan bermakna pemindahan reka bentuk atau corak dari sesuatu permukaan ke
permukaan lain dengan cara menggosokkan pensel di atas permukaan yang hendak
dipindahkan.

Gosokan adalah proses menggosok dan merekod corak daripada permukaan yang
berjalinan serta memberi ruang kepada murid meneroka proses mengambar
menggambar melalui deria sentuh yang terdapat di sekeliling mereka. Untuk menghasilkan
cetakan, murid boleh menggosok dakwat, pensel, kapur ke atas sekeping kertas yang
diletakkan di atas suatu permukaan yang berjalinan.

Pelbagai teknik gosokan boleh diteroka iaitu gosokan satu lapis dan satu arah sahaja,
gosokan beberapa lapisan di atas tempat yang sama secara berulang kali atau berulang
kali dari arah dan sudut yang berlainan, secara pusingan, menggunakan pelbagai warna
atau monokrom iaitu menggunakan warna putih dan hitam sahaja dan gosokan potongan
kertas.

RESIS

Menurut Glosari Seni Lukis, resis didefinisikan sebagai suatu kaedah melukis cat air dengan
menyapu cat ke permukaan yang telah disapukan lilin di bahagian yang tidak mahu dicat
atau diwarnakan. Lilin bertindak sebagai pelindung kepada warna asal atau menghasilkan
garisan di atas permukaan kertas.

Sekiranya kain digunakan, maka canting diperlukan untuk membuat garisan lilin bagi
menghasilkan corak batik. Warna pada resis kain dapat dikekalkan dengan menggunakan
Sodium silikat. Setelah selesai, rendaman soda ash dalam air panas bertindak
untukmembuang lilin yang terdapat pada permukaan kain tersebut.

Resis ialah teknik menghasilkan lukisan atau reka corak dengan menggunakan bahan-
bahan yang tidak bercampur antara satu sama lain seperti cat air dan cat minyak, cat air dan
lilin. Resis juga boleh dikatakan sebagai proses penolakan warna. Teknik ini dapat dilihat
dengan jelas di dalam proses penghasilan batik lukis dan batik canting.

GURISAN

Alat yang tajam diperlukan untuk mengguris keluar sesuatu bahan yang lembut dari sesuatu
permukaan. Seperti permukaan kertas disapu dengan krayon secara berlapis supaya bahan
krayon yang tebal berlekat di atas kertas. Kayu, paku atau plastik digunakan untuk melakar
gambar di atasnya.
PERCIKAN

Glosari Seni Lukis menyatakan bahawa percikan adalah corak-corak tompok dan titik pada
lukisan cat. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka pula percikan ialah titik-titik
air atau warna yang berserak-serak ke sana sini setelah air atau warna itu terhempas ke
suatu permukaan. Makna kedua ialah menghambur ke sana sini, memantul berselerak ke
sana sini. Makna ketiga ialah sesuatu yang memercik, menyebabkan berpercikan, merenjisi.

Percikan diistilahkan sebagai satu hasilan titikan warna yang berselerakan ke sana sini
setelah warna tersebut jatuh ke atas permukaan. Aktiviti seperti mendetik, merenjis,
mengetuk, menyembur dan memercik boleh menghasilkan percikan. Alatan penting yang
digunakan untuk menghasilkan percikan ialah berus dari berbagai jenis, warna-warna basah
dan kertas. Percikan akan menghasilkan satu permukaan seperti batu granit atau marble
yang menarik. Tema yang boleh dijalankan dalam aktiviti percikan termasuklah landskap,
tumbuh-tumbuhan, corak, kad ucapan, setem dan catan. Percikan boleh dihalang dengan
menggunakan sesuatu objek atau kertas yang boleh diubah kedudukannya untuk
mengahasilkan kesan tindanan apabila warna kedua dipercikkan.

MOZEK

Menurut Glosari Seni Lukis, mozek boleh didefinisikan sebagai satu reka bentuk atau
gambar yang dibuat daripada serpihan kaca, kayu, marmar atau pecahan tembikar. Mozek
juga boleh menghasilkan gambar atau corak hiasan dengan menyusun carikan kecil bahan-
bahan seperti kaca, marmar dan seramik (tessera), disusun di atas dinding, lantai atau
permukaan yang tidak rata untuk menghasilkan pantulan/kilauan. Biasanya ia disusun
secara bersebelahan dan tidak bertindih. Mozek dalam bentuk foto boleh terhasil dari
cantuman beberapa gambar lain disusun menjadi satu tema/tajuk.
STENSILAN

Menggunakan rupa bentuk gambar yang dikeluarkan daripada alat stensil dengan sesuatu
cara supaya meninggalkan ruang kosong di atas alat stensil tersebut. Apabila bahan warna
disapu di atas stensil yang diletakkan atas kertas, bahan warna akan melalui ruang kosong
atau lubang di atas stensil dan diserap oleh kertas. Garis luar pada lubang itu memberi
kesan kepada sifat garis luar rupa bentuk yang dihasilkan.

KESIMPULAN

Kebanyakkan orang dari pelbagai peringkat umur mempunyai kebolehan untuk meluahkan
perasaan mereka melalui permainan dan seni. Merkea juga mempunyai kebolehan untuk
keluar dari aktiviti ini , untuk mencerminkan diri mereka dan untuk mencipta idea baru yang
menuju kepada kebaikan

- Dyer Friedman & Sanders, 1997; Rubin 1978 -

Kesimpulannya, banyak aktiviti yang dapat dijalankan untuk terapi seni. Seperti yang telah
dinyatakan di atas terdapat 4 bidang yang boleh diaplikasikan di dalam terapi seni iaitu
bidang menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan dan
yang terakhir sekali mengenal kraf tradisional. Melalui aktiviti seperti ini juga dapat
mengurangkan tekanan perasaan murid, memberi peluang murid untuk merasa seronok
semasa sesi pembelajaran, memberi peluang kepada murid untuk menghasilkan karya
sendiri dan juga memberi peluang kepada murid untuk meningkatkan tahap kreativiti
mereka. Kelebihan terapi seni untuk guru pula ialah, guru dapat mengesan masalah dalam
diri murid. Contohnya jika murid merasa marah, guru boleh melihat warna yang digunakan
oleh murid dalam menghasilkan sesuatu tugasan yang diberikan. Selain daripada itu, guru
dapat mengenali murid dengan lebih mendalam melalui terapi seni, contohnya warna yang
diminati oleh murid, siapa yang disayangi oleh murid, latar belakang hidup murid dan lain
lain lagi. Oleh itu, banyak kelebihan yang boleh diperoleh melalui aktiviti terapi bukan sahaja
untuk guru malahan untuk murid.

Blog Asal : http://specialzone90.blogspot.com/