Anda di halaman 1dari 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM

BANDAR BARU BANGI, SELANGOR DARUL EHSAN


TUGASAN KERJA KURSUS
TAHUN AKADEMIK: 2017

Program : PDPLI Tahfiz


Kod : MPU2021 Nama Pelajar :
Nama Kursus: Kokurikulum Persatuan
Tugasan Ambilan : Jun 2017
1. Pembentangan Kumpulan : 1.03
2. Kertas Kerja Tarikh mula : 28 August 2017
3. Kertas Perancangan Aktiviti Tarikh hantar : 27 November 2017
4. Laporan Aktiviti

Hasil Pembelajaran Kursus:

1. Menghurai definisi, konsep, etika, identiti dan pengurusan sesuatu persatuan


berdasarkan maklumat daripada pelbagai sumber secara pembentangan. (C2, LO1,
LO4, LO6, CS3, LL1).

2. Menghasilkan kertas kerja penubuhan persatuan mengikut tatacara dan kaedah


standard persatuan. (C6, A4, LO1, LO3, CTPS2).

3. Menyediakan laporan individu pelaksanaan satu aktiviti yang dirancang secara


berkumpulan. (C5, A4, LO3, LO5, CTPS2, TS1).

Kerja Kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2, dan 3

Objektif Kerja Kursus:


Pelajar dapat:

1. Menghuraikan definisi, konsep, etika, identiti pengurusan sesuatu persatuan dalam


bentuk pembentangan secara individu.

2. Menyediakan kertas kerja penubuhan persatuan mengikut tatacara dan kaedah


standard penubuhan persatuan yang terkini serta merancang satu aktiviti yang
bekaitan dengan persatuan yang dipilih secara individu.

3. Menyediakan laporan aktiviti berdasarkan aktiviti/program sehari yang dirancang


dan menulis refleksi kendiri secara individu.

Tugasan Kerja Kursus 100%


Pengetahuan berpersatuan amat penting dikuasai oleh siswa guru. Aktiviti ini membantu
mereka sewaktu ingin menubuhkan persatuan di sekolah dan bermanfaat dalam kehidupan
bermasyarakat. Selain itu, penguasaan bidang Kokurikulum Persatuan ini dapat melahirkan
pelajar yang bukan sahaja mempunyai jati diri, malahan mampu mengapresiasi pelbagai
kemahiran bersosial dalam kehidupan bermasyarakat.

Pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan berikut:

Tugasan 1:
Mengumpulkan maklumat berhubung definisi persatuan, konsep, etika, identiti pengurusan
(moto, logo dan lagu) sesuatu persatuan dengan membentangkannya secara individu.
(10%)

Tugasan 2:
a) Secara individu, hasilkan Kertas Kerja penubuhan persatuan mengikut tatacara dan
kaedah standard penubuhan persatuan yang dipilih. (20%)

b) Memilih satu aktiviti persatuan dan merancang pelaksanaan program sehari dengan
menulis dalam Kertas Kerja secara individu. (20%)

Tugasan 3:
Hasilkan satu kertas perancangan aktiviti/program dan laksanakan aktiviti/program itu
dalam kumpulan dan melaksanakan aktiviti/program itu dalam kumpulan mengikut
perancangan.(30%)

Tugasan 4:
Menulis laporan aktiviti dan refleksi kendiri program yang dilaksanakan secara individu.
(20%)

Arahan Pelaksanaan Tugasan


1. Kerja Kursus ini dibuat dalam bentuk naratif, kerja lapangan dan pembentangan.
2. Tugasan 1, 2, dan 4 dibuat secara individu, manakala tugasan 3 dilaksanakan dalam
kumpulan.
3. Tugasan 1 dilaksanakan dengan pembentangan, bahan pembentangan perlu
disertakan dalam lampiran kerja kursus.
4. Tugasan 2 dan 4 dibuat secara naratif (1600 perkataan).
5. Tugasan 3 dilaksanakan dengan menghasilkan satu kertas perancangan
aktiviti/program dan pelaksanaan praktik sebagaimana yang dirancang.
6. Tugasan 4 merupakan laporan aktiviti yang dijalankan, kekuatan
dan kelemahan perlu diperincikan dan dibuat secara individu.

7. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut:

7.1 Muka depan hendaklah mengikut templat terkini


7.2 Fon Arial
7.3 Saiz huruf - 11
7.4 Langkau 1.5 baris
7.5 Rujukan mengikut format APA (American Psychological Association)
7.6 Penulisan mesti dalam bahasa Melayu
8. Plagiat tidak dibenarkan.
9. Panjang tugasan bertulis tidak melebihi 2000 perkataan tidak termasuk bibliografi.
10. Gambar, graf, jadual berkaitan teks boleh diletak dalam teks dan maklumat
menyokong jawapan diletak dalam Lampiran.
11. Tugasan ini membawa markah 100%.
12. Kerja Kursus yang telah sempurna dijilid dan bahagian kulit hadapan dilengkapkan
dengan maklumat (i) - (vii) berikut dan dihantar pada tarikh yang ditetapkan.
i. Nama Guru Pelatih
ii. No. Kad Pengenalan
iii. Angka Giliran
iv. Kumpulan/Unit
v. Kod Kursus dan Nama Kursus
vi. Nama Pensyarah
vii Ambilan/Tahun Pengajian

13. Anda WAJIB sertakan Borang Maklum Balas Tugasan dan sisipkan dalam
muka hadapan.

Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria yang berikut


1. Memenuhi kehendak soalan, menyeluruh, konsisten dan terperinci.
2. Tugasan anda haruslah meliputi perkara yang berikut:
a. Pengenalan yang menarik dan dapat menjawab soalan Kerja Kursus
b. Perkembangan Kerja Kursus memuatkan analisis konsep dan identiti
c. Menghuraikan implikasi terhadap jawapan
d. Membuat rumusan dan dapat menjawab soalan Kerja Kursus
3. Bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong hujah-hujah anda
hendaklah dikemukakan.
4. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan ketulenan dengan sokongan
bahan ilmiah.
5. Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheren.
6. Penulisan tugasan harus menunjukkan kematangan hujah, kefasihan bahasa,
laras bahasa yang sesuai dan tiada kesalahan ejaan.
7. Rujukan perlulah daripada pelbagai sumber yang tepat dan sahih serta
memenuhi kehendak tugasan (sekurang-kurangnya 3 buah buku, 3 sumber
internet, 3 jurnal, 2 bahan bercetak yang lain).

Anda mungkin juga menyukai