Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
KPF6014
TAJUK:
TEORI PENDIDIKAN PROGRESIVISME
PENSYARAH
PROF DR. ZAKARIA BIN KASA
DISEDIAKAN OLEH
MAGESWARAN A/L KALIA PERUMAL
(M20162001925)
SELVARAJ A/L SALLADORAI
(M20162001932)
AMOS EDWIN RAJ A/L INNASIMUTHU
(M20162001918)
NARAYANAN A/L SHUNMUGAVEN
(M20162001928)
YOGESWARAN A/L SIVA KUMARAN
(M20162001933)
PARIMALA DEVI A/P SUBRAMANIAM
(M20152001957)
PENGAJIAN KURIKULUM
FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
ISI KANDUNGAN
1.0 Pengenalan
Progresivisme adalah sebuah aliran falsafah pendidikan yang berkembang di awal abad ke
20, dan mempunyai pengaruh sangat besar dalam dunia pendidikan terutama di Amerika
Syarikat. Aliran ini wujud di bumi Amerika, sedangkan Fahaman lain adalah Falsafah yang
wujud dan berkembang di eropah. Pengasasnya adalah John Dewey dan berpegang teguh
pada konsep bahawa sekolah harus mempertingkatkan cara hidup warganya melalui
pelafazan kebebasan dan demokrasi.
2
Progresivis percaya bahawa pendidikan harus memfokus kepada perkembangan dan
bukannya kepada guru guru. Falsafah pendidikan ini menekankan yang murid murid harus
menguji idea idea melalui ujikaji yang aktif. Pembelajaran berpunca dari pada persoalan
persoalan murid daripada pengalaman mereka. Pembelajaran adalah aktif dan bukannya
pasif. Murid - murid adalah penyelesai masalah dan pemikir yang mencipta makna melalui
pengalaman pengalaman individu dalam konteks fizikal dan budaya.
Dalam falsafah ini, proses pembuatan keputusan dikongsi. Perancangan guru guru
dengan murid murid dan topik topik yang dipilih oleh guru guru untuk diajar diberi
penekanan yang penting. Progresivis mewujud sebagai pembaharuan dalam dunia (falsafah)
pendidikan, terutama sebagai lawan terhadap kebijaksanaan konvensional yang diwarisi dari
abad ke 19.
Setengah subjek yang tertentu dianggap mempunyai nilai yang mustahak dalam
pendidikan. Guru pula merupakan authority dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Tambahan pula, Progressivisme sangat mempraktikkan ajaran pragmatism. Fahaman ini amat
penting dalam sejarah pendidikan. Pendidikan progresif adalah masyhur dalam menentang
setengah daripada pendapat dan praktik pendidik antra disi dimana tujuan utama pendidikan
adalah untuk menyampaiakan kebudayaan kegenerasi muda. Formalisme, iaitu bilik darjah
mesti dibentukkan secara formal dan proses pembelajaran dijalankan dengan secara formal.
3
2.0 Latar Belakang Teori Pendidikan Progresivisme
4
Progresivisme menurut bahasa dapat diertikan sebagai aliran yang menginginkan
kemajuan-kemajuan secara cepat. Dalam konteks falsafah pendidikan progresivisme adalah suatu
aliran yang menekankan, bahawa pendidikan bukanlah sekadar pemberian sekumpulan
pengetahuan kepada subjek didik, tetapi hendaklah berisi aktiviti-aktiviti yang mengarah pada
latihan kemampuan berfikir mereka sedemikian rupa, sehingga mereka dapat berfikir secara
sistematik melalui cara-cara inilah seperti memberikan analisis, pertimbangan, dan perbuatan
kesimpulan menuju pemilihan alternatif yang paling memungkinkan untuk pemecahan masalah
yang dihadapi.
Sedangkan progresivisme menurut Brubacher, sebagaimana dikutip Muhammad As
Said kemajuan atau progressive merupakan sesuatu yang bersifat ilmiah, dan bererti
perubahan. Perubahan memberi sesuatu yang baru harus benar-benar merupakan kenyataan
dan bukan sekedar pemahaman terhadap realiti yang sesungguhnya, sebelumnya memang sudah
demikian.Kemajuan atau progressive itu, dari segi makna apapun , terutama mengandung
pengertian mengenai nilai (Value). Cuma, ia ditilik dari sudut pandangan pragmatis, betapapun
nilai itu selalu bersifat eksperimental. Menurut pandangan pragmatis ini, sesuatu dianggap
progresivisme, jika hal itu bisa membawa kepada suatu tujuan.
Progresivisme juga merupakan pandangan hidup yang mempunyai sifat-sifat:
Fleksibel (Tidak kaku, tidak menolak perubahan,dan tidak terikat oleh dokrin
tertentu)
Curious (Ingin mengetahui, ingin menyelidiki)
Toleran dan open-minded (Mempunyai hati terbuka)
5
2. John Dewey (1859 - 1952)
Teori Dewey tentang sekolah adalah "Progressivisme" yang lebih menekakan pada anak
didik dan minatnya daripada mata pelajarannya sendiri. Maka munculah "Child Centered
Curiculum", dan "Child Centered School". Progresivisme mempersiapkan anak masa kini
dibanding masa depan yang belum jelas.
Falsafah yang dianut oleh Dewey adalah bahawa dunia fizikal itu realiti dan perubahan
itu bukan sesuatu yang tidak dapat direncanakan. Perubahan dapat diarahkan oleh kepandaian
manusia. Sekolah mesti membuat siswa sebagai warga negara yang lebih demokratik, berfikir
bebas dan cerdas. Bagi Dewey ilmu pengetahuan itu dapat diperoleh dan dikembangkan dengan
mengaplikasikan pengalaman, lalu dipakai untuk menyelesaikan persoalan barn. Pendidikan
dengan demikian adalah pembinaan semula pengalaman. Untuk memecahkan masalah, Dewey
mengajarkan metod ilmiah dengan langkah-langkah sebagai berikut:
i. sedari masalah yang ada,
ii. Definiskan masalah itu,
iii. Ajukan sejumlah hipotesis untuk memecahkannya,
iv. Uji telik akibat setiap hipotesis dengan melihat pengalaman yang lepas,
v. Alami dan ujian penyelesaian yang paling memungkinkan.
a.Sifat Negatif
Sifat itu dikatakan negatif dalam erti bahawa, progresivisme menolak otoritarisme dan
absolutisms dalam segala bentuk, seperti misalnya terdapat dalam agama, politik, etika dan
epistemologi.
b.Sifat Positif
Positif dalam erti, bahawa progresivisme menaruh kepercayaan terhadap kekuatan
semulajadi dari manusia, kekuatan-kekuatan yang diwarisi oleh manusia sejak ia lahir
man's natural powers. Terutama yang dimaksud adalah kekuatan-kekuatan manusia untuk
terus-menerus melawan dan mengatasi kekuatan-kekuatan, takhayul-takhayul dan
kegawatan-kegawatan yang timbul dari lingkungan hidup yang selamanya mengancam.
Progresivisme yakin bahawa manusia mempunyai kesanggupan untuk mengendalikan
hubungannya dengan alam, sanggup meresapi rahsiarahsia alam, sanggup menguasai alam.
7
Namun disamping keyakinan-keyakinan tersebut ada juga keyakinan dimana apakah manusia
itu sendiri mampu belajar bagaimana mempergunakan kesanggupan itu, tetapi meskipun
demikian progresivisme tetap bersikap optimis, tetap percaya bahawa manusia dapat
menguasai seluruh lingkungannya, baik lingkungan alam maupun lingkungan sosial.
John Dewey menekankan yang buku buku bukan merupakan alat pengajaran yang
muktamad. Isi kurikulum diterbitkan daripada minat murid murid dan masalah
masalah mereka. Kaedah Saintifik digunakan oleh pendidik progresif supaya murid
murid dapat mempelajari perkara dan kejadian secara sistematik. Antara prinsip prinsip
progressivisme ialah seperti berikut;
Pendidik pendidik progresif terdiri daripada John Dewey, William James dan John
Childs. Mereka mendukung prinsip pinsi pberikut.
8
v) Sekolah harus memupuk kerjasama dan bukannya persaingan di antara satu sama
lain.
vi) Hanya demokrasi mengalakkan persekitaran bebas untuk idea dan personaliti.
Aliran ini tentang ontologi, tentang hakikat ekssistensi, realiti, tersimpul dalam asas-asas
sebagai berikut:
Asas ontologinya yang didasarkan pada pengalaman adalah suatu dalil yang bersumber
dalam teori evolusi. Pengalaman adalah perjuangan, sebab hidup sebenarnya adalah
tindakan-tindakan dan perubahan-perubahan. Dalam proses ini, maka kesempatan, suatu
yang tidak terduga-duga, suatu yang baru, suatu yang tak teramalkan selalu memegang
peranan besar dalam peristiwa-peristiwa kehidupan. Manusia, sebagaimana juga mahluk-
mahluk lain, akan tetap hidup dan berkembang jika ia mampu mengatasi perjuangan,
perubahan ; ia berarti bertindak.
Binatang akan selalu dapat hidup di rimba kerana kemampuan kodrati yang dimiliki
seperti kekuatan, daya cium, daya tangkap yang kuat. Demikian pula manusia mampu hidup
9
kerana fungsi-fungsi jiwa yang ia miliki. Menurut progressivisme potensi inteligensi ini
meliputi kemampuan mengingat, imaginasi, menghubung-hubungkan, merumuskan,
melambangkan dan memecahkan persoalan-persoalan serta berkomunikasi (sosial dan
intelek) dengan seamanya, Mind adalah suatu integritas didalam keperibadian, bukan suatu
entity tersendiri. Eksistensi dan realiti mind hanyalah didalam aktiviti, dalam tingkah
laku. Mind ialah apa yang manusia lakukan. Dan mind pada prinsipnya adalah yang
berperanan didalam pengalaman.
2. Pandangan Epistemologi
Suatu idea yang dapat dilaksanakan adalah suatu tujuan atau ujian atas kebenaran idea
itu. Ujian ini adalah untuk mengetahui kualiti kebenaran suatu idea dalam erti sampai dimana
idea itu berguna dan memenuhi harapan untuk menyesuaikan diri dengan tantangan-
tantangan yang ada.
Kebenaran dianggap sebagai aktif, kerana kebenaran adalah hasil tertentu dari pada
pengetahuan, hasil pemilihan alternatif-alternatif dalam proses pemecahan masalah.
Intelegensi dan metod operasi adalah ciri utama dalam epistemologi progressivisme.
1) Immediate experience
10
Kita menbhayati pengalaman ini dalam kesadsaran keseimbangan,. Misalnya dalam
keadaan relax dalam ruang istirahat kita duduk membaca majalah.
2) Mediate experience
Misalnya dalam keadaan relax itu terjadi, tiba-tiba ada telefon berbunyi. Kabar sedih kita
terima, bahawa sahabat karib kita kecelakaan kendaraan.
a. Approach empiris
b. Approach artistik
Pragmatisme, khususnya Dewey, amat menaruh perhatian pada studi estetika, nilai-nilai
artistik. Sebab, artistik adalah suatu nilai yang memperkaya ekspresi manusia. Artistik adalah
suatu energi pendorong kehidupan bagi umat manusia. Nilai-nilai artistik member isi dan
kedalaman bagi pengalaman-pengalaman seseorang.
Bagi progressivisme, demokrasi ialah suatu pola dan program bagi seluruh scope
kehidupan. Demokrasi ialah suatu perwujudan daripada nilai-nilai fundamental, sikap dan
praktek-praktek. Demokrasi adalah nilai ideal yang wajib dilaksanakan sepenuhnya dalam
semua bidang kehidupan termasuk didalam seni dan keagamaan.
11
Pergerakkan pendidikan progresif tidak pernah menghadkan dirinya dalam konsep
pemusatan murid sahaja, tetapi ia juga selalus edar tentang implikasi sosial pendidikan. Guru
disuruh memindahkan tradisi demokratik dari individualistic kepada satu dasar ekonomi yang
koperatif dan kepada satu masyarakat yang menjamin bahawa setiap kanak kanak dapat
peluang yang sepenuhnya untuk pertumbuhan perseorangan. Pemimpin progresif juga
bertujuan untuk merancang satu corak pendidikan yang akan menuju kearah penciptaan suatu
masyarakat ideal yang lebih mendekati mimpi dan kemahuan manusia.
7.2 Konten
12
7.3 Agensi
Dalam perkembangkan personaliti, didapati bahawa hanya sekolah sahaja adalah tidak
cukup. Tanpa pertolongan dari organisasi yang lain, sekolah tidak akan memenuhi keperluan
ekonomi, sosial, penghiburan dan kesihatan sesuatu masyarakat. Oleh itu, Progressivisme
menekankan bahawa, institusi pendidikan perlu bekerjasama dengan agensi sosial yang lain
untuk mencapai tujuannya.
Agensi agensi ini juga membekalkan pengalaman hidup yang berguna dalam
perkembangan perangai dan personaliti murid murid. Proses pendidikan oleh agensi sosial
ini selalunya berjalan di bahagian yang biasanya tidak dibekalkan oleh aktiviti dalam
sekolah. Misalnya, agensi ini adalah kumpulan pendidikan dewasa, persatuan persatuan
sosial, kumpulan sebaya dan lain lain lagi. Walaubagaimanapun, di antara kesemua agensi
ini gurulah yang dianggap paling mustahak sekali.
7.4 Kaedah
Bilik darjah yang didirikan oleh guru progressif membekalkan satu situasi dimana setiap
individu di dalamnya digalakkan untuk mengambil bahagian dalam aktiviti kumpulan.
Latihan yang dijalankan dalam bilik darjah adalah memusat kepada konsep pemusatan kanak
dan bertujuan menjadikan individu itu sebagai satu personaliti yang tersusun .
Kaedahnya telah disosialisasikan supaya dapat membawa setiap ahli kumpulan itu kearah
menerima dan memperlengkapkan diri dengan tatacara yang dinamiks ebagai cara yang
paling demokratik untuk mempertahankan kepentingan individu. Oleh itu, elemen yang
paling penting dalam proses pembelajaran ialah coherence, perbincangan, perancangan dan
penglibatan yang akan membekalkan kesan pembelajaran yang maksima.
Metodologi bagi Progressivisme ialah ujikaji (eksperimental) dan sosial. Murid murid
mesti diberi peluang untuk mengeluarkan pendapat samaada secara percakapan atau
perbuatan supaya mereka dapat mencapai status mereka sebagai seorang manusia yang
sempurna. Pengalaman praktikal, pengalaman sosial, pengalaman estetika dan pengalaman
13
emosi mesti ditekan dan dinilai mengikut keupayaan mereka supaya dapat mencapai
peringkat perkembangan individu yang tertinggis ekali.
Menurut pendidikan progressif, keperluan yang pertama untuk berjalannya sesuatu proses
pembelajaran ialah murid itu mesti sedar terlebih dahulu dirinya tidak boleh membuat apa
yang dia mahu sehingga dia mendapat pengetahuan atau kemahiran yang lebih mendalam
lagi. Oleh itu, seorang guru mesti menganalisa murid murid yang diajarnya;,ia mesti tahu
apakah kekurangan kebudayaan yang mereka hadapi; apakah minat yang mendorong mereka
dan apakah konflik personel yang mesti mereka mengatasi. Pendek kata, seorang guru yang
progressif mesti menemui dam memahami keunikan setiap orang murid.
Penyerangan yang dibuat terhadap progresivisme ialah dalam dua kategori yang paling
penting iaitu :
Secara ringkas, tujuan utama pendidikan progresif ialah untuk membentuk manusia yang
sempurna dengan memberi perhatian kepada minat kanak-kanak, tetapi sebagimana yang
dikatakan oleh John Dewey iaitu, kalau guru progresif percaya bahawa dengan hanya
memberi perhatian kepada murid-murid sebagai individu yang berlaian, maka ia sudah
memberi perhatian kepada keindividuan, tetapi murid-murid adalah dalam kesalahan.
Keindividuan seseorang anak tidak boleh didapati dalam apa yang dia buat atau dalam
apa yang dia suka tahu pada sesuatu masa. Sebaliknya, keindividuan yang sebenar hanya
boleh dicaapai dengan cara mengatur subjek matter melalui satu siri aktiviti atau projek yang
terancang.
9.0 Penutup
Aliran progresivisme telah memberikan sumbangan yang besar di dunia saat ini. Aliran
ini telah meletakkan dasar-dasar kemerdekaan dan kebebasan kepada anak didik. Anak didik
diberikan kebaikan baik secara fisik maupun cara berpikir, guna mengembangkan bakat dan
kemampuan yang terpendam dalam dirinya tanpa terhambat oleh rintangan yang dibuat oleh
orang lain.
10.0 Bibliografi
Barnadib, Imam. 1998. Filsafat Pendidikan: Sistem dan Metode. Yoyakarta: Andi Offset.
Idi, Abdullah. Jalaluddin. 1997. Filsafat Pendidikan. Jakarta: Gaya Median Pranata.
15
Indar, H. M. Jumberansyah. 1994. Filsafat Pendidikan. Surbaya: Karya Abditama.
Sad Iman, Muis. 2004. Pendidikan Partisipatif. Yogyakarta: Safiria Insani Press.
Syam, Mohammad Noor. 1980. Filsafat Kependidikan dan Dasar Filsafat Kependidikan
Pancasila. Jakarta: Erlangga
16