Anda di halaman 1dari 21

Amalan Bidaah Dalam Masyarakat Melayu

Masyarakat Melayu
Asal-usul orang-orang Melayu amat kabur kerana sejarah kuno Asia Tenggara masih
belum diselidiki dengan mendalam . Beberapa teori telah mengatakan bahawa orang
Melayu adalah daripada golongan manusia yang diberi nama Austronesia . Ia datang
dari daerah Yunan dan telah turun menduduki wilayah Asia Tenggara . Ini berlaku
sejak tahun 2 500 sebelum Masehi dengan golongan pertama dikenali sebagai Melayu
Proto dan kemudian diikuti oleh Melayu Deutro .1

Masyarakat Melayu Nusantara mula menerima Islam pada abad ke-13 Masehi dengan
dimulai oleh Pasai . Para pedagang Arab atau India telah membawa Islam kepada
mereka . Ini berikutan kepada catatan pelayaran Marco Polo , yang menulis bahawa
ketika beliau singgah di Pasai pada tahun 1292 , penduduk Pasai telah memeluk
Islam.2

Proses Islamisasi mulai pesat pada abad ke -15 kerana Melaka telah memainkan
peranan penting dalam penyebaran Islam di Nusantara . Puncak kepesatan penyebaran
Islam ialah pada abad ke - 16 dan 17. Walaupun Melaka jatuh ke tangan Portugis pada
waktu itu tetapi Aceh dapat mengambil alih peranan Melaka dengan keadaan lebih
gigih lagi .3

Oleh kerana Islam berkembang dengan pesat di nusantara dan ramai pula yang ingin
mendalami agama tanpa mengenali dengan lebih dekat siapakah guru mereka ,
ditambah pula mereka terlalu ghairah untuk mengejar pahala dan mengejar banyak
fadhilat , maka masyarakat Melayu terjebak ke kancah bidaah . Ini jelas dapat dilihat
daripada beberapa amalan yang diamalkan oleh Masyarakat Melayu yang kononnya
ajaran Islam tetapi setelah diselidiki , ia adalah satu bidaah .

1
Nik Safiah Karim ( 1996 ) , Tatabahasa Dewan , hal. 3
2
Jahid Haji Sidek ( 1984 ) , Strategi Menjawab Sejarah Islam , hal . 389
3
Ibid , hal . 384 -385 .

-1-
Makna Bidaah
Bidaah adalah daripada perkataan Arab dari perkataan dasar yang bererti mencipta
sesuatu tanpa contoh sebelumnya . Ini adalah berdasarkan firman Allah :


Ertinya :
Yang menjadikan langit dan bumi tanpa ada contoh sebelumya .4
Dan firman Allah :


Ertinya :
Katakanlah aku bukanlah orang yang pertama membawa risalah daripada Allah ,
bahkan banyak rasul-rasul sebelumku .5

Bidaah menurut istilah ialah :


Ertinya :
Perkara-perkara baru dalam agama sesudah ianya disempurnakan.6

Menurut Al-Syatibi pula , pengertian Bidah adalah :


Dan Bidaah itu ialah satu jalan ( cara ) dalam agama yang diada-adakan yang
menyerupai hukum syariat yang dimaksudkan dengan mengerjakannya ialah seperti
apa yang dimaksudkan dengan jalan ( cara ) mengerjakan hukum syariat .7

Beliau menambah lagi dengan katanya :

4
Al-Quran , surah al-Baqarah , ayat 117 .
5
Al-Quran , surah al-Ahqaf , ayat 9 .
6
Abdul Ghani Azmi bin Haji Idris ( 2000 ) , Al-Bidaah Bahaya dan Keburukannya , hal : 24
7
Ibid

-2-
Maka jika demikian , maka bidaah itu ialah ibarat satu jalan ( cara ) dalam agama
yang diada-adakan yang menyerupai hukum syarak yang dimaksudkan dengan
mengerjakan ialah mengabdikan diri ( kepada Allah ) secara berlebih-lebihan .8

Sebahagian ulama hadis pula mendefinisikan bidaah seperti berikut :


Ialah urusan yang baharu diada-adakan dalam agama baik berupa akidah , ibadat
atau sifat bagi ibadat yang belum pernah terjadi pada zaman Rasulullah SAW .

Sebagai kesimpulan , bidaah didefinisikan sebagai perkara-perkara baru dalam agama


yang diada-adakan berlawanan dengan dalil-dalil atau kaedah-kaedaah yang telah
ditetapkan oleh syarak .

Pembahagian Bidaah
Menurut Imam Muhammad bin Idris Assyafii yang diriwayatkan oleh Abu Nuaim :
Bidaah itu terbahagi kepada dua iaitu bidaah terpuji ( mahmudah ) dan bidaah tercela
( mazmumah) . Maka mana-mana yang sesuai dengan sunnah , maka itulah yang
terpuji dan mana-mana yang menyalahinya maka itulah yang tercela .9

Berdasarkan kenyataan ini , ada ulama yang membahagikan bidaah kepada 4 bahagian
iaitu :

Bidaah sunnah
Bidaah Sunnah ialah bidaah yang termasuk dalam kaedah sunnah seperti solat
Tarawih secara berjamaah .

Bidaah harus
Bidaah harus ialah tiap-tiap perkara yang harus seperti makan bermeja dan memakai
pakaian yang berbagai-bagai bentuk fesyen yang tidak bertentangan dengan hukum
syara .

8
Abdul Ghani Azmi bin Haji Idris ( 2000 ) , Al-Bidaah Bahaya dan Keburukannya , hal : 24
9
Syafii Hadzmi bin Muhammad Saleh Raidi ( 2000 ) , Seratus Masalah Agama , Jld. 3 , hal: 82

-3-
Bidaah haram
Bidaah haram ialah bidaah yang termasuk dalam kaedah bidaah haram dengan dalil
dari syara seperti menziarahi kubur-kubur dengan tujuan meminta sesuatu
pertolongan .

Bidaah makruh
Bidaah makruh ialah bidaah termasuk kaedah makruh seperti menentukan hari
tertentu untuk menunaikan sesuatu ibadat dengan kepercayaan bahawa hari itu lebih
baik pada hari-hari lain .10

Jenis-jenis Bidaah

Bidaah Filiah dan Bidaah Tarkiah


Bidaah Filiah ialah mengerjakan sesuatu amalan atau perbuatan yang tidak
dikerjakan oleh Rasullullah . Ini termasuklah membuat hadis palsu , mengurangkan
atau menambahkan rakaat atau kaifiat solat , mengadakan solat-solat atau puasa
khusus pada masa dan hari-hari yang khusus pada masa dan hari-hari yang khusus ,
bersembahyang atau berpuasa pada waktu-waktu dan hari-hari yang terlarang .

Bidaah Tarkiah pula ialah meninggalkan perkara-perkara yang dituntut oleh agama
atau agama menggalakkannya kerana memandangkan ia lebih baik tidak dikerjakan .
Bidaah yag termasuk dalam kategori Tarkiah ini ialah :
Tidak mahu berkahwin kerana hendak beribadat kepada Allah tanpa sesuatu
sebab yang dibolehkan oleh syara , atau beribadat terus menerus .
Mengharamkan atas diri sesuatu yang dihalalkan oleh Allah tanpa sebab yang
dibolehkan oleh syarak dan juga sebaliknya .
Meninggalkan hukum-hukum atau ketentuan Allah dan Rasul kerana
mengutamakan akal fikiran .
Menolak dan meninggalkan hadis-hadis sebagai dalil syari ataupun
mendahulukan akal dari hadis .

Bidaah yang dikelaskan dalam kategori Bidaah Feliah pula ialah :


10
Noh bin Gadut ( 1991) , Khutbah-khutbah Jummat , hal: 20-21

-4-
Menyeksa diri dalam melakukan ibadat kepada Allah.
Menceraikan isteri dalam masa haidh atau semasa isteri suci yang sudah
dicampurinya atau menceraikan isteri dengan talak tiga sekaligus .
Merombak atau mengubah hukum-hukum yang telah ditetapkan oleh Allah
dan Rasul .
Mengadakan azan dan qamat pada solat dua hari raya . Azan dan iqamat
disyariatkan bagi solat-solat fardhu dan Rasullullah dan para sahabat tidak
pernah berazan dan iqamat pada solat hari raya Puasa dan Haji dan tidak ada
hadis menyuruhnya .

Bidaah Itiqadiah , Amaliah dan Qauliah


Beritiqad berlainan dengan apa yang telah diajarkan oleh Rasullullah dinamakan
bidaah Itiqadiah seperti : kepercayaan Wihdatul , Syiah , Khawarij , Mutazilah .
Qadariah dan Murjiah yang beritiqad bahawa malaikat Harut dan Marut telah
berbuat jahat dengan Zuhrah lalu dikenakan hukuman gantung dengan kaki di atas
dan kepala di bawah di Babilon sampai hari kiamat , manakala Zuhrah disumpah
menjadi bintang Zuhrah . Ini juga termasuklah juga beritiqad bahawa para wali lebih
tinggi martabatnya daripada nabi dan Rasul . Bidaah Qauliah pula ialah mengubah
sesuatu yang keluar daripada mulut rasul .

Bidaah Zamaniah dan Makaniah


Bidaaah Zamaniah ialah bidaah yang bersangkutan dengan masa-masa tertentu seperti
melakukan solat atau puasa pada kepercayaan Wihdatul-Wujud di kalangan orang-
orang sufi pada masa-masa dan hari-hari tertentu seperti solat khas pada malam
lailatul Qadar , solat khas pada malam dua hari raya , solat khas pada malam Jumaat
pertama bulan Rajab , solat khas pada malam nisfu Syaaban , berpuasa khas pada satu
haribulan Muharram , puasa khas pada hari nisfu Syaaban , puasa khas pada hari
Khamis minggu pertama bulan Rajab dan pada hari yang kedua puluh tujuhnya .

Bidaan Makaniah ialah Bidaah yang dilakukan pada tempat-pempat yang tertentu
seperti tempat-tempat kematian , di perkuburan para wali syuhadak dan sebagainya .

Bidaah Kulliah dan Juziah

-5-
Kulliy bermaksud keseluruhan dan Juziah bererti sebahagian-sebahagian . Bidaah
kulliah ialah satu bidaah pada keseluruhannya atau memberi kesan kepada orang lain ,
bukan hanya kepada orang yang melakukannya sahaja seerti menggunakan akal untuk
menetapkan sesuatu baik atau buruknya sebagai ganti syarak dan seperti menolak
hadis-hadis Ahad ( bukan Mutawatir ) menjadi hujah atau mengingkari beramal
dengan hadis-hadis Ahad .

Bidaah Juziah hanya melibatkan pembuat atau pelakunya sahaja tanpa melibatkan
orang ramai seperti seorang yang menyalahi Sunnah Rasul tetapi kesannya tidak
mempengaruhi atau melibatkan orang ramai kerana dia bukan menjadi ikutan orang
ramai .

Bidaah Haqiqiah dan bidaah Idhafiah


Bidaah Haqiqiah ialah bidaah yang langsung tiada dalil baik dari al-Quran ataupun
sunnah , ijmak , athar sahabat atau lainnya dari kaedah syarak yang muktabar .
Contohnya ialah sembahyang Raghaib yang dikerjakan pada malam jumaat minggu
pertama bulan Rajab sesudah berpuasa siang harinya dan solat - solat serupa itu yang
tidak didasarkan kepada dalil syari tetapi didasarkan kepada hadis-hadis maudhu.

Bidaah Idhafiah pula ialah satu pekerjaan atau perbuatan yang terdapat padanya dua
jurusan , iaitu jika dilihat dari satu sudut kelihatan ia bukan satu bidaah tetapi bila
dilihat dari sudut lain ia adalah satu perbuatan bidaah idhafaiah seperti membaca al-
quran dengan kuat di dalam masjid sehingga menganggu ahli jamaah yang sedang
beribadat dan membaca al-Quran dengan suara yang nyaring dari menara-menara
masjid lalu mengganggu orang yang sedang tidur.

Bidaah Ibadiah dan Bidaah Adiah


Bidaah Ibadiah ialah bidaah yang dilakukan dengan maksud mendekatkan diri dengan
Allah SWT , untuk mendapatkan pahala yang banyak daripada Allah . Manakala
Bidaah Adiah ialah bidaah yang dikerjakan bukan kerana hendak mendekatkan diri
dengan Allah tetapi mengenai urusan muamalah antara manusia yang bertentangan
dengan batas-batas yang ditetapkan oleh Allah dan Rasulnya .
Contoh Bidaah Ibadiah ialah solat khas Nisfu Syaaban , solat raghaib dan lain-lain.

-6-
Bidaah yang berlaku dalam Masyarakat Melayu

Bidaah Dalam Bulan Rabiul Awal


Masyarakat Melayu di Malaysia amat bersungguh-sungguh mengadakan majlis
Maulid al-Rasul . Perbuatan ini adalah tidak boleh kerana hal itu adalah bidaah dalam
agama . Selain itu , Rasullullah tidak pernah mengerjakannya , begitu pula Khulafa al-
Rashidin , para sahabat lain dan para Tabiin yang hidup pada kurun paling baik .
Mereka juga tidak menganjurkan mengadakan majlis seperti ini walaupun mereka
adalah dari kalangan orang-orang yang lebih memahami terhadap sunnah , lebih
banyak menyintai rasul daripada generasi selepasnya dan benar-benar menjalankan
syariatnya .11

Bidaah Dalam Bulan Safar


Masyarakat Melayu juga percaya bahawa bulan Safar mendatangkan kecelakaan
terutamanya pada hari Rabu akhir bulan . Dipercayai bahawa diturunkan bala pada
tiap-tiap tahun sebanyak 12 000 bala dan sekaliannya itu pada hari Rabu akhir bulan
Safar. Untuk menolak bala ini , disunatkan banyak bersedekah dan membaca doa
tolak bala dengan kaifiat-kaifiat tertentu .12

Perkara ini adalah bidaah kerana ia bertentangan dengan hadis nabi S.A.W , yang
bermaksud :
Tiada kejangkitan , tiada kesialan kerana burung hantu dan tiada kesialan kerana
bulan Safar . Allah menjadikan tiap-tiap jiwa dan ia telah menentukan hidupnya ,
musibat-musibatnya dan rezekinya .13

Bidaah Dalam Bulan Rajab


Lazimnya masyarakat Melayu menyambut Bulan Rajab dengan mengadakan perayaan
Israk dan Mikraj , mengadakan solat khas pada malam Jumaat minggu pertama bulan
Rajab yang dinamakan solat al-Raghaib , puasa khas pada hari Khamis minggu
pertama bulan Rajab , solat khas pada malam 27 Rajab dan puasa khas pada siang hari
27 Rajab .

11
Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz ( 2004 ) , Berhati-hati Terhadap Bidaah ( terjemahan ) ,
hal :3-4
12
Syeikh Ali bin Abdullah Baldram ( 1962 ) , Perhimpunan Amal Ibadat , hal .141 142
13
Hadis riwayat al-Bukhari , Muslim dan Abu Daud

-7-
Amalan-amalan itu tidak ada dasarnya dalam agama sama ada dari al-Quran atau
hadis yang sabit dari Rasulullah dan tidak pula diamalkan oleh para sahabat dan
ulama salaf , maka oleh kerana itu ia termasuk dalam perbuatan bidaah .
Hadis tentang solat khas pada malam Jumaat minggu pertama bulan Rajab dan puasa
khas pada hari Khamis adalah hadis maudhu ciptaan tukang-tukang bidaah atau
orang-orang kafir zindiq .

Hadis tentang solat khas dan puasa khas ada 27 Rajab juga adalah mungkar yang tidak
boleh dijadikan sebagai targhib dan tarhib ataupun menyatakan fadhilat amal .

Bidaah dalam Bulan Ramadhan


Dalam bulan Ramadhan pula , masyarakat Melayu gemar mempercepatkan solat
tarawih . Mereka mengerjakan solat tarawih hanya mengambil masa setengah jam dari
solat Isyak sehingga witir . Oleh kerana terlalu laju , banyaklah kecacatan yang
berlaku . Ini termasuklah surah al-Fatihah yang dibaca senafas , tidak menjaga
tumaninah dalam rukuk , sujud , duduk antara dua sujud dan iktidal .

Dalam hal ini imam al-Ghazali berkata : Kamu manghadiahkan solat kamu kepada
Allah , maka janganlah kamu menghadiahkan solat kamu dengan sifat-sifat yang
tersebut ( buruk ) , pasti anda akan menerima siksaannya .14

Bidaah Azan Dan Iqamat Untuk Jenazah


Masyarakat Melayu juga mengamalkan banyak perkara bidaah dalam hal pengurusan
jenazah . Mereka gemar membaca azan dan qamat sewaktu mayat diturunkan dari
rumah atau ke dalam kubur . Sebenarnya tidak ada hadis yang mensyariatkan azan
dan qamat untuk jenazah .

Amalan ini adalah semata-mata bidaah kerana ia tidak pernah dilakukan oleh
Rasulullah , sahabat-sahabat dan al-salaf al-shalih . Apa yang nabi ajar ialah azan
pada solat fardhu dan sewaktu menyambut kelahiran bayi .15

14
Abdul Ghani Azmi bin Haji Idris ( 2000 ) , Al-Bidaah Bahaya dan Keburukannya , hal : 389
15
Ibid , hal : 220

-8-
Bidaah Solat Teman
Selain itu , mereka juga percaya bahawa mayat perlukan bantuan untuk menghadapi
alam baru . Untuk tujuan itu , mereka juga melakukan sejenis solat yang dinamakan
Solat Teman . Solat ini bertujuan untuk membantu mayat menghadapi soalan
Mungkar dan Nakir . Solat ini adalah mungkar dan bidaah . Ini adalah kerana
Rasulullah hanya melakukan solat jenazah dan solat ghaib . Rasululullah juga hanya
mensyariatkan supaya berdoa dan meminta ampun untuk si mati .

Ini adalah bersesuaian dengan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud , al-
Hakim dan al-Bazzar , yang bermaksud :
Uthman bin Affan r.a meriwayatkan : Adalah nabi SAW apabila selesai
mengkebumikan jenazah , baginda berdiri di sisi perkuburan dan bersabda :
Mohonkanlah keampunan untuk saudara kamu dan mintalah ketetapan untuknya
kerana dia sekarang akan disoal .16

Bidaah Tunggu Kubur


Ada juga sebahagian masyarakat Melayu yang mengamalkan Tunggu kubur .
Mereka mengupah beberapa orang untuk menunggu kubur si mati untuk beberapa
malam . Panjang masa menunggu adalah bergantung kepada kemampuan keluarga si
mati . Lazimnya adalah dalam bilangan ganjil iaitu semalam , tiga malam , lima
malam , tujuh malam dan seterusnya . Sebuah rumah kecil dibina berhampiran kubur
si mati untuk tujuan membaca al-quran , berzikir dan sebagainya untuk
simati . Penunggu-penunggu mendapat upah yang agak lumayan .

Hukum mengupah dan mengambil upah membaca al-Quran kepada simati , jumhur
ulama menyatakan haram . Ini kerana , tiada pahala bagi orang yang membaca al-
Quran kerana upah . Pada tahun 1917 , Syeikh Muhammad Bakhit telah
mengeluarkan fatwa berhubung permasalahan kadar upah yang terjadi di antara
pemberi dan penerima upah , beliau memfatwakan hukum mengambil upah membaca
al-Quran untuk si mati adalah haram . Fatwa yang sama juga dikeluarkan oleh Mufti
Mesir Abdul Majid Sulaim pada tahun 1942 dan Badan Kajian Dakwah dan Fatwa
Kerajaan Arab Saudi , ( Fattawa Islamiyah , halaman 23 ) .17
16
Salim Bahreisy ( 1995 ) ,Terjemahan Riadhus Shalihin Jld . 2 , hal: 104
17
Abdul Hayei bin Abdul Sukor , Ruangan 1,001 Kemusykilan , Akhbar Mingguan Malaysia , 11
November 2000 .

-9-
Amalan ini adalah bidaah dan perbuatan mungkar yang wajib dicegah kerana ia jelas
tidak dianjurkan oleh Rasullullah S.A.W dan tidak pula diamalkan oleh para sahabat
dan ulama Salafus - Shalihin .

Bidaah Membina Bangunan Di atas Kubur


Di antara bidaah lain ialah ada juga di antara orang Melayu yang membina binaan di
atas kubur . Ada kubur yang dibina dengan konkrit , marmar dan lain-lain yang mahal
harganya . Kadang kala dibina kubah , menara , memasang lampu-lampu dan hiasan
yang indah khususnya dari kalangan orang berada dan kubur-kubur keramat atau
wali .

Ini adalah perbuatan yang membazir , riak dan takabbur . Di situ juga tersirat konsep
pemujaan kepada ahli-ahli kubur . Perbuatan ini menyerupai amalan agama-agama
lain.

Jabir ra. meriwayatkan katanya : Rasullullah SAW melarang mengecat kubur


dengan kapur , duduk di atas kubur dan membina binaan di atasnya .18
Hadis riwayat Muslim .

Selain itu , ada juga amalan yang menjadikan kubur sebagai tempat :-
Meminta sesuatu hajat
Meminta sesuatu melalui perantaraan kubur .
Berdoa di kubur kerana percaya bahawa berdoa dimakbulkan lebih mustajab
dari di masjid .
Bernazar kepada kubur .
Membayar nazar kepada kubur .
Menyembelih binatang nazar di kubur .

Amalan-amalan di atas adalah bidaah dan tidak ada bezanya dengan kelakuan
penyembahan berhala . Menurut Muhammad bin Abdul Wahab ( pengasas mazhab

18
Mamur Daud ( 1997 ) , Terjemahan Hadis Shahih Muslim , Jld. 2 , Hadis 916 , hal : 158

- 10 -
Wahabi ) , perbuatan ini adalah maksiat dan boleh membawa syirik .19 Perbuatan
memuliakan kubur adalah terkeluar daripada batas-batas agama dan harta benda yang
dibelanjakan untuk tujuan tersebut itu adalah sia-sia sahaja .

Bidaah Fidyah Solat Dan Kenduri Arwah


Dalam hal berkaitan kematian juga , kebanyakan masyarakat Melayu ada
mengamalkan membayar fidyah untuk orang yang telah meninggal dunia yang semasa
hidupnya ada meninggalkan solat . 20 Perbuatan ini juga adalah bidaah kerana
perbuatan ini tidak pernah dilakukan oleh nabi , para sahabat , al-salaf al-shalih dan
tidak ada ulama yang membolehkannya .

Kenduri arwah atau kenduri kematian yang diamalkan oleh Masyarakat Melayu juga
adalah bidaah . Amalan ini akan membebankan waris dengan menyediakan makanan
dan banyak berbelanja untuk malam-malam tiga , malam tujuh , malam empat puluh
hari dan seterusnya. Ini adalah juga bidaah yang bertentangan dengan sunnah
Rasulullah dan golongan al-Salafu al-Salih r.a. dan kemudiannya .

Ulama memutuskan amalan ini berasal daripada budaya Firaun . Justeru itu , amalan
ini adalah bidaah dan kadang-kadang berlaku salah guna pada harta peninggalan si
mati seperti hutang yang sepatutnya dibayar , tidak diutamakan . Oleh itu , maka
Majlis Fatwa Mesir tahun 1947 memutuskan haram dan hendaklah dihentikan
amalannya .

Dalam satu peristiwa , apabila berlaku kematian anak bekas Mufti Mesir , Syeikh
Hasanain Makhluf , setelah hampir empat puluh hari , beliau ditanya tentang tarikh
memperingati hari kematian yang ke - 40 . Beliau menjawab Menghayati malam 40
dengan cara seperti yang biasa dilakukan itu suatu bidaah yang tidak bersumberkan
Islam , buat anakku , cukuplah dengan amalan yang dilakukan olehnya sendiri .

19
Mohd . Yusuf bin Ahmad ( 1995 ) , Perkembangan Mazhab-Mazhab Ilmu Kalam Dalam Islam ,
hal :128
20
Abdul Ghani bin Yahya ( 1990 ) , Idaman Penuntut Pada Menghuraikan Yang Kusut , Penggal
Yang Pertama ( Ilmu Fiqh ) , hal : 147

- 11 -
Jawapan tentang permasalahan ini telah disiarkan oleh akhbar al-Ahram bertarikh 27
Julai 1947 dan disahkan oleh Majlis Fatwa Mesir dan dikeluarkan dengan rasminya
pada 14 Ogos 1947 .21

Bidaah Dalam Berwirid Dan Berdoa


Selain daripada itu , masyarakat Melayu juga gemar berdoa dengan suara keras
dengan menggunakan pembesar-pembesar suara sehingga kedengaran jauh kerana
sudah menjadi kebiasaan .

Sebenarnya , untuk berdoa , kita perlulah memenuhi tentang pantang larangnya , tidak
boleh melalui perantaraan , dengan ikhlas , khusyuk dan tawadhuk , tidak riak , tidak
takabbur dan tidak boleh dengan suara keras menengking .

Dalam hal ini Abu Musa al-Asfari meriwayatkan :


Orang-orang yang mengangkat suara mereka dengan berdoa dalam sebahagian
perjalanan , maka Rasulullah SAW bersabda kepada mereka : Batasilah diri kamu
( jangan bersuara keras ) , kerana bahawasanya kamu tidak memohon kepada orang
pekak dan bukan pula kepada orang yang tiada , sesungguhnya yang kamu meminta
kepadanya itu adalah Maha mendengar dan dekat , lebih dekat kepada seseorang
kamu dari tengkuk kenderaannya .22

Apatah lagi jika berdoa dengan suara yang keras sehingga mengganggu orang lain , ia
termasuk dalam bidaah yang tercela .

Bidaaah Membaca Al-Quran Atau Tarhim Di Menara Masjid


Membaca Al-Quran atau tarhim di menara masjid adalah juga bidaah .Lazimnya ia
dilakukan dengan dibaca atau melalui pita rakaman lebih-lebih lagi dilakukan di
waktu dinihari sebelum subuh . Bacaan-bacaan ini boleh mengganggu orang-orang
sakit , orang-orang tidur ataupun orang-orang yang ingin beribadat .
Menurut al-Imam Ibnu al-Jauzi , di antara pekerjaan-pekerjaan mungkar ialah
seseorang bangun di malam hari di menara-menara masjid lalu membaca zikir atau

21
Abdul Hayei bin Abdul Sukor , Ruangan 1,001 Kemusykilan , Akhbar Mingguan Malaysia , 11
November 2000 , hal : 9
22
Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim

- 12 -
sesuatu surah al-Quran dengan suara yang lantang lalu mengganggu manusia yang
sedang tidur dan mengganggu bacaan orang-orang yang sedang bersolat tahajjud .23

Sebab-sebab Timbulnya Bidaah

Jahil
Bidaah amat mudah membiak dalam satu masyarakat yang jahil , pemimpin yang jahil
dan ulama yang beku dan kaku . Masyarakat ada sebahagiannya yang gemar
membicarakan masalah agama yang tidak difahaminya . Tindakan memperkatakan
urusan-urusan agama tanpa ilmu adalah satu kesesatan dan menyesatkan orang .

Jahil dalam Bahasa Arab


Al-Quran , al-Hadis dan kitab-kitab yang muktabar adalah dalam bahasa Arab .
Kejahilan dalam bahasa ini akan menyebabkan salah faham dan kesesatan .
Sebagai contohnya :
Allah berfirman :


Ertinya :
Dan hendaklah kamu menyembah Tuhanmu sehingga datanglah keyakinan
kepadamu ,24

Yang dimaksudkan dengan perkataan yakin di situ ialah mati , tetapi kerana kejahilan
bahasa Arab , yakin disini dimaksudkan dengan keyakinan . Ayat itu diertikan
sebagai : Hendaklah kamu berabdi kepada Allah sehinggalah datang kepadamu
keyakinan , maka apabila sudah ada keyakinan tidaklah lagi wajib berabdi kepada
Allah . Akhirnya tidak berzakat, tidak bersolat dan tidak menunaikan fardhu haji
kerana mereka beralasan telah sampai ke martabat yakin .

Jahil Sunnah
Maksudnya ialah kejahilan tentang martabat hadis sama ada shahih , hassan, dhaif dan
maudhu. Hadis-hadis yang terlalu dhaif seperti hadis mungkar , matruk , batil dan

23
Abdul Ghani Azmi bin Haji Idris ( 2000 ) , Al-Bidaah Bahaya dan Keburukannya , hal : 209
24
Al-Quran , surah al-Hijr , ayat 99

- 13 -
maudhusama sekali tidak boleh digunakan . Sebagai contoh , bagi menggalakkan
umat supaya mengadakan perayaan maulid Nabi SAW maka hadis ini digunakan :


Ertinya :
Barangsiapa yang membesarkan hari kelahirannku , maka akulah pemberi syafaat
kepadanya pada hari qiamat .25

Jahil Konsep Ibadat


Sebahagian masyarakat Melayu hanya memahami bahawa ibadat itu hanyalah terbatas
kepada ibadat-ibadat yang khusus sahaja seperti solat wajib atau sunat , puasa wajb
atau sunat , zakat , haji , umrah , sedekah , wakaf , zikir , tahlil , takbir , tasbih ,
tahmid , istighfar , membaca al-Quran dan sebagainya . Apa yang mereka faham ialah
perkara yang selain daripada itu , tidak termasuk ibadat . Akhirnya mereka merasakan
bahawa ruang lingkup ibadat menjadi sempit walaupun mereka telah melakukan
semua ibadat khusus tersebut . Justeru itu , mereka mencari amalan-amalan lain
dengan membaca sesetengah kitab yang diajar oleh sesetengah guru seperti solat khas
pada malam-malam tertentu dan puasa khas pada hari-hari tertentu .

Mengikut Hawa Nafsu


Oleh kerana mengikut hawa nafsu , masyarakat Melayu sanggup melakukan
penyelewengan . Nafsulah yang mengajak orang ingin menjaga kemasyhuran ,
menjaga kepentingan diri , keluarga , suku dan ingin dipuji . Nafsu jugalah yang
menyebabkan timbulnya puak-puak sesat . Mereka sanggup mengada-ada , membuat
alasan dan dolak dalik yang keluar dari dasar dan roh Islam yang sebenarnya .
Allah berfirman di dalam al-Quran :

Ertinya :
Sesungguhnya nafsu itu menyuruh berbuat jahat kecuali nafsu yang dirahmati oleh
Tuhanku .26

25
Abdul Ghani Azmi bin Haji Idris ( 2000 ) , Al-Bidaah Bahaya dan Keburukannya , hal : 103
26
al-Quran , surah Yusuf , ayat 53 .

- 14 -
Taqlid Buta Kepada Guru
Manusia selain Rasul , walaupun betapa tinggi martabat keilmuannya dan
kesolehannya tidak terlepas daripada kesilapan dan kesalahan . Sikap bertaqlid buta
akan menyebabkan matinya roh ijtihad . Apabila berlakunya pertembungan antara
fatwa guru dengan al-Quran dan al-Sunnah , fatwa gurulah yang diutamakan kerana
guru dianggap serba tahu , keramat dan maksum . Jika dikaji , tidak ada imam-imam
mujtahidin yang mewajibkan orang bermazhab kepada mereka . Sikap bertaqlid buta
kepada guru-guru dan kitab-kitab tertentu adalah menjadi penyakit kepada umat dan
menjadi punca lahirnya bidaah .

Memperdaya Umat Islam


Sebahagian kaum Syiah dan sebahagian kaum Sufi mencipta bidaah dengan tujuan
menghancurkan Islam dan menyesatkan kaum muslimin .27Di dalam ilmu Tasauf ,
ada satu ajaran mengenai kasyaf . Kasyaf ialah sumber pengetahuan dalam ilmu
tasawuf yang sama kedudukannya seperti akal dalam Ilmu Tauhid 28. Dengan kasyaf ,
orang boleh merombak sesuatu hukum yang telah ada atau mengadakan sesuatu cara
ibadat yang belum atau tidak disyariatkan melalui lidah para rasul . Tidak hairanlah
jika Agama Kristian di dunia sekarang ini ialah dari ajaran Paulus . Pengikutnya yakin
bahawa beliau mendapat kasyaf berjumpa dengan Nabi Isa a.s sedangkan Nabi Isa
sudah diangkat .29

Menurut tafsiran kitab Tafsir al-Azhar , juzu II , halaman 287 288 :


Yang sangat merosak agama pula ialah yang ditimbulkan oleh golongan tasawwuf
yang semacam itu ialah tentang adanya kasyaf . Kasyaf ertinya pembukaan rahsia
yang tersembunyi . Menurut mereka , seseorang yang telah mencapai martabat wali
itu boleh diberi Allah kelebihan dengan dikasyafkan kepadanya oleh Allah rahsia-
rahsia yang tersembunyi , yang ghaib . Kadang-kadang mereka mengubah hukum
agama yang tertulis di dalam al-Quran dan Hadis sebab tuan Syaikh telah mendapat
kasyaf dari Allah baik di dalam suatu mimpi atau suatu ilham supaya dikerjakan
begini atau begitu , yang tidak ada dari pokok syariat dari al-Quran dan Hadis itu .30

27
Syeikh Abu Bakar Jabir Al-Jazairi ( 2002 ) , Bidaah Sumber kehancuran Umat , hal : 28
28
AbdulFattah Haron brahim ( 1992 ) , Beberapa Masalah Utama dalam Tasawuf , hal : 24
29
Ibid
30
Abdul Ghani Azmi bin Haji Idris ( 2000 ) , Al-Bidaah Bahaya dan Keburukannya , hal : 126

- 15 -
Sebab-sebab Bidaah Membiak
Puncanya ialah , orang Melayu merestui dan mengikuti amalan-amalan bidaah
setengah-setengah orang alim kerana berkeyakinan bahawa apa yang diamalkan orang
alim itu adalah benar .

Selain itu , adat tradisi orang-orang Melayu sebelum kedatangan Islam masih
dilakukan sebagai satu amalan agama seperti berkaitan dengan wanita mengandung ,
urusan kematian , perkahwinan dan perkara ini direstui oleh sesetengah guru dan
mendiamkannya . Perbuatan ini ( mendiamkan diri ) dianggap membenarkan
perbuatan bidaah .

Ada juga orang yang cuba menegakkan sunnah dan menafikan bidaah tetapi dianggap
mengajar ilmu sesat yang kononnya bertentangan dengan ajaran mazhab Syafii .
Tidak kurang juga yang menganggap bidaah adalah masalah remeh-temeh dan tidak
perlu diberi perhatian .

Selain itu apabila perasaan cintakan kedudukan dan ingin mempertahankannya


berkumpul di dalam jiwa mula bermaharajalela , ada juga pemimpin tarikat atau
pemimpin jamaah yang buta agama , untuk menjaga kedudukannya , sedangkan
mereka bukan ahlinya , telah mencipta wirid , amalan zikir doa dan sebagainya untuk
diberikan kepada murid-muridnya . Inilah sebabnya mengapa bidaah bertambah
banyak sehingga tidak terhitung .31

Bidaah Yang Menjadikan Pengamalnya kufur


Ada beberapa kepercayaan di kalangan masyarakat Melayu yang jika diamalkan boleh
membawa kepada kufur . Bidaah ini ialah yang berkaitan dengan prinsip-prinsip
agama seperti dalam masalah aqidah . Contohnya ialah seperti berikut :
Berfikiran dan berkeyakinan bahawa para wali di dalam kubur boleh
melakukan perkara-perkara seperti di dalam dunia , boleh mengarahkan
manusia yang hidup serta menjadi penyebab dalam mendapatkan sesutau
ataupun tidak .
Berkeyakinan bahawa para wali lebih mulia daripada nabi SAW .
31
Syeikh Abu Bakar Jabir Al-Jazairi ( 2002 ) , Bidaah Sumber kehancuran Umat , hal : 29

- 16 -
Berkeyakinan bahawa ada di antara para wali yang dipanggil untuk mendengar
dan mengabulkan permohonan peminta seperti diselamatkan dari kesusahan
atau kecelakaan .
Berkeyakinan bahawa ada ayat-ayat yang bertentangan di dalam al-quran .
Berfikiran bahawa siksa dan nikmat kubur itu tidak ada kerana bertentangan
dengan akal .
Berkeyakinan bahawa sifat Allah itu ruh bagi Nabi Muhammad; sifat
Muhammad ruh bagi manusia; sifat manusia ruh bagi binatang.
Mempercayai bahawa Awal pun Nur, Akhir pun Nur; Nur itu zat Allah' Nur
itu Muhammad.
Sembahyang itu memadai dengan niat dalam hati jua. Tidak perlu

mengerjakan rukun yang itu , iaitu niat yang termaklum di sisi mereka

sahaja .

Al-Masalihul Mursalah bukan bidaah


Al-Masalihul Mursalah adalah bukan bidaah . Ia adalah tindakan lanjut dari kaedah
prinsip Suatu kewajipan yang tidak boleh sempurna kecuali dengan sesuatu maka
sesuatu tersebut menjadi wajib. 32
Perkara-perkara tersebut termasuklah :-
Mengumpulkan catatan-catatan Al-Quran sehiggga menjadi sebuah kitab.
Mengenakan denda dengan harta yang telah ditetapkan .
Memanfaatkan harta haram sementara tidak ditemukan harta halal .
Membuat mihrab di dalam masjid .
Membuat menara-menara dan tempat azan yang tinggi di masjid.
Meninggikan mimbar dengan bertingkat-tingkat agar jemaah yang besar dapat
mendengar khutbah dengan lebih jelas.
Membuat pembesar suara agar dapat didengar oleh orang ramai .
Membukukan penemuan-penemuan baru seperti ilmu hadis , ilmu fiqh , nahu
saraf dan lain-lain .
Membuat mesin-mesin berteknologi tinggi untuk menumbuk bji-bijian .
Menaiki kederaan seperti kapal terbang dan helikopter .
Membuat alat percetakan moden untuk mencetak buku .

32
Hassan Bin Haji Ahmad ( 2002 ) , Usul Fiqh , hal : 318

- 17 -
Kesemua ini tidak ada dalam al-quran dan hadis , mahupun ijma . Kesemuanya
termasuk dalam al-marsalihulmursalah . Ia adalah bukan bidaah .

Cara-cara Mencegah Dan Membasmi Bidaah


Mengharamkan buku-buku yang mengandungi perkara-perkara bidaah
daripada disebarkan kepada masyarakat
Pihak berkuasa tentang agama negeri ini hendaklah menubuhkan sebuah
jawatankuasa untuk memeriksa dan meneliti buku-buku agama .
Memberi penerangan kepada masyarakat supaya menghindari bidaah melalui
khutbah jumaat , risalah , ceramah dan pengajian di surau-surau .
Menyebarkan kepada masyarakat sunnah-sunnah yang shahih .
Memastikan perlantikan jawatan-jawatan seperti pegawai-pegawai agama ,
bilal-bilal , mubaligh-mubaligh , guru agama hendaklah diberikan kepada yang
benar-benar layak .
Semua tenaga agama hendaklah diberi kursus tentang perkara bidaah dan cara
mengatasinya .
Kerajaan , alim ulama dan guru-guru hendaklah terlebih dahulu meninggalkan
perkara bidaah .

Kesimpulan

Bidaah ialah perkara yang baru yang tiada dalam syariat . Jika ia berkaitan dengan
akidah , amal ibadat dan kepercayaan , ia akan menjadikan pengamalnya kufur . Jika
ia berkaitan dengan al-marsalih al-mursalah , ia tidak dinamakan bidaah .Urusan-
urusan adat yang tiada ketentuannya dari syarak adalah satu kebebasan kepada
manusia untuk mengurus mengikut kebijaksanaan mereka .Bidang-bidang ini
termasuklah pertanian , perladangan , perburuan penternakan, perlombongan dan
sebagainya .

Mewujudkan jentera , kilang mesin dan sebagainya adalah tidak dinamakan bidaah
walaupun menurut bahasa ia dinamakan bidaah .

- 18 -
Bidaah adalah satu perbuatan yang tercela dan dosa serta melibatkan penolakan
amalan oleh Allah . Besar atau kecilnya dosa bidaah yang dilakukan dan berdasarkan
motif apa bidaah itu dilakukan . Allah telah berfirman :


Ertinya :
Adakah mereka mempunyai sembahan-sembahan selain Allah yang mensyariatkan
untuk mereka dari urusan agama yang tidak diizinkan Allah ?33

Masyarakat Melayu perlulah lebih berfikiran terbuka dan lebih banyak membaca serta
berguru . Mereka tidak boleh hanya mengharapkan satu sumber pengetahuan sahaja .
Lebih-lebih lagi pada zaman moden yang memasuki era globlisasi ini . Mereka perlu
melihat dunia dengan mata burung dan bukan dengan mata tempurung .

Kadang-kadang kita tidak sedar bahawa kita telah mengamalkan bidaah yang tercela
dan boleh membawa kepada kekufuran . Sesungguhnya batu sempadan kekufuran itu
tidak kelihatan . Jika kita tersilap langkah , kita akan berada di sebelah kiri batu
sempadan keimanan dan menjerumuskan diri ke dalam neraka Allah .

Dengan mendalami Tauhid Uluhiyah , Tauhid Rububiyah dan Tauhid Asma dan
Tauhid al-Sifat , kita akan lebih tenteram kerana kita berada dalam lingkungan
kefahaman yang boleh menyelamatkan diri kita daripada perkara-perjara syirik ,
khurafat dan bidaah dan Insya Allah kita tergolong dalam golongan yang dinamakan
golongan Al-sabiqun dan golongan ashabul Yamin . Semoga amalan kita semua
diterima oleh Allah dan kita terhindar daripada sebarang anasir bidaah , syirik dan
khurafat .

Wallhu alam bis sawwab .

33
A-Quran , Surah Al-Syura , ayat 21

- 19 -
Bibliografi

AbdulFattah Haron Ibrahim ( Prof. Madya ), Beberapa Masalah Utama Dalam


Tasawuf : 1992 , Kuala Lumpur , Bahagian Hal Ehwal Islam , Jabatan Perdana
Menteri .
Abdul Ghani Bin Yahya , Idaman Penuntut Pada Menghuraikan Yang Kusut
Penggal Yang Pertama ( Ilmu Fiqh ) : 1990 , Johor Bahru , Penerbitan Haji Abd.
Ghani Haji Yahya .

- 20 -
Abdul Ghani Azmi bin Haji Idris ( Drs. ) , Al- Bidaah Bahaya dan keburukannya :
2000 , Kuala Lumpur , Al-Hidayah Publishers .
Hassan bin Haji Ahmad , Usul Fiqh : 2002 , Kuala Lumpur , Pustaka Haji Abdul
Hamid
H.M. Tuah Iskandar , 600 Jawapan Kemusykilan Agama Jld. 1 : 1998 , Kuala
Lumpur , Karya Bistari Sdn. Bhd.
H.M. Tuah Iskandar , 600 Jawapan Kemusykilan Agama Jld. 2 : 1999 , Kuala
Lumpur , Karya Bistari Sdn. Bhd.
Kasmuri Selamat MA , Rahsia Dan Amalan Bulan Islam , Muharam - Zulhijjah :
2000 , Kuala Lumpur , Darul Numan .
Mamur Daud , Terjemah Hadis Shahih Muslim : 1997 , Selangor , Klang Book
Centre .
Muhammad Sjafii Hadzami bin Muhammad Saleh Raidi , Seratus masalah Agama :
2000 , Kuala Lumpur , Victoria Agencie .
Mohd . Yusuf Ahmad , Perkembangan Mazhab-Mazhab Ilmu Kalam Dalam Islam :
1995 , Kuala Lumpur , Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia .
Noh bin Gadut , Khutbah-khutbah Jumaat : 1991 , Johor Bahru , Bahagian
Penerbitan Jabatan Agama Johor .
Salim Bahreisy , Terjemahan Riadhus Shalihin Jld. 1 dan 2 : 1995 , Kuala Lumpur ,
Victory Agencie .
Syed Alwi bin Tahir al-Hadad , Fatwa-Fatwa Mufti Kerajaan Johor : 1990 , Johor
Bahru , Bahagian Penerbitan Jabatan Agama Johor .
Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz , Berhati-hati terhadap Bidaah : 2004 ,
Johor Bahru , Perniagaan Jahabersa .
Syeikh Abu Bakar Jabir Al-Jazairi , Bidaah sumber Kehancuran Umat : 2002 , Johor
Bahru , Perniagaan Jahabersa .
Zainuddin Hamidy , Fachruddin Hs , Tafsir al-Quran : 1991 , Selangor , Klang Book
Centre .
Akhbar Mingguan Malaysia , Ruangan 1,001 Kemusykilan .

- 21 -

Anda mungkin juga menyukai