Anda di halaman 1dari 2

Prosedur In Vitro Fertilisation (IVF)

IVF dikenali sebgai bayi tabung uji dan merupakan rawatan di mana telur dipersenyawakan
oleh sperma di dalam tabung uji. Antara prosedur IVF adalah seperti berikut:

1) Suntikan hormone akan diberikan kepada pasangan wanita kebiasaanya pada hari
kedua haid dan berikutnya. Tujuan utama suntikan sebegini adalah untuk merangsang
kilang telur untuk menghasilkan lebihan folikel.
2) Folikel tersebut akan dipantau melalui imbasan scan. Dos hormone akan dinaikkan
atau diturunkan bergantung kepada respon folikel.
3) Kitaran haid yang normal adalah pada kitaran (28-30 kitaran hari). Folikel
kebiasaannya akan matang pada hari ke 12-14 haid dan procedure oocyte
retrieval(OR) akan dilakukan.
4) Pesakit dibenarkan pulang ke rumah. Ubat lali akan diberikan sebelum OR dilakukan.
Imbasan scan menggunakan vaginal probe akan dilakukan menggunakan jarum halus.
Folikel-folikel matang yang mengandunyi telur (ovum) akan disedut melalui tebukan
halus di lapisan atas faraj. Prosedur OR selalunya berdurasi selama satu jam ke satu
jam tiga puluh minit.
5) Pada hari yang sama dengan prosedur OR, pasangan lelak dikehendaki untuk
memberikan sampel sperma. Sperma dan ovum yang telah diperolehi akan
dipersenyawakan oleh Pakar Embryologist.
6) Hasil persenyawaan sperma dan ovum makan terhasillah Embryo. Pakar Embryologist
akan memantau perkembangan embryo ini dengan teliti. Embryo yang paling sihat
akan dimasukkan semula ke dalam Rahim. Prosedur ini dikenali sebagai embryo
transfer (ET). Pesakit dibenarkan pulang selepas prosedur ini.
7) Ubatan-ubatan untuk menguatkan Rahim akan dideskripkan kepada pasangan wanita
dan dinasihatkan untuk berehat untuk beberapa hari.
8) Jika tiada haid berlaku, kemungkinan pasangan wanita tersebut hamil dan ujian air
kencing untuk mengenalpasti kehamilan akan dilakukan. Ujian akan dilakukan
kebiasaanya selepas 2 minggu selepas embryo transfer. Imbasan scan dapat
dilakukan selepas 3-4 minggu kehamilan. Sekiranya haid dating semula, proses IVF
telah gagal.
Cadangan IVF bagi beberapa golongan

1) Wanita yang mempunyai masalah kemandulan melebihi 5 tahun dan berumur


melebihi 35 tahun.
2) Wanita yang mempunya saluran yang tersumbat di kedua-dua belah falopia.
3) Pasangan yang mempunyai masalah kesuburan, samada salah satu pasangan
mahupun kedua-dua pasangan.
4) Pasangan lelaki yang mempunyai masalah kurang bilangan sperma, pergerakan dan
kualiti.
5) Wanita yang mengalami masalah endometriosis yang teruk .
6) Pasangan yang telah menjalani rawatan IUI beberapa kali tetapi masih gagal untuk
hamil.

Anda mungkin juga menyukai