Anda di halaman 1dari 5

PENYERANG PSG, Neymar (kanan) diasak pemain Bayern Munich, Kingsley Coman (tengah) pada aksi Kumpulan B Liga

Juara-Juara di
Munich, sebentar tadi. - Foto EPA-EFE

Bayern benam PSG


MUNICH: Bayern Munich merosakkan rekod sempurna Paris St Germain dalam Liga Juara-
Juara musim ini dengan mencipta kemenangan 3-1 di Allianz Arena sebentar tadi, namun ia
tidak mampu menyekat kelab dari Perancis itu mara selaku juara Kumpulan B.

Dengan kedua-dua pasukan sudah layak lebih awal ke peringkat kalah mati, dua jaringan
Corentin Tolisso dan satu lagi menerusi Robert Lewandowski, memberikan Bayern harapan
untuk mencipta kemenangan dengan perbezaan empat gol yang membolehkan mereka
mendahului kumpulan.

Bagaimanapun PSG, yang mengatasi Bayern 3-0 di Paris, tampak berupaya mengelak
kekalahan besar dalam saingan penuh kualiti itu apabila Kylian Mbappe menjaringkan gol
selepas rehat babak pertama ketika pasukannya ketinggalan 2-0. - REUTERS
PEMAIN tengah PSG, Marco Verratti (kiri) diasak pemain Bayern Munich berasal dari Chile, Arturo Vidal pada aksi Kumpulan B Liga Juara-

Juara di Munich, sebentar tadi. - Foto AFP


PEMAIN tengah Bayern Munich berasal Perancis, Corentin Tolisso (dua dari kanan) dipeluk rakan sepasukan selepas menjaringkan gol

ketika menentang PSG pada saingan Kumpulan B Liga Juara-Juara di Munich, sebentar tadi. - Foto AFP
REAKSI pengendali Bayern Munich, Jupp Heynckes selepas jaringan dihasilkan ketika menentang kelab Perancis, PSG pada saingan

Kumpulan B Liga Juara-Juara di Munich, sebentar tadi. - Foto AFP


AKSI tangkas penjaga gol PSG, Alphonse Areola (tengah) cuba diasak pemain Bayern, Robert Lewandowski (kiri) pada saingan Kumpulan B

Liga Juara-Juara di Munich, sebentar tadi. - Foto EPA-EFE

Anda mungkin juga menyukai