Anda di halaman 1dari 8

Di abad ini masyarakat hidup dalam era globalisasi yang berorientasikan Sains dan Teknologi.

Masyarakat sangat bergantung kepada penggunaan Sains dan Teknologi dalam semua aspek
kehidupan dan pembaharuan dan penggunaan unsur-unsur kreatif sangat penting dalam amalan
hidup seharian. Ledakan teknologi maklumat dan komunikasi telah membawa perubahan kepada
kehidupan manusia masa kini termasuk sektor pendidikan, jika dahulu proses pengajaran dan
pembelajaran berkonsepkan 'chalk and talk' tetapi kini komputer dapat menjadikan proses
pengajaran dan pembelajaran lebih interaktif dan menarik.
Menurut Heinich, Molenda dan Rusell (1993) banyak perisian komputer boleh digunakan dalam
setiap aspek pendidikan. Penggunaan alat bantu dalam pengajaran biasanya digunakan untuk
membantu guru menghidupkan suasana pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Penggunaan
media yang tepat dalam pengajaran boleh memotivasikan, meningkatkan kefahaman, merangsang
penglibatan, mengekalkan minat pelajar terhadap pelajaran serta meningkatkan pembelajaran
murid. Keberkesanan penggunaan media dalam pengajaran adalah bergantung sepenuhnya ke atas
guru sendiri.
Guru yang cemerlang harus peka terhadap perkembangan teknologi baru dan peluang yang tersedia
untuk menggunakannya ke arah menambah baik proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Paling tidak ia dapat mengurangkan kadar kebosanan dalam kelas bagi guru dan pelajar.
Pembelajaran biasanya amat berkesan dan kekal apabila semua deria diguna secara optimum.
Penglibatan pelajar yang maksimum seperti pembelajaran melalui manipulasi alatan atau penulisan
amatlah perlu bagi memastikan objektif pegajaran tercapai. Pelajar harus belajar melakukan atau
membuat sesuatu tugasan secara sendiri (learning by doing).

2.0 KONSEP KAEDAH PENGAJARAN

Konsep kaedah pengajaran yang diwujudkan adalah berdasarkan teori yang dikemukakan oleh Kolb
(1984) dan diaplikasi bersama kaedah pengajaran berbantukan komputer dengan berpandukan
Model Assure. Menurut teori Kolb, konsep asas pembelajaran adalah melalui pemahaman pelajar
dan menjelaskan perilaku manusia belajar serta untuk membantu orang lain untuk belajar. Ini
bermaksud, pengalaman belajar secara aktif dan interaktif sekaligus mengaplikasikannya akan
menghasilkan keputusan yang positif. Kaedah pengajaran gaya belajar yang dikemukakan oleh Kolb
(1984) terbahagi kepada empat kitaran iaitu melihat (pengalaman), berfikir (pengamatan), bertindak
(eksperimentasi) dan adaptasi seperti rajah 1.
Rajah 1 : Kitaran Gaya Belajar Kolb (1984)

Kaedah pengajaran dan berbantukan komputer bermaksud komputer digunakan sebagai medium
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Semua butiran utama mengajar perlu dimasukkan ke
dalam komputer dan penerangan terperinci dijelaskan oleh guru semasa proses pengajaran dan
pembelajaran. Penggunaan komputer dalam pendidikan merupakan langkah awal dalam
menyediakan para pelajar yang maju, kreatif dan inovatif. Komputer dalam pendidikan
membolehkan pelajar sekolah menguasai pengetahuan dan kemahiran asas supaya mereka boleh
menggunakan kemudahan ini untuk pembelajaran dan persediaan menghadapi cabaran masyarakat
yang berasaskan teknologi komunikasi dan maklumat. Tujuan kaedah pengajaran dan pembelajaran
berbantukan komputer juga memudahkan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran dan
mengelakkan penangguhan masa. Kaedah pengajaran berbantukan komputer yang digunakan
berpandukan Model Assure yang mana terdapat enam peringkat yang perlu diambil perhatian dalam
proses pengajaran dan pembelajaran seperti rajah 2.

Mengapa Guru Perlu Menggunakan Media Pengajaran


Profesionalisme seseorang guru dapat dipertingkatkan dengan pelbagai cara. Salah satu
daripada caranya ialah dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran dengan
menggunakan media pengajaran semasa melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
di bilik darjah. Banyak kajian dan penyelidikan telah dijalankan di dalam dan luar Negara
mengenai faedah dan kepentingan media pengajaran dalam pendidikan. Artikel ini akan
membincangkan peranan media pengajaran dan faedah kepada guru dan murid.
Dengan penggunaan media pengajaran, guru akan dapat dilihat sebagai seorang yang
sentiasa proaktif dan menitik beratkan hasil akhir pengajaran yang mana akan dapat
membantu murid memahami dan mengingati sesuatu fakta dan ilmu. Menurut kajian,
peratus penerimaan semasa proses pengajaran pembelajaran berlaku adalah
dipengaruhi oleh penglibatan deria masing-masing. Deria % Penerimaan Mata 70
Hidung 5 Mulut 4 Telinga 15 Rasa/sentuhan 6
Kepentingan media pengajaran dalam proses pengajaran pembelajaran ialah seperti
berikut:

Pengajaran lebih terancang


Melibatkan pelbagai deria
Memperkayakan pengalaman
Perluasan batasan komunikasi
Pembelajaran individu
Keseronokan belajar/motivasi
Sumber maklumat
Menolong membentuk gambaran yang betul dalam fikiran murid.
Menguat dan mengekalkan daya ingatan
Menghubungkan yang abstrak kepada konkrit
Memberikan gambaran dan peristiwa di luar bilik darjah ke dalam bilik darjah
Menjimatkan masa
Membantu murid membentuk konsep dengan lebih mudah serta jelas
Mempelbagaikan aktiviti pengajaran pembelajaran
Pemilihan Media Pengajaran Seseorang guru harus tahu dan bijak untuk memilih
media pengajaran, faktor-faktor berikut perlu diberikan perhatian: 1. Kesesuaian 2.
Peringkat penerimaan/kefahaman 3. Pemerolehan 4. Harga 5.
Mutu KesesuaianSebelum memilih sesuatu media pengajaran, guru perlu menetapkan
objektif yang hendak dicapai terlebih dahulu. Contohnya, kalau objektif guru adalah
supaya murid mengetahui tentang bunyi sebutan perkataan yang betul di dalam
pembelajaran bahasa kedua, dan di samping membetulkan bunyi sebutannya, maka
murid perlu mendengarnya sendiri. Oleh itu media yang betul ialah alat perakam audio.
Boleh juga alat perakam audio digabungkan dengan carta dan sebagainya jika difikirkan
mustahak. Sesuatu media dianggap sesuai jika memenuhi syarat berikut:
Memenuhi kehendak isi dan objektif murid
Memudahkan kefahaman murid
Memerlukan latihan yang minimum untuk menggunakannya
Menimbulkan suasana pengajaran pembelajaran yang menyeronokkan
Mudah diubahsuai dari segi penggunaan serta juga senang dipindahkan dari satu
tempat ke satu tempat yang lain
Selamat digunakan oleh murid

Peringkat penerimaan/kefahaman Mungkin isi kandungan media yang dipilih itu


sesuai, tetapi cara penyampaian atau peringkat penerimaan murid adalah tidak setara
dengan keupayaan mereka. Dengan lain perkataan media tersebut tidak setanding
dengan keupayaan murid untuk menerima dan memahami isi kandungan yang
disampaikan oleh media tersebut. Ini berlaku kepada media yang telah siap tersedia oleh
pihak-pihak tertentu seperti syarikat pengeluar media tersebut. Untuk mengelakkan
perkara ini, media perlulah dihasilkan sendiri oleh guru yang mengajar. Media yang
dapat memudahkan pemahaman murid terhadap konsep-konsep yang hendak
disampaikan hendaklah dipilih.Harga Sesuatu media yang hendak digunakan hendaklah
diperolehi dengan mudah dan harga yang murah. Media elektronik tidak dapat dinafikan
mempunyai keupayaan yang lebih baik walaupun harganya mahal. Sekiranya harga
tidak menjadi masalah, pilihlah media yang dapat memberikan kesan yang lebih baik.
Kos adalah munasabah dan tidak terlalu membebankan. Pemerolehan Seseorang guru
yang merancang menggunakan media pengajaran, perlu mengenal pasti pemerolehan
sesuatu media itu. Adakah media tersebut ada di pusat sumber atau sekolah masing-
masing? Bolehkah media tersebut disediakan dengan mudah? Sekiranya mudah
diperolehi, akan mendorongkan seseorang guru menggunakannya dengan lebih
kerap. Mutu Sekiranya faktor-faktor di atas sudah dipenuhi, apakah guru akan menolak
penggunaan media tersebut kerana mutu yang rendah? Sesuatu objektif pembelajaran
tidak akan tercapai sekiranya mutu media yang digunakan itu tidak elok seperti warna,
suara dan tulisan yang tidak jelas. Penghasilan Media Kebanyakan media yang ada di
pasaran adalah dipasarkan untuk mencari keuntungan tanpa memenuhi kehendak dan
keperluan tertentu guru dan murid. Oleh itu untuk menyediakan media yang sesuai, guru
perlulah membuat sendiri. Banyak sekali faedah yang diperolehi dari penghasilan media
oleh guru seperti berikut:

Isi kandungan yang sesuai dengan sukatan sekolah


Objektif pengajaran pembelajaran disusun dengan lebih tepat
Jika dilibatkan murid dalam penghasilan media, akan dapat mengukuhkan lagi
daya ingatan dan meberikan pengalaman yang berguna kepada murid
Menambahkan koleksi pusat sumber sekolah di samping menjimatkan kos

Beberapa aspek yang perlu dititik beratkan dalam penghasilan media adalah seperti
berikut:
Pengetahuan mengenai bahan yang hendak dihasilkan (isi kandungan)
Kemahiran untuk penghasilan
Mempunyai daya kreatif
Tenaga untuk penghasilan
Alatan khas yang diperlukan
Masa
Kos

Dalam perbincangan ini, kita akan membincangkan faedah penghasilan media oleh guru
dan oleh murid. Media Yang Dihasilkan Oleh Guru Sebagai seorang guru, kita perlu
memikirkan penghasilan media pengajaran dalam dua kategori;

1. Media pengajaran yang akan digunakan untuk persembahan dalam bilik


darjah, perbincangan dengan murid, penilaian atau aktiviti yang diarahkan oleh
guru. Contohnya, bahan tayangan yang mudah seperti transparensi, selaid, kaset
audio, poster, grafik dan bahan pameran.
2. Media pengajaran yang digunakan terus oleh murid untuk tujuan
pembelajaran. Contohnya, kit pelbagai media yang digunakan untuk
pembelajaran individu, bahan 3D dan 'mock-up' yang digunakan oleh murid
kejuruteraan

Faedah sampingan yang diperolehi apabila guru menghasilkan media atau


mengarahkan murid menghasilkan media adalah guru sendiri akan dapat memahami
dan menjelaskan lagi objektif dan idea mengenai bagaimana menyusun program
pengajaran pembelajaran dengan lebih baik lagi. Media Yang Dihasilkan Oleh
Murid. Murid yang terlibat dalam penghasilan media akan memperolehi faedah daripada
pengalaman mereka. Mereka boleh memberikan sumbangan berupa idea yang kreatif
untuk sesuatu penghasilan media. Bakat murid dalam penghasilan media seperti bahan
pameran, bahan pembelajaran kendiri, transparensi, selaid, bahan 2D, poster dan
sebagainya tidak boleh diperkecilkan. Disebalik khidmat penghasilan media, murid juga
boleh membantu guru untuk merekabentuk media pengajaran supaya sesuai dan
mencapai kehendak dan keperluan bilik darjah. Beberapa perkara yang perlu diberikan
perhatian sekiranya guru ingin murid menghasilkan media:

Ingat bahawa penghasilan akhir sesuatu media tidaklah begitu penting


berbanding proses dan pengalaman yang digunakan untuk mencapai objektif
Apabila murid menghabiskan masa dan tenaga dalam penghasilan media,
pastikan mereka memahami apa yang dibuat dan mereka merasakan dihargai. Matlamat
guru bukanlah untuk mempergunakan murid atau memaksa mereka berkerja melampaui
keupayaan, tetapi memberikan peluang kepada mereka supaya produktif dan seronok
melakukan aktiviti penghasilan media
Pastikan, sebelum projek dimulakan, murid menghasilkan perancangan di atas
kertas. Bantulah mereka belajar bagaimana membuat 'lay-out' projek sebelum kerja
sebenar dijalankan, untuk mempastikan dengan jelas setiap langkah yang akan diambil
akan mencapai kejayaan
Bantu murid menghadapi kekecewaan jika terdapat kesilapan dan mencuba
semula. Kesilapan adalah perkara biasa dalam memmuridi sesuatu yang baru

Peringkat Usaha Penghasilan Media a) Penghasilan media secara


tiruanPenghasilan media secara tiruan boleh diilustrasikan seperti memotong huruf
berdasarkan bentuk, melukiskan peta dan gambar melalui surihan imej tayangan atau
menghasilkan terarium atau boneka berdasarkan arahan buku atau gambar. b)
Penghasilan media secara pengubahsuaian Pengubahsuaian memerlukan
penciptaan dalam bentuk baru atau cara baru dalam penggunaan media sedia ada.
Prototaip atau gambar prototaip yang ada adalah sebagai panduan berguna, tetapi hasil
akhir kelak akan memerlukan individu terlibat dalam pelbagai masalah. Penghasilan
media secara pengubahsuaian memerlukan pertimbangan individu, arah kendiri dan
inisiatif. c) Rekaan kreatif Melibatkan keupayaan mentafsir dan menyelesaikan masalah
dengan cara yang asli, tanpa bergantung kepada pengalaman atau penulisan.
Penghasilan filem slaid bersuara, fotograf, penggambaran video dan sebagainya untuk
digunakan dalam pengajaran pembelajaran adalah antara contoh rekaan kreatif. Guru
perlu menggalakkan murid membuat rekaan kreatif dan asli. d) Inovasi dari
peniruan Meniru secara kreatif mengandungi dua unsur yang seolah-olah bertentangan.
Sesuatu yang kreatif tentulah bersifat asli. Sebaliknya sesuatu yang dihasilkan secara
meniru tentulah tidak asli, oleh itu tidak kreatif. Walau bagaimana pun peniruan kreatif
adalah penghasilan semula apa yang telah dicipta oleh orang lain dalam bentuk yang
tersendiri dan mempunyai keunikan tersendiri dari segi fizikal dan fungsinya. Guru dan
murid perlulah menggunakan kaedah ini untuk menghasilkan media yang boleh
digunakan untuk tujuan pengajaran pembelajaran. Media Kos Murah Definisi media kos
murah adalah berdasarkan kepada ciri-ciri berikut:

Media yang boleh disediakan oleh guru dan murid sendiri


Media yang dibekalkan dan boleh menambahkan keberkesanan pengajaran
pembelajaran dalam bilik darjah tanpa memerlukan kos tambahan
Proses yang terlibat dalam penghasilan media tersebut adalah mudah dan murah
Penghasilan media tersebut tidak memakan masa yang panjang
Bahan mentah yang digunakan adalah percuma dan mudah diperolehi dari
persekitaran murid dan guru

Jenis Media Kos Murah

Gambar kaku
Gambarajah
Carta
Graf
Peta
Kartun
Poster
Carta bersiri
Bahan 3D seperti boneka, glob, model, realia, 'mock-up' dan lain-lain.

Prinsip Reka Bentuk Media Kos Murah

Jelas. Idea mesti tepat, mudah dan terus terang. Ini mestilah sesuai dengan
ukuran, warna, kontras dan reka letak
Menarik. Mesej yang hendak disampaikan mestilah dapat menarik perhatian,
membolehkan ia mencetuskan reaksi yang cepat dalam kalangan murid
Senang digunakan. Termasuk dari segi mudah dibawa, dimanipulasikan dan
difahami murid
Berkaitan. Bahan yang dihasilkan itu mestilah menggambarkan hubungannya
dengan isi kandungan muridan dan matlamat yang hendak dicapai. Ia juga mestilah
menggambarkan peringkat umur dan pengalaman murid yang menggunakannya
Berpatutan dengan kos. Ia mestilah menunjukkan unsur-unsur penjimatan dari
segi masa, tenaga dan kewangan. Perancangan yang teliti dan membiasakan diri
dengan berbagai jenis dan tujuan media kos murah akan membantu ke arah penjimatan
di dalam pengeluaran.

Saya menyeru kepada semua guru supaya sentiasa menjaga dan meningkatkan nilai
profesionalisme perguruan kita supaya sentiasa dipandang tinggi di sisi masyarakat.
Dengan mempraktiskan apa yang dibincangkan di atas, sudah pasti kita akan diiktiraf
sebagai seorang yang profesional dalam bidang kerjaya kita di mata masyarakat. Anda
semua dapat mempelajari bidang Teknologi Pendidikan dengan mengikuti kursus-kursus
yang diadakan di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN), Pusat Kegiatan Guru
(PKG), Institut Pendidikan Guru (IPG) melalui kursus jangka pendek atau kursus jangka
panjang yang ditawarkan dari semasa ke semasa. Universiti Sains Malaysia (USM)
mempunyai satu bahagian profesional yang menawarkan kursus berkaitan dengan
Teknologi Pendidikan atau Teknologi Pengajaran iaitu Pusat Teknologi Pendidikan dan
Media (PTPM). Anda juga boleh melanjutkan pelajaran di peringkat master atau Ph.D
dalam bidang Teknologi Pendidikan di Universiti Awam Tempatan atau luar negara.
Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang menawarkan pelbagai kursus di peringkat
master dan Ph.D, dan bidang Teknologi Pendidikan ini tidak terkecuali. Buat masa kini
terdapat ramai pelajar daripada kalangan guru yang melanjutakan pelajaran di UPM
dalam bidang Teknologi Pendidikan. Terdapat juga pelajar daripada luar negara seperti
Iran, Yemen, Indonesia dan beberapa negara lain sedang mengikuti kursus Teknologi
Pendidikan dan juga kursus-kursus lain di Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM. Kursus
boleh diikuti sama ada sepenuh masa dan separuh masa. Kursus sepenuh masa diikuti
oleh majoriti pelajar tajaan Kerajaan Malaysia (Jabatan Perkhid matan Awam (JPA) atau
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)).

Anda mungkin juga menyukai