Anda di halaman 1dari 2

MODUL MOTIVASI SLDN KHAS RMKe-10

Nama Aktiviti : 2. Pembentukan Kumpulan


No. Aktiviti : 2.1 Kumpulan Dinamika
Kumpulan Sasar : Program SLDN Khas (Belia tercicir, 16-35 tahun)

Bil. Perkara Huraian


1. Tujuan Mewujudkan kerjasama antara peserta

2. Objektif 1) Mewujudkan kerjasama kumpulan

2) Mewujudkan persefahaman dan persahabatan

3) Memupuk sifat kepimpinan

3. Ringkasan Aktiviti

Kumpulan akan dibentuk melalui kad berwarna yang diberikan semasa sesi
pendaftaran. Semasa sesi ini, setiap kumpulan perlu melantik ketua kumpulan, nama
kumpulan, motto, visi, misi dan logo kumpulan.

4. Jangka masa/Tempoh 1 jam

5. Peralatan/Kelengkapan - Sekotak pensil warna, kertas mahjong, marker pen


(merah,hitam,biru,hijau), masking tape

6. Hasil Pengajaran/ Pembelaran

1) Memupuk semangat kerjasama antara ahli kumpulan.


2) Memupuk sifat kepercayaan kepada ketua yang dilantik melalui majoriti.
3) Mewujudkan kreativiti dan sifat keterbukaan setiap ahli.

7. Langkah/Kaedah Pelaksanaan

1) Fasilitator akan memberi penerangan berkaitan dengan pembentukan kumpulan.


2) Peserta akan bergerak masuk ke kumpulan mengikut warna kad yang dipilih semasa
sesi pendaftaran.
3) Setiap kumpulan mestilah membentuk perkara berikut:
a. Ketua kumpulan
b. Nama kumpulan
c. Motto
d. Visi dan Misi
e. Logo
f. Trademark berkaitan nama kumpulan
4) Pembentangan kumpulan berasaskan perkara yang telah dibangunkan.
AKTIVITI 2 : TAK KENAL TAK CINTA

MASA : 40 minit
ALATAN : Tiada
OBJEKTIF :
1. Supaya peserta dapat memberikan maklum balas terhadap diri orang lain.
2. Supaya peserta sedar tentang diri sendiri dari sudut pandangan orang lain.
PROSEDUR :
1. Fasilitator mengarahkan supaya ahli kumpulan duduk dalam satu bulatan kecil.
2. Fasilitator meminta seorang ahli duduk di tengah-tengah bulatan.
3. Setiap ahli diminta memberi impresi (tanggapan) tentang individu ditengah-tengah bulatan.
4. Apabila semua ahli kelompok telah memberikan impresi mereka seorang ahli baru
mengambil alih tempat di tengah-tengah dan menggantikan ahli tadi.
5. Proses tadi diulang sehingga semua ahli dapat maklum balas daripada ahli-ahli lain.
6. Setelah selesai minta ahli-ahli kelompok memberi pendapat tentang aktiviti tersebut.
FALSAFAH :
1. Dapat menguji ketahanan diri apabila berhadapan dengan kritikan daripada orang lain
secara berdepan.
2. Dapat menilai kembali sifat-sifat yang ada dalam diri dan yang baik dikekalkan manakala
yang tidak baik diperbaiki.

Anda mungkin juga menyukai