Anda di halaman 1dari 2

JURNAL REFLEKSI MINGGU KE-EMPAT

(19 JULAI – 23 JULAI 2010)

Apa yang telah dilalui :

Setelah melalui proses praktikum selama sebulan, saya dapat merasai


perkembangan potensi saya untuk mengajar lebih berkesan lagi. Minat untuk
mengajar juga lebih mendalam dan saya telah menemukan banyak perkara yang
selama ini tidak saya jumpa semasa menjalani PBS mahupun praktikum kali
pertama tidak lama dahulu. Proses pengajaran dan pembelajaran pada kali ini juga
lebih baik dari yang sebelumnya, namun saya mengalami sedikit masalah ketika
pensyarah saya Pn Hamsiah saee datang untuk menilai pengajaran saya. Saya
berasa sedikit terganggu dengan keadaan kelas dua bestari yang seakan-akan
“menunjuk” kehebatan masing-masing di hadapan orang luar. Saya agak kecewa
dengan mutu pengajaran saya namun saya telah berusaha sehabis baik untuk
mengajar mereka. Saya telah cuba pelbagai strategi pengajaran seperti
demonstrasi, Teori kecerdasan pelbagai dan sebagainya. Saya tahu mereka
memerlukan perhatian dan kasih sayang dari guru yang mengajar mereka.

Penghubungkaitan dan Perasaan :

Selepas menjalani praktikum selama 4 minggu saya mendapat banyak


pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Saya sudah mula menghafal nama semua
murid-murid yang saya ajar. Namun sepanjang pengajaran saya saya mendapati
ada segelintir murid yang tidak dapat menumpukan perhatian kepada pembelajaran
mereka. Terutamanya kelas 2 Bestari yang semakin tidak terkawal dengan
tingkahlaku mereka. Saya dapat mengenal pasti murid yang bermasalah seperti
Amirul dan Alif dan menyiasat latar belakang mereka. Setelah disiasat barulah saya
mengetahui bahawa mereka merupakan pelajar yang pintar namun mempunyai
latar belakang keluarga yang agak bermasalah. Saya menggunakan pendekatan
kasih sayang dan lemah lembut unt uk menarik perhatian mereka.

Membuat Interprestasi :

Sebagai seorang guru yang baru sebulan menjalani praktikum kali ke-2 ini,
banyak yang saya dapat antaranya ialah bagaimana cara yang sesuai untuk
memancing hati murid untuk minat belajar dan menumpukan perhatian dalam P&P.
Saya telah menggunakan kaedah simulasi/lakonan dan aktivti lebih tertumpu kepada
pemusatan murid. Aktiviti yang bersesuaian akan menarik minat mereka namun jika
aktiiviti yang diberikan kurang menarik mereka akan berasa bosan dan
menimbulkan masalah tingkahlaku kepada kelas. Saya banyak menggunakan
lembaran kerja dan beberapa tugasan lain seperti melekatkan gambar di papan
hitam. Ada diantara mereka yang baru saya ketahui tidak memahami pengajaran
saya setelah beberapa ujian dilakukan (kuiz dan lembaran kerja) namun saya
memberikan perhatian kepada mereka supaya mereka tidak tercicir dlam P&P.
Daripada tugasan yang diberikan saya telah mengenal karakter serta perangai
murid-murid di dalam kelas saya dan bagaimana cara saya akan gunakan untuk
membantu mereka. Saya membuat keputusan selepas ini saya akan
menngunanakan pendekatan dan lembaran kerja yang berbeza di hujung
pengajaran supaya dapat mengaplikasikan pengajaran pemulihan dan pengukuhan
terhadap mereka.

Keputusan :

Setelah mula mengajar selama 4 minggu pelbagai masalah dapat saya


perhatikan dan analisis. Saya telah dan akan meneruskan mengunakan tindakan-
tindakan seperti berikut untuk proses pengajaran dan pembelajaran yang akan
datang.

1) Menggunakan pendekatan yang berbeza untuk murid-murid yang berbeza


pencapaian (pengukuhan atau pemulihan)
2) Menggunakan lebih banyak aktiviti bercerita dalam mengaplikasikan P&P di
dalam kelas
3) Menggunakan pengukuhan negatif disamping pengukuhan positif yang saya
aplikasikan sebelum ini.

Saya amat beharap untuk tindakan seperti di atas proses pengajaran saya akan
bertambah berkesan untuk pengajaran saya pada masa akan datang

Sekian.

Anda mungkin juga menyukai