Anda di halaman 1dari 9

KEPENTINGAN SUKAN DAN AMALAN GAYA HIDUP SIHAT

Memperkukuh keharmonian dan perpaduan Negara


Memupuk semangat patriotisme
Membangunkan masyarakat yang berdisiplin dan berdaya saing
Mampu mengukuhkan perpaduan dan kekuatan mental dan fizikal rakyat
Salah satu cabang integrasi nasional dan alat penyatuan kaum yang berkesan untuk membina semangat patriotik dan cintakan Negara
Amalan gaya hidup sihat, memberi faedah kepada kecergasan fizikal yang seterusnya memanfaatkan diri, organisasi dan Negara
Pekerja yang cergas dan aktif akan lebih sihat serta berdaya saing selain dapat meningkatkan prestasi kerja lebih produktif.
Kesihatan mental akan lebih stabil di samping tekanan sentiasa dapat dikawal dan lebih motivasi serta berfikiran positif.
Secara tidak langsung amalan sukan dan gaya hidup sihat dalam kehidupan mampu melahirkan masyarakat minda kelas pertama.

Faedah-faedah melibatkan diri dalam aktiviti sukan


By MAB on 7 September 2012

Pada tahun 2011, kerajaan telah memperkenalkan program 1Murid 1Sukan untuk
memastikan semua murid terlibat dalam bidang sukan. Huraikan pendapat anda
tentang faedah-faedah melibatkan diri dalam aktiviti sukan dalam kalangan
murid.

Sukan ialah segala kegiatan yang memerlukan kemahiran atau ketangkasan serta
tenaga yang dilakukan sama ada sebagai acara pertandingan, hiburan atau untuk
suka-suka bagi mengisi masa lapang atau untuk beriadah. Pada tahun yang lalu
kerajaan telah memperkenalkan dasar 1Murid 1Sukan kerana menyedari
kepentingan bersukan. Contoh aktiviti sukan yang agak popular kini ialah seperti
olahraga, berenang, permainan bola sepak, tenis, badminton dan sebagainya.
Persoalannya apakah faedahnya jika seseorang murid itu melibatkan diri dalam
aktiviti bersukan?

Antara faedah bersukan kepada murid ialah sukan dapat meningkatkan disiplin
murid. Hal ini dikatakan demikian kerana individu yang ingin berjaya dalam
bidang sukan mesti mempunyai disiplin yang tinggi dan dapat mengawal diri
sendiri untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan. Contohnya setiap pemain
dalam sesebuah pasukan itu mesti menepati masa, rajin berlatih, tidak merokok dan
mematuhi arahan jurulatihnya. Oleh itu, secara tidak langsung sukan juga turuk
membentuk disiplin murid tersebut.

Seterusnya, sukan juga penting bagi melahirkan seseorang murid yang sihat. Hal
ini dikatakan demikian kerana bersukan boleh menguatkan otot dan tulang serta
menyihatkan badan. Misalnya, seseorang murid yang bersukan pada setiap petang
sudah banyak berpeluh. Oleh itu murid yang aktif bersukan jarang mendapat
demam dan selesema berbanding dengan rakan-rakannya yang tidak bersukan

Selain itu, seseorang murid yang aktif dalam kegiatan sukan akan terdidik untuk
mengagihkan masa dengan sewajarnya. Hal ini dikatakan demikian kerana murid
tersebut akan menentukan masa yang sesuai untuk memberikan tumpuan terhadap
sukan dan masa untuknya belajar. Contohnya, seseorang murid yang menyertai
pasukan sekolah mesti ada jadual latihan sukan dan jadual belajar. Oleh itu,
seseorang murid yang aktif dalam sukan juga berjaya dalam pelajaran.

Di samping itu, sukan juga membentuk murid menjadi seseorang yang berfikiran
positif. Hal ini dikatakan demikian kerana dengan aktif bersukan seseorang itu
dapat berfikir secara rasional dan berkeyakinan tinggi dan tidak cepat berputus asa.
Contohnya, Datuk Lee Chong Wei tetap tidak berputus asa walaupun gagal meraih
pinggat emas dalam sukan Olimpik baru-baru ini. Oleh itu, sukan penting dalam
melahirkan murid yang berfikiran positif.

Akhir sekali, murid yang aktif bersukan juga dapat menggunakan masa lapang
mereka dengan lebih bermanfaat. Hal ini dikatakan demikian kerana biasanya
murid yang aktif dalam bidang sukan tidak berminat bermain computer game dan
tidak akan menghabiskan masanya untuk berplesiran di pusat beli-belah, menonton
televisyen, dan seumpamanya. Oleh itu, sudah pasti mereka akan menghabiskan
masa dengan lebih bermanfaat.

Intihanya, jelaslah di sini bahawa melibatkan diri dalam sukan banyak


membawafaedah kepada murid. Oleh itu, pihak kerajaan perlu menyediakan
banyak kemudahan untuk bersukan di sekolah. Ibu bapa pula patut menggalakkan
anak-anak mereka bersukan. Begitu juga dengan guru-guru mereka perlu
melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran sukan. Saya percaya dengan
adanya kerjasama antara semua pihak lebih ramai lagi jaguh sukan negara yang
akan menyerlah di peringkat antarabangsa, asalkan kita tidak melakukannya hanya
hangat-hangat tahi ayam.

Faedah Sukan
Sukan merupakan sejenis kegiatan yang memerlukan ketangkasan dan tenaga yang tertentu. Aktiviti
sukan biasanya dapat dijalankan pada waktu pagi, petang atau malam. Terdapat pelbagai jenis sukan
seperti acara balapan dan padang, bola keranjang, badminton, bola sepak, bola tampar dan lain-lain lagi.
Kebanyakan pelajar mempunyai hobi bersukan dan aktif dalam pelbagai acara sukan. Setiap sekolah
wajib mengadakan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan selama sejam pada setiap minggu untuk
menggalakkan pelajar menceburi bidang sukan dan permainan sejajar dengan dasar Kementerian
Pelajaran Malaysia, iaitu 1Murid 1Sukan.

Sebenarnya, sukan memberikan pelbagai manfaat dan faedah kepada golongan pelajar. Pertama-tama,
pelajar-pelajar dapat mengisi masa lapang masing-masing dengan berfaedah. Hal ini dapat mengelakkan
pelajar-pelajar daripada melibatkan diri dalam gejala sosial yang boleh memberikan kesan buruk kepada
diri, keluarga, masyarakat dan negara seperti budaya lepak, vandalisme, gengsterisme, merokok,
menyalahgunakan dadah dan sebagainya. Pelajar-pelajar juga dapat mengelakkan diri daripada
membazirkan masa kerana masa ibarat emas.

Selain itu, pelajar-pelajar dapat mencungkil bakat dan kebolehan diri dalam bidang sukan. Melalui
sukan, pelajar-pelajar dapat mengetahui dan mengembangkan potensi diri masing-masing. Pelajar-
pelajar juga dapat mempelajari dan menguasai kemahiran hidup yang berharga seperti bekerjasama dan
bertoleransi melalui aktiviti sukan. Sikap-sikap tersebut bukan sahaja diwajibkan ketika bersukan malah
juga amat diperlukan ketika pelajar-pelajar mengikuti sesi pembelajaran atau menjalani aktiviti bersama-
sama pelajar yang lain.

Di samping itu, pelajar-pelajar dapat memperlihatkan kemajuan dari segi fizikal dan mental selepas
bersukan. Pelajar-pelajar dapat mengekalkan kesihatan badan kerana berpeluh dapat membakar kalori
dalam badan sekali gus dapat mengelakkan diri mereka daripada penyakit-penyakit serius seperti obesiti,
kencing manis dan sakit jantung. Pada masa yang sama, bersukan juga dapat mencerdaskan minda
pelajar-pelajar dalam buana pendidikan.

Seterusnya, pelajar-pelajar yang aktif dalam sukan dapat dipilih untuk menyertai pelbagai acara sukan
sama ada di peringkat daerah, negeri, kebangsaan ataupun di arena antarabangsa. Dengan ini, pelajar-
pelajar dapat mengharumkan nama sekolah dan keluarga di persada sukan nasional dan antarabangsa
seperti Datuk Nicole David. Pelajar-pelajar tersebut juga berkeupayaan untuk memperoleh keputusan
yang cemerlang dalam bidang kokurikulum dan berkelayakan untuk dianugerahi Tokoh Pelajar dan
olahragawan atau olahragawati di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan.

Kesimpulannya, tidak dinafikan bahawa bidang sukan membawa faedah-faedah kepada golongan
pelajar. Pihak sekolah perlu menganjurkan berbagai-bagai aktiviti di sekolah bagi mengalakkan pelajar
bersukan. Ibu bapa juga harus bersikap prihatin akan minat dan kebolehan anak-anak dalam bidang
kokurikulum, khususnya sukan dan permainan. Seorang pelajar yang cemerlang bukan sahaja perlu
mahir dalam akademik malah juga perlu mengambil berat dan gemilang dalam bidang kokurikulum
akademik dan sukan.

PENGENALAN
Konsep sukan Sukan gerakan sosiobudaya.
Sukan termasuklah acara olahraga dan permainan.
Sukan dapat membina kesihatan tubuh badan dan mental.
Sukan memupuk semangat kesukanan.
Sukan mengharumkan nama ahli sukan dan negaranya.
KEPENTINGAN
Sukan melahirkan insan yang cergas dan cerdas
Huraian:
Memang tidak dapat disangkal lagi bahawa sukan akan melahirkan insan yang cergas dan cerdas.Aktiviti sukan melibatkan
pergerakan anggota badan.Senaman menguatkan sendi-sendi dan otot-otot tubuh.Lemak yang termendap dalam badan dapat
digunakan untuk menjana tenaga.Aktiviti sukan juga dapat membantu proses perpeluhan dan menghilangkan panas
badan.Dengan ini,seseorang akan dapat menghindarkan masalah penyakit kronik seperti sakit jantung dan diabetes.Dengan
badan yang sihat,kita dapat menumpukan perhatian yang sepenuhnya terhadap pekerjaan dan pelajaran.Lantas,kemajuan dan
kemakmuran sesebuah negara dapat dicapai.

Sukan menawarkan peluang perniagaan dan pekerjaan


Huraian:
Sukan juga boleh mewujudkan peluang perniagaan dan pekerjaan.Kemajuan sukan akan meningkatkan permintaan terhadap
peralatan sukan.Oleh itu,bidang pembuatan dan pengeluaran alat-alat sukan secara komersial berkembang pesat.Selain
itu,usaha untuk menyediakan pelbagai kemudahan prasarana sukan turut mendatangkan pulangan yang lumayan.
Misalnya,untuk membina stadium,kolam renang bertaraf antarabangsa,dan sebagainya,peluang perniagaan terbuka luas
kepada kontraktor dan pembekal bahan binaan.Peluang-peluang pekerjaan juga diwujudkan.Hal ini bermakna industri sukan
bukan sahaja menyumbang kepada pendapatan negara tetapi juga menjamin peluang-peluang baharu bagi rakyat mencari
kerjaya yang sesuai.

Sukan memupuk perpaduan


Huraian :
Sukan juga dapat memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum.Sebelum sesuatu pertandingan,para atlet
atau pemain akan berkumpul di kem latihan.Di situlah mereka tinggal,makan,berehat,dan berlatih bersama-sama.Pergaulan
dan interaksi atlet dan pemain pelbagai kaum akan melahirkan persefahaman yang erat.Ketika pertandingan atau permainan
berlangsung,mereka akan bersatu hati,saling membantu untuk menjayakan misi negara.Rakyat jelata sebagai penyokong dan
peminat sukan,juga membantu perpaduan negara.Misalnya,para penyokong pasukan negara menunjukkan semangat
kebangsaan mereka dengan menyokong semua pemain yang terdiri daripada pelbagai kaum.Terdapat 15 000 orang rakyat
berbilang kaum mendaftarkan diri sebagai sukarelawan untuk sukan Komanwel(SUKOM)1998.Mereka berganding bahu
membuktikan Malaysia boleh dan mampu menjayakan SUKOM spenuhnya.

Sukan mengangkat martabat negara


Huraian:
Sukan juga dapat mengangkat martabat negara ke mercu yang lebih tinggi.Pencapaian cemerlang dalam temasya sukan
membolehkan nama Malaysia terukir dalam sukan antarabangsa.Contoh yang paling ketara ialah apabila Malaysia berjaya
merampas Piala Thomas semula pada tahun 1992 setelah 25 tahun kehilangannya.Pasukan badminton Piala Thomas telah
menjadikan nama Malaysia disebut-sebut di seluruh dunia.Dalam Sukan Olimpik Beijing 2008 pula, Dato Lee Chong Wei
mengharumkan nama negara dengan memenangi pingat perak dalam sukan badminton.Pencapaian Ratu Skuasy Negara,Dato
Nicol Ann David,lebih membanggakan.Beliau telah menjadi juara dunia dalam sukan itu sebanyak empat kali,iaitu pada tahun
2005-2006 dan 2008-2009 serta menduduki ranking pertama dunia sejak tahun 2006.

Sukan juga dapat mengatasi masalah sosial


Huraian:
Sukan juga dapat mengatasi masalah sosial seperti lepak,bohsia,penyalahgunaan dadah, dan vandalisme yang melanda
remaja kita.Masalah ini terjadi kerana remaja tidak mempunyai hobi yang sihat untuk mengisi masa lapang mereka.Aktiviti
sukan merupakan salah satu hobi yang sihat dan membolehkan remaja mengisi masa lapang dengan bermakna.Selain
itu,sukan juga dapat memupuk disiplin dan azam yang kuat yang membantu remaja menghindarkan diri daripada masalah
sosial yang serius.
LANGKAH-LANGKAH
Peruntukan kewangan yang secukupnya kepada badan sukan penting
Huraian:
Kerajaan perlulah memperuntukkan wang yang secukupnya kepada badan sukan. Dengan wang yang cukup, pelbagai
program latihan dapat dijalankan. Alatan latihan yang canggih dapat disediakan dengan secukupnya. Jurulatih yang bertauliah
dan professional dapat diupah. Selain itu, atlet dan pemain juga dapat dihantar keluar negara untuk menjalani latihan. Lebih
banyak pertandingan juga dapat di anjurkan. Atlet kita juga dapat ditaja untuk menyertai pertandingan antarabangsa.
Pendedahan ini akan membolehkan mereka mengenal pasti kelemahan diri sambil belajar daripada jaguh sukan yang lain.
Dengan itu, pastilah mutu sukan tanah air akan meningkat.

Percaturan politik dalam persatuan-persatuan sukan harus dibanteras


Huraian;
Percaturan politik dalam persatuan-persatuan sukan juga harus dibanteras demi kemajuan sukan. Punca utama kemerosotan
mutu sukan ialah kekurangan kerjasama antara Majlis Sukan Negara(MSN), Majlis Olimpik Malaysia(MOM), dan persatuan-
persatuan sukan. Percaturan politik dalaman,seperti perebutan kuasa dan jawatan juga menjejaskan mutu sukan. Masa,
tenaga, dan wang dibazirkan kerana perebutan yang sia-sia ini. Pemimpin tua memegang tampuk selama berpuluh-puluh
tahun tanpa membawa sebarang perubahan dan kemajuan kepada bidang sukan tersebut. Mereka juga enggan memberikan
laluan kepada orang baharu. Keadaan ini haruslah dibetulkan jika kita mahu memajukan sukan tanah air. Tegasnya, keutuhan
persatuan sukan juga penting

Ganjaran lumayan kepada ahli sukan


Huraian:
Ganjaran lumayan kepada ahli sukan juga penting dalam hal ini. Ganjaran wang yang lumayan akan memikat ahli sukan.
Sebagai contohnya, pemenang pingat di peringkat antarabangsa diberikan insentif kewangan yang banyak. Tambahan pula,
gaji tinggi boleh ditawarkan kepada ahli sukan profesional. Dengan demikian, mereka dapat menumpukan perhatiannya
terhadap bidang sukan sepenuhnya. Peluang pendidikan dan pekerjaan juga boleh ditawarkan. Anugerah tertentu seperti
olahragawan dan olahragawati juga diberikan. Dengan itu, ahli sukan tidak perlu merisaukan masa hadapan yang tidak
menentu apabila prestasi mereka merosot nanti.

Bakat perlu dicungkil ketika kecil


Huraian:
Bakat ahli sukan juga perlu dicungkil ketika kecil. Pertandingan peringkat sekolah rendah dan menengah diutamakan. Dalam
pertandingan sedemikian, Bakat muda yang berpotensi dapat dicungkil. Selanjutnya, bakat mereka dapat diasah pada usia
yang kecil. Bimbingan dan latihan khusus diberikan, misalnya golongan yang berpotensi ini dihantar ke sekolah sukan. Maka
lahirlah para pelapis ahli sukan negara yang dapat menyambung perjuangan negara dalm bidang ini.

Jurulatih perlu ditambah


Huraian:
Jurulatih juga memainkan peranan yang penting. Lebih banyak jurulatih yang berpengalaman perlu diupah. Mereka dapat
memberikan tunjuk ajar yang bernas kepada ahli sukan kita. Mereka juga menggunakan kaedah latihan yang terkini. Hal ini,
dapat meningkat mutu sukan negara. Sebagai contohnya, jurulatih daripada negara China telah berjaya membantu pasukan
badminton negara merampas Piala Thomas pada tahun 1992. Jurulatih renang yang diupah dari negara barat akhirnya berjaya
melahirkan banyak perenang negara yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa. Oleh itu, amatlah penting untuk kita
mengupah jurulatih yang betul-betul berupaya dalam pelbagai bidang sukan.
IMPLIKASI
Bersukan dapat menyihatkan tubuh badan manusia
Huraian :
Bersukan dapat menyihatkan tubuh badan manusia.Segala kemudahan sukan yang disediakan oleh kerajaan adalah untuk
kegunaan setiap lapisan masyarakat.Apabila kemudahan sukan dimanfaatkan, kita dapat melahirkan rakyat yang sihat.Rakyat
yang sihat akan mewujudkan tenaga kerja yang produktif untuk menggerakkan ekonomi negara. Kajian menunjukkan bahawa
sukan dapat mengelakkan seseorang daripada serangan penyakit seperti strok, diabetes atau kencing manis, darah tinggi dan
barah. Sukan dapat membantu meningkatkan pengaliran darah dalam tubuh manusia hatta menjadikan seseorang itu sihat dan
bertenaga. Rakyat yang sihat penting untuk pembangunan ekonomi negara.

Perkembangan sukan juga memberikan peluang pekerjaan kepada penduduk


Huraian :
Perkembangan sukan juga memberikan peluang pekerjaan kepada penduduk.Kemajuan sukan menyebabkan
kewujudan syarikat-syarikat pengeluar barangan sukan seperti kasut, baju, stoking, raket, bola dan pelbagai produk sukan
yang lain.Kedai-kedai sukan juga dibuka di setiap pelosok negara dan memberikan peluang kepada rakyat untuk berniaga.
Peluang pekerjaan dapat diwujudkan kepada rakyat negara ini di kilang-kilang berasaskan produk sukan. Atlet sukan yang
cemerlang seperti Shalin Zulkifli, Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David dapat menjadikan sukan sebagai sumber
pendapatan melalui penajaan. Mereka juga boleh menjadikan sukan sebagai profesion.

Pendapatan negara juga dapat ditingkatkan melalui sukan


Huraian :
Pendapatan negara juga dapat ditingkatkan melalui sukan. Penganjuran Sukan Komanwel Ke-16 pada tahun 1998 dahulu
menguntungkan negara dari segi pendapatan.Kemasukan pelancong yang ramai menjana ekonomi negara.Hak penyiaran
eksklusif melalui penganjuran sukan Formula 1 menguntungkan penganjur. Industri sampingan seperti pengangkutan,
makanan , media dan pelancongan turut mendapat tempiasnya. Pelaburan asing juga dapat ditingkatkan dan Malaysia
memperoleh keuntungan besar dari segi tukaran wang asing. Oleh itu, tidak hairanlah setiap negara bersaing untuk menjadi
penganjur sukan bertaraf dunia seperti Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia, Sukan Olimpik, dan pelbagai kejohanan yang lain.

Sukan sebagai alat perpaduan dan perpaduan antarabangsa.


Huraian:
Sukan sebagai alat perpaduan dan perpaduan antarabangsa. Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum. Untuk
mengeratkan hubungan antara kaum yang pelbagai itu, sukan merupakan salah satu wadahnya. Sukan juga dapat mengikis
rasa buruk sangka dalam kalangan pemain dan penonton.Semangat kerjasama dapat dipupuk dalam kalangan pemain.Pada
peringkat antarabangsa, sukan dapat menjalin hubungan diplomatik dan perbezaan ideologi politik. Keamanan dunia dapat
dicapai jika setiap negara mengutamakan sukan. Sukan dapat mengukuhkan perpaduan umat dan mengikis perasaan
perkauman.
Kegiatan sukan juga dapat mengurangkan kos perubatan untuk rakyat
Huraian:
Kegiatan sukan juga dapat mengurangkan kos perubatan untuk rakyat. Sukan menyihatkan rakyat,dan secara tidak langsung k
erajaan dapat mengurangkan kos perubatan untuk merawat rakyat.Peruntukan yang tinggi untuk kesihatan rakyat dapat dialih
kepada sektor-sektor lain yang lebihmemerlukan untuk merealisasikan matlamat Wawasan 2020. Rakyat
yang sihat tidak perlu lagimemikirkan kos perubatan Rakyat juga dapat menjimatkan pendapatan untuk kesejahteraan keluarga
seperti mendapatkan keperluan lain seperti makanan, tempat tinggal, pakaian dan melancong.
KESIMPULAN
Kerajaan berusaha memajukan sukan.
Pelbagai program pembangunan dan galakan sukan telah dilaksanakan.
Masyarakat kita juga boleh membantu dalam pelbagai cara.
Langkah perlu diambil untuk meningkatkan mutu sukan negara.
Kerjasama semua pihak penting dalam hal ini.
Kita sering diberitahu bahawa sukan itu adalah penting. Namun, apakah definasi bersukan? Menurut kamus Edisi Ketiga,
sukan adalah segala kegiatan yang memerlukan ketangkasan atau kemahiran serta tenaga yang menyihatkan badan
atau dilakukan secara hiburan. Contohnya, sekarang, acara yang paling gemuruh, Olimpik, telah menarik perhatian
ramai orang untuk menonton pelbagai sukan yang diuruskan. Antaranya, berenang, lompat tinggi, badminton, tenis
meja, bola dan lain-lain lagi.
Sukan memang banyak faedahnya. Faedahnya yang pertama ialah bersukan dapat menyihatkan badan seperti yang
dikatakan pada definasinya. Apabila kami mengeluarkan segala tenaga kami bermain sesuatu jenis sukan, badan kami
berpeluh. Apabila, kami berpeluh, kami sebenarnya mengeluarkan toxin-toxin lalu membersihkan badan. Dengan proses
pembersihan ini, badan kami akan rasa lebih segar. Badan orang sering bersukan pun banyak berotot dan tegap. Jika
kami sering bersukan, kami tidak akan jatuh sakit semudah orang yang tidak bersukan dan gemar memakan makanan
yang terlalu berminyak atau terlalu masin.
Faedah kedua bersukan ialah ia membentukkan sesuatu pasukan supaya mereka boleh berkomunikasi antara satu
sama lain dengan lebih baik. Kerana mereka sentiasa terpaksa memikirkan strategi untuk permainan, mereka dapat
bekerja dalam sesuatu kumpulan. Lagipun, lama-kelamaan, semua ahli pasukan akan merasa bahawa pasukan mereka
seperti sebuah keluarga. Misalnya, jika mereka kalah dalam satu permainan, mereka akan menghiburkan hati satu
sama lain dan mereka semua sentiasa menggalakkan satu sama lain untuk bermain dengan sepenuh hati dan bermain
dengan sebaik mungkin.
Akhirnya, faedah yang ketiga ialah bersukan mejaminkan jalan kehidupan yang sihat. Bersukan dapat mengurangkan
berat badan seseorang dan risikonya menjadi gemuk dan menangkap pelbagai jenis kesakitan kerana gemuk akan
berkurangan. Bersukan pun menyegerakan otak dan minda supaya dapat berfikir dengan jelas dan kami dapat
menimbang dan berfokus dengan lebih mahir. Pengkajian pun menunjukkan bahawa bersukan dapat menolong
melawan kemurungan dan perasaan terlalu khuatir.
Berdasarkan faedah-faedah yang telah dibentangkan, kami dapat berpendapat bahawa sukan menyihatkan badan,
membina sebuah pasukan dan menjamin jalan kehidupan sihat. Dengan ini, terbukti lah bahawa bersukan memang
banyak faedahnya. Kami sepatutnya menggalakkan keluarga, teman-teman, jiran-jiran dan sesiapa lagi dan ingin
dengar untuk rajin bersukan. Tentu dunia ini akan menjadi lebih sihat.

Dasar 1 Murid 1 Sukan mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini
menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani. Dengan dasar ini, setiap murid akan melibatkan diri secara aktif dengan menyertai
aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun. Dasar ini selaras dengan Dasar Sukan Negara untuk membudayakan sukan dalam
kalangan masyarakat dan hendaklah dimulakan di peringkat sekolah melalui dua strategi iaitu Sukan untuk Semua dan
Sukan untuk Kecemerlangan. Aktiviti sukan di bawah Sukan untuk Semua adalah sangat penting dalam membina kesihatan,
sahsiah dan kesejahteraan semua murid. Bagi Sukan untuk Kecemerlangan, prestasi murid yang berbakat dan berpotensi
hendaklah terus dibangunkan di bawah Program Kecemerlangan Bakat Muda, Sukan Prestasi Tinggi Sekolah serta sukan
lain yang mampu ditawarkan oleh pihak sekolah. Oleh halyang demikian, penyertaan setiap murid dalam sukan adalah amat
penting sebagai satu landasan mendokong aspirasi 1 Malaysia yang sihat, cergas, dinamik dan bersatu padu. Dasar ini selaras
dengan hasrat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam mendokong semangat 1 Malaysia. Terdapat pelbagai kebaikan
Dasar 1 Murid 1 Sukan. Perkara ini akan dibincangkan demi kepentingan bersama.

Dasar 1 Murid 1 Sukan berupaya membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dari kalangan
murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun. Hala tuju dasar pendidikan negara kita amat jelas iaitu melahirkan modal insan
yang bersahsiah unggul dan berkeperibadian mulia. Oleh itu, Dasar 1 Murid 1 Sukan secara tidak langsung dapat
membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni dalam kalangan murid-murid di sekolah. Dasar ini bertujuan untuk
membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di
sekolah. Setiap murid termasuk murid berkeperluan khas yang tidak mengalami masalah kesihatan hendaklah wajib
mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan. Dasar 1M 1S diwajibkan untuk Tahun 4 hingga Tahun 6
di sekolah rendah dan Peralihan, Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 di sekolah menengah. Walau bagaimanapun murid-murid
prasekolah hingga Tahun 3 digalakkan menyertai program ini berdasarkan kemampuan sekolah. Hal ini dikatakan demikian
kerana kerajaan mahu membina dan menjana modal insan yang berguna kepada bangsa dan negara melalui sukan. Tegasnya,
modal insan yang syumul dan holistik dapat dilahirkan melalui dasar ini.

Selain itu, Dasar 1 Murid 1 Sukan dapat memupuk budaya bersukan dalam kalangan murid sekolah agar menjadi ahli
masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas kerana badan sihat otak cerdas. Aktiviti sukan berupaya
meningkatkan kecergasan jasmani seseorang dan memenuhi naluri semula jadi murid dalam aktiviti fizikal. Hal ini dikatakan
demikian kerana kerajaan sedar semakin banyak rakyat Malaysia yang mengabaikan sukan dalam kehidupan lantaran terlalu
sibuk dengan urusan seharian. Akibatnya, bilangan rakyat Malaysia yang menghidap masalah kegemukan dan obesiti
semakin meningkat saban tahun. Senario ini amat merugikan kerana golongan ini biasanya tidak aktif dan menghidap
pelbagai penyakit yang berbahaya kepada diri mereka. Pada tahun 2011, dilaporkan rakyat Malaysia merupakan golongan
terbanyak mengidap obesiti dalam kalangan rakyat di negara-negara ASEAN dan yang keenam di Asia. Oleh sebab itu,
tindakan kerajaan memperkenalkan Dasar 1 Murid 1 Sukan memang tepat pada masanya dalam usaha membentuk
masyarakat Malaysia yang cergas dan cerdas sepanjang masa. Izharlah bahawa amalan gaya hidup sihat dapat dipupuk
melalui dasar ini.

Jika kita singkap dari perspektif yang berbeza, Dasar 1 Murid 1 Sukan berupaya untuk memupuk perpaduan antara kaum
dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. Perpaduan merupakan kunci kejayaan Malaysia hingga dikenali di
peringkat antarabangsa. Malaysia sentiasa dijadikan contoh kepada negara-negara lain di dunia ini kerana kejayaannya
membentuk perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk selama 55 tahun kebelakangan ini. Kerajaan sedar bahawa
rakyat tidak harus alpa akan kepentingan perpaduan untuk membina sebuah negara Malaysia yang berjaya dan harmoni.
Indikator terbaik ke arah itu adalah melalui sukan. Semangat kerjasama dan bertolenransi amatlah penting dalam
menjayakan sesuatu aktiviti sukan. Semua ahli sukan mesti bersatu padu untuk menjadi juara tanpa mengira warna kulit,
bangsa, dan agama. Rakyat pelbagai kaum akan dipertemukan dan bergaul sesama mereka semasa menjalani aktiviti sukan.
Dengan ini mereka akan memahami budaya dan cara hidup kaum lain. Sudah terang lagi bersuluh, Dasar 1 Murid 1 Sukan
amatlah penting untuk memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Seperkara lagi, Dasar 1 Murid 1 Sukan dapat memberikan keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan
fizikal. Dasar ini boleh memberikan akses kepada semua murid mendapatkan faedah daripada penglibatan dalam sukan
khususnya kepada murid yang kurang atau tidak aktif. Murid-murid pada zaman ini lebih cenderung menjadi ulat buku
kerana terlalu mementingkan kecemerlangan dalam bidang akademik. Mereka beranggapan bahawa aktiviti sukan hanyalah
membuang masa mereka sahaja. Persepsi seperti itu perlu dikikis dari kamus kehidupan mereka kerana mereka perlu
memperuntukkan masa untuk melakukan kecergasan fizikal seperti bermain bola sepak, berenang, menyertai acara balapan
dan sebagainya demi kebaikan mereka. Kata orang, otak yang sihat datang dari badan yang cergas. Dengan memiliki badan
yang sihat, murid-murid dapat fokus pada pelajaran mereka. Mereka dapat menjana idea yang bernas dan mampu berfikir
secara kreatif dan kritis. Secara implisitnya, murid akan beroleh kejayaan dalam bidang akademik mereka. Pendek kata,
murid dapat mencapai keseimbangan antara kejayaan akademik dengan kejayaan sukan melalui Dasar 1 Murid 1 Sukan yang
diperkenalkan ini.

Pada masa yang sama, Dasar 1 Murid 1 Sukan juga berupaya untuk mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan.
Dasar ini memberikan peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi.
Murid boleh menyertai lebih dari satu sukan mengikut kemampuan dan sukan yang ditawarkan oleh sekolah atau yang
dijalankan dengan pengetahuan dan persetujuan pihak sekolah. Pada masa ini, sukan merupakan salah satu aktiviti penting.
Ahli-ahli sukan yang berjaya akan dikenali di seluruh dunia. Mereka disanjung dan dipuja serta mampu meraih pendapatan
berjuta-juta ringgit. Mereka bukan sahaja mampu menyumbang kepada pendapatan negara malahan menjadi duta kecil untuk
menaikkan imej negara di persada antarabangsa. Kejayaan beberapa orang ahli sukan negara kita seperti Datuk Nicol Ann
David, Datuk Lee Chiong Wee, dan sebagainya dalam bidang sukan seharusnya diteruskan.Sesungguhnya, usaha untuk
memartabatkan arena sukan negara ke persada antarabangsa dengan kelahiran jaguh sukan negara yang digeruni dapat
dicapai menerusi dasar ini.

Bulan semakin terang, bayang kian jelas bahawa Dasar 1 Murid 1 Sukan banyak membawa kemaslahatan kepada
murid-murid di negara kita. Oleh itu, semua pihak harus memberikan galakan kepada murid-murid sekolah untuk menyertai
semua aktiviti sukan yang dikelolakan oleh pihak sekolah berkaitan dengan Dasar 1 Murid 1 Sukan. Dalam pada itu, pihak
sekolah pula haruslah melaksanakan Dasar 1 Murid 1 Sukan dengan sempurna agar segala matlamat dan objektif yang
ditetapkan akan tercapai. Pihak sekolah tidak harus bersikap sambalewa atau sekadar melepaskan batuk di tangga. Namun
begitu, sokongan daripada ibu bapa juga penting untuk menjayakan dasar ini kerana bertepuk sebelah tangan takkan
berbunyi. Mudah-mudahan, hasrat kita untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang, dan terbilang dalam sukan
akan menjadi realiti dan bukannya angan-angan Mat Jenin. Biarlah matahari terus bersinar, biarlah pepohon
terus menghijau dan biarlah sukan di Malaysia terus maju untuk bersaing di peringkat global
agar Malaysia dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain di
persada antarabangsa.
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/sosial/1445-kepentingan-sukan-dan-amalan-gaya-hidup-
sihat.html

http://guruselamanya.wordpress.com/2012/09/07/faedah-faedah-melibatkan-diri-dalam-aktiviti-
sukan/

http://seriakses.blogspot.com/2010/07/kepentingan-sukan-dan-ko-kurikulum.html

http://bmssbj.blogspot.com/2013/07/normal-0-false-false-false-en-my-x-none.html

http://schazeewany.blogspot.com/2011/03/sukan-dalam-konteks-pembangunan-negara.html

http://afiqekie.files.wordpress.com/2012/12/badminton-sr.pdf

http://anelyza.blogspot.com/2012/11/manfaat-dasar-1-murid-1-sukan.html

UTHM Management

UTHM should provide a covered stadium to protect students from hot weather and rainy weather.

UTHM should provide free sports facilities without taking any fees charged by students when using
sports facilities.

UTHM should maintain lake cleanliness from pollution to facilitate students to do water sport
activities.

UTHM library needs to provide special reading room facilities for sports magazines for students to be
more interested in sports.

UTHM Lecturer

Lecturers must empty the student's timetable at 5.00pm to 7.00pm to doing any class for students
to fill their leisure time with sports activities.

Lecturers need to be equipped with sports skills so that students can better understand sports
knowledge.
Lecturers need to be motivated and active with students in organizing sports activities at UTHM

UTHM Student

Students should be exposed about benefit of sports in the program or awareness campaign that
organized by UTHM or co-curriculum unit at UTHM.

Students are required to present ideas to organize Faculty Sports Day annually to UTHM through the
Student Representative Council

Anda mungkin juga menyukai