PENSYARAH :
PROF. MADYA DR. RAHMAN TANG
TUTOR :
MISS SAIDAH
TUTORIAL :
RABU (4 pm-5 pm)
SOALAN 8 :
Bincangkan konsep kolonialisme dan realisasinya dalam proses campur tangan
British di Tanah Melayu yang membawa kepada penubuhan sistem Residen
bermula dari tahun 1874 hingga 1895.
1.1 PENGENALAN 3
5.1 ANALISIS 16
6.1 KESIMPULAN 17
RUJUKAN
2
1.1 PENGENALAN
Dasar kolonialisme telah mendorong British meluaskan tanah jajahannya di Tanah Melayu
secara meluas. Pada peringkat awal, British mengambil sikap tidak campur tangan dalam
urusan politik di Tanah Melayu kerana kedatangan mereka semata-mata untuk memonopoli
hasil ekonomi. Namun, sikap British berubah apabila mereka mendapati usaha memonopoli
hasil ekonomi dan perdagangan terganggu. British telah mengamalkan dasar campur
tangan disebabkan oleh faktor luaran dan faktor dalaman. Faktor luaran boleh dilihat apabila
wujudnya kuasa-kuasa asing lain seperti Francis dan Belanda. Jerman juga dikatakan ingin
meluaskan tanah jajahannya di Asia Tenggara. Hal ini telah mendorong British campur
tangan dalam politik kerajaan Melayu di Tanah Melayu bagi mengekalkan kedudukannya.
Manakala Faktor dalaman pula boleh dilihat apabila terdapat perbalahan dan perebutan
takhta dalam kalangan kerajaan Melayu di Tanah Melayu. British telah masuk campur dalam
perbalahan yang berlaku bagi menyelesaikan pertikaian tersebut. Disamping itu, Britsh telah
menerapkan dasar-dasar mereka dan di samping mengaut keuntungan ekonomi. Selain itu,
bijih timah menjadi hasil keluaran utama di Tanah Melayu pada abad ke18 dan 19 serta
pertikaian antara kumpulan kongsi gelap Cina untuk menguasai kawasan perlombongan bijih
timah menyebabkan campur tangan British.
Dasar campur tangan British di Tanah Melayu pada awalnya boleh dilihat dalam
politik Negeri-Negeri Selat iaitu Pulau Pinang, Singapura dan Melaka. Gabungan negeri-
negeri ini diketuai oleh Gabenor Negeri-Negeri Selat dan setiap negeri diketuai oleh seorang
Residen Konsular. Pengusaan ke atas Negeri-Negeri Selat telah mengukuhkan kedudukan
ekonomi British di Tanah Melayu. Campur tangan British paling ketara di negeri-negeri
Melayu ialah berlaku selepas termeterainya Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874. Proses
campur tangan ini telah mendorong pengenalan sistem Residen di negeri-negeri Melayu.
Sistem Residen ini telah banyak mendatangkan kesan positif dan negatif kepada struktur
pentadbiran kerajaan Melayu. Antara kesan positif ialah struktur pentadbiran kerajaan
Melayu menjadi teratur dan tersusun. Manakala kesan negatif pula dapat dilihat bila
terdapat segelintir residen dan pegawai British tidak menjalankan tanggungjawab
sepenuhnya sehingga menimbulkan penentangan daripada penduduk tempat. Antara
negeri-negeri yang terlibat dalam campur tangan British ialah Perak, Negeri Sembilan,
Pahang dan Selangor. Negeri-negeri ini akhirnya digabungkan menjadi satu entiti politik iaitu
Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.
3
2.1 KONSEP KOLONIALISME DAN REALISASINYA
Perkataan kolonialisme membawa maksud dasar atau amalan sesebuah negara ke atas
sesebuah negara yang lain dan kolonialisasi adalah merujuk kepada proses ke arah
menjayakan kolonialisme. Perkataan ini sebenarnya berasal daripada perkataan colonia
dalam bahasa Latin yang ertinya tanah jajahan atau permukiman. Kolonialisasi adalah suatu
proses yang membawa kepada sebuah negara menguasai rakyat dan sumber kekayaan
negara lain tetapi tetap berhubungan dengan negara asal. Kolonialisme juga bermaksud
untuk mengeksploitasi rakyat dan sumber daya suatu bangsa demi keuntungan negara
induk.1
1 James M. Henslin, Sosiologi dengan Pendekatan Membumi; Jilid 1, Jakarta : Penerbit Erlangga, 2006, hlm. 196.
3 Mardiana Nordin, Hasnah Hussin, Pengajian Malaysia, Selangor : Fajar Bakti Sdn. Bhd., 2004, hlm. 18.
4
sultan. Raja yang sepatutnya menjadi Raja Bendahara ialah Raja Yusof. Raja Bendahara
ialah jawatan pewaris takhta yang kedua dalam pemerintahan di Perak. Namun begitu, Raja
Yusof telah disingkirkan kerana kurang mendapatkan sokongan daripada para pembesar.
Pada tahun 1865, Sultan Jaafar telah mangkat, namun Raja Yusof masih belum dapat
menaiki takhta kerana putera Sultan Abdullah di lantik menjadi Sultan seterusnya dengan
menggunakan gelaran Raja Abdullah. Perbalahan yang berlaku dalam pemerintahan di Perak
menjadi titik tolak campur tangan British.4
4 Ibid.
5 Ibid.
5
British mengambil peluang untuk campur tangan ekoran perbalahan Datuk Kelana dengan
Datuk Bandar dalam persaingan memperoleh kuasa kutipan cukai bijih timah di Sungai
Linggi. Mereka mendirikan banteng untuk memungut cukai di sepanjang Sungai Linggi.
Tindakan itu menyebabkan para saudagar yang membawa bijih timah keluar melalui Sungai
Linggi terpaksa membayar cukai di setiap rumah tol yang didirikan dan keadaan ini
berlarutan sehingga tahun 1857. Para saudagar itu kemudiaannya membuat bantahan
kepada British tentang kutipan cukai yang dikenakan oleh pembesar tempatan. Residen
Konsuler di Melaka terpaksa meminta bantuan daripada tentera laut untuk memusnahkan
benteng-benteng itu. Tindakan ini tidak menamatkan kekacauan kerana pada tahun 1860,
pelombong Cina di Sungai Ujong diserang oleh orang Melayu manakala lombong mereka
dimusnahkan.6
6 Kamaruddin M.Said, 500 Tahun Melayu Menghadapi Cabaran, Selangor : Kris Publication Sdn. Bhd., 2007, hlm.
52-59.
6
Selain itu, apabila pertelingkahan itu dapat dipulihkan, Raja Mahadi dan Raja
Mahmud, dua orang pembesar yang diusir keluar dari Selangor tiba-tiba muncul di Sungai
Ujong. Kehadiran mereka membangkitkan semula pertikaian yang sebelum ini dijangka
selesai. Sokongan kedua-dua Raja kepada Datuk Bandar telah mendatangkan kerisauan
Datuk Kelana dan seterusnya beliau telah mengutus surat kepada Gabenor Clarke untuk
meminta bantuan. Sir Andrew Clarke telah menghantar W.A Pickering dengan pasukan polis
ke Sungai Ujong untuk menumpaskan penentangan yang dilakukan oleh Datuk Bandar, Raja
Mahadi dan Raja Mahmud. Akhirnya Datuk Bandar telah Berjaya ditewaskan dan telah
menandatangani satu perjanjian pada bulan Disember 1874. Perkara ini membolehkan
beliau diiktiraf British sebagai pemerintah sah Sungai Ujong. Datuk Bandar yang tidak
bersetuju mengemukakan ancaman kepada Datuk Kelana menyebabkan beliau bersetuju
supaya diberi perlindungan dan menerima seorang Residen British.8 Melalui perjanjian ini,
Datuk Kelana diberi seorang Penolong Residen iaitu W.I Tatham. Setelah dikalahkan, Datuk
Bandar tidak lagi campur tangan dalam hal-ehwal pentadbiran Sungai Ujong.
Di samping itu, para pembesar Rembau turut memecat Datuk Haji Sahil daripada
jawatannya sebagai undang Rembau. Mereka melantik Datuk Stahbandar Serun bin Sidin
menjadi Undang Rembau yang terbaharu. Pada tahun 1887, Sir Frederick Weld mengadakan
satu pertemuan dengan Undang Serun bin Sadin dan para pembesarnya. Beliau telah
memeterai satu perjanjian dan telah ditandangani untuk menyelesaikan perbalahan mereka.
Pada tahun 1888 hanya daerah Tampin yang belum dapat ditembusi oleh British.
8 Ibid., hlm. 20
7
Sehubungan itu, British telah Berjaya menyatukan daerah-daerah Negeri Sembilan
melalui satu perjanjian penyatuan Negeri Sembilan 1898. Pada ketika ini, enam orang
pembesar di Negeri Sembilan yang mewakili daerah Johol, Ulu Muar, Jempol, Terachi,
Gunung Pasir dan Inas bersetuju melantik Putera sulung Almarhum Antah sebagai pengganti
Yamtuan Seri Menanti. Tengku Mahmud telah menjadi Yamtuan Seri Menanti yang ketujuh.
Perlantikan itu diumumkan oleh Martin Lister melalui perisytiharaan yang ditandatangani
oleh Gabenor Negeri-negeri Selat, Sir Cecil Clementi pada bulan Jun 1888. Pada bulan Mac
1889, Tengku Muhammad selaku Yamtuan Seri Menanti beserta Undang Luak Sungai Ujong,
Jelebu, Rembau dan Tengku Besar Tampin membuat perjanjian dengan Gabenor British di
Singapura. Perjanjian itu adalah semua luak atau daerah yang berada di Negeri Sembilan
bersetuju bersatu menjadi sebuah negeri yang dikenali sebagai Negeri Sembilan. Yamtuan
merupakan kedudukan yang tertinggi serta diakui oleh semua pembesar. Pada April 1898,
Tengku Muhammad dilantik menjadi Yamtuan untuk seluruh Negeri Sembilan dan menerima
seoran Residen yang pertama iaitu Martin Lister.
8
sebagai Residen British di Selangor pada bulan Oktober 1874.11 Frank Swettenham dilantik
sebagai Penolong Residen. Raja Mahadi di singkirkan dan Tengku Kudin pula diiktiraf
sebagai wizurai Selangor.
Pada bulan April 1885, Frank Swenttenham telah dihantar di Pahang untuk
menyelesaikan secara aman perbalahan ini dan beliau telah mencadangkan kepada Sultan
Ahmad untuk menerima seorang Residen. Walaupun usaha Swenttenham gagal, namun
bermula dari peristiwa ini British mendesak Sultan Ahmad untuk menerima seorang Residen
British. Desakan demi desakan akhirnya membawa kepada perlantikan seorang wakil British
di Pahang melalui perjanjian 8 Oktober 1887 sehingga kepada penerimaan John Pickersgill
sebagai Residen British di Pahang pada bulan Oktober 1888.13
11 Ibid.
12 Mardiana Nordin, Hasnah Hussin, Op. Cit., hlm. 19.
13 Ibid.
14 Zaini Nasohah, Pentadbiran Undang-Undang Islam di Malaysia; Sebelum dan Menjelang Merdeka, Kuala
Lumpur : Utusan Publication & Distributors, 2004, hlm. 26.
15 Salehuddin Md. Dahlan, Kerjaya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik, Selangor : PTS Professional, 2007,
hlm. 6.
9
memulakan dasar campur tangan secara aktif dalam menentukan perkara yang berkaitan
dengan pengutipan hasil cukai, undang-undang tanah dan guna tenaga. Sistem birokrasi ini
dijalankan oleh pegawai Inggeris dan Residen merupakan kuasa yang tertinggi dalam sistem
ini. Antara tugas-tugas Residen ialah ;
1. Menasihati sultan dalam semua urisan negeri kecuali agama Islam dan
adat istiadat Melayu.
2. Mengekalkan keamanan dan menegakkan undang-undang British.
3. Membentuk sistem pungutan cukai yang berkesan.
4. Merancang dan membangunkan kawasan-kawasan bandar.
5. Membaiki perhubungan dalam negeri.
16 Pasukan Polis Perak, atas talian https://www.rmp.gov.my, diakses pada 15 Disember 2016.
17 Mohd. Isa Othman, Sejarah Malaysia (1800-1963), Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn.
Bhd., hlm. 148.
18 Ibid.
10
Bagi tujuan ini pasukan polis ditambah dan diperkuat. James Woodford Wheller
Birch tiba di Perak pada bulan November 1874. Dalam menjalankan tugasnya beliau banyak
dihalang oleh Sultan Abdullah dan pembesar. Ini kerana masing-masing pihak mempunyai
tafsiran yang berbeza tentang isu Perjanjian Pangkor. J.W.W.W Birch menjadi residen yang
pertama di Perak.19 Beliau bukanlah seorang yang berurusan secara diplomasi. Tindak
tanduknya telah memusnahkan dirinya dan musnah-musnahnya. Akhirnya beliau dibunuh
oleh pakatan pembesar Perak. Penggantinya Davidson, bekas residen Selangor. Beliau
seorang yang berpengalaman dan berkebolehan. Davidson tidak lama menjadi residen di
Perak. Meletakkan jawatan pada tahun 1877 untuk aktif semula dalam firma guamannya.20
Residen ketiga perak ialah, Hugh Low menjadi residen mulai Februari 1877 dan
dianggap seorang yang berpengalaman. Beliau mahir dalam hal-ehwal orang Melayu dan
pernah bertugas di Labuan hampir 30 tahun. Semasa di Borneo beliau banyak mengkaji dan
menerbitkan kajian tentang sejarah, kebudayaan, ekonomi dan agama Sarawak. apabila
menjadi residen Perak, beliau membina rumah di Kuala Kangsar di tebing Sungai Perak dan
bercampur gaul bebas dengan masyarakat tempatan. Sifat peribadi Low dan keprihatinan
kepada adat tempatan telah membantunya menjalankan tugas dengan licin. Selain itu,
kejayaan inggeris menekankan struktur kuasa tradisional membolehkan residen memegang
kuasa eksekutif. Pemangkin Sultan, Raja Yusuf yang kemudiannya disahkan sebagai Sultan
Perak telah memberikan kerjasama. Seorang lagi penyokong kuatnya ialah Raja Idris. Jelas
unsure penentangan telah berjaya dibendung.21
Kejayaan utama James Low ialah mengatasi masalah kewangan Perak yang dibebani
hutang. Low juga berjaya membentuk kutipan cukai di bawah kawalan kerajaan dengan
melantik pembesar-pembesar sebagai pengawai kerajaan. Pembesar-pembesar tersebut
dibayar gaji. Beliau juga terus menggunakan Pentadbiran Tradisional untuk menjaga
peraturan dan undang-undang. Hasilnya dalam masa enam tahun beliau berjaya
menyelesaikan hutang negeri perak. Setelah itu tumpuan diberi untuk meningkatkan
perkembangan ekonomi dengan memajukan sistem perhubungan di Lembah Kinta. Beliau
juga memajukan peraturan-peraturan tentang tanah dan kutipan hasil. Dalam soal
perhambaan, Low menghapuskan secara perlahan-lahan supaya dapat diterima oleh
21 Ibid.
11
masyarakat melayu. Sebuah institusi penting membantu pentadbiran ialah Majlis Masyuarat
Negeri. Semasa Hugh Low menjadi residen, ahli-ahli Majlis Masyuarat terdiri daripada Raja
Yusuf, Higt Low, seorang pegawai Eropah, Raja Idris, Tengku DatoTemenggung, Cik Karim.
Perkhidmatan Hugh Low selama 10 tahun sebagai residen Perak berjaya meletakkan asa
pentadbiran moden di negeri-negeri tersebut. Ini juga telah membantu residen-residen
terkemudian.22
Selain itu, melalui perjanjian yang telah ditandatangani diantara British dan
Pemerintah-pemerintah daerah Negeri Sembilan. Perkara ini telah menyelesaikan masalah
kutipan cukai dan untuk membantu pentadbiran serta penguatkuasaan undang-undang di
Negeri Sembilan. Antara usaha british ialah melantik seorang pegawai British yang
berjawatan Majistret dan Pemungut Hasil Tanah. Sebagai balasannya, pembesar-pembesar
Rembau akan dibayar satu pertiga daripada pungutan hasil tahunan daerah itu. British
meluaskan lagi kuasanya ke Daerah Jelebu, disebabkan kawasan ini kaya dengan hasil bijih
Timah. Keadaan perebutan kuasa diantara Yamtuan Muda Abdullah dan penghulu Syed Ali
telah digunakan oleh British untuk menempatkan seorang pegawai British di Daerah
tersebut. Pegawai yang dilantik bertanggungjawab dalam mengawasi pemungutan hasil dan
pentadbiran supaya tidak dicampurkan dengan soal-soal yang berkaitan dengan hukum
syarak. Daerah Jelebu akhirnya ditadbir sebagai sebuah daerah di kawasan kekuasaan
22 Ibid.
23 Ibid., hlm. 151.
24 Mardiana Nordin & Hasnah Hussin, Op. Cit., hlm. 151.
12
Residen Sungai Ujong. Keadaan yang sama juga berlaku di Daerah Sri Menanti, apabila
Yamtuan Antah manjadi Undang telah didesak oleh British menandatangani satu perjanjian
yang menempatkan seorang pegawai British yang berjawatan Majistret dan Pemungut Hasil
Tanah di Kuala Pilah pada 4 Jun 1887.25 Perjanjian ini bertujuan untuk meneggakkan
keamanan dan memberi jaminan keselamatan kepada nyawa dan harta, untuk mewujudkan
kekuasaan British dan memajukan sumber-sumber semula jadi daerah Sri Menanti.
Pada 13 Julai 1889 Sri Menanti, Tampin dan Rembau telah dengan rasminya
disatukan di bawah kuasa perlindungan British dalam bentuk satu persekutuan dan unit
pertadbiran ini dikenali sebagai Negeri Sembilan dan pembesar-pembesarnya dibantu oleh
Residen. Residen pertama yang dilantik dalam unit pentadbiran ini ialah Martin Lister. Pada
tahun 1889 juga trdapat dua unit pentadbiran iaitu unit yang pertama di bawah Residen
Sungai Ujong yang ditadbir oleh W.F.B. Paul yang meliputi kawasan Sungai Ujong dan
Jelebu.26 Unit yang kedua ialah kawasan persekutuan Negeri Sembilan yang ditadbir oleh
Martin Lister, kawasannya marangkumi Sri Menanti, Tampin dan Rembau. Pada tahun 1895
Yam Tuan Besar Sri Menanti bersama-sama dengan Undang Johol, Sungai Ujong, Jelebu
dan Tuanku Besar Tampin bersetuju untuk mewujudakan persekutuan yang diberi nama
Negeri Sembilan yang pada asalnya digunakan anatara Sri Menanti, Tampin dan Rembau.
Semua pembesar daerah ini talah meminta bantuan seorang Residen dan akan
bersedia mengikuti nasihat yang diberikan melainkan hal yang berkaitan dengan adat resam
dan agama. Perluasan kuasa British di Negeri Sembilan, memperlihatkan dilakukan secara
berperingkat-peringkat. Hal ini dapat dilihat melalui penerimaan keputusan gabenor oleh
para pembesar dalam hal persengketaan, kemudian diikuti dengan pengawalan terhadap
hasil negeri serta persetujuan untuk menerima Residen di negeri tersebut. Pihak British
menlaksanakan langkah menakluki secara perlahan-lahan kerana mereka tidak mahu
perkara yang berlaku di Perak dan Selangor akan barulang di Negeri Sembilan. Selain itu,
sistem politik yang diamalkan di negeri Sembilan iaitu Adat Perpatih berbeza dengan negeri-
negeri Melayu lain menyebabkan Britisah harus bertindak secara perlahan-lahan.27
25 Mohd Foad Sakdan. Pengetahuan Asas Politik Malaysia, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997.
hlm. 166.
26 Norazit Selat, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur : Persatuan Muzium Malaysia. 1990, hlm. 16-19.
27 Ibid.
13
3.1.3 Sistem Residen di Selangor
James Gutherie Davidson dilantik menjadi residen di Selangor yang pertama. Beliau
merupakan taman rapat dan penasihat kewangan tengku kudin. Oleh itu tidak timbul
masalah kerjasama. Bagaimanapun pihak British berpendapat Davidson perlu ditukar kerana
ramai Kerabat Di Raja kurang menyenangi Tungku Kudin. Apa yang berlaku di Perak
mungkin tercetus di Selangor. Beliau digantikan oleh Bloomfield Doughlas (1876-1882) yang
sebelumnya menjadi Penolong Residen. Bloomfield merupakan bekas tentera dan pernah
berkhidmat dengan Raja Brooke serta majistret di Singapura.28 Pada tahun 1877, Bloomfield
membentuk majlis masyuarat negeri. Ini menjadikan pentadbiran lebih ramai. Tengku Kudin
dilantik sebagai Priseden Majlis yang pertama.
Ahli-ahlinya terdiri terdiri daripada tujuh orang iaitu empat melayu, seorang cina, dan
dua orang Eropah. Ahli-ahli melayu termasuklah Tenku Kudin, Syed Zin (agen Tengku
Kudin), Raja Bahar(Putera Sultan) dan Tengku Panglima(Ipar Sultan).29 Setelah Tengku
Kudin Pencen, jawatan Presiden diserahkan kepada Raja muda dan Musa. Bloomfield
didapati tidak menjalankan tugas dengan memuaskan dan diminta meletakkan jawatan pada
tahun 1882. Beliau dilaporkan salah menguruskan kewangan. Tempatnya Diambil ahli oleh
Frank Sweattenham yang menjadi Penolong Residen di Langat. Perkhidmatan Swettenham
sebagai residen selama tujuh tahun telah membantu memajukan pentadbiran Selangor.
Beliau juga menggalakka perkembangan ekonomi dengan memperbaiki sistem
perhubungan. Swettenham juga berusaha membangunkan Kuala Lumpur sebagai Pusat
Pentadbiran dan perdagangan.30
14
Negeri telah dibahagikan kepada daerah-daerah. Pada peringkat awal dihantar seorang
pegawai Eropah bagi setiap daerah untuk memungut cukai. Pihak Inggeris juga mengambil
langkah menubuhkan Majlis Mesyuarat Negeri pada 1889 yang diketuai oleh sultan. Ahli-ahli
lain ialah Tengku Mahmud, Datuk Bandar, Datuk Raja, Orang Kaya Chenor dan Imam
Perang Indra Mahkota. Majlis ini banyak meluluskan undang-undang yang menimbulkan
tentangan sultan dan segolongan pembesar. Akibatnya tercetus pemberontakkan Pahang
(1891-1895). Pemberontakkan ini Berjaya ditumpaskan dan sistem residen diteruskan.
Malah kejayaan Inggeris ini memudahkannya melaksanakan dasar-dasar pentadbirannya di
Pahang.32
32 Ibid.
33 Kesan Pengusaan Inggeris di Tanah Melayu, atas talian http://saku30.tripod.com/sm17.htm, diakses pada 15
Disember 2016.
34 International Law Book Service, Malaysia Kita, Selangor : Golden Book centre Sdn Bhd. 2000. Hlm. 197.
35 Ibid.
15
5.1 Analisis
Sistem pentadbiran yang dilaksanakan oleh British di Negeri-negeri Melayu merupakan
sistem pentadbiran secara tidak langsung. Pihak British telah melantik seorang wakilnya
menjadi Residen di setiap negeri bagi menasihat raja-raja Melayu dalam semua hal-ehwal
pentadbiran kecuali hal-hal yang berkaitan dengan agama Islam dan adat istiadat Melayu.
Raja-raja Melayu tidak lagi menjadi pemerintah mutlak di negeri-negeri mereka. Menerusi
Residennya, pihak Inggeris berkuasa penuh dalam setiap hal-ehwal pentadbiran negeri-
negeri. Melalui perjanjian yang telah ditandatangani engan Kerajaan British, Negeri-negeri
melayu telah menjadi naungan Kerajaan tersebut. Semua hal-ehwal pertahanan dan
hubungan luar negeri diletakkan di bawah bidang kuasa dan tanggungjawab British
setersnya ialah mengawal segala pungutan cukai dan hasil negeri. 36
Segala urusan pungutan cukai dan kawalan hasil negeri dilakukan mengikut nasihat
Residen British. Tugas-tugas memungut hasil cukai yang selama ini dilaksanakan oleh
pembesar-pembesar Melayu, Secara tidak langsung telah diambil alih oleh pegawai-pegawai
British. Keadaan ini telah membangkit kemaraan dalam kalangan pembesar-pembesar
Melayu. Mereka telah kehilangan pendapatan dan juga pengaruh. Sistem hamba abdi yang
telah diamalalkan oleh pembesar Melayu sejak berkurun-kurun lamanya telah dihapus dan
mansuhkan oleh pihak British. Perubahan sistem pungutan cukai ini mendapat tentangan
hebat dari Pembesar-pembesar Melayu seperti Datuk Maharaja Lela di Perak, Datuk Kelana
di Sungai Ujong, Negeri Sembilan dan Datuk Bahaman di Pahang. Mereka menentang sistem
pentadbiran British ini dengan menggunakan kekerasan. Tetapi pihak British telah berjaya
menentang kekerasan ini dengan menggunakan alat senjata moden.
Sistem ini juga telah membawa kepada kemajuan negeri-negeri melayu kerana
British telah Berjaya mewujudkan keamanan akibat pertelingkahan yang berlaku. Contohnya
Menamatkan perebutan takhta di kalangan pewaris tahta sepeti di Perak. Begitu juga
dengan perebutan kawasan dan kuasa di kalangan pembesar Melayu serta pergaduhan
antara kongsi gelap Ghee Hin dan Hai San. Kegiatan lanun di Selat Melaka juga dapat
dikurangkan. British juga telah memajukan ekonomi di Tanah Melayu iaitu dengan membina
sistem perhubungan Landasan keretapi pertama Taiping-Port Weld (1885). Pembinaan
landasan keretapi bertujuan menghubungkan kawasan perlombongan bijih timah dengan
pelabuhan eksport. Jalan raya turut dibina bagi menghubungkan pusat perlombongan bijih
timah dengan bandar-bandar baru.
16
Namun demikian kesan negatif daripada sistem ini ialah Sultan telah kehilangan
kuasa sebagai pemerintah berkuasa mutlak. British telah memperkenalkan suatu sistem
politik iaitu pihak menubuhkan Majlis Mesyuarat negeri di Perak. Ahli-ahli majlis ini terdiri
dari Sultan Perak, Residen British, Pembesar-pembesar Melayu dan beberapa orang wakil
masyarakat Cina. Majlis ini bertanggungjawab bagi membincangkan berbagai-bagai perkara
termasuk urusan belanjawan negeri. Walaupun Sultan menjadi Pengerusi Majlis Negeri
tetapi semua keputusan dibuat oleh Residen British. Aspek yang paling ketara ialah Residen
sering lambat mengambil tindakan terhadap masalah pentadbiran. Tiada pemantauan
terhadap tugas Residen oleh Gabenor Negeri-Negeri Selat. Jarak kediaman Gabenor yang
jauh di Singapura yang jauh memberi peluang kepada Residen berkuasa sepenuhnya.
Tetapi, secara praktiknya British yang memerintah melalui Residennya yang memegang
kuasa pentadbiran.
6.0 KESIMPULAN
Sistem residen yang diperkenalkan mempunyai kelemahan kerana terdapat residen yang
terlalu berkuasa, manakala Gabenor Negeri-Negeri Selat tidak dapat mengawal Residen di
samping masalah pentadbiran yang tidak seragam, tidak teratur serta pembangunan yang
tidak seimbang. Kelemahan yang berlaku dalam Sistem Residen telah menyebabkan negeri
Perak, Selangor, dan Negeri Sembilan disatukan di bawah sebuah pentadbiran yang dikenal
sebagai Negeri-Negeri Melayu Bersekutu(NNMB) atau Persekutuan pada tahun 1896. Pada
mulanya, tujuan penubuhan (NNMB) adalah membentuk sebuah persekutuan untuk
menyeragam dan meningkatkan kecekapan pentadbiran melalui pembahagian kuasa dan
kedaulatan antara negeri-negeri dengan pusat pemerintahan.
Walaupun sistem Residen sebagai penasihat tetapi hakikatnya apa yang berlaku ialah
residen-residen ini lah memainkan peranan sebagai ejen perubahan dan perubahan tersebut
bergantung kepada kepada kecekapan pentadbiran seseorang residen itu dalam mengubah
sistem kerajaan baharu asalkan memenuhi objektif British. Menurut Leong Yee Fong (2005),
Kecekapan pentadbiran merujuk kepada penyatuan daerah yang terpencil kepaa satu unit
politik yang seragam, Sultan-Sultan diiktiraf sebagai raja berperlembagaan pada teori dan
amalan, jentera kerajaan diperluaskan untuk mewakili kepentingan dan hak kaum imigran,
hasil cukai dikendalikan kepada pihak yang tidak berkepentingan , dan wujud sifat
sekularisme yang mengasingkan agama dan adat daripada hal-hal pentadbiran.
17
RUJUKAN
Buku
Abdul Rahman Hj. Abdullah. 2016. Biografi Agung Syeikh Arshad Al-Banjari. Selangor : Grup
Buku Kerangkraf Sdn. Bhd.
International Law Book Service. 2000. Malaysia Kita. Selangor : Golden Book Centre Sdn.
Bhd.
James M. Henslin. 2006. Sosiologi dengan Pendekatan Membumi; Jilid 1. Jakarta : Penerbit
Erlangga.
Kamaruddin M.Said. 2007. 500 Tahun Melayu Menghadapi Cabaran. Selangor : Kris
Publication Sdn. Bhd.
Mardiana Nordin. Hasnah Hussin. 2004. Pengajian Malaysia. Selangor : Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Mohd. Isa Othman. 2002. Sejarah Malaysia (1800-1963). Kuala Lumpur : Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Mohd. Foad Sakdan. 1997. Pengetahuan Asas Politik Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Norazit Selat. 1990. Negeri Sembilan. Kuala Lumpur : Persatuan Muzium Malaysia.
Salehuddin Md. Dahlan. 2007. Kerjaya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik. Selangor :
PTS Profesional.
Internet
Pasukan Polis Perak. atas talian https://www.rmp.gov.my. diakses pada 15 Disember 2016.
18