Anda di halaman 1dari 17

1

1.0 PENGENALAN

Perkembangan pendidikan semasa, terutama dari segi modifikasi sukatan pelajaran dan

kaedah pengajaran untuk memenuhi keperluan pelajar pintar cerdas, normal dan

pendidikan khas, samaada di Malaysia atau di luar negeri, telah menarik minat ahli

pendidik dan penulis bahan ilmiah untuk membicarakan fenomena tersebut. Dengan

perlaksanaan program KBSR, KBSM dan yang terbaharu KSSR (Kurikulum Standard

Sekolah Rendah) yang memberi tumpuan kepada pendidikan umum untuk semua pelajar,

maka dengan ini kita memerlukan masa untuk meneliti isu-isu yang berkaitan dengan

pengajaran, pembelajaran dan penilaian bagi pendidikan untuk murid pintar cerdas secara

meluas dan mendalam.

Mulai tahun 1999, satu kurikulum bestari telah dibentuk dan dilaksanakan secara

berperingkat-peringkat oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Kurikulum bagi pelajar

pintar cerdas adalah sama dengan kurikulum bagi pelajar biasa. Perkara yang membezakan

program pelajar pintar cerdas dengan pelajar biasa ialah pengayaan kurikulum atau asas

kaedah pengayaan yang merentas kurikulum dan yang berfokus kepada bidang yang

diminati pelajar.

Untuk melahirkan insan yang cemerlang, program pendidikan pintar cerdas perlu

memberi fokus kepada perkembangan dan pembangunan manusia secara seimbang,

menyeluruh dan bersepadu. Program pendidikan pintar cerdas yang bersepadu dapat

diwujudkan hanya apabila ahli pendidik membuat beberapa perubahan besar terhadap

falsafah, teori dan amalan pendidikan konvensional.


2

2.0 KAJIAN TENTANG KURIKULUM UNTUK KANAK-KANAK


PINTAR CERDAS

Kajian mengenai kurikulum yang sesuai untuk kanak-kanak pintar dan cerdas adalah

sangat baru. Peredaran zaman dari akhir 1950an hingga sekarang banyak menghasilkan

program-program yang bertujuan untuk mendapatkan idea-idea dalam bidang kandungan

tertentu tentang tentang pembezaan kurikulum untuk kanak pintar telah dipelajari secara

sistematik. Walaupun kelas khusus telah beroperasi sejak 1919 di beberapa lokasi seperti

di New York dan Cleveland, pembezaan dari segi strategi pembelajaran, kandungan atau

bahan antara kelas dan perkara lain masih belum dikaji. Pengelompokan berdasarkan

kecerdasan dan prestasi adalah strategi utama yang digunakan dan garis panduan untuk

kurikulum yang telah disiapkan untuk digunakan oleh kanak-kanak pintar cerdas (Hall,

1956; Hollingworth, 1926).

Pada tahun 1960an dan 1970an, penyelidik dalam bidang untuk kanak-kanak pintar

cerdas telah menyenaraikan beberapa prinsip umum tentang kurikulum yang sesuai untuk

kanak-kanak berbakat. Ward (1961) mengembangkan teori pembezaan pendidikan untuk

kanak-kanak pintar dan prinsip-prinsip khusus yang dikhaskan untuk kurikulum kanak-

kanak pintar boleh dibangunkan. Meeker (1969) menggunakan struktur intelek Guilford

untuk mencari kekuatan dan kelemahan kanak-kanak pintar sehingga penyelidik kurikulum

dapat membina suatu program pintar untuk mengurangkan kelemahan yang ada. Arahan

kerja kurikulum yang berstruktur secara khusus dibanngunkan untuk menangani kurikulum

yang sesuai dalam bidang afektif, kognitif, berfikiran konvergen dan divergen, dan

penilaian.

Renzulli (1975) memfokuskan pada model pembezaan kurikulum yang

menggerakkan kanak-kanak pintar cerdas dari segi aktiviti pengayaan melalui latihan

dalam kemahiran berfikir dan kajian didalam program berorientasikan projek untuk
3

menangani masalah yang nyata. Gallagher dan Gallagher (1995) menekankan

pengubahsuaian kandungan dalam mata pelajaran teras dari segi seni bahasa, kajian sosial,

matematik dan sains. Stanley, Keating dan Fox (1974) memberi tumpuan kepada model

untuk mempercepatkan kandungan untuk membezakan program untuk kanak-kanak pintar.

Maker dan Nielson (1996) telah menekankan pendekatan konfluen dalam

pembezaan kurikulum untuk kanak-kanak pintar yang meliputi program pecutan dan

strategi pengayaan. Passow (1982) merumuskan tujuh prinsip kurikulum kardinal yang

melibatkan isi kandungan, proses, produk, tingkah laku dan penilaian. VanTassel-Baska

(1993b) mengembangkan suatu garis besar dari 20 aspek kurikulum yang baik untuk

kanak-kanak pintar yang menekankan pada kandungan, proses/ produk dan konsep dimensi

tema/ dari kurikulum ke dalam Model Kurikulum Bersepadu (Intergrated Curriculum

Model) yang telah diuji dalam sains dan seni bahasa didalam kelas nasional. Data dari dua

kajian terdahulu menunjukkan bahawa kanak-kanak pintar telah diajar menggunakan

kurikulum yang dikembangkan dari model ini mengungguli kawalan dalam bidang berfikir

peringkat tinggi (VanTassel-Baska, Johnson, Hughes & Boyce, 1996).


4

3.0 ELEMEN UTAMA DALAM MEMBANGUNKAN


KURIKULUM KANAK-KANAK PINTAR CERDAS

3.1 KEPERLUAN KANAK-KANAK PINTAR CERDAS

Dalam menilai elemen utama berhubung dengan kurikulum kanak-kanak pintar, salah satu

daripadanya ialah dari segi prinsip yang harus diberi perhatian untuk diterjemahkan secara

teori ke dalam amalan yang baik secara menyeluruh sehingga isu pendidikan untuk kanak-

kanak ini selesai dan tidak dihapuskan. Hal ini dapat dicapai jika kita memfokuskan pada

unsur asas seperti:

1. Penekanan kepada struktur bagi konsep dan prinsip asas dalam sesuatu mata

pelajaran dan bukan kepada aktiviti hafalan dan ingatan sahaja.

2. Penekanan kepada cara bagaimana sesuatu prinsip atau algoritma itu diterbitkan

dan bukan kepada apa yang diterbitkan sahaja.

3. Penekanan kepada pengembangan sesuatu kurikulum secara meluas dan mendalam.

4. Penekanan kepada kaedah pembelajaran melalui pengalaman seperti kerja projek,

simulasi, memain peranan, kajian kes, inkuiri secara individu atau kelompok dan

reka cipta.

5. Penekanan kepada integrasi teknik pembelajaran berseorangan, bekerjasama dan

bersaing konstruktif.

3.2 KEMAHIRAN BERFIKIR

Ia membabitkan kemahiran memberi tumpuan kepada maklumat yang relevan, kemahiran

mengumpul data dari pelbagai sumber, kemahiran mengingat, kemahiran mengurus,

kemahiran analisis, kemahiran menghasilkan idea yang bermakna, kemahiran membuat

hubungkait dan kemahiran membuat penilaian.


5

4.0 MODEL KURIKULUM

4.1 MODEL WILLIAM (1970), MODEL TAYLOR (1971) dan MODEL


TORRANCE (1978)

MODEL WILLIAM MODEL TAYLOR MODEL TORRANCE


(1970) (1971) (1978)

Pendekatan 3 dimensi: Pendekatan analitis Memberatkan pada


tingkah laku murid faktor penyelesaian masalah,
(kognitif & afektif) Terpengaruh dengan kreatif & masa
tingkah laku guru pandangan Thurstone hadapan
isi kandungan &Guilford Aktiviti kemahiran:
pelajaran Program pengayaan: menganalisis
Tujuan: pengetahuan maklumat
memaksimumkan pengalaman mendifinisikan
perkembangan alam sekitar masalah
kognitif dan afektif situasi brainstorming
Program pengayaan: sebagai penyelesaian
penglibatan
alternatif
mencipta penyertaan
memperkembangkan
merancang penyelidikan
& menggunakan
meramalkan bukan intelektual kriteria yang sesuai
berkomunikasi bakat ketika membuat
membuat keputusan kombinasi penilaian alternatif
memutuskan
penyelesaian terbaik
merancang
pelaksanaan

4.2 MODEL MAKER (1982)

Maker (1982) menyenaraikan empat komponen kurikulum yang boleh diubahsuai oleh

pendidik bagi membentuk program pendidikan pintar cerdas yang berbeza dari segi kualiti

dengan program pendidikan konvensional iaitu:

i. Isi Kandungan.

ii. Proses pengajaran.

iii. Hasil pembelajaran.

iv. Persekitaran Pembelajaran.


6

4.2.1 Isi Kandungan

Pelajar pintar dan berbakat dapat memahami idea dan konsep yang abstrak pada tahap

yang tinggi berbanding dengan pelajar biasa, dengan itu amat bertepatan sekali jika isi

kandungan yang khusus digubal bagi membolehkan pelajar tersebut mengembangkan

potensinya secara maksimum.

Dalam program pendidikan pintar cerdas, pelajar pintar dan berbakat didedahkan

dengan konsep dan prinsip yang sesuai dengan tahap kebolehan mereka, dan bukan lebih

rendah atau terlalu tinggi daripada tahap kebolehan mereka. Walaubagaimanapun jika guru

tidak mempunyai wawasan yang jelas tentang matlamat pendidikan pintar cerdas, pelajar

akan hanya dicurahkan dengan berbagai maklumat dan fakta dan bukan dengan analisis

dan sintesis yang terperinci terhadap idea-idea kompleks yang signifikan. Renzulli (1977)

menyatakan sebahagian besar daripada program pintar cerdas sekarang lebih merupakan

program hiburan daripada pendidikan.

Pendidikan khusus bagi pelajar pintar dan berbakat ditentukan sifatnya oleh

pandangan hidup sesuatu budaya kerana pendidikan itu merupakan alat terpenting untuk

merealisasikan tujuan dan pandangan hidup itu.

4.2.2 Proses pengajaran dan Hasil pembelajaran

Proses pengajaran merujuk kepada penggunaan kaedah pengajaran yang khusus bagi

memenuhi keperluan pelajar pintar dan berbakat dalam mengembangkan tahap pemikiran

yang tinggi, penaakulan induktif dan deduktif, penghasilan kreatif dan akhlak yang mulia.

Hasil pembelajaran pula merujuk kepada pembinaan tindakan dan operasi yang

mantap yang membolehkan pelajar pintar cerdas memberi sumbangan yang professional

kepada kesejahteraan diri dan keharmonian masyarakat.

Output yang dihasilkan oleh pelajar pintar cerdas mestilah berbeza daripada output

yang dihasilkan oleh pelajar lemah dari segi penekanannya kepada transformasi dan bukan
7

kepada rumusan pengetahuan yang sedia ada. Pendidikan itu mestilah mampu melahirkan

pelajar yang dapat memberi sumbangan yang konstruktif kepada pembangunan negara dari

segi intelek, ekonomi, teknologi, politik dan akhlak. Guru pula berperanan sebagai

penyambung budaya, pembimbing, contoh tauladan yang baik dan pemberi ingatan kepada

murid. Seterusnya semua guru harus sedar bahawa mereka tidak dapat membina

pengetahuan kepada murid.

4.2.3 Persekitaran Pembelajaran.

Modifikasi dalam persekitaran pembelajaran membabitkan perubahan yang

menggalakkkan pembelajaran yang berpusatkan murid seperti pembelajaran melalui

pengalaman, autonomi, pemikiran terbuka, pembinaan adab, amanah, penerokaan,

berdikari, kefleksibelan dan mobiliti serta pembelajaran berpusatkan pembinaan

tingkahlaku yang sofistikated. Perubahan ini boleh diwujudkan melalui kaedah pengayaan,

pecutan dan pengelompokan.

I. Pengayaan (Enrichment)

Kementerian Pendidikan Malaysia (1988) mendefinisikan program pengayaan sebagai

aktiviti asas pembelajaran yang mengandungi unsur untuk meluaskan pengetahuan dan

pengalaman serta mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari. Istilah pengayaan

merujuk kepada penyediaan pengalaman belajar yang berbeza oleh guru dalam kelas tanpa

bantuan daripada sumber luar atau guru lain. Program pengayaan yang berkesan berlaku

apabila guru menyediakan pelajaran yang berbeza untuk pelajar pintar dan berbakat dalam

bentuk aktiviti yang telah tersusun rapi dan pelajar menggunakan kebolehan kognitif pada

peringkat tinggi. Ianya membabitkan isi kandungan yang luas dan mendalam serta

memerlukan strategi komunikasi yang mencabar.

Program pengayaan yang baik memerlukan seseorang guru itu memperuntukkan

tenaga, masa, usaha, sumber dan komitmen yang tinggi. Program pengayaan juga
8

disalahtafsirkan sebagai penyediaan aktiviti yang berbeza dari segi kuantiti, tetapi sama

dari segi kualiti kepada pelajar pintar dan berbakat. Contohnya penglibatan pelajar pintar

berbakat sebagai tutor kepada pelajar yang lain, penglibatan dalam projek kajian tanpa

bimbingan dan pengawasan yang sewajarnya atau penyediaan pengalaman yang unik tetapi

tidak sesuai dengan rancangan pendidikan yang sepadu sehingga aktiviti yang dilakukan

oleh pelajar ini tidak bermakna.

Renzulli (1997) berpendapat guru sepatutnya melatih pelajar untuk mencari dan

menggunakan maklumat dengan memberikan kemahiran dalam kaedah penyelidikan.

Antara program yang sering dirujuk ialah program pengayaan Renzullis Schoolwide

Enrichment Model atau SEM yang sudah dilaksanakan di Maktab Rendah Sains Mara

(MRSM). Model ini direka untuk pelajar mendapat pendedahan kepada pelbagai bidang

melalui aktiviti seperti ceramah, lawatan, pembacaan, penerokaan melalui internet dan

aktiviti lain. Pengalaman yang dikutip mampu membantu pelajar untuk mengenalpasti

bidang dan minat bagi menjalankan penyelidikan dan guru bertindak sebagai mentor.

SEM ini bermula dari Aktiviti Jenis I, Jenis II dan Jenis III. Aktiviti Jenis I

mendedahkan pelajar kepada dunia luar dan pelajaran yang tidak diajar di dalam kelas

formal. Pengalaman dan penemuan yang diperolehi dapat membantu pelajar mengenalpasti

minat dan bidang untuk diteroka dan diselidik seterusnya. Aktiviti Jenis II bertujuan untuk

memberikan pelajar kemahiran-kemahiran asas bagi mengembangkan minat mereka.

Antara kemahiran yang diberikan ialah Kursus Kemahiran Berfikir yang memberikan

pendedahan dan latihan kepada pelajar untuk berfikir secara meluas, kreatif, analisis,

inovatif, kritis dan bentuk pemikiran yang lain lagi. Aktiviti Jenis III pula merupakan gerak

kerja pelajar sama ada menjalankan penyelidikan, mereka cipta atau aktiviti-aktiviti yang

mencabar kepada mereka. Guru haruslah sentiasa mengawal perjalanan kumpulan masing-

masing.
9

Kaedah pengayaan adalah kaedah pendekatan pendidikan yang didasarkan mengikut

kemampuan dan kekuatan mental seseorang pelajar itu. Ini merupakan satu pendekatan

alternatif bagi model pendidikan luar biasa. Pendekatan ini melibatkan tugasan bagi

mengetahui sejauh mana kebolehan pelajar dan menggunakan maklumat tersebut sebagai

titik tolak dalam mencipta lingkungan belajar. Implikasi daripada program pengayaan ini

antaranya ialah objektif bagi setiap mata pelajaran dapat dicapai di samping menjadikan

proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan bermakna. Kaedah ini juga

dapat mengelakkan pelajar dari kebosanan. Penguasaan ilmu yang lebih luas juga turut

berlaku kerana pelbagai maklumat dapat disampaikan.

Bagi memantapkan program pengayaan, guru boleh menerapkan nilai-nilai murni

dalam diri pelajar menerusi aktiviti seperti slot ceramah dan tazkirah supaya pelajar

mempunyai nilai-nilai semangat kewarganegaraan yang berlandaskan kepada kepercayaan

dan kepatuhan kepada Tuhan. Selain itu, semua pihak perlu melibatkan diri dalam

membangunkan sistem pengurusan kolaborasi di antara ibu bapa, guru, pihak sekolah dan

pelajar. Ini penting supaya semua pihak merasa bahawa diri mereka dihargai selain dapat

membantu merancang aktiviti yang bersesuaian.

Kitano & Kirby (1986) dan Weiss & Gallagher (1982) telah menyenaraikan beberapa

cadangan kaedah yang boleh gunakan untuk program pengayaan:

Kajian bebas: pelajar menjalankan projek kajian yang telah dirancang dengan teliti

oleh guru dan diawasi secara sistematik.

Peluang menghabiskan sukatan pelajaran dengan cepat dan mengambil

peperiksaan lebih awal: membolehkan pelajar menggunakan masa selebihnya untuk

meneroka bidang pembelajaran yang baru dan mencabar.


10

Penggunaan proses pemikiran pada tahap yang tinggi: guru menyediakan

beberapa aktiviti dalam topik yang sama yang memberi peluang kepada penglibatan

pelajar pada tahap yang sesuai dengan kebolehan inteleknya.

Program ceramah: penceramah diundang untuk menyampaikan maklumat yang

lebih dan mendalam daripada apa yang disampaikan oleh guru tentang sesuatu tajuk.

Program mentor: mentor ialah seorang pakar rujuk yang akan memberi tunjuk ajar,

nasihat, bimbingan dan mengadakan perbincangan dengan pejar pintar dan berbakat

secara perseorangan dalam bidang yang diminati dalam tempoh masa tertentu.

Bahan peringkat tinggi: guru menyediakan bahan rujukan dan bacaan yang

bertahap tinggi dalam bidang yang tertentu.

Program guru penasihat: guru menyediakan pelajaran yang berbeza dalam kelas

biasa dengan bantuan guru penasihat.

II. Pecutan (Acceleration)

Istilah pecutan merujuk kepada perubahan dalam kadar penyampaian sukatan pelajaran

untuk membolehkan pelajar pintar dan berbakat menyiapkan program pendidikan biasa

dalam masa yang singkat atau memendekkan masa belajar. Maka rancangan pendidikan

lanjutan yang baik perlu disusun untuk membolehkan pelajar tersebut menggunakan masa

yang selebihnya secara produktif. Tanpa rancangan lanjutan yang sistematik, kaedah

pecutan akan menemui kegagalan.

Kaedah pecutan melibatkan program seperti kemasukan pelajar ke tahun satu atau ke

pusat pengajian tinggi pada peringkat umur yang lebih muda, melangkaui kelas dan kelas

gabungan. Kaedah pecutan ini melibatkan penggunaan kurikulum sekolah yang sedia ada

walaupun terdapat penggunaan bahan tambahan dalam pembelajaran. Program pecutan


11

lebih berkesan sekiranya sekolah mempunyai kurikulum yang ditetapkan dan penglibatan

sekolah berterusan.

Kaedah pecutan melibatkan kanak-kanak pintar cerdas akedemik akan belajar dengan

lebih banyak dan kehadapan melalui sistem sekolah daripada pelajar lain. Ini bermakna

kurikulum penyesuaian (adapting curriculum) kepada kanak-kanak dinilai daripada

penguasaan dan bukannya menggunakan kurikulum yang seragam yang digunakan oleh

semua kanak-kanak diperingkat yang sama. Ini bermaksud, kanak-kanak yang menguasai

tahap mata pelajaran yang lebih tinggi akan menerima kredit akademik berdasarkan tahap

penguasaan mereka dan bukannya pencapaian dalam kurikulum tahap darjah atau tingkatan

di sekolah. Kaedah ini dapat dicapai dalam beberapa langkah yang berbeza merangkumi

mula bersekolah fasa awal umur dan kelas lompat (grade skipping atau double promotion).

Seterusnya ialah kelas tidak bergred di mana kanak-kanak pelbagai umur

dikumpulkan bersama dan kurikulum yang digunakan adalah berdasarkan penguasaan

individu dan bukan diambil kira berdasarkan umur kanak-kanak. Selain itu, cara

menyesuaikan kurikulum di mana bahan atau topik yang telah dikuasai kanak-kanak

dilangkau dan diteruskan dengan bahan atau topik yang lain. Grade telescoping pula

memerlukan kanak-kanak menyelesaikan sesuatu program dalam masa yang singkat yang

sepatutnya memerlukan masa beberapa tahun.

Pecutan subjek (acceleration subject) pula menawarkan kanak-kanak yang

menguasai sesuatu subjek tertentu. Dalam subjek lain, mereka akan ditempatkan sama

dengan rakan sekelas mereka. Perubahan dalam sukatan pelajaran membolehkan pelajar

pintar cerdas ini menyiapkan program pendidikan biasa dalam masa yang singkat. Namun,

kaedah ini memerlukan pendidikan lanjutan yang baik agar kanak-kanak pintar ini dapat

mengisi masa dengan produktif.


12

III. Pengelompokan

Istilah pengelompokan merujuk kepada penempatan pelajar-pelajar yang mempunyai

kebolehan yang hampir sama dalam satu kelas yang khusus. Walaubagaimanapun program

ini tidak dapat mempertingkatkan mutu pencapaian murid secara automatik. Untuk

mendapatkan hasil yang baik, pengelompokan harus disusuli dengan pelajaran yang

berkualiti dan aktiviti pengayaan.

Sebuah tinjauan kajian utama daripada kumpulan praktis oleh Karen Rogers pada

tahun 1991 mendapati bahawa, pengelompokan sepenuh masa (tracking) arahan rutin tidak

memberi sebarang perbezaan dalam kemampuan pencapaian akademik bagi pelajar biasa,

tetapi pengelompokan ini memberi perbezaan besar dalam pencapaian akademik pelajar

yang berbakat. Rogers juga mendapati bahawa kemampuan pengelompokan untuk

pengayaan dan bentuk lain dari kemampuan pengelompokan, seperti pengelompokan di

dalam kelas juga memberi manfaat kepada pelajar pintar dan berbakat.

Pengelompokan untuk pecutan menghasilkan manfaat yang besar jika ianya

dijalankan dalam kelas tidak bergred, pemadatan kurikulum (curriculum compacting),

grade telescoping (menghabiskan sekolah menengah lebih awal), pecutan subjek atau mata

pelajaran dan kemasukkan ke peringkat lebih tinggi (kolej atau universiti) pada usia lebih

muda. Kaedah pecutan tidak memberi kesan langsung terhadap harga diri (self-esteem)

mereka. Kaedah pecutan bukan hanya mampu untuk mendapatkan keputusan akademik

yang menakjubkan, tetapi juga mampu untuk menyelesaikan masalah lain. Hal ini kerana

kanak-kanak yang dikumpulkan bersama akan lebih dekat antara rakan-rakan sekelas

mereka yang mempunyai kemampuan, minat dan tahap yang sama.

Kajian telah membuktikan keberkesanan kaedah pengelompokan yang membolehkan

kanak-kanak yang mempunyai tahap yang sama dan dikumpulkan bersama untuk

mendapatkan pembelajaran yang lebih mencabar. Kaedah pengelompokan merangkumi


13

pengelompokan sepenuh masa, pengelompokan kluster, pengelompokan dalam kelas,

pengelompokan silang kelas (cross-class/ grade grouping) dan pull-out grouping. Kajian

menunjukkan pencapaian akademik yang signifikan dicapai oleh kanak-kanak pintar

cerdas yang menjalankan kaedah pengelompokan dalam kumpulan yang mempunyai minat

dan kemampuan yang sama.

Selain itu, pengelompokan juga mempunyai kesan positif terhadap motivasi dan

sikap terhadap pembelajaran, serta membantu kanak-kanak berbakat untuk

mengembangkan persepsi diri yang lebih realistik. Kajian mendapati bahawa jika strategi

ini digunakan secara fleksibel, ianya dapat memberi cabaran dalam pembelajaran kanak-

kanak dan memberi banyak kesan positif kepada mereka.

Berikut adalah beberapa cara yang boleh digunakan untuk mengelompokkan pelajar

pintar dan berbakat di sekolah rendah.

Program bawa keluar: pelajar pintar dan berbakat meninggalkan kelas mengikut

jadual yang ditetapkan untuk menerima pelajaran yang khusus daripada guru yang

terlatih.

Pengelompokan rumpun: pelajar pintar dan berbakat dari sekolah yang

berhampiran dikumpulkan bersama mengikut jadual yang ditetapkan untuk

mengikuti aktiviti yang tertentu. Contohnya program Rancangan Integrasi untuk

Perpaduan Murid (RIMUP).

Ekspedisi masa cuti: Ekspedisi yang dikendalikan oleh pakar dalam bidang tertentu

dapat membekalkan pengalaman yang berfaedah kepada pelajar pintar dan berbakat.

Program luar: pelajar pintar dan berbakat dikumpulkan bersama pada tempat

tertentu seperti di muzium, universiti, makmal sains, hospital, masjid dan pusat

industri untuk mempelajari dan mengambil bahagian dalam penyelidikan atau

perkhidmatan yang dijalankan di tempat tersebut.


14

5.0 EVOLUSI KURIKULUM UNTUK KANAK-KANAK PINTAR


CERDAS DI MALAYSIA

5.1 KELAS SISTEM EKSPRESS 1962

Golongan kanak-kanak pintar cerdas di Malaysia mula diberi perhatian dalam sistem

pendidikan dengan terlaksananya Sistem Kelas Ekspres pada tahun 1962. Dalam Sistem

ini, kanak-kanak yang memiliki potensi dan memperolehi pencapaian yang mengatasi

rakan-rakan sebaya telah diberi peluang untuk memendekkan tempoh sekolah rendah

mereka daripada enam tahun kepada lima tahun sahaja. Namun begitu, perlaksanaan sistem

ini telah diberhentikan pada awal tahun 1970an.

5.2 MENSA (1984)

Pada awal tahun 1980an, satu Simposium Kebangsaan Mengenai Kanak-kanak Bergeliga

telah diadakan. Ekoran daripada Simposium tersebut isu kanak-kanak pintar cerdas ini

kembali diperkatakan dan Persatuan Mensa diasaskan oleh Tan Sri Dato Yong Poh Kon

setelah beliau mendaftarkan Persatuan Mensa Malaysia pada 22 Mei 1984. Ahli persatuan

Mensa Malaysia akan menjadi ahli persatuan Mensa antarabangsa secara langsung.

Keahlian Mensa Malaysia dibuka kepada semua rakyat Malaysia yang mempunyai IQ

yang tinggi dan berada dalam populasi 2% rakyat Malaysia. Ujian saringan seperti ujian IQ

perlu dijawab dan Mensa telah menetapkan skala skor yang tertentu untuk seseorang itu

diterima menjadi ahli persatuan Mensa.

Ujian kecerdasan ini telah diluluskan oleh International Supervisory Psychologist

dimana ia merupakan badan yang mengiktiraf ujian yang dibuat oleh Mensa. Seseorang

yang telah terpilih menjadi ahli Mensa mestilah membayar yuran yang telah ditetapkan

untuk mereka menyertai program yang dianjurkan oleh pihak Mensa. Antara tujuan Mensa

adalah untuk mengenal pasti individu pintar cerdas. Antara faedah yang diperolehi setelah
15

menyertai Mensa adalah memberi kesempatan kepada individu yang mempunyai tahap

fikiran yang sama untuk berinteraksi dan berkongsi pendapat antara satu sama lain.

5.3 BAKA (1985)

Sejarah BAKA bermula sebagai sebuah projek kajian di Fakulti Pendidikan, Universiti

Malaya untuk pembangunan program Superior and Gifted Intellectual Potential pada

tahun 1980. Pada tahun 1985, pihak Universiti Malaya telah mula mengorak langkah

memulakan Program BAKA khusus untuk kanak-kanak pintar cerdas. Ujian pengesanan

untuk kanak-kanak yang pintar cerdas telah dijalankan dan seterusnya pada tahun 1982,

program ini menjadi "pull-out" program dilakukan selama bercuti sekolah dan masa yang

lain apabila diperlukan. Dikenali sebagai Program Baka untuk Tinggi Potensi Intelek

(untuk kanak-kanak pintar cerdas) yang telah ditubuhkan oleh Prof Madya Azman Wan

Chik. Semangatnya untuk mengembangkan potensi intelektual telah membimbingnya

untuk terus menghabiskan masa, tenaga dan wang dalam penyelidikan dan pembangunan

Baka.

5.4 UJIAN PENILAIAN TAHAP SATU (1996)

Menyedari tentang kepentingan untuk memberi perhatian terhadap program pendidikan

khusus untuk kanak-kanak pintar cerdas di negara ini, Seminar Pendidikan Pelajar Pintar

Cerdas telah diadakan pada tahun 1990, di Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya. Hasil

daripada 33 seminar yang telah dijalankan, didapati bahawa perancangan dan pelaksanaan

program yang sistematik perlu diadakan bagi memenuhi keperluan kanak-kanak yang

pintar cerdas ini.

Pada tahun 1996, satu bentuk penilaian bagi mengenal pasti kanak-kanak pintar

cerdas telah dilaksanakan, yang dikenali sebagai Ujian Penilaian Tahap Satu (PTS).

Penilaian ini dilaksanakan keatas kanak-kanak tahun tiga yang belajar di sekolah rendah.
16

Murid yang berjaya memperolehi tahap maksimum serta cemerlang dibenarkan

meneruskan persekolahan ke tahun lima, tanpa perlu mengikuti persekolahan tahun empat.

Walau bagaimanapun, penilaian ini hanya dilaksanakan dalam tempoh lima tahun sahaja

dan berakhir pada tahun 2001 kerana beberapa masalah.

5.5 PERMATA PINTAR (2008)

Program Permata Pintar telah dimulakan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sejak

tahun 2008 untuk mengenal pasti kanak-kanak pintar, cerdas dan berbakat pada peringkat

usia awal. Penaung bagi Program Permata Pintar Negara ialah Datin Seri Rosmah Mansor,

isteri Perdana Menteri Malaysia. Sebelum ini tiada program khusus untuk kanak-kanak

pintar bagi meningkatkan kebolehan mereka. Matlamat dan strategi program ini untuk

melahirkan lebih ramai pelajar pintar di negara ini. Selain itu, program ini juga dapat

mendidik dan melahirkan pelajar pintar sebanyak mungkin mengikut sistem dan ujian yang

lebih efektif.

Ujian saringan PERMATApintar UKM1 mula dijalankan bermula pada tahun 2010

berbentuk ujian secara talian merupakan ujian saringan pertama untuk pelajar menyertai

program seperti perkhemahan cuti sekolah PERMATApintar (usia 9-15 tahun), program

Permata Insan yang dikendalikan oleh Universiti Sains Islam Malaysia (usia 8 tahun),

Akademi Permata Pintar untuk pelajar tingkatan 3 yang akan memasuki tingkatan 4

Akademi pada tahun 2011.

Jika selama ini banyak pelajar pintar tidak diendahkan, kini mereka boleh

dilahirkan melalui sistem yang sistematik melalui pengajaran dan pembelajaran serta ujian

yang lebih berkesan.


17

RUJUKAN

Buku

Ishak Ramly (2005). Inilah Kurikulum Sekolah. Batu Caves: PTS Professional.

Nik Azis Nik Pa (1991). Program Pendidikan Pelajar Pintar Cerdas teori dan praktik.

Kajang: Institut Pengajian Imu-Ilmu Islam.

Noriah Mohd Ishak, Rosadah Abd Majid & Siti Fatimah Mohd Yassin (2009).

Permatapintar negara: pengalaman UKM. Selangor: Pusat PERMATApintar

Negara, UKM.

VanTassel-Baska, J. (1998). Excellence in Educating Gifted & Talented Learners, Third

Edition. Denver: Love Publishing Company.

VanTassel-Baska, J. (2004). Curriculum for Gifted and Talented Students. United States:

Corwin Press.

Internet

Renzulli Joseph S. & Reis Sally M. (2010). The Schoolwide Enrichment Model, Executive

Summary dirujuk pada 11 Januari 2011 daripada

http://www.gifted.uconn.edu/sem/semexec.html

Education Queensland (2006). Maker Model Programs/ Provisios Gifted Education.

http://www.learningplace.com.au/deliver/content.asp?pid=15056 (28 Januari

2011)

Portal Majlis Amanah Rakyat (2010). Kurikulum MRSM.

http://www.mara.gov.my/web/guest/kurikulum_mrsm (20 Januari 2011)

Portal Permata Pintar (2010). Program Pendidikan Menengah Tinggi Permata Pintar

http://www.permatapintar.edu.my/ (14 Januari 2011)

Anda mungkin juga menyukai