Anda di halaman 1dari 12

TOPIK 2 MABADI` HIFZ AL-QURAN

Hasil Pembelajaran

Pada akhir topik pelajar dapat :


Pada akhir topik pelajar dapat :

Menjelaskan konsep hafazan al-Quran.


Menjelaskan konsep hafazan al-Quran.
Menghuraikan adab menghafaz al-Quran
Menghuraikanfaktor
Mengenalpasti adab memudahkan
menghafaz al-Quran
dan mengekalkan hafazan
Mengenalpasti faktor memudahkan dan mengekalkan hafazan

Sinopsis

Tajuk ini memfokuskan kepada tiga perkara penting berkaitan dengan konsep hafazan
al-Quran, adab menghafaz al-Quran dan faktor memudahkan dan mengekalkan hafazan.

1.0 KONSEP HAFAZAN AL-QURAN

Al-Quran adalah satu elemen yang terpenting di dalam kehidupan umat Islam. Penerapan
nilai-nilai al-Quran adalah amat penting di dalam diri masyarakat Islam. Pendidikan al-Quran
adalah bermatlamat untuk membina masyarakat yang bertaqwa, masyarakat yang adil
berasaskan kasih sayang, belas kasihan, persaudaraan dan masyarakat yang bertolak
ansur, bertanggungjawab, berfikiran bebas, demokrasi, tidak zalim, tidak sombong dan
masyarakat yang berjalan mengikut garis panduan al-Quran. Matlamat terpenting
pendidikan al-Quran ialah mendidik manusia supaya mengabdikan diri kepada Allah. S.W.T.
Dalam masyarakat yang dilanda arus globalisasi, pembelajaran al-Quran secara hafazan
mampu menjadi pemangkin ke arah membentuk minda fotografi yang bakal melahirkan
generasi yang hafiz, alim, dai`e dan profesional sekaligus memenuhi matlamat pendidikan
al-Quran. Menghafaz adalah salah satu kaedah yang penting di dalam mendalami ilmu al-
Quran. Hafazan adalah proses yang digunakan untuk menyimpan pengetahuan Menghafaz
memerlukan suatu kekuatan fikiran pada orang yang melakukannya. Sementara menghafaz
sesuatu yang dipelajari dan mengasah ingatan melalui hafazan adalah cara yang paling baik
untuk mengekalkan ingatan dan kecerdasan otak.

Sejarah pembelajaran al-Quran secara hafazan bermula sejak turunnya ayat pertama dari
al-Quran kepada Nabi Muhammad S.A.W. Sebagaimana dimaklumi dari berbagai nas

14
bahawa beliau adalah seorang nabi yang ummi, yakni tidak tahu menulis dan membaca.
Dalam keadaan yang ummi itulah baginda Nabi Muhammad S.A.W. menerima al-Quran dari
Malaikat Jibrail dan seterusnya menyampaikannya kepada para sahabat menerusi hafazan.
Proses turunnya al-Quran secara berperingkat-peringkat membantu dan memudahkan
Rasulullah S.A.W. untuk menyampaikannya kepada para sahabat, yang kemudiannya
menghafaz dan memahami isi kandungannya. Kebiasaan tidak terburu-buru ini dikekalkan
sehinggalah menjadi salah satu metode atau manhaj di dalam menghafaz al-Quran.

2.0 ADAB MENGHAFAZ AL-QURAN

Bagi guru Pendidikan Islam, sebelum menyuruh pelajar menghafaz mana-mana ayat Al-

Quran, guru hendaklah menerangkan dahulu tentang kelebihan dan adab menghafaz Al-

Quran. Adalah tidak wajar jika guru hanya menyuruh pelajarnya menghafaz tanpa

memberitahu caranya, panduan dan adab menghafaz. Ini bertujuan supaya proses

menghafaz itu mudah dan cepat ingat serta tidak membosankan dan tidak mudah lupa.

Bersesuaian dengan kemuliaan al-Quran sebagai kitab suci, jadi kita perlu muliakannya

sesuai dengan kesucian dan ketinggiannya. Tanpa memuliakannya payah ayat-ayatnya

akan melekat di dada kita. Oleh yang demikian konsep kemuliaan ini terikat dengan adab-

adab yang wajar dipatuhi , antara ialah:

a) Niat

Niat menurut bahasa ialah qasad (tujuan hati) dan iradah (kehendak hati). Maka dengan
tujuan hati dan kehendaknya sendiri, terjadilah sesuatu `amal atau pekerjaan. Ulama` fiqh
mengertikan niat sebagai qasad mengerjakan suatu bersamaan dengan melakukannya dan
tempatnya di hati.

Menurut istilah syara`, niat ialah tergerak hati ke arah satu pekerjaan untuk mencari
keredhaan Allah dan menyatakan perasaan tunduk dan patuh kepada perintahNya. Inilah
yang dikatakan ikhlas atau kejujuran dalam melaksanakan sesuatu `amal.

Maksud niat, menurut pendapat ulama, ialah untuk menyatakan perbezaan antara `amal
ibadat dengan pekerjaan `adat atau antara jenisnya `ibadat itu sendiri. Sebagai contoh :

15
Duduk di dalam masjid kerana beriktikaf dan berehat adalah sama. Mandi kerana
sesuatu kewajipan syara` dan kerana kebiasaan adalah sama jua keadaannya.
Tetapi yang dapat membezakan antara keduanya ialah niat

Sembahyang, puasa, dan sedekah yang wajib sama keadaannya dengan


sembahyang, puasa dan sedekah yang sunat. Semuanya dinamakan ibadat, tetapi
yang membezakan antara jenis dan martabatnya ialah niat atau qasad orang yang
melakukannya

Sementara itu ada pula perbuatan yang diluar lingkungan `ibadat, iaitu perbuatan yang
menjadi tabi`at hidup manusia itu sendiri seperti makan, minum dan sebagainya. Sekalipun
demikian, perbuatan itu dianggap satu kebaikan pula yang mungkin diberikan pahala kalau
diqasadkan (diniatkan) melakukannya untuk memelihara keselamatan badan supaya dapat
meneruskan bakti kepada Ilahi sepanjang hayat. Hadis Rasulullah s.a.w ;

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku
mendengar Rasululah saw bersabda:Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu
bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia
niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka
hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia
yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu
Kahwininya, maka hijrahnya kearah perkara yang ditujuinya itu.

16
`Amal yang memerlukan kepada niat ialah segala amal atau perbuatan syara` yang hendak
ditunaikan. Adapun amal atau perbuatannya yang bersifat meninggalkan segala yang
haram atau bersifat menghilangkan segala kekotoran atau mengembalikan segala
pinjaman atau menyampaikan segala pemberian atau hadiah, maka tidaklah dikehendaki
kepada niat yang tertentu kerana sah berlakunya segala `amal yang tersebut itu dengan
ketiadaan niat kecuali kalau bermaksud hendak mendapatkan ganjaran. Maka pada masa
itu diperlukan kepada niat atau qasad melakukannya semata-mata hendak mendampingkan
diri kepada Allah swt dan tidak kerana sebab-sebab yang lain.

Daripada hadis ini, kita dapat menyimpulkan bahawa orang yang ingin menghafaz Al-Qu`an
itu memerlukan kepada niat yang betul-betul ikhlas kerana Allah swt dan bukannya untuk
mengharapkan pujian, sanjungan atau kemahsyuran daripada manusia. Oleh itu, andai kita
menghafaz Al-Qur`an semata-mata kerana sanjungan manusia, tidak mustahil hafalan kita
itu tidak akan kekal dan memberikan manfaat kepada kita bahkan ia menambahkan murka
Allah swt terhadap kita.

Disamping itu, tanpa niat yang ikhlas juga menyebabkan hafalan manusia itu dijual beli
untuk kepentingan diri sendiri supaya terus dapat makan dan hidup dalam kesenangan dan
kuasa. Firman Allah swt :



Dan berimanlah kamu dengan apa yang Aku turunkan (Al-Quran) yang
mengesahkan benarnya Kitab yang ada pada kamu, dan janganlah kamu menjadi
orang-orang yang mula-mula kafir (ingkar) akan dia; dan janganlah pula kamu
menjadikan ayat-ayatKu (sebagai harga untuk) membeli kelebihan-kelebihan yang
sedikit faedahnya; dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu bertaqwa.(Al-
Baqarah 1: 41 )

Kesimpulannya, niat yang ikhlas adalah sangat penting untuk menghafaz Al-Qu`ran yakni
kalam Allah swt. Sekiranya hilang ikhlas dalam hati maka bermacam perkara buruk akan
timbul walaupun kita seorang penghafaz Al-Qur`an.

b) Doa Hafazan

17
Ya Allah, pancarkanlah cahaya KitabMu kepada pandanganku dan lapangkanlah
dengannya dadaku gunakanlah dengannya badanku mudahkanlah sebutan lidahku
dan kuatkanlah ingatanku dan segerakanlah dengannya kefahamanku dan
kuatkanlah dengannya azamku dengan daya dan kekuatanMu,bahawasanya tiada
daya dan upaya melainkan dengan-Mu wahai Tuhan Yang Maha Pengasih.

c) Motivasi Dalaman (Ad-Dafiyyah Az-Zatiyyah)

Dan Kami turunkan kepadamu Al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi
hidayah petunjuk, serta membawa rahmat dan berita Yang menggembirakan, bagi orang-
orang Islam.
(Surah an-Nahl : 89)

Sabda Rasulullah S.A.W



Maksudnya : Yang terbaik dari kalangan kamu ialah mereka yang mempelajari al-Quran
dan mengajarnya. (Bukhari dan Muslim)

Ajarkan kepada anak-anak al-Quran, hadis-hadis, kisah orang-orang soleh, dan hukum-
hukum agama. (Imam al-Ghazali)

Pengajaran al-Quran menjadi dasar pengajaran bagi seluruh negara-negara Islam kerana
al-Quran merupakan salah satu syiar ad-din yang menguatkan aqidah dan meresapkan
keimanan. (Ibnu Khaldun)

Mula ajarkan anak-anak dengan pengajaran al-quran, untuk melengkapkan anak-anak


dengan kecerdasan fizikal dan mental. (Ibnu Sina)

Selama al-Quran ini berada di tangan orang-orang Islam, maka Eropah sama sekali tidak
akan dapat menguasai dunia Timur, bahkan Eropah itu sendiri akan terancam (Gladstone)

Jika al-Quran dapat disisihkan dan kota Mekah dapat diputuskan hubungannya dengan
negara-negara Arab, maka sangat memungkinkan bagi kita melihat seorang Arab secara
bertahap mengikut kemajuan barat, terjauh dari ajaran Muhammad dan sekitarnya.
(William Jeford Balcrof)

18
Bahawasanya al-Quran menawan fikiran dan lubuk hati manusia, dan ianya telah
diturunkan kepada Muhammad yang membuktikan kebenaran risalahnya. (Henry de
Costrie)

Bahawa pengajaran-pengajaran al-Quran adalah praktikal dan selaras dengan kepe rluan-
keperluan pemikiran (Gothe)

d) Ketekalan Rasm Uthmani

Ketekalan bermaksud kebolehpercayaan, keteguhan tentang rasm uthmani. Oleh itu


ketekalan bolehlah dikaitkan dengan kebolehpercayaan dengan al-Quran rasm uthmani.

Mushaf Uthmani ialah mushaf atau naskhah al Quran yang ditulis semula di zaman
pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan atas arahan beliau sendiri. Oleh kerana usaha
menulis mushaf ini dilakukan di zaman beliau maka dipanggil Mushaf Uthmani iaitu
disandarkan kepada nama beliau. Inilah mushaf yang ada pada kita sekarang.

Al-Quran yang merupakan mukjizat teragung Nabi Muhammad s.a.w. amat terpelihara dan
dijaga dari segi bentuk penulisan dan bacaan.Bersama bentuk bacaan mutawatir yang
diturunkan melalui malaikat Jibril, Allah juga menentukan kaedah-kaedah tertentu untuk
membentuk kalimah Al-Quran.Para ulama telah mengesan beberapa kaedah penulisan
kalimah-kalimah Al-Quran dan kaedah-kaedah tersebut dinamakan kaedah Rasm Uthmani.

Kaedah Rasm Uthmani ini turut membincangkan cara menulis lafaz-lafaz atau ucapan untuk
memelihara pengucapan huruf-hurufnya dari segi lafaz, huruf-huruf asal dan ilmu yang
membahaskan kaedah menambah, mengurang, menyambung, memisah dan menggantikan
huruf. Penulisan (rasm) al-Quran ini adalah satu sunnah Rasulullah yang diikuti secara ijma
(sepakat) oleh seluruh ulama mujtahidin kerana tulisan ini adalah berbentuk tauqifiyyahdan
ia dibuat di bawah pengawasan Nabi Muhammad.

e) Tahsin Sebutan

Al-Quran adalah kitab Allah yang diturunkan di dalam bahasa arab yang perlu kepada kita
yang bukan berbangsa arab untuk mempelajari al-Quran secara berguru. Hal ini kerana
banyak sebutan yang dilafazkan di dalam bahasa arab tidak didapati di dalam bahasa
melayu dan sebutan melayu ada yang tidak dilafazkan di dalam bahasa arab. Oleh yang

19
demikian, kita perlu mengenali makhraj dan sifat-sifat huruf untuk menentukan bacaan kita
betul atau tidak.

Ilmu tajwid adalah ilmu yang berhubung dengan seagung-agung kitab iaitu al-Quran. Maka
tidak dapat dinafikan lagi tentang kepentingan serta faedah mempelajari ilmu tajwid.
Mempelajari ilmu tajwid adalah fardhu kifayah tetapi, mengamalkanya ketika membaca al-
Quran adalah fardhu ain. Antara kepentingan-kepentingan membaca al-Quran dengan
mengamalkan hukum tajwid ialah dapat memelihara daripada kesalahan-kesalahan dalam
membaca al-Quran.

f) Waktu Dan Tempat Menghafaz

Dalam usaha seseorang untuk menghafaz al-Quran, banyak perkara-perkara dan amalan-

amalan yang perlu dititik beratkan sebelum, semasa dan selepas proses menghafaz

tersebut. Banyak adab-adab dan akhlak terhadap al-Quran, diri sendiri, muallim, cara dan

teknik menghafaz, memilih waktu yang sesuai untuk menghafaz, memilih tempat yang

sesuai dan lain-lain lagi.

Pemilihan waktu menghafaz yang sesuai sangat perlu dititikberatkan bagi seseorang

penghafaz al-Quran agar dapat membantu memudahkan ingatan terhadap ayat-ayat

hafazan serta membantu dalam pengekalan ayat tersebut dalam ingatan para penghafaz.

Antara waktu-waktu yang sesuai untuk menghafaz ayat-ayat suci al-Quran adalah pada

waktu-waktu yang tenang dan juga pada waktu fikiran kosong. Waktu yang tenang dan

fikiran kosong ini sangat membantu dalam memudahkan hafazan seseorang penghafaz al-

Quran kerana al-Quran mudah diresapi oleh hati-hati yang tenang. Fikiran yang kosong

pula akan memudahkan lagi untuk ayat-ayat al-Quran terus melekat dalam hati dan juga

jiwa seseorang penghafaz al-Quran kerana pada masa tersebut, fikiran hanya berfokus

kepada satu perkara iaitu ayat-ayat yang dihafaz tanpa memikirkan akan perkara-perkara

lain yang boleh mengganggu hafazan.

20
Selain itu, waktu yang sesuai untuk menghafaz juga ialah pada waktu sebelum tidur. Para

penghafaz al-Quran boleh membaca dan menghafaz beberapa potong ayat al-Quran

sebelum tidur. Sebelum melelapkan mata, dengarlah kaset atau pun audio bacaan ayat-ayat

tersebut dan tanamkannya di dalam minda. Kemudian, dengar kembali daripada awal surah,

juz atau hizib, atau mana-mana ayat yang sesuai sehingga ayat yang telah dihafaz.

Bayangan ayat-ayat yang dihafaz sebelum tidur akan bermain-main di minda dan

berkekalan hingga keesokan harinya dengan izin Allah.

Di samping itu, waktu lain yang sesuai bagi menghafaz ayat-ayat al-Quran ialah pada waktu

pagi dan mengulangnya pada waktu malam. Amalan menghafaz al-Quran pada waktu pagi

amat membantu dalam mengekalkan ingatan terhadap ayat yang dihafaz kerana keadaan

suasana pagi yang tenang dan damai. Ayat-ayat yang dihafaz pada waktu pagi diulang

kembali pada waktu malam untuk melancarkan lagi hafazan ayat-ayat berkenaan.

Para penghafaz al-Quran juga digalakkan menghafaz ayat-ayat al-Quran di dalam setiap

solat yang dilakukan sama ada solat sunat atau pun solat fardhu. Sentiasa mengamalkan

solat sunat dan membaca ayat-ayat yang dihafaz di dalamnya merupaka satu cara yang

baik bagi melatih bacaan ayat-ayat yang telah dihafaz. Hal ini juga bertujuan untuk

membiasakan ayat-ayat yang dihafaz dengan amalan seharian kita.

Waktu yang baik untuk menghafaz juga adalah pada sebelum atau selepas waktu-waktu

solat. Antaranya ialah mengamalkan menghafaz ayat-ayat al-Quran setiap kali selepas solat

fardhu terutamanya selepas solat Subuh. Kita juga sangat digalakkan untuk menghafaz al-

Quran sebelum fardhu Subuh kerana keadaan pada waktu ini sangat tenang dan damai

serta tanpa sebarang gangguan. Selain itu, kita juga digalakkan untuk mengulangi bacaan

ayat-ayat hafazan sebanyak tiga kali tiap kali sebelum dan selepas solat fardhu Subuh.

21
Al-Zahrawi berpandangan bahawa hafazan al-Quran perlu mengikut maqra sewaktu

bangun malam, pada waktu sunyi sehingga lepas subuh. Insyaallah pada waktu itu, Allah

membuka seluas-luasnya pintu langit dan mendengar permohonan hamba-Nya. Selain itu,

iadah (mengulang hafazan) setiap juzu boleh juga dilakukan selepas solat fardhu Maghrib

jika tidak berkesempatan seharian dan hendaklah menjaga hati, pandangan dan diri kerana

ayat-ayat suci tidak akan mendampingi jiwa-jiwa yang kotor.

Seterusnya, amalkan menghafaz al-Quran pada waktu yang sama pada setiap hari bagi

membantu mengekalkan ingatan terhadap ayat-ayat hafazan serta hendaklah sentiasa

istiqamah dalam mengamalkannya.

Selain itu, amalkan membaca ayat-ayat al-Quran yang telah dihafaz dimana-mana sahaja

sebagai zikir atau nyanyian melalui hati atau pun mulut. Contohnya ketika menunggang

motorsikal, memandu kereta, berjalan, termenung dan sebagainya. Seterusnya, seorang

penghafaz al-Quran tidak wajar membaca dan menghafaz al-Quran ketika sedang

mengantuk atau pun menguap kerana di anggap kurang beradab terhadap al-Quran.

Seseorang penghafaz al-Quran hendaklah berhenti membaca dan menghafaz ayat-

ayat hafazannya ketika ingin melepaskan hajat. Selain itu juga, para penghafaz al-Quran

tidak digalakkan membaca dan menghafaz ketika sedang bosan, marah atau pun

mengantuk kerana dikhuatiri hilang kefokusan terhadap ayat-ayat hafazan.

g) Memilih Kaedah Hafazan

Setiap daripada kita diberi kekuatan yang tersendiri, dan tahap kecerdasan yang berbeza-

beza. Ada yang diberi ingatan yang kuat, dan mampu mengingat sejumlah ayat ataupun

fakta yang banyak dalam satu masa. Ada yang hanya mampu sebilangan kecil fakta yang

dibaca walaupun diulang-ulang berkali-kali. Namun setiap kejadian ini terkandung hikmah

yang tersendiri.

22
Antara yang digariskan adalah teknik-teknik menghafaz pada peringkat sebelum, semasa

menghafaz dan selepas bagi mengekalkan hafazan. Bergantung kepada individu untuk

mengamalkannya atau tidak, namun teknik-teknik ini digariskan bagi membantu para

penghafaz al-Quran yang bertanggungjawab ke atas setiap hafazannya.

Sebelum menghafaz, mestilah ditanamkan azam dan minat yang mendalam untuk

menghafaz. Apa jua tindakan kita sekalipun, niat yang ikhlas keranan Allah itu adalah paling

penting. Kemudiannya, pemilihan waktu yang sesuai untuk menghafaz perlu ditentukan. Hal

ini berhubung waktu-waktu yang diberi oleh Allah kepada kita perlu dibahagi-bahagikan

dengan baik iaitu waktu ibadah, waktu bekerja belajar dan seterusnya waktu berehat. di

samping itu juga pemilihan yang sesuai untuk menghafaz juga penting bagi memberikan

ketenangan sewaktu mengingat ayat-ayat Kalamullah yang mulia ini. Janganlah dipilih

tempat yang berunsur maksiat dan bernajis, namun perlulah dipelihara kemuliaan

kandungan ayat-ayat, seperti di tempat-tempat ibadah, di dalam kenderaan, dan sebagainya

yang sesuai. Haruslah kita berada dalam keadaan tenang untuk menghafaz ayat Al-Quran,

kerana ianya bukan sahaja masuk ke dalam otak untuk diingat, malah memberi kesan

kepada hati. Hati yang kotor dan hitam akan berasa susah untuk menghafaz dek kerana

tidak tenang dan gelisah. Fikiran perlulah dikosongkan daripada memikirkan masalah dan

hal-hal keduniaan kerana ianya akan mengganggu konsentrasi fikiran kita untuk dibulatkan

pada hafalan ayat al-Quran. Digariskan juga pemilihan jenis mashaf atau kitab al-Quran

yang sama digunakan untuk menghafaz, dan tidak mengubahnya kepada kitab Al-Quran

atau mashaf yang lain. Ini bagi memudahkan hafalan apabila mata dan hati kita sentiasa

melihat pada tempat yang sama berulang-ulang kali akan menimbulkan ingatan yang kuat

terhadapnya. memperbanyak istighfar dan membaca selawat ke atas Nabi Muhammad

s.a.w serta berdoa sebelum memulakan hafalan juga memainkan peranan menjernihkan hati

selain daripada memberkati amalan tersebut.

23
Adab Hamlah Al-Quran menekankan tentang bagaimana seseorang muslim dapat menjaga

tingkah laku, tutur cara dan perbuatan dengan Al-Quran selain mengamalkan setiap tuntutan

dan garis panduan yang tertulis di dalamnya. Adab Hamlah Al-Quran dapat dinyatakan

mengikut pembahagiannya seperti adab dengan Al-Quran (sebelum, semasa dan selepas),

adab dengan muallim,adab dengan sahabat, dengan dirinya sendiri dan adab dengan

tempat. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

Orang yang paling baik di antara kalian ialah orang yang belajar Al-Quran dan
mengajarkannya kepada orang lain. (Riwayat Bukhari, Abu Daud, Tarmizi).

Pengalaman : Aktiviti 1

Layari Internet 1:

Setelah anda didedahkan tentang adab-adab menghafaz al-Quran.


Terdapat pelbagai skop adab yang boleh dikembangkan dan
diperbincangkan antaranya:

-Adab sebelum menghafaz al-Quran


-Adab semasa menghafaz al-Quran
-Adab selepas menghafaz al-Quran
-Adab dengan diri dan tempat

Bandingkan adab-adab bacaan yang perlu ada selain adab-adab yang


telah dinyatakan.

Pengalaman : Aktiviti 2

Layari Internet 1:

Untuk menghafaz dan mengekalkan hafazan al-Quran bukan sesuatu


yang mudah. Hendaklah dihafaz dengan teknik yang tersendiri serta
mengambil cakna terhadap faktor yang boleh membantu dan
memudahkan kita untuk mengekalkan hafazan al-Quran.

24
Anda dikehendaki mengenalpasti faktor memudahkan dan
mengekalkan hafazan

25