Seni Halus
Pilih satu soalan sahaja.
1 Anda seorang penyelam telah menemui sebuah bandar dasar laut yang unik.
Kelihatan makhluk aneh separuh manusia yang mempunyai badan bersisik dan
berwarna warni sedang menjalankan pelbagai aktiviti. Petempatan mereka dibuat
daripada pelbagai cengkerang laut dan dihiasi dengan batu karang dan rumpai laut
yang pelbagai bentuk dan berwarna-warni
2 Anda sedang melalui sebuah jambatan gantung yang merentasi kawasan air
terjun. Apabila anda melihat ke bawah, kelihatan pemandangan alam semulajadi
yang begitu indah dan menarik.
3 Di pinggir sebuah hutan kelihatan tiga ekor unggas. Dua ekor sedang bertenggek
di atas sebatang pohon kayu yang tumbang dan reput. Seekor lagi sedang mengais
daun-daun kering untuk mencari makanan.
Lukiskan situasi tersebut dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada
aspek bentuk, jalinan dan warna.
4 Di tepi pintu rumah kelihatan sebuah rak kasut. Pelbagai jenis kasut lelaki, wanita
dan kanak-kanak tersusun di atas rak tersebut. Kelihatan juga beberapa selipar
berselerakan di depan pintu.
Lukiskan koposisi ini dari jarak dengan memberi penekanan kepada bentuk,
jalinan dan ruang.
5 Anda dan rakan sedang bermain layang-layang. Kelihatan rakan anda sedang
cuba menaikkan layang-layang ke udara.
Lukiskan situasi tersebut dari jarak dekat dengan member penekan kepada bentuk,
warna dan aksi manusia.
SULIT
2611 / 2
Pendidikan
Seni Visual
Kertas 2
Seni Halus
Tingkatan 5
3 Jam
TINGKATAN 5
Kertas 2
SENI HALUS
Tiga Jam
Kertas soalan ini mengandungi 3 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak.
[Lihat sebelah)
SULIT
2611 / 2
(a) Kertas soalan ini hendaklah dibawa ke tempat peperiksaan pada hari yang
ditetapkan. Tuliskan dengan terang Nombor Kad Pengenalan, Nombor Pusat, Angka
Giliran, Kod Mata Pelajaran dan Nombor Soalan mengikut susunan yang ditetapkan di
sudut kanan sebelah atas muka hadapan kertas lukisan anda ( lihat gambar rajah di
bawah ).
8 cm
b) Pastikan semua hasil kerja calon telah kering sebelum dibungkus. Hasil kerja
tersebut jangan dilipat atau digulung untuk mengelakkan daripada sebarang
kerosakan.
c) Jika calon menggunakan krayon atau pastel, permukaan lukisan tersebut
hendaklah dilapik dengan kertas yang sesuai. Setiap hasil kerja calon tidak
boleh dibungkus keseluruhannya dengan kertas atau plastik.
d) Jika calon menggunakan teknik kolaj atau teknik campuran, mereka boleh
menggunakan kertas berwarna atau bahan terbuang yang nipis seperti kulit
majalah, perca kain dan lain lain yang dibawa sendiri oleh calon.
2611/2
SULIT