Anda di halaman 1dari 16

PEMERHATIAN AUDIT RINGKAS

PENGURUSAN AKTIVITI PEMFLORIDAAN AIR


NEGERI PERAK

BIL.CAD/K/6/1/2014

1. LATAR BELAKANG

1.1. Aktiviti pemfloridaan bertujuan meningkatkan tahap kesihatan pergigian dan


kualiti kehidupan rakyat dengan mengawal penyakit karies gigi melalui penggunaan
bahan florida. Aktiviti Pemfloridaan Air ini telah melibatkan dua (2) Bahagian di
peringkat Kementerian iaitu Bahagian Kesihatan Pergigian (Bhg. Pergigian) dan
Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan (BPKj). Bhg. Pergigian berperanan menentukan
dasar dan standard aktiviti pemfloridaan air di paras optimum 0.4-0.6 ppm; memantau
dan menilai keselamatan dan keberkesanan aktiviti; dan menyediakan peruntukan
kewangan pelaksanaan aktiviti bagi loji air Kerajaan serta Lembaga Perbadanan iaitu di
Negeri Perlis, Perak, Sabah dan Sarawak. BPKj pula bertindak memantau kualiti air
minum selaras dengan National Standard For Drinking Water Quality. Sebanyak 46
parameter dipantau termasuk paras florida dalam bekalan air minum secara berkala.

1.2. Agensi lain yang terlibat adalah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air;
Jabatan Kimia, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi; Entiti Air Negeri
Kementerian Pembangunan Infrastruktur Sabah dan Kementerian Kemudahan Awam
Sarawak; Jabatan Bekalan Air atau Lembaga Air Negeri; Jabatan Kerja Raya dan
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

1.3. Terdapat 472 loji air di seluruh negara di mana 120 loji air diuruskan oleh pihak
Kerajaan, 52 oleh pelbagai Lembaga Air dan bakinya 300 diuruskan oleh pihak swasta.
Aktiviti Pemfloridaan di Loji Air yang dibiayai oleh KKM adalah sebanyak 168 loji di
Negeri Perlis, Perak, Sabah dan Sarawak seperti di Jadual 1. Sebanyak 311 loji air
tersebut mempunyai Fluoride feeder di mana hanya 272 loji air sahaja yang
menjalankan aktiviti pemfloridaan.

1
Jadual 1
Bilangan Loji Rawatan Air
Fluoride Pemfloridaan
Lembaga
Negeri Bil. Loji Kerajaan Swasta feeder (FF) Dijalankan
Air
Ada Tiada FF Aktif
Perlis 3 3 - - 3 0 3
Kedah 36 - - 36 32 4 32
Pulau Pinang 9 - - 9 9 0 9
Perak 46 - 41 5 43 3 43
Selangor 30 - - 30 29 1 29
WP K.Lumpur/Putrajaya 3 - - 3 3 0 3
N.Sembilan 22 - - 22 19 3 19
Melaka 8 - - 8 8 0 8
Johor 45 - - 45 32 13 32
Pahang 76 - - 76 53 23 42
Terengganu 14 - - 14 14 0 14
Kelantan 27 - - 27 3 24 3
Sabah 52 33 - 19 24 28 0
WP Labuan 5 4 - 1 4 1 1
Sarawak 96 80 11 5 35 61 34
JUMLAH 472 120 52 300 311 161 272
Sumber : KKM (Data Tahun 2013)

1.4. Bagi tempoh tahun 2011 hingga 2013 sebanyak RM3.02 juta perbelanjaan
mengurus telah dibelanjakan untuk aktiviti pemfloridaan di 168 loji di empat (4) negeri
yang disebutkan di atas. Bagi tahun 2014 pula, sebanyak RM1.3 juta telah
diperuntukkan bagi membiayai aktiviti pemfloridaan air di loji-loji berkenaan. Bagi
peruntukan RMK10, sebanyak RM2.81 juta diperuntuk dan dibelanjakan bagi
pembangunan fluoride feeder di loji air di Negeri Perak dan Sabah, manakala di
Sarawak sebanyak RM0.3 juta daripada RM2.67 juta peruntukan dibelanjakan pada
tahun 2013.

2. OBJEKTIF PENGAUDITAN

Pengauditan dijalankan untuk menilai sama ada pengurusan aktiviti pemfloridaan air
telah dirancang dan dilaksanakan dengan cekap dan berkesan.

3. SKOP DAN METODOLOGI PENGAUDITAN

3.1. Skop pengauditan adalah meliputi tahun 2011 hingga 2014 dan dijalankan di
Bahagian Kesihatan Pergigian, Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan, Pejabat
TPKN Pergigian Perak dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) dan Pejabat
Kesihatan Pergigian Daerah (PKPD) Kampar.

2
3.2. Kaedah pengauditan adalah dengan menyemak dokumen, rekod dan fail
berkaitan serta menganalisis data persampelan.
3.3. Lawatan Audit Dalam di jalankan di Loji Air Sg. Tapah, Loji Air Sg. Kampar dan
Loji Air Sg. Palai yang diuruskan oleh Lembaga Air Perak (LAP) dan Loji Air Ulu
Kinta yang diuruskan oleh pihak swasta. Setiap Loji Air yang dilawat ujian air
dibuat oleh pegawai dari klinik pergigian dan pihak loji untuk melihat paras florida
dalam bekalan air. Selain itu persampelan air dibuat bersama Unit Kawalan Mutu
Air Minum (KMAM) dan PKPD Kampar di 5 pusat persampelan bagi loji dan
retikulasi Sg. Kampar.

4. PENEMUAN AUDIT

4.1. Pelanggaran Paras Florida Dalam Bekalan Air Minum

a) Pemantauan Oleh KMAM

Mengikut Rekod WQS bagi tempoh tahun 2011 hingga 2014, Loji Air
Sg.Tapah mencatatkan pelanggaran melebihi paras optimum sebanyak 75%
pada tahun 2014, Loji Air Sg Kampar/Sg.Palai mencatatkan pelanggaran
kurang daripada paras optimum sebanyak 64.33% dan Loji Air Ulu Kinta
mencatatkan pelanggaran kurang daripada paras optimum sebanyak 14.56%
seperti Jadual 2.
Jadual 2
Paras Florida Dalam Bekalan Air KMAM
Paras Optimum 0.4 0.6 ppm
2012 (%) 2013 (%) Mei 2014 (%) Purata
Loji Bekalan Air
< > < > < > (%)

Sg. Tapah TB TB 0.0 75.0 75.0


Sg. Kampar/ Sg.Palai 87.5 0.0 60.0 7.7 45.5 9.1 64.33
Ulu Kinta (swasta) 29.2 0.0 10.3 7.4 4.17 0.0 14.56
Sumber: KMAM Kinta Dan Kampar

Semakan Audit Dalam mendapati apabila KMAM di PKD Kampar menerima


keputusan analisis pelanggaran parameter florida, Penolong Pegawai
Kesihatan KMAM akan menyediakan Laporan Pembetulan seperti di Gambar
1. Laporan pembetulan yang disediakan tidak selari antara pelanggaran
paras florida dengan tindakan cadangan dan keputusan oleh PKD.

3
Bagaimanapun tiada tindakan segera diambil apabila berlaku
pelanggaran parameter florida atau tidak mematuhi paras yang ditetapkan
kerana parameter florida tidak termasuk dalam pemantauan Quality
Assurance Programme (QAP). Tiada persampelan semula dibuat bagi
pelanggaran di stesen yang berkenaan. Maklumat seperti di Jadual 3.
Semakan Audit juga mendapati terdapat kelewatan menerima keputusan
analisis sampel air daripada Jabatan Kimia. Sampel air di Loji Air
Sg.Palai/Sg. Kampar bagi tarikh 18 Februari 2014, 25 Mac 2014, dan 12 Mei
2014 yang telah dihantar ke Jabatan Kimia masih belum diterima setakat
pengauditan pada 30 Mei 2014.
Keputusan analisis air terawat bagi stesen persampelan S19 dan S20 tiada
dalam senarai stesen persampelan dalam sistem WQS oleh KMAM.
Semakan semula stesen persampelan perlu dibuat untuk Loji Air Sg.
Palai/Sg. Kampar seperti di Gambar 2.

Jadual 3
Pelanggaran Paras Florida Sg. Palai/Sg.Kampar
Tahun/ Stesen TPO/SRO Stesen Retikulasi
Paras Flourida Tarikh Paras Flourida
Tarikh
S01 S05 S09 S12 Sampel
Sample S02 S03 S04 S06 S07 S08 S10 S11
2012
10.01.12 0.53 0.29 0.10 0.32
12.03.12 0.09 0.09 0.09 0.13
09.04.12 0.47 0.17 0.09 0.15
08.05.12 0.49 0.13 0.09 0.13 8.5.12 0.47 0.47 0.09 0.13 0.09 0.12 0.09 0.12
11.06.12 0.26 0.10 0.09 0.27
09.07.12 0.39 0.15 0.09 0.18
11.09.12 0.48 0.09 0.09 0.09
08.10.12 0.14 0.16 0.09 0.10 8.10.12 0.15 0.09 0.09 0.09 0.25 0.17 0.14 0.09
2013
14.01.13 0.58 0.16 0.009 0.21
04.02.13 0.58 0.16 0.09 0.21
12.03.13 0.59 0.30 0.20 0.29
23.04.13 0.50 0.12 0.09 0.09 24.4.13 0.51 0.51 0.09 0.13 0.13 0.11 0.09 0.10
14.05.13 0.09 0.11 0.09 0.09
17.06.13 0.52 0.52 0.52 0.35
09.07.13 0.09 0.60 0.14 0.05
20.08.13 0.43 0.60 0.55 0.52
10.09.13 5.0 0.28 0.24 0.28 10.9.13 5.0 0.40 5.0 0.21 0.09 0.09 0.60 5.0
09.10.13 0.18 0.54 0.42 0.33
11.11.13 0.60 0.10 0.10 0.20
09.12.13 0.50 0.30 0.70 0.30

4
2014
22.01.14 0.6 0.30 0.90 0.20 22.1.14 0.60 0.60 0.60 0.20 0.20 0.20 - 0.60
18.02.14 KBT
25.03.14 KBT
12.05.14 KBT
Sumber : KMAM, KBT-Keputusan Belum Terima

Gambar 1
Laporan Pembetulan Digunapakai 2013

Sumber: Cawangan Audit Dalam, KKM


Tarikh : 30 Mei 2014
Lokasi : Pejabat Kesihatan Daerah Kampar

5
Gambar 2
Keputusan Pelanggaran Paras Florida daripada Jabatan Kimia

Sumber: Cawangan Audit Dalam, KKM


Tarikh : 30 Mei 2014
Lokasi : Pejabat Kesihatan Daerah Kampar

b) Pemantauan Oleh PKPD Kampar


Klinik Pergigian juga membuat persampelan air bagi memantau paras
florida dalam bekalan air minum di loji dan retikulasi dengan kekerapan
empat (4) kali sebulan.
Bagi Klinik Pergigian Kampar, sampel air diambil di Loji Air Sg. Kampar dan
bagi retikulasi diambil di stesen minyak ESSO serta Klinik Desa Jeram.
Sampel air ini dibawa ke PKD Kampar untuk diuji. Paras florida ini diukur
dengan menggunakan Hach Pocket Colorimeter.
Mengikut Laporan PKP 204, paras florida dalam bekalan air minum adalah
seperti Jadual 4.
Jadual 4
Paras Florida Dalam Bekalan Air Pergigian
Paras Optimum 0.4 0.6 ppm
Loji Bekalan Air 2012 (%) 2013 (%) Mei 2014 (%)
< > < > < >
Sg. Tapah TB - - - -
Sg. Kampar - - 32.81 1.0 - 1.0
Ulu Kinta - - - - - -
Sumber: PKP 204 Kinta Dan Kampar

6
Berdasarkan kepada laporan WQS dan PKP 204, pada keseluruhannya bagi
tempoh tahun 2012 hingga Mei 2014, data KMAM menunjukkan paras
florida dalam bekalan air minum kurang daripada paras optimum manakala
data pergigian menunjukkan paras florida berada pada paras optimum
kecuali bagi Loji Sg. Kampar 2013. Pada pendapat Audit Dalam, Bhg.
Pergigian perlu mengambilkira data daripada KMAM semasa membuat
polisi Kementerian.

4.2. Peralatan Pengujian Paras Florida Tidak Dikalibrasi Secara Berkala

Klinik Kesihatan Pergigian menggunakan alat Hach Pocket Colorimeter bagi


menguji paras florida dalam bekalan air minum seperti Gambar 3. Perolehan
alat ini dibuat pada September 2009 dan bernilai RM2,210 seunit. Mengikut
manual alat ini perlu dikalibrasi setiap tahun bagi memastikan ketepatan
bacaan meter. Semakan Audit Dalam mendapati alat ini hanya dikalibrasi dua
(2) tahun sekali iaitu pada 9 Mei 2011 dan 14 Mei 2013. Sepatutnya alat ini
perlu dikalibrasi pada Mei 2014.

Gambar 3
Alatan Pengujian Florida
Hach Pocket Colorimeter

Sumber: Cawangan Audit Dalam, KKM


Tarikh : 28 Mei 2014
Lokasi : Loji Air Sg.Kampar

Pihak Bhg. Pergigian hendaklah memastikan peralatan pengujian


disenggara secara berkala dan sentiasa dalam keadaan baik bagi

7
memastikan bacaan paras florida adalah tepat untuk mencapai objektif
aktiviti pemfloridaan.

4.3. Peruntukan Dan Perbelanjaan Aktiviti Pemfloridaan Air

Peruntukan mengurus yang diterima aktiviti pemfloridaan air oleh TPKN


Pergigian Perak bagi tempoh tahun 2011 hingga 2014 adalah berjumlah
RM2.17 juta dan perbelanjaan bagi tempoh yang sama berjumlah RM2.05
juta.
Pada tahun 2011, TPKN Pergigian menerima peruntukan pembangunan
berjumlah RM0.36 juta dan RM0.35 juta telah dibelanjakan bagi pemasangan
tiga (3) fluoride feeder di Loji Air Sg. Siput, Loji Air Klian Gunung dan Loji Air
Sg. Tapah. Daripada jumlah ini sebanyak RM284,380 adalah untuk
pemasangan fluoride feeder dan RM67,000 digunakan bagi pembelian bahan
sodium fluoride untuk loji ini. Butiran lengkap seperti seperti di Jadual 5 dan
fluoride feeder yang dipasang di Loji Sg.Tapah seperti Gambar 4 dan
Gambar 5 adalah bahan kimia Sodium Fluoride.
Sebanyak 41 Loji Air di Negeri Perak diuruskan oleh LAP dan lima (5)
diuruskan oleh pihak swasta.
Peruntukan mengurus yang diterima ini adalah berdasarkan daripada bajet
dan keperluan bahan kimia yang dibuat oleh LAP dan dikemukakan ke TPKN
Pergigian dan seterusnya ke Bahagian Kesihatan Pergigian KKM. Ini adalah
kerana semua perbelanjaan berkaitan dengan program pemfloridaan
diserahkan kepada LAP melalui waran peruntukan untuk dibelanjakan.
Pihak Audit juga mendapati proses bayaran oleh LAP dibuat menggunakan
sistem e-spkb kepada pembekal mereka. Oleh kerana peruntukan yang diberi
adalah berdasarkan bajet yang dibuat oleh LAP, keperluan lain seperti
penyenggaraan aset yang berkaitan dengan aktiviti pemfloridaan air di Klinik
Kesihatan Pergigian tidak dipohon oleh TPKN Pergigian. Tiada peruntukan
bagi membuat kalibrasi terhadap peralatan pengujian Hach Pocket
Colorimeter di PKD yang digunakan untuk menguji paras florida dalam
bekalan air minum .

8
Jadual 5
Peruntukan dan Perbelanjaan Aktiviti Pemfloridaan Air Negeri Perak
Bagi Tempoh Tahun 2011 hingga 2014
Mengurus Pembangunan
Tahun Peruntukan Perbelanjaan Peruntukan Perbelanjaan
RM RM RM RM
2011 520,000 520,000 360,000 351,380
2012 580,000 580,000 - -
2013 620,350 620,275 - -
2014 450,000 329,450 - -
Jumlah 2,170,350 2,049,725 360,000 351,380
Sumber : Rekod Pergigian

Gambar 4 Gambar 5
Fluoride Feeder Yang Di Pasang Bahan Kimia Sodium Fluoride
Di Loji Air Sg. Tapah Di Loji Air Sg. Tapah

Sumber: Cawangan Audit Dalam, KKM Sumber: Cawangan Audit Dalam, KKM
Tarikh : 30 Mei 2014 Tarikh : 30 Mei 2014
Lokasi : Loji Air Sg. Tapah Lokasi : Loji Air Sg. Tapah

4.3.1. Peningkatan Perbelanjaan Perolehan Bahan Kimia Dan Penyenggaraan

Dua (2) jenis bahan kimia yang digunakan bagi aktiviti pemfloridaan air di
Malaysia iaitu sodium silico fluoride dan sodium fluoride. Perolehan bahan
kimia di Negeri Perak dibuat oleh LAP melalui kaedah sebutharga secara
tahunan.

9
Penggunaan bahan kimia ini telah meningkat sebanyak RM55,375 atau
11.25% pada tahun 2012 berbanding tahun sebelumnya kerana terdapat
pemasangan sistem flouride feeder pada tahun 2011 bagi tiga (3) Loji
Pembersihan Air.
Penyenggaraan flouride feeder dibuat oleh pihak LAP telah meningkat
daripada RM27,740 pada tahun 2011 kepada RM59,660 tahun 2013 iaitu
sebanyak 115.1%. Peningkatan ini akan berterusan disebabkan peningkatan
usia peralatan ini.
Perbelanjaan perolehan bahan kimia dan penyenggaraan peralatan bagi
aktiviti pemfloridaan air adalah seperti Jadual 6.

Jadual 6
Perbelanjaan Bagi Perolehan Bahan Kimia Dan Penyenggaraan
Bagi Tempoh Tahun 2011 hingga 2014
Kuantiti Bahan Florida
Bahan Jumlah
Perbelanjaan Penyenggaraan Jumlah (Beg @ 25 KG)
Tahun Kimia Bahan
(RM) (RM) (RM) Sodium Sodiumsilico
(RM) Kimia
Flouride Flouride
2011 520,000 492,253.75 27,740.00 519,993.75 4,564 2,150 6,714
2012 580,000 547,628.75 32,306.00 579,934.75 5,650 1,527 7,177
2013 620,275 560,615.00 59,660.00 620,275.00 5,869 1,300 7.169
2014 342,698 329,250.00 13,448.00 342,698.00 3,600 500 4,100
Jumlah 2,062,973 1,929,747.50 133,154.00 2,062,901.50 19,683 5,477 25,160
Sumber : TPKN Pergigian dan Rekod LAP

4.3.2. Perolehan Bahan Kimia Bagi Aktiviti Pemfloridaan Kurang Daripada


Keperluan Sebenar

Di Negeri Perak, terdapat 41 Loji Air yang diuruskan oleh LAP Perak, lima (5)
Loji Air diuruskan oleh pihak swasta dan dua (2) loji telah ditutup. Anggaran
penggunaan bahan kimia sodium flouride yang dibuat oleh TKPN Pergigian
berdasarkan kapasiti loji air bagi tahun 2013 adalah 9,981 beg setahun
seperti di Lampiran A.
Jumlah sebenar/kuantiti perolehan bahan kimia bagi aktiviti pemfloridaan
yang telah dibuat pada tahun 2011 hingga 2013 oleh LAP adalah antara
6,714 hingga 7,169 beg setahun iaitu kurang daripada jumlah yang
sepatutnya dimasukkan kedalam bekalan air minum untuk mendapat paras
florida yang optimum.

10
Pada pendapat Audit Dalam perolehan bahan kimia bagi aktiviti
pemfloridaan adalah tidak mencukupi bagi mendapat paras optimum
florida dalam bekalan air minum dan peningkatan penyenggaraan fluoride
feeder perlu diambilkira. TPKN Pergigian juga perlu mengambilkira
peruntukan yang diperlukan di Klinik/Pejabat Kesihatan Daerah dalam
aktiviti ini.

4.4. Penyimpanan Dan Pengendalian Stok Florida Tidak Teratur

Lawatan Audit Dalam ke Loji Air Sg. Tapah pada 27 Mei 2014 mendapati 15
beg sodium fluoride diletakkan di atas para kayu di mana kertas
pembungkusan sodium fluoride dalam keadaan basah. Stok sodium fluoride
ini diambil daripada Loji Air Sg. Kampar dan tiada kad petak diselenggara
seperti Gambar 6 dan Gambar 7.
Lawatan ke Loji Air Sg. Palai mendapati stok sodium fluoride sebanyak 46
beg diletakkan di hadapan pintu masuk di mana ianya terdedah kepada
cuaca panas serta lantai basah dan berair walaupun diletakkan di atas para
kayu seperti Gambar 8 dan Gambar 9.
Di Loji Air Sg. Kampar pula sebanyak 87 beg sodium fluoride yang disusun
tinggi dan berat menyebabkan bahagian bawah beg telah pecah seperti
Gambar 10.
Adalah didapati tangki florida di Loji Air Sg. Kampar terbuka dan boleh
mengakibatkan bahan yang tidak sepatutnya termasuk atau terjatuh ke
dalamnya seperti di Gambar 11.
Di Loji Air Sg. Kampar, tangki florida ditempatkan di bahagian atas dan perlu
menaiki tangga kayu untuk memasukkan bahan sodium fluoride seberat 25kg
ke dalam tangki. Pihak Audit mendapati tangga kayu tersebut tidak kukuh dan
kurang selamat kepada pekerja loji. Keadaan tangga kayu adalah seperti
Gambar 12 dan 13.

11
Gambar 6 Gambar 7
Rekod Menunjukkan Stok Florida Diterima Keadaan Basah Pada Bungkusan Stok Florida
Daripada Loji Sg.Kampar Di Loji Sg.Tapah

Sumber: Cawangan Audit Dalam, KKM Sumber: Cawangan Audit Dalam, KKM
Tarikh : 28 Mei 2014 Tarikh : 28 Mei 2014
Lokasi : Loji Air Sg.Tapah Lokasi : Loji Air Sg.Tapah

Gambar 8 Gambar 9
Tempat Penyimpanan Stok Florida Terdedah Keadaan Lantai Yang Basah
Kepada Cuaca Panas Di Loji Sg.Palai

Sumber: Cawangan Audit Dalam, KKM Sumber: Cawangan Audit Dalam, KKM
Tarikh : 28 Mei 2014 Tarikh : 28 Mei 2014
Lokasi : Loji Air Sg.Palai Lokasi : Loji Air Sg.Palai

12
Gambar 10 Gambar 11
Kertas Bungkusan Sodium Florida Yang Tangki Florida Terdedah di Loji Sg. Kampar
Pecah

Sumber: Cawangan Audit Dalam, KKM Sumber: Cawangan Audit Dalam, KKM
Tarikh : 28 Mei 2014 Tarikh : 28 Mei 2014
Lokasi : Loji Air Sg. Kampar Lokasi : Loji Air Sg.Kampar

Gambar 12 Gambar 13
Tangga Kayu Ke Tangki Florida Tangga Kayu Lebar Lebih Kurang 4 inci Ke
Tangki Florida

Sumber: Cawangan Audit Dalam, KKM Sumber: Cawangan Audit Dalam, KKM
Tarikh : 28 Mei 2014 Tarikh : 28 Mei 2014
Lokasi : Loji Air Sg.Kampar Lokasi : Loji Air Sg.Kampar

4.5. Bacaan Paras Florida Berbeza Bagi Ujian Di Loji

Lawatan fizikal ke tiga (3) loji air bersama pegawai dari Klinik Pergigian dan
pihak loji telah membuat ujian paras florida dalam bekalan air minum. Pihak
Audit Dalam mendapati bacaan paras florida dalam bekalan air yang diambil
daripada punca dan waktu yang sama dengan alat pengujian yang berbeza

13
mendapati bacaan paras florida yang berbeza. Hasil ujian paras florida
adalah seperti di Jadual 7.

Jadual 7
Bacaan Paras Florida Berbeza
Bacaan Jenis Alatan Bacaan Jenis Alatan
Tarikh Nama Loji Air
Loji Pengujian Pergigian Pengujian
DR/890 Hach Pocket
Loji Sungai Tapah 0.46 0.6
Colorimeter Colorimeter II
Hach Pocket Hach Pocket
27.5.2014 Loji Sungai Palai 0.46 1.0
Colorimeter Colorimeter II
Hach Pocket Hach Pocket
Loji Sungai Kampar 0.66 0.60
Colorimeter II Colorimeter II
Sumber: Cawangan Audit Dalam, KKM

Persampelan air juga dibuat pada rangkaian Sg.Palai/Sg.Kampar pada 28


Mei 2014 bersama Unit KMAM dan Kinik Pergigian Kampar. Klinik Pergigian
Kampar membuat ujian paras florida ditempat yang sama dan KMAM
menghantar sampel air ke Jabatan Kimia. Keputusan ujian persampelan air
diterima pada 30 Mei 2014 daripada Jabatan Kimia menunjukkan keputusan
ujian paras florida dalam bekalan air minum yang dipantau oleh KMAM dan
yang dipantau oleh Kilinik Pergigian tiada perbezaan yang ketara seperti di
Jadual 8.

Jadual 8
Keputusan Ujian Persampelan Air
Keputusan
Tarikh Pusat Persampelan Bacaan Beza
Jab. Kimia
Pergigian
S05 TPO Loji Sg. Kampar 0.30 0.20 0.1
S12 OPTO Kampar 0.50 0.50 -
28.5.2014 S11 Malim Nawar 0.50 0.50 -
S06 Hospital Hill Resevoir 0.50 0.50 -
S08 Mambang Diawan 0.50 0.50 -
Sumber: Cawangan Audit Dalam, KKM

Bacaan paras florida daripada Klinik Pergigian dan KMAM terdapat


perbezaan. Oleh itu Bah. Kesihatan Pergigian perlu mengambilkira bacaan
paras florida daripada KMAM semasa membuat polisi berkaitan aktiviti
pemfloridaan air ini.

14
4.6. Perancangan Latihan

Semakan Audit Dalam mendapati Pejabat TPKN Pergigian mengadakan


latihan Hands-on Training Penggunaan dan Penjagaan Peralatan Ujian
Florida pada 9 Mei 2011 dan 14 Mei 2013 iaitu setiap dua tahun sekali untuk
semua pegawai yang terlibat dalam aktiviti pemfloridaan air. Tiada
perancangan latihan/kursus dibuat untuk tahun 2014 bagi aktiviti
pemfloridaan air.
Perancangan bagi latihan dan kursus bagi KMAM dibuat peringkat Ibu
Pejabat. Maklumat latihan / kursus Pergigian dan KMAM bagi tempoh tahun
2011 hingga 2014 seperti Jadual 9.

Jadual 9
Kursus Dan Latihan Bagi Pergigian Dan KMAM Bagi Tempoh 2011 hingga 2014
Kursus/Latihan
Bil. Tarikh
Pergigian
1. Hands-on training penggunaan dan penjagaan alat ujian 9.5.2011
fluorida
2. Hands-on training penggunaan dan penjagaan alat ujian 14.5.2013
fluorida
KMAM
3. Kursus pemantapan BAKAS dan KMAM 6.7.2011- 8.7.2011
4. Bengkel Penyediaan SOP program KMAM Bakas 7.11.12 - 9.11.12
5. Lawatan ke Makmal Seksyen Air, Mikribiologi, petisid 20.2.14 21.2.14
Jabatan Alam Sekitar.
6. Latihan penggunaan peralatan persampelan Air 26.3.14 28.3.14
7. Taklimat Pengisian Laporan perlanggaran Program KMAM 22.5.2014
Sumber : Rekod Pergigian Dan KMAM

5. RUMUSAN DAN SYOR AUDIT

Pada keseluruhannya pengurusan aktiviti pemfloridaan air di Negeri Perak


telah diuruskan dengan baik.
Paras florida dalam sistem bekalan air minum mengikut pemantauan KMAM
adalah rendah manakala pemantauan oleh Pergigian pula adalah mencapai
paras optimum. Memandangkan bacaan yang berbeza, Bah. Pergigian perlu
mengambilkira data daripada pihak KMAM semasa polisi berkaitan aktiviti
pemfloridaan air ini.

15
Bahagian Kesihatan Pergigian KKM perlu memantapkan aktiviti ini dengan
memastikan parameter florida dipantau agar dasar kerajaan untuk mencegah
penyakit karies gigi di Malaysia tercapai.
TPKN Pergigian hendaklah meneruskan latihan kepada pegawai Pergigian
yang terlibat bagi memantapkan aktiviti ini.

16