Anda di halaman 1dari 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Cuba bayangkan sekejap jika dunia hari ini tanpa komputer. Tidak akan ada PC atau laptop, tidak
ada komunikasi yang menggunakan laman web yang memerlukan talian internet, tidak boleh melihat
gambar di internet dan sebagainya. Malah tidak akan ada telefon bimbit atau kamera digital, kerana
kedua-dua ini juga adalah satu sistem komputer. Wah, tidak dapat dibayangkan bagaimana agaknya
jika keadaan sekeliling kita tanpa komputer yang sememangnya menjadi teman dalam hidup kita
setiap hari.

Setiap hari teknologi komputer semakin terus berkembang pesat seiring dengan perkembangan sains
dan teknologi. Bidang teknologi maklumat(IT) atau sains komputer adalah satu bidang yang
memfokuskan kepada pelbagai aspek kejuruteraan komputer, sama ada membina sistem komputer
baru, mereka bentuk laman web, membaiki sistem komputer, membangunkan satu program baru
atau perisian terkini yang boleh digunakan dalam komputer. Memang terlalu luas bidang ini jika
hendak diceritakan semuanya.
Jika anda telah berjaya meneruskan pengajian dalam bidang IT atau sains komputer ini tahniah saya
ucapkan kepada anda. Sebelum ini saya ada menulis beberapa artikel berkaitan bidang sains
komputer ini seperti Sains Komputer Sangat Menarik Dan Mencabar, Persediaan Seorang
Pelajar Sains Komputer dan Kerjaya Dalam Bidang Sains Komputer. Anda boleh juga rujuk
artikel-artikel yang terdahulu ini.
Ada yang bertanya mengenai susah ke belajar sains komputer? Baguslah kerana ramai yang rajin
bertanya kerana ingin tahu. Bagi saya bukan hanya bidang sains komputer tapi mana-mana bidang
sekalipun ada susah dan senangnya. Setiap orang akan mengalami susah dan senang semasa
belajar. Setiap orang perlu berusaha gigih dahulu barulah mereka akan berjaya.

Saya tak kata bidang sains komputer ni susah, tapi saya akan kata bidang ini sangat mencabar. Ada
susah senangnya semasa belajar. Memang banyak cabarannya semasa belajar. Itu memang dah
menjadi asam garam seorang pelajar. Semuanya atas sikap kita sendiri. Jika kita rajin usaha
semuanya akan senang. Kalau malas belajar maka jadi sangat susahlah. Mengenai peluang kerjaya
pula ramai yang takut sebab dengar orang-orang dok cerita ramai pelajar-pelajar lepasan sains
komputer ni susah nak dapat kerja. Budak IT ni tak boleh cari makan. Macam-macamlah saya
dengar. Itu dah jadi perkara biasa.

Apa yang boleh saya katakan disini, mungkin ada benar dan ada tidak benar apa yang orang cakap
pasal graduan IT atau sains komputer ni. Sebab ada yang dapat kerja dan ada yang tak dapat kerja.
Semuanya atas rezeki masing-masing yang Allah bagi. Jika anda takut untuk meneruskan pengajian
dalam bidang sains komputer ni itu adalah perkara biasa. Saya tahu anda risau untuk menghadapi
dunia baru yang anda bakal hadapi nanti. Ianya mengenai masa depan anda juga yang pastinya
anda risau ke mana hala tuju hidup anda.

Anda hanya akan nampak peluang kerjaya dalam bidang sains komputer itu sangat susah kerana
terlalu banyak mendengar cakap-cakap yang berbentuk negatif dari orang lain. Saya takut anda akan
jadi orang yang Rebah Dulu Sebelum Berjuang. Anda juga perlu melihat mereka-mereka yang telah
berjaya dalam bidang ini. Carilah aspek yang positif tentang bidang ini supaya ia akan memberikan
semangat kepada anda. Tidak salah mengejar kerjaya masa hadapan yang baik. Cuma jika anda
terlalu memikir soal kerjaya semata-mata sehingga anda telah melupakan perjuangan sebenar iaitu
untuk mendapatkan ilmu pengetahuan.

Saya yakin peluang kerjaya yang hebat akan datang dengan sendirinya jika anda berusaha gigih.
Semua orang mahu berjaya, mahu hidup kaya, mahu hidup senang dan macam-macam lagi. Tapi
kalau malas usaha boleh dapat ke semua tu? Begitulah juga dalam bidang sains komputer ni jika
anda malas dan tidak usaha anda tidak akan berjaya. Anda perlu berusaha gigih untuk menjadi orang
yang berjaya dalam bidang sains komputer ini. Bidang-bidang lain pun sama juga.

Jika anda mempunyai minat yang mendalam dalam bidang sains komputer ini ianya memang sangat
bagus. Anda kena yakin dengan diri anda sendiri. Jika ini memang minat anda, maka teruskan minat
anda dalam bidang ini. Letak ketepi segala perkara-perkara negatif yang anda dengar dari mana-
mana sumber sekalipun. Perkara-perkara negatif inilah yang akan jadi pembunuh kepada minat dan
semangat dalam diri anda. Letakkan minat anda ditempat yang pertama sekali supaya anda akan
dapat mengejar matlamat hidup anda.

Tidak kira anda seorang lelaki ataupun wanita jangan jadikan ia alasan untuk anda tidak boleh
berjaya dengan apa yang anda ceburi. Jika anda seorang wanita, jangan jadikan ia sebagai
kelemahan kerana bidang sains komputer ini tidak pernah menyebabkan seorang wanita itu gagal
dalam kerjayanya. Peluang adalah terbuka dan sama rata untuk semua orang. Semuanya atas rezeki
masing-masing. Kuatkan semangat dan yakin anda boleh berjaya dalam bidang sains komputer ini
seperti mana orang lain.

Sebagai penutup, saya mahu supaya anda membuka mata dan buka minda terhadap bidang sains
komputer ini. Jangan sempitkan pemikiran anda terhadap bidang ini. Saya yakin anda boleh berjaya
dalam apa sahaja bidang yang anda ceburi. Letakkan dalam fikiran anda satu perasaan seronok
untuk belajar. Fikirkan betapa seronoknya belajar dalam bidang sains komputer ni. Seronoknya dapat
belajar ilmu pengetahuan baru dalam hidup anda ini.

Ingatlah, kejayaan seseorang bukan berdasarkan akademik atau bidang yang mereka ceburi semata-
mata. Ada orang yang tidak pernah masuk universiti pun boleh berjaya dalam hidupnya. Semuanya
bergantung kepada keyakinan dan usaha diri mereka sendiri. Peluang yang anda perolehi untuk
belajar dalam bidang IT atau sains komputer ini adalah satu peluang yang sangat berharga.
Hargailah peluang yang anda dapat ini untuk mencapai apa sahaja matlamat dalam hidup anda.

Anda mungkin juga menyukai