Anda di halaman 1dari 3

Jadual 1: KDNK Mengikut Komponen Perbelanjaan pada Harga Semasa (Juta RM)

Perkara 2007 2008 2009 2010

Perbelanjaan Penggunaan Swasta C 300,418 344,215 348,168 378,791

Perbelanjaan Penggunaan Awam (G) 76,959 88,581 93,017 97,482


Pelaburan Swasta (I) 149,064 158,381 156,660 179,793
Perubahan Inventori 6,689 6,837 -29,517 5,955
Eksport Barangan dan Perkhidmatan (EX) 706,382 766,096 651,671 744,034
Import 574,172 594,160 507,142 608,728
Eksport Bersih
KDNK pada Harga Semasa 665,340 769,950 712,857 797,327
Bayaran Faktor Bersih ke luar Negari -13,893 -23,707 -10,926 -12,357

Keluaran Negara Kasar (KNK)


Jumlah Penduduk (000) 26,827 27,348 27,881 28,328
KNK per kapita
KDNK per capita (RM)
KDNK pada harga tetap (Tahun asas 2000) 506,341 530,683 522,001 559,554

Pendeflasi KDNK (2000 = 100)

Kadar pertumbuhan
Sumber: Jabatan Perangkaan Negara

Soalan 1 (22 Markah)


a. Berikan definasi eksport bersih, KNK, KNK per kapita, KDNK per kapita,
pendeflator dan kadar pertumbuhan.

b. Isikan ruangan kosong dalam Jadual 1 dengan jawapan yang betul untuk eksport
bersih, KNK, KNK per kapita, KDNK per kapita, pendeflator dan kadar
pertumbuhan.

Soalan 2 (3 Markah)

Andaikan:

Harga bakul barangan dan perkhidmatan untuk tahun 2012=H 12


Harga bakul barangan dan perkhidmatan untuk tahun 2011 =H 11
Harga bakul barangan dan perkhidmatan untuk tahun asas =H A

a. Apakah formula yang boleh digunakan untuk mengira Indeks Harga Pengguna
(CPI) untuk tahun 2012?
b. Indeks harga pengguna (CPI) tahun ini ialah 143, berbanding dengan 126 pada
tahun lalu. Justeru kadar inflasi tahun ini ialah _________.

1
(anda dikehendaki menunjukkan cara pengiraan yang betul)

Soalan 3 (5 Markah)

Isikan ruangan kosong dengan sama ada meningkat atau jatuh

a. Apabila nilai Ringgit Malaysia (RM) ________ relatif kepada Baht Thai, jumlah RM
per Baht (RM/Baht) akan ___________.

b. Apabila eksport Malaysia ke Negara Jepun meningkat, permintaan RM akan


___________and penawaran Yen akan ___________.

c. Pendapatan di USA ________ akan menyebabkan permintaan RM jatuh.

d. Pengurangan dalam cukai pendapatan akan menyebabkan agregat permintaan


____________.

e. Dasar kewangan yang sesuai semasa kemelesetan ekonomi akan menyebabkan


penawaran wang dalam ekonomi ___________dan kadar bunga ____________.

Soalan 4 (5 Markah).

Isikan tempat kosong dengan perkataan kiri (L) dan kanan(R).

a. Harga minyak yang meningkat secara mendadak pada hujung tahun 2006 sehingga
pertengahan tahun 2008 akan menganjak keluk agregat penawaran kebanyakan negara
ke ____________.

b. Stagflasi akan berlaku apabila keluk agregat penawaran berganjak ke _______.

c. Apabila kerajaan meningkatkan perbelanjaannya ke atas projek pembinaan jalan raya;


keluk agregat permintaan akan berganjak ke _________.

d. Semasa kemelesetan ekonomi, ramai pelabur akan mengurangkan atau berhentikan


pelaburan mereka. Ini akan memberi kesan ke atas keluk agregat permintaan di mana
ia akan berganjak ke ___________.

e. Kemasukan buruh asing yang ramai ke negara kita akan menganjakkan keluk agregat
penawaran negara ini ke _____________ .

Soalan 5 (15 markah)

2
Tandakan sama ada pernyataan yang berikut adalah benar (B) atau salah (S):

a. Penjualan rokok haram akan dimasukkan dalam pengiraan KDNK....

b. Penjualan tayar kereta kepada En Ali yang perlukan penukaran tayar baru untuk
keretanya termasuk dalam pengiraan KDNK..

c. Penjualan tayar kereta dari Sime Tayar Sdn Bhd kepada PROTON yang memasangkan
tayar tersebut di kilang akan termasuk dalam pengiraan KDNK

d. Anda menjual kereta anda selepas menggunanya selama 2 tahun. Transaksi ini akan
dimasukkan dalam kiraan KDNK..

e. Anda bekerja di Amerika Syarikat. Pendapatan anda akan dalam KDNK Amerika
Syarikat dan KNK Malaysia ...

f. Apabila sesebuah negara mengalami pertumbuhan negatif untuk dua suku secara
berturut-turut, negara tersebut secara teknikalnya mengalami kemelesetan..

g. Dalam keadaan kemelesetan ekonomi sesebuah ekonomi harus mengamalkan polisi


kewangan dan polisi fiskal menguncup ...

h. Pakej stimulus ekonomi yang diperkenal oleh kerajaan Malaysia pada hujung tahun 2008
dan awal tahun 2009 adalah contoh dasar kewangan ..
i. John Maynard Keynes menyarankan yang polisi yang boleh meningkatkan agregat
permintaan adalah cara yang berkesan untuk mengurangkan kadar pengangguran
semasa kemelesetan ekonomi.......
j. Kadar bunga nominal adalah 5% dan inflasi pada 2%. Kadar bunga benar adalah
3%.......................................................................................................................

k. Seseorang yang tidak bekerja dan tidak mencari pekerjaan dikirakan sebagai seorang
yang menganggur oleh Jabatan Perangkaan Negara..

l. Kadar penyertaan tenaga buruh (Labor force participation rate) adalah peratus penduduk
dewasa yang menganggur dan juga yang bekerja...

m. Walaupun kadar penyertaan tenaga buruh wanita semakin meningkat, secara umumnya
kadar penyertaan kaum lelaki masih tinggi.....

n. Seorang graduan yang sedang mencari pekerjaan termasuk dalam gulungan


pengganguran struktur (structural unemployment)...

n. Pengangguran geseran (frictional unemployment) apabila seseorang perlukan masa untuk


mencari pekerjaan yang sesuai untuk kemahiran dan citarasanya..

Anda mungkin juga menyukai