Anda di halaman 1dari 2

ALIRAN DALAM PENSEJARAHAN ISLAM

Para penulis sejarah pertama adalah putera-putera sahabat Nabi. Aliran-aliran yang timbul pada
masa itu dalam menulis sejarah awal Islam iaitu aliran Yaman, aliran Madinah dan aliran Iraq
sehingga sampai ke pertemuan antara ketiga aliran tersebut.

1. Aliran Yaman

dalam aliran Yaman dapat dilihat berita-berita itu terutamanya yang berkembang dimasa islam,
didalamnya bercampur antara yang factual (history) dan yang bersifat dongeng dan lagenda.
Menurut perkiraan Muhammad Ahmad Tarhini, munculnya lagenda dan dongeng dalam berita-
berita itu adalah dikeranakan tingginya fanatisme kedaerahan orang-orang Yaman pada abad
pertama dan kedua hijrah.

Dengan lagenda-lagenda itu, mereka ingin memperlihatkan bahawa Arab Selatan lebih unggul
daripada Arab Utara, kerana dengan munculnya Nabi Muhammad SAW di Hijaz orang-orang
Arab Utara ketika itu merasa lebih unggul dari pada orang-orang Arab selatan.

Riwayat-riwayat tentang Yaman dimasa silam kebanyakan dalam bentuk hikayat (al-qashash,
cerita), sebagaimana al-ayyam dikalangan Arab Utara. Isinya adalah cerita-cerita khayal dan
dongeng-dongeng kesukuan. Dia merupakan kelanjutan dari corak sejarah sebelum tukang
hikayat (narator) dan kitab-kitabnya dapat dikatakan riwayat-riwayat sejarah (novel sejarah).
Oleh kerana itu, para sejarawan tidak menilai hakikat-hakikat itu sebagai memiliki nilai history.
Para penulis hikayat-hikayat yang banyak dikutip oleh sejarah muslim berikutnya, yang
terpenting diantara mereka adalah: Al-ahbar, Wahb ibn Munabbih, dan Ubay ibn Syariyah.
Mereka bertiga ini dipandang sebagai tokoh aliran Yaman.

2. Aliran Madinah

Perkembangan pensejarahan aliran madinah terdapat tiga tahap iaitu:

Tahap pertama: Zaman Sigharu al-Sahabah. Dipelopori oleh Said bin Saad bin Ubadah,
Sahl bin Abi Kaithamah, Said bin al-Musayyab, Abban bin Uthman bin Affan dan Urwah bin
al-Zubayr bin al-Awwam, Syarahbil bin Saad, Abu Fadhalah bin Kaab dan al-Qasim bin
Muhammad bin Abu Bakr.

Tahap kedua: - Kumpulan tabiin. Abdullah bin Abi Bakr, Asim bin Amru, Abu Ruh Yazid
bin Ruman al-Asadi dan Abu al-Aswad Muhammad bin Abdul Rahman al-Asadi. Mereka ini
memilih aspek tumpuan masing-masing [e.g Abdullah bin Abi Bakr (sejarah Rasulullah), Abu
Ruh (Maghazi) dan Abu Aswad (al-Ansab).

Tahap ketiga: Melibatkan sejarawan terkemudian. Contoh: al-Waqidi dan Ibn Saad.
Berlakunya proses penyusunan bahan-bahan sejarah dalam bentuk kitab.

Aspek penulisan sejarah fokus kepada kehidupan Nabi Muhammad SAW (sirah al-Rasul) dan
peperangan yang disertai Baginda (al-Maghazi). Penekanan pada kedua-duanya selaras dengan
modal insan yang ditekankan oleh Baginda.

Metodologi pensejarahan aliran Madinah Merujuk kepada sistem pengumpulan data (hadith).

Sistem penulisan hadith (sanad dan matan hadith). Dipengaruhi daripada sistem pembelajaran
di Madinah iaitu sistem pengajian hadith. Suasana Kota Madinah yang merupakan pusat
pentadbiran Islam pertama.

2 orang tokoh pelopor: Urwah, al-Zuhri dan Ibn Ishaq

3. Aliran Iraq

Perkembangan ilmu sejarah telah berlaku di Iraq (Basrah dan Kufah). Kota Basrah dan Kufah
merupakan bandar-bandar tempat berlakunya pertembungan antara kebudayaan Arab dan
Parsi. Pengajian di Kufah menggunakan pendekatan sejarawan bersifat local dan khusus.

Sejarawan turut menumpukan penulisan mereka kepada peristiwa-peritstiwa semasa seperti


futuhat Islamiyyah, pergolakan dan pertempuran yang berlaku, sejarah pemerintahan khulafa
dan hal ehwal golongan dan mazhab tertentu.

Al-Duri: pendekatan sejarawan Iraq lebih menekankan aspek perkauman dan kekabilahan.
Faktor kehadiran pelbagai kabilah Arab bersama kemegahan dan kemewahan masing-masing.
Sejarawan juga menggunakan metodologi yang berbeza dengan aliran Madinah-khusus kepada
Tarikh al-Am. Sejarawan awal yang menerajui Tarikh al-am; Abdullah ibn Salam dan Jabir
ibn Yazid al-Jafi. Selain itu masih terdapat sejarawan Iraq yang menggunakan sistem isnad-
Al-Asmai, Musab al-Zubairy dan Al-Madain.