Anda di halaman 1dari 12

Nama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bukanlah nama asing bagi negara masyarakat kita,

lebih-lebih lagi dalam sejarah lipatan politik tanah air. Beliau yang mempunyai darah
keturunan raja merupakan seorang Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu pada zaman
beliau di samping memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang pertama.
Kepimpinan beliau amat terserlah sama ada dalam bidang politik iaitu sebagai Yang Dipertua
Agung UMNO atau sebagai seorang pemimpin negara yang berwibawa dan berkebolehan
dalam mentadbir negara dan rakyatnya.

Peranan TunkuAbdul Rahman Putra Al-Haj dalam usaha mencapai kemerdekaan negara
amat penting.Sebagai seorang pemerintah, beliau bertanggungjawab dalam mendapatkan
kemerdekaanTanah Melayu daripada pihak penjajah pada tahun 1957. Beliau turut
memainkan peranan penting dalam membentuk Persekutuan Malaysia pada tahun 1963.

Tunku dikatakan telah berjaya membawa negara kita ke ambang kemerdekaan.Kebolehan


serta kebijaksanan yang beliau miliki membolehkan negara kita mendapat kemerdekaan
hanya melalui perundingan tanpa menumpahkan setitis darah pun sebagaimana yang yang
berlaku di negara-negara jiran. kewibawaan Tunku yang Berjaya menyatukan penduduk
negara ini yang terdiri daripada tiga kaum yang utama iaitu Melayu, Cina dan India.

Penyatuan ketiga-tiga kaum tersebut di bawah pimpinan Tunkutelah memberi keyakinan


kepada pihak penjajah British untuk memberi kemerdekaankepada Persekutuan Tanah
Melayu pada 31 Ogas 1957. Kejayaan beliau mendapatkankemerdekaan untuk negara telah
mengangkat nama beliau sebagai seorang pemimpin yang unggul dan tersohor.
Atas kejayaan beliau mendapatkan kemerdekaan TanahMelayu telah mengangkat nama
beliau sehingga digelar sebagai Bapa Kemerdekaan danBapa Malaysia. Inilah imej Tunku
Abdul Rahman yang telah dikenali umum dalamkalangan rakyat Malaysia.
Bapa Pembangunan Negara-Tun Abdul Razak-
BAPA PEMBANGUNAN MALAYSIA
PERDANA MENTERI MALAYSIA KEDUA (1970 to 1976)

Tun Abdul Razak telah menggantikan Tunku Abdul Rahman sebagai kedua Perdana Menteri
Malaysia, menuju negara 1970-1976.
Lahir di Pulau Keladi, Pahang pada 11 Mac 1922, Tun Razak adalah satu-satunya anak Dato
'Hussein bin Mohd Taib dan Hajah The Fatimah bt Daud. Seorang pelajar cemerlang, Tun
Razak menerima pendidikan awal di Malay College Kuala Kangsar pada tahun 1934.
Setelah bergabung dengan Perkhidmatan Pentadbiran Melayu pada tahun 1939, ia mendapat
beasiswa untuk belajar di Raffles College di Singapura pada tahun 1940. pelajarannya terhenti
apabila bermulanya Perang Dunia Kedua.
Dengan biasiswa Malayan union, Tun Razak berangkat ke United Kingdom pada 1947 untuk
belajar undang-undang. Pada tahun 1950 beliau menerima ijazah Barrister daripada Lincoln's
Inn. Selama hari-hari mahasiswa di England, Tun Razak merupakan ahli Parti Buruh British dan
pemimpin mahasiswa terkemuka dari Kesatuan Melayu United Kingdom (Persatuan Bahasa
Melayu United Kingdom). Dia juga membentuk Malaya Forum, sebuah organisasi bagi
mahasiswa Malayu negara mereka untuk membincangkan isu-isu politik.
Setelah kembali, Tun Razak menyertai Perkhidmatan Melayu Awam. Kerana ketokohannya
dalam bidang kepimpinan, pada 1950 ia menjadi ketua bagi pemuda UMNO (UMNO). Dua
tahun kemudian, beliau bekerja sebagai Penolong Setiausaha Negara Pahang dan pada bulan
Februari 1955, di hanya 33 tahun, menjadi Ketua Pahang Menteri. Dia bertanding dan
memenangi pilihanraya umum pertama pada bulan Julai 1955 dan dilantik sebagai Menteri
Pendidikan. Tun Razak juga merupakan salah seorang ahli daripada misi Februari 1956 ke
London untuk mencari kemerdekaan Malaya daripada Inggeris.
Selepas pilihanraya umum tahun 1959, beliau menjadi Menteri Pembangunan Desa di samping
memegang portfolio Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan. Prestasinya termasuk
merumuskan dasar pembangunan yang dikenali sebagai Buku Merah. Pada September 1970,
Tun Razak telah menggantikanTunku Abdul Rahman Putra sebagai Perdana Menteri
Malaysia.
Tun Razak yang juga terkenal kerana melancarkan Dasar Ekonomi Baru (NEP) pada tahun
1971. Beliau dan "generasi kedua" daripada ahli politik Bahasa Melayu melihat perlunya keras
menangani ekonomi dan jurang yang memacu antagonisme perkauman. NEP menetapkan
dua tujuan asas-asas - untuk mengurangkan dan akhirnya menghapuskan kemiskinan, dan
untuk mengurangkan dan akhirnya menghapuskan pengenalpastian fungsi ekonomi dengan
ras.
Tun Razak menubuhkan Barisan Nasional pada tarikh 1 Januari 1973 hingga menggantikan
Parti Perikatan yang berkuasa. Dia meningkatkan keahlian daripada parti dan kerajaan
gabungan dalam usaha untuk menubuhkan "Ketahanan Nasional" (National Strength) melalui
kestabilan politik.
Untuk sumbangannya di bidang kebangsaan dan pembangunan luar bandar, Tun Abdul
Razak yang dikenali sebagai Bapak Pembangunan.

Di atas merupakan serba sedikit mengenai sejarawan negara yang amat aku kagumi, beliau
merupakan seorang pemimpin yang memang di lahirkan sebagai pemimpin. semasa beliau
telah menjadi Perdana Menteri beliau sendiri telah turun padang untuk mengetahui sama ada
projek yang ingin di laksanakan beliau demi rakyat di capai dan di laksanakan oleh wakil yang
telah di lantik beliau.

semasa berita kematian beliau di umumkan di corong-corong radio, ramai yang sedih akan
kehilangan tokoh sejarawan yang paling banyak berkorban demi rakyat. Al-Fatihah bagi
Almarhum

BIODATA
Nama Penuh : Hussein bin Dato'Onn
Tarikh Lahir : 12 Februari 1922
Tempat Lahir : Johor Bahru
Ibu Bapa : Dato' Onn Jaafar dan Datin Halimah
Tempoh Berkhidmat sebagai Perdana Menteri Malaysia : 5 Tahun
Tarikh Meninngal Dunia : 29 Mei 1990
Tempat Persemadian : Makam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur
Pendidikan Awal :
1) English College(kini Maktab Sultan Abu Bakar) Johor Bharu
2) Menamatkan Senior Cambridge selepas Perang Dunia meletus
Penglibatan dalam tentera : 1
) Pasukan Tentera Johor(Johor MIlitary Forces)
2) Latihan Ketenteraan di Tentera Sandhurst Dehra Dun, India.
3) Menyertai Rejimen Hyderabab ke-19
4) Aktif dalam peperangan di Mesir,Iraq dan Syria

Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn menjadi ahli Perkhidmatan Pentadbiran Melayu.
Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn dihantar ke beberapa tempat di Johor dan Selangor
sebagai Penolong Pegawai Daerah. Semangat Allahyaraham Datuk Onn b Jaafar menentang
Malayan Union turut mengapikan semangat Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn untuk
bersama bapanya menentang Malayan Union. Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn
kemudian menyertai ayahandanya dalam bidang politik apabila ayahandanya menubuhkan
Pergerakan Melayu Johor Semenanjung. Apabila UMNO ditubuhkan, Allahyaraham Tun
Hussein bin Dato'Onn dilantik sebagai Penolong Setiausaha Agung UMNO dan kemudiannya
sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO yang pertama pada usia 28 tahun. Allahyaraham
Tun Hussein bin Dato'Onn kemudiannya menjadi Setiausaha Agung UMNO dan Allahyaraham
Tun Abdul Razak pula mengambil alih sebagai Ketua Pemuda UMNO. Disamping
penglibatannya dalam politik, Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn memasuki
Perkhidmatan Pentadbiran Melayu dan berkhidmat di Kuala Selangor dan Kelang sebagai
Penolong Pegawai Daerah. Pada tahun 1950 Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn dilantik
sebagai ahli Majlis Mesyuarat Persekutuan disamping menduduki Majlis Mesyuarat
Perundangan Negeri Johor dan Majlis Kerja Negeri Johor. Walau bagaimanapun penglibatan
Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn mulai pudar apabila cadangan bapanya untuk
membuka pintu UMNO kepada orang bukan Melayu tidak dapat diterima oleh orang Melayu.
Apabila Datuk Onn bin Jaafar menarik diri dari UMNO, Allahyaraham Tun Hussein bin
Dato'Onn kemudianya menyertai ayahandanya keluar dari UMNO dan menubuhkan
Independent of Malaya Party (IMP) pada tahun 1951 dan kemudiannya Parti Negara.
Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn kemudiannya meninggalkan alam politik apabila
menukar arah dengan melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang di Lincoln's Inn,
England dan lulus pada tahun 1958. Sekembalinya ke tanah air Allahyaraham Tun Hussein bin
Dato'Onn membuka firma guamannya sendiri di Kuala Lumpur. Pada masa itu beliau telah
pun berumah tangga dengan Toh Puan Suhaila binti Tan Sri Hj Mohd Noah dan mempunyai 6
orang anak.Ibarat sireh pulang ke ganggang beliau menyertai UMNO semula atas pelawaan
birasnya, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein, Yang DiPertua UMNO pada tahun
1964. Pada Jun 1969 Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn dilantik sebagai ahli
jawatankuasa Kerja UMNO (kini Majlis Kerja Tertinggi UMNO. Walaupun Allahyaraham Tun
Hussein bin Dato'Onn telah lama menghilangkan diri dari arena politik, tapi UMNO yang
mempunyai kepercayaan atas kebolehan Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn
mencalonkannya sebagai calon Perikatan bagi kawasan Parlimen Johor Bahru Timur.
Kepercayaan ini tidak meleset kerana Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn memenangi
kerusi Parlimen ini dengan mudah sahaja pada Mei 1969. Peranan Dan Sumbangan
Penyertaannya dalam kabinet Malaysia bermula pada September 1970 apabila dilantik
menjadi Menteri Pelajaran oleh Perdana Menteri Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato'
Hussein. Di bawah pentadbiran Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn, Kementerian
Pelajaran terus meningkat maju. Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn maju setapak lagi
apabila dalam Perhimpunan Agung UMNO tahun 1972, beliau menjadi salah seorang daripada
tiga orang Naib Presiden yang dipilih. Di dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada 8 Ogos
1973 Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn dilantik menjadi Timbalan Presiden UMNO
berikutan kematian Tun Dr. Ismail. Apabila Tun Dr Ismail meninggal dunia, Allahyaraham Tun
Hussein bin Dato'Onn dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 13 Ogos 1973,
merangkap Menteri Perdagangan dan Perindustrian. Kepulangan Allahyaraham Tun Abdul
Razak Dato' Hussein ke Rahmatullah pada 14 Januari 1976 telah mengejutkan seluruh negara.
Berikutan itu dalam satu mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi pada 17 Januari Allahyaraham
Tun Hussein bin Dato'Onn telah disahkan sebagai pemangku Presiden UMNO. Pada hari
Khamis, 15 Januari 1976, Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn mengangkat sumpah sebagai
Perdana Menteri Malaysia yang ketiga di Istana Negara. Pada 1978 Allahyaraham Tun Hussein
bin Dato'Onn menang tanpa bertanding bagi jawatan Presiden UMNO. Ketika menjadi
Perdana Menteri Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn telah meneruskan agenda
pembangunan yang telah digariskan oleh Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein
khususnya dalam menggerakkan 'Dasar Ekonomi Baru'. Sebagai seorang perwira,
Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn fasih tentang hal ehwal keselamatan. Di bawah
pentadbirannya, angkatan bersenjata Malaysia telah diperbesarkan dan dipermodenkan
apatah lagi rantau Asia Tenggara ketika itu gempar ekoran jatuhnya Vietnam Selatan ke
tangan komunis dan termashyurnya cita-cita 'Teori Domino' komunis. Semasa pentadbirannya
usaha membenteras pengganas komunis di hutan dan di bandar-bandar semasa tempoh
darurat, telah diperhebatkan malah golongan yang bersimpati dengan aliran komunis
dipulihkan menerusi gerakan-gerakan pengitipan (intelligen) yang berjaya. Allahyaraham Tun
Hussein bin Dato'Onn akan sentiasa dikenang sebagai pemimpin yang melayari Malaysia meniti
arus pembangunan dengan konsisten tanpa banyak kontroversi. Dasar-dasar dan program-
program yang diketegahkannya tidak pernah lari dari sasaran Dasar Ekonomi Baru. Walaupun
pada masa itu ekonomi negara terjejas oleh kemelesetan ekonomi dunia, Allahyaraham Tun
Hussein bin Dato'Onn berjaya mengawal keadaan dan membantu Malaysia berkembang dari
segi ekonomi dan sosial. Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn pernah menjalani rawatan
jantung pada awal 1981. Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn berjaya melancarkan
Rancangan Malaysia yang ke 4 pada bulan April 1981. Seperti bapanya, Allahyaraham Tun
Hussein bin Dato'Onn sentiasa mencuba meningkatkan taraf hidup masyarakat Melayu yang
agak ketinggalan jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain terutamanya dari segi ekonomi.
Dengan itu, pada 20 April 1981, Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn melancarkan pula
Skim Amanah Saham Nasional (ASN) yang merupakan satu dana amanah bumiputera yang
membantu peningkatan ekuiti bumiputera dalam ekonomi negara. Keamanan negara yang
diperkukuhkannya telah menarik pelabur luar menjadikan Malaysia sebuah negara yang stabil
politik dan ekonominya. Sumbangan Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn yang terbesar
ialah menegakkan tiang keamanan yang kukuh. Akibat kesihatan beliau yang merosot,
Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn menyatakan hasratnya untuk tidak
mempertahankan jawatan Presiden UMNO sekaligus mengundurkan diri dari kepimpinan
negara. Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn meletakkan jawatan sebagai Perdana
Menteri Malaysia pada 15 Mei 1981 atas sebab kesihatan dan diambil alih oleh Dato' Seri Dr
Mahathir bin Mohamad pada 18 Julai 1981. Tetapi beliau masih aktif dalam pertubuhan-
pertubuhan kebajikan seperti Tabung Mata dan ISIS.

Keistimewaan Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn adalah seorang yang amat berhati-hati
apabila membuat keputusan yang melibatkan hal-ehwal negara. Beliau sangat tegas dan
berpegang teguh kepada prinsip hidupnya. Pengalaman ketenteraan menjadikan
Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn seorang yang berdisiplin dan mementingkan
ketepatan masa. Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn memberi kebebasan akhbar dan
majalah untuk memberi kritikan dan komentar dengan harapan ini akan meningkatkan
prestasi pentadbirannya. Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn adalah seorang negarawan
yang disegani dan dihormati. Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn terkenal dengan sifat
merendah diri serta jujur dan beliau disanjungi oleh masyarakat Malaysia sebagai seorang
pemimpin. Dalam sejarah, Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn akan sentiasa dikenang
sebagai 'Penyambung Warisan Yang Terbilang'. Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn juga
dikenali sebagai 'Bapa Perpaduan' kerana berjaya memupuk semangat perpaduan berbilang
kaum yang lebih erat dalam masyarakat Malaysia. Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn
mewarisi kepimpinan UMNO yang pernah disandang oleh ayahandanya, mewarisi program
pembangunan yang dijana oleh sahabatnya dan melaksanakannya dengan penuh setia. Malah
Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn pula mewariskan kerajaan kepada Dr. Mahathir
dalam keadaan yang stabil dan UMNO dalam keadaan yang begitu kukuh. Allahyaraham Tun
Hussein bin Dato'Onn pulang ke Rahmatullah pada 29 Mei 1990 dalam usia 68 tahun di San
Francisco, Amerika Syarikat kerana serangan sakit jantung. Allahyaraham Tun Hussein bin
Dato'Onn disemadikan di Makam Pahlawan Masjid Negara. Tun Hussein Onn kini dikenang
sebagai Bapa Perpaduan bagi mengenangkan segala jasa dan usahanya dalam memupuk
perpaduan di negara ini.
Tun Dato Seri Dr. Mahathir bin Mohamad dilahirkan pada 10 Julai 1925 ialah Perdana Menteri
Malaysia keempat dimana beliau memegang jawatan selama 22 tahun (1981-2003)
menjadikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia yang paling lama berkhidmat. Dalam
buku A Doctor in the House, Dr Mahathir menyatakan tarikh lahir sebenarnya adalah 10 Julai
1925, tapi bapanya mendaftarkan tarikh lahir dalam sijil kelahiran sebagai 20 Disember untuk
memudahkan urusan pendaftaran persekolahan. Beliau yang cukup dikenali dengan "Dr. M"
merupakan Perdana Menteri Malaysia yang keempat. Menggunakan nama timangannya
sendiri, "Che Det" sebagai nama pena, beliau banyak menulis dengan artikel pertamanya
disiarkan oleh akhbar The Straits Times Singapura pada 20 Julai, 1947 bertajuk Malay Women
Make Their Own Freedom (Wanita Melayu Mencipta Kebebasan Sendiri).[4] Ketika penggal
kepimpinannya dari 16 Julai 1981 sehingga 31 Oktober 2003, beliau berjaya membawa
pembangunan melalui dasar-dasar dan perancangan yang diilhamkan dari kejayaan negara-
negara luar sehingga mengangkat Malaysia ke pentas dunia sebagai salah sebuah negara yang
berdaya maju di Asia Tenggara sehingga pernah dinamakan sebagai salah sebuah negara
'Harimau Ekonomi Asia'[5]
Usaha beliau yang paling diingati masyarakat Malaysia dan antarabangsa adalah ketika
membawa Malaysia keluar dari Krisis Kewangan Asia 1997 dimana beliau telah menolak
cadangan dan juga dana bantuan dari IMF yang beliau sifatkan akan memburukkan lagi krisis.
Langkah-langkah radikal yang diambil[6] dikiritik hebat ketika itu oleh banyak pihak
termasuk IMF sendiri. Malah, usaha tersebut turut dikecam walaupun lama selepas kemelut
berakhir[7] dimana beliau menyatakan kecaman dan pujian adalah norma ahli politik dan
terserah kepada penilaian mana-mana pihak.[8]
Beliau merupakan seorang tokoh politik yang bersifat vokal berhubung isu-isu antarabangsa
sehingga ada yang mencetuskan kontroversi. Beliau menyokong "Sistem Ekonomi Pasaran"
terkawal[9] sebagai alternatif kepada "Sistem Ekonomi Persendirian" dan secara amnya
menolak "Pasaran Bebas" (laissez-faire).[10]
Gaya pemerintahan Dr. Mahathir juga sering kali dikritik dengan dilabelkan
sebagai autokratik oleh pelbagai pihak termasuk badan dan media antarabangsa (contohnya,
tajuk artikel tentang persaraan beliau oleh The New York Times menyimpulkan sifat autokratik
beliau sepanjang kerjaya politiknya)[11] terutama berhubung Akta Keselamatan Dalam
Negeri yang beliau terangkan sebagai tindakan pencegahan yang hanya diambil atas desakan
semasa (penjelasan beliau diterima dan ditolak pembaca dengan pelbagai hujah).[12]Selain itu,
beliau tidak dapat lari dari tuduhan kronisme seperti pemimpin-pemimpin lain di dunia.
Antara projek-projek berprofil tinggi (juga digelar 'projek mega') yang dibangunkan pada
zaman pentadbirannya termasuk Jambatan Pulau Pinang, Menara Berkembar
Petronas, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Koridor Raya
Multimedia (MSC), Pusat Pentadbiran Putrajaya dan Litar Antarabangsa Sepang.
Bersara pada Oktober 2003, Dr Mahathir dianugerahkan Darjah Kebesaran Seri Maharaja
Mangku Negara yang membawa gelaran Tun.[13][14] Beliau turut dinobatkan sebagai "Bapa
Pemodenan Malaysia" kerana berjaya membangunkan Malaysia menjadi sebuah Negara
industri baru yang disegani di kalangan negara-negara membangun. Tempoh 22 tahun sebagai
Perdana Menteri menjadikan beliau sebagai pemimpin ketiga paling lama yang memegang
jawatan tersebut di Asia Tenggara selepas Perdana Menteri Singapurapertama, Lee Kuan
Yew dan Presiden Suharto dari Indonesia.[15]
Tun Dato Seri Haji Abdullah bin Haji Ahmad Badawi (/bdul md bdwi/ Bahasa
Arab: Abdullh ibn aajj Amad Badaw; lahir 26 November 1939; juga
dikenali sebagai Pak Lah) merupakan bekas Perdana Menteri Malaysia ke-5, mewarisi
kepimpinan daripada Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Beliau juga merupakan bekas
Presiden UMNO ke-6, parti politik yang paling besar dalam Malaysia. Selepas melepaskan
jawatan Perdana Menteri Malaysia, 1 September 2009, beliau dilantik menjadi
Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).[1]
Sebelum menjadi Perdana Menteri, beliau dilantik pada beberapa jawatan tinggi dalam
kerajaan Malaysia. Namun, beliau dipecat sebagai Menteri kerana menyokong 'Team B' dalam
Majlis Agung UMNO pada tahun 1987. Beliau tidak menjadi anggota kabinet lagi sehingga
1991. Anwar Ibrahim, yang pada masa itu Timbalan Perdana Menteri, dipecat oleh Tun Dr.
Mahathir pada tahun 1998. Pada tahun 1999 Abdullah dilantik sebagai Timbalan kepada Tun
Dr. Mahathir, dan pada tahun 2003, Abdullah akhirnya mewarisi jawatan Tun Dr. Mahathir
sebagai Perdana Menteri Malaysia dan Presiden UMNO.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]


Dilahirkan dalam keluarga yang warak di Kampung Perlis, Bayan Lepas, Pulau Pinang, beliau
menerima pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Bukit Mertajam dan
di Penang Methodist Boys School, Pulau Pinang. Abdullah memulakan kerjayanya sebagai guru.
Beliau pada mulanya ingin belajar Ekonomi di Universiti, namun setelah gagal dalam kertas Statistik,
beliau tidak dibenarkan melanjutkan kursus kepujian dalam bidang ekonomi dan memilih untuk belajar
Pengajian Islam[2]. Selepas menerima Sarjana Muda Sastera dalam bidang Pengajian Islam
daripada Universiti Malaya pada tahun 1964, beliau menyertai sektor perkhidmatan awam sebagai
Penolong Setiausaha di Jabatan Perkhidmatan Awam. Pada tahun 1969, Abdullah berpindah ke Majlis
Gerakan Negara (MAGERAN), sebuah badan yang berkuasa eksekutif untuk mentadbir negara yang
ditubuhkan selepas rusuhan kaum pada Mei 1969. Abdullah kemudiannya dinaikkan pangkat menjadi
Ketua Pengarah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, sebelum menjadi Timbalan Ketua
Setiausaha dalam kementerian yang sama pada tahun 1974.
Abdullah berkahwin dengan Allahyarhamah Datin Seri Endon binti Dato' Mahmood pada tahun 1965
dan dikurniakan dua orang cahayamata dan empat cucu. Pada 20 Oktober 2005, Endon Mahmood
meninggal dunia selepas bergelut dengan penyakit barah payu dara sejak 2003.
Dalam tempoh kurang daripada 2 tahun menduda, beliau berkahwin dengan Jeanne Abdullah dan
melangsungkan akad nikah pada 9 Jun 2007.
Beliau dikatakan mementingkan menikmati makan malam bersama keluarga dan gemar
makanan Jepun. Sebagai seseorang yang dibesarkan di Pulau Pinang, beliau amat gemar mencuba
pelbagai jenis makanan.
Setiap hari, selepas sembahyang Maghrib, beliau akan mengaji Al-Quran. Adalah menjadi kebiasaan
beliau menulis nota dalam Jawi. Karangan Shakespeare kegemaranbeliauialahJulius Caesar.Selain
dari keluarga sendiri, tokoh yang banyak mempengaruhinya, yang beliau anggap sebagai mentor
ialah Tun Abdul Razak.
Abdullah Badawi sendiri pernah menulis sebuah Puisi 'Ku Cari Damai Abadi' yang mendapat sambutan
baik daripada para sasterawan Malaysia dan diterjemahkan ke lebih daripada 80 bahasa dunia (projek
Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya yang dipimpin oleh Prof. Madya Dr. Victor
Pogadaev). Dinsman dalam prakata kepada buku terjemahan puisi itu menulis: '... Puisi itu pun sebuah
puisi yang baik mutunya. Dalam hanya beberapa untaian kata, dengan ungkapan-ungkapan yang
bernas, ia berhasil menyampaikan mesej dan makna yang besar, mendalam, luas lagi suci.'[3]
Kulit Buku 'Ku Cari Damai Abadi'

Antara peristiwa dunia yang meninggalkan kesan yang mendalam pada diri beliau ialah peristiwa 9/11,
yang telah mendorong beliau untuk memperjuangkan fahaman Islam yang sederhana. Beliau juga
adalah pencetus Islam Hadhari[1].
Beliau juga sangat berminat dengan kereta. Malangnya beliau tidak banyak berpeluang memandu
kereta sendiri atas sebab-sebab keselamatan. Untuk menghilangkan lelah bekerja, beliau mungkin
bermain golf, melakukan senaman atau meluangkan masa bersama cucu-cucunya. Abdullah juga
gemarkan pertunjukan muzikal My Fair Ladyantarayangpalingdiminatinya serta seniman klasik
seperti Nat King Cole. Beliau juga mempunyai alat iPod Nano. Beliau menghargai hasil seni Malaysia,
dan merupakan seorang pengumpul seni ukiran kayu, serta anyaman rotan.

Kerjaya dan politik[sunting | sunting sumber]


Menyertai UMNO[sunting | sunting sumber]
Abdullah menyertai UMNO pada tahun 1964. Pada tahun 1978, beliau meletakkan jawatan untuk
menjadi ahli parlimenKepala Batas di Seberang Perai Utara (kawasan parlimen yang pernah diwakili
oleh allahyarham ayahandanya) sehingga kini. Sejak 1981, Abdullah adalah ahli Majlis Tertinggi
UMNO. Beliau telah dipilih memegang jawatan Naib Presiden UMNO pada tahun 1984, 1987 dan
1990, dan dipilih semula untuk jawatan tersebut pada tahun 1996. Pada Perhimpunan Agung UMNO
2000, Abdullah dilantik sebagai Timbalan Presiden bagi penggal 2000 - 2003.
Pada awal tempoh khidmat Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri, satu pertikaian yang pahit terletus
dalam UMNO dan membahagikan parti menjadi dua kem. Kumpulan yang menyokong Dr Mahathir
digelar 'Team A' manakala kumpulan yang menyokong bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh
Hamzah dan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Musa Hitam digelar 'Team B'. Kemenangan
Mahathir menyebabkan Tengku Razaleigh Hamzah dihalang daripada menyertai UMNO (Baru) yang
baru ditubuh. Oleh sebab Abdullah seorang penyokong kuat kepada Musa Hitam, mentor politiknya,
beliau dipecat sebagai Menteri Pertahanan dalam kabinet.
Abdullah dikembalikan jawatannya dalam kabinet pada 1991 dan diberikan jawatan Menteri Luar
Negeri. Sehingga 1987, beliau pernah menjawat jawatan:

Setiausaha Parlimen di Kementerian Wilayah Persekutuan (1978-80)


Timbalan Menteri, Kementerian Wilayah Persekutuan (1980-81)
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1981-84)
Menteri Pelajaran (1984-86)
Menteri Pertahanan (1986-87)
Menteri Luar Negeri (15 Mac 1991 - Januari 1999).

Anda mungkin juga menyukai