Anda di halaman 1dari 6

PENGGUNAAN KAEDAH NYANYIAN DAPAT MENARIK MINAT DAN MENINGKATKAN KEMAHIRAN

MEMBACA PERKATAAN YANG MENGANDUNGI DIFTONG MURID TAHUN DUA

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk membantu murid prasekolah dalam meningkatkan kemahiran
membaca perkataan dan seterusnya untuk melihat adakah kaedah nyanyian ini dapat menarik dan
mengekalkan minat muriduntuk belajar. Kajian ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Batu Hampar,
Bedong. Kumpulan sasaran dalam kajian

ini adalah seramai 25 orang yang terdiri daripada murid Prasekolah Nur Alif. Kajian ini dijalankan

terhadappenggunaan kaedah nyanyian yang dilaksanakan oleh penyelidik sepanjang proses


pengajaran dan pembelajaranyang berlangsung di dalam kelas Prasekolah. Kajian ini menggunakan
kaedah ujian pengesanan bacaan, pemerhatiandan kaedah temubual. Dapatan kajian menunjukkan
terdapat peningkatan pencapaian responden dalam kajian inidimana keseluruhan murid dapat
membaca perkataan (vkv, kvkv, vkvk, kvkvk). Ini menunjukkan penggunaankaedah nyanyian dalam
pembelajaran meningkatkan kemahiran membaca perkataan adalah berkesan.

PENGENALAN

Pendidikan Prasekolah adalah pendidikan asas yang penting dan ia telah mendapat perhatian di
semua peringkatmasyarakat kerana ia merupakan pendidikan awal dalam perkembangan hidup
seseorang individu selain daripadapendidikan yang diterimanya di rumah. Di Malaysia,
program pendidikan prasekolah adalah satu programpendidikan untuk golongan kanak-kanak
berusia antara 4 hingga 6 tahun sebelum mereka memasuki pendidikansecara formal di tahun satu
sekolah rendah (Garis Panduan Kurikulum Prasekolah, 1998).Berdasarkan kepada proses pengajaran
dan pembelajaran semasa di dalam kelas, penyelidik mendapati murid kurang berminat semasa
mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran. Mereka juga mudah menunjukkan rasa bosan dan
sering membuat bising di dalam kelas. Walaupun peraturan telah ditetapkan, namun potensi
untuk mengubah tingkah laku adalah sangat rendah. Penyelidik sempat melihat rekod peribadi
murid untuk mengetahuisedikit sebanyak latar belakang murid-murid prasekolah ini dan penyelidik
mendapati kebanyakan murid-muridprasekolah datang daripada latar belakang keluarga yang
berpendapatan rendah dan bekerja sendiri. Namun begitu,terdapat juga murid yang jarang datang
ke sekolah tanpa ada alasan yang munasabah. Hal ini bukan sahajamembimbangkan penyelidik
malahan apa yang menjadi kerisauan di sini ialah tahap perkembangan mereka tidak mencapai ke
tahap yang maksimum .Berpunca daripada ini, mereka kurang dapat menguasai sesetengah
kemahiran yang diajar oleh guru terutama kemahiran membaca di mana kemahiran membaca ini
sangat penting untuk murid prasekolah sebelummengikuti alam pembelajaran formal di tahun
satu. Penyelidik mendapati semua murid berpotensi untuk menguasai kemahiran ini. Dalam proses
pengajaran dan pembelajaran, kebanyakan murid menghadapi masalah untuk menyebut,
mengingat, menghafal dan yang paling ketara ialah masalah dalam membaca perkataan. Perkataan-
perkataan yang menjadi masalah kepada murid prasekolah ini untuk membaca ialah perkataan yang
bersuku kataterbuka dan tertutup (vkv, kvkv, vkvk, kvkvk).Penyelidik mengambil inisiatif untuk
menggunakan kaedah nyanyian di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam usaha
menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid-murid prasekolah ini. Banyak hasil kajian lalu
(Colwell, 1994 dan Stanley & Hughes, 1997) telah menunjukkan bahawa nyanyian dapat
meningkatkankemahiran membaca dan mengingat. Menurut Drosher (2006) pula, pendedahan
terhadap teknik nyanyian dapatmeningkatkan IQ dan perkembangan mental. Manakala bagi
pandangan Butzlaff (2002) dan Lamb & Gregory (1993) kaedah nyanyian dapat mewujudkan
hubungan antara pencapaian membaca dengan teknik nyanyian.
Menyanyi juga dapat menguji kemahiran mendengar dan bertutur, membaca dan menulis. Selain
daripada itu juga, aktiviti nyanyian dapat mempelbagaikan aktiviti pengajaran-pembelajaran di
dalam kelas. (Hawijah Ahmad dan Md. Safea Mohamad, 1992). Kanak-kanak berasa gembira dan
seronok apabila menyanyi kerana nyanyian boleh meransang minat kanak-kanak bagi mengikuti
pengajaran guru, membantu menenangkan fikiran mereka dan memberi peluang mereka melakukan
pergerakan (Ahmad Ramli Zakaria dan Osni Anuar Othman, 1992). Menurut Nani Menon ( 2005),
kanak-kanak prasekolah berasa seronok menyanyi bersama-sama atau dalam kumpulan besar.

Fokus Kajian

Kajian ini memberi fokus terhadap penggunaan teknik nyanyian dalam mengatasi masalah murid
dalam kemahiranmembaca perkataan yang bersuku kata terbuka dan tertutup vkv, kvkv, vkvk dan
kvkvk.

Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan untuk membantu murid prasekolah dalam meningkatkan kemahiran membaca
perkataan (vkv,kvkv, vkvk dan kvkvk) serta membolehkan murid suka untuk belajar.

Soalan Kajian

1.

Adakah kaedah nyanyian dapat meningkatkan kemahiran membaca perkataan vkv, kvkv, vkvk dan
kvkvk di kalangan murid prasekolah?2.

Adakah kaedah nyanyian membolehkan murid menjadi suka untuk belajar?

METODOLOGIInstrumen Kajian

Alat instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah ujian pengesanan bacaan, pemerhatian dan
juga temubual.Ujian pengesanan bacaan ini dilakukan oleh penyelidik bagi mendapatkan gambaran
sebenar tentang tahapperkembangan kemahiran membaca murid-murid prasekolah ini. Ujian ini
akan dilakukan sebanyak dua kali iaitusebelum penyelidik menjalankan intervensi dan selepas
penyelidik menjalankan intervensi. Ujian ini digunakanuntuk membandingkan prestasi tahap
perkembangan membaca sebelum dan selepas intervensi yang dijalankan olehpenyelidik.Data
pemerhatian di analisis tentang perlakuan murid semasa sesi pengajaran dijalankan.
Pemerhatiandilakukan adalah untuk mengenalpasti respon dan minat mereka terhadap kaedah
nyanyian yang dilakukan sertaadakah mereka suka untuk melibatkan diri di dalam proses pengajaran
dan pembelajaran yang berlangsung di dalamkelas.Manakala bagi instrumen temubual, penyelidik
telah menganalisis kandungan hasil temubual bertujuanuntuk mendapatkan maklum balas tentang
keberkesanan kaedah nyanyian dengan menekankan soalan-soalan yangberkaitan perasaan, minat,
pendapat dan adakah mereka dapat mengingat dan membaca semula pekataan yang
telahdinyanyikan.
Responden

Kajian ini melibatkan 25 orang murid prasekolah daripada Sekolah Kebangsaan Batu Hampar
Bedong, Kedah.Mereka ini terdiri daripada beberapa orang murid yang mempunyai perbezaan dari
segi jantina (11 orang lelaki dan14 perempuan), tahap umur (5 dan 6 tahun).

Berikut adalah pelaksanaan tindakan yang telah dilakukan dalam menjayakan kajian ini:

Rujuk catatan nota

Membuat tinjauan awal

UjianPengesananBacaanMelaksanakan sesipengajaran 1

Menggunakan kaedah nyanyian lagu vkvdan vkvk yang ditayangkan semasa setinduksi, langkah 2
dan penutup.

Melaksanakan sesipengajaran 2

Menggunakan kaedah nyanyian lagukvkv dan kvkvk yang ditayangkansemasa set induksi, langkah 2
danpenutup

DAPATAN KAJIAN

Soalan Kajian 1:Adakah kaedah nyanyian dapat meningkatkan kemahiran membaca perkataan vkv,
kvkv, vkvk dan kvkvkdi kalangan murid prasekolah?

Kemahiran membaca perkataan dalam kalangan murid prasekolah meningkat selepas intervensi
dijalankan kepadamurid

Prasekolah Nur Alif

. Dapatan kajian menunjukkan seramai 7 orang murid telah mencapai objektif kajian.Kesemua murid
ini boleh membaca kesemua perkataan (vkv, kvkv, vkvk, kvkvk) dengan betul. Walaupun muridlain
tidak boleh membaca kesemua perkataan, namun dapatan kajian menunjukkan terdapat
peningkatan terhadap jumlah perkataan yang boleh dibaca oleh mereka selepas intervensi
dilakukan.Oleh itu, dapatan ini telah membuktikan bahawa penggunaan kaedah nyanyian ini dapat
meningkatkankemahiran membaca (vkv, kvkv, vkvk, kvkvk) murid prasekolah. Data-data yang
diperolehi dari ujian pengesananbacaan sebelum intervensi dan selepas intervensi kaedah nyanyian
dijalankan telah dianalisis dalam bentuk huraiandan deskriptif. Berdasarkan jadual 1.0 dan 2.0 (rujuk
lampiran 1dan 2), bagi perkataan vkv data menunjukkan hanya14 daripada 25 orang murid sahaja
yang boleh membaca sebelum intervensi kaedah nyanyian dijalankan manakala jumlah bilangan
murid yang boleh membaca perkataan vkv ini meningkat daripada 14 kepada 21 orang
selepasintervensi dijalankan. Jumlah perbezaan peningkatan ini adalah sebanyak 7 orang.Bagi
perkataan kvkv pula, hanya 12 orang murid sahaja yang boleh membaca pada awalnya namun
jumlahini juga meningkat setelah intervensi dijalankan iaitu daripada 12 kepada 17 orang murid.
Jumlah perbezaanpeningkatan ini adalah sebanyak 5 orang murid yang boleh membaca perkataan.
Sebanyak 6 daripada 25 orangmurid sahaja yang boleh membaca perkataan vkvk sebelum intervensi
kaedah nyanyian dijalankan. Walaubagaimanapun jumlah ini menunjukkan peningkatannya setelah
intervensi dijalankan iaitu daripada 6 orang murid kepada 14 orang murid yang boleh membaca
perkataan. Jumlah perbezaan peningkatan ini adalah sebanyak 8 orangmurid.Perkataan kvkvk
menunjukkan bacaan terendah dan mengecewakan dimana tidak seorang murid pun yangboleh
membaca perkataan tersebut sebelum intervensi kaedah nyanyian dijalankan. Selepas intervensi
inidijalankan, bilangan murid yang tidak boleh membaca perkataan kvkvk meningkat kepada 7 orang
murid.Keseluruhan peningkatan bagi kemahiran membaca ini boleh dijelaskan lagi berdasarkan graf
1 dan jadual 3.0 dibawah

Rajah 1: Graf perbandingan peningkatan tahap bacaan murid melalui ujian pengesanan tinjauan
awal dan selepasintervensi kaedah nyanyian dijalankanJadual 1: Jumlah peningkatan selepas
intervensi kaedah nyanyian dijalankan.

Perkataan Jumlah PeningkatanVkv

Kvkv

Vkvk

kvkvk

7Oleh itu, analisis data di atas menunjukkan bahawa terdapat peningkatan kemahiran membaca
murid bagikeseluruhan perkataan yang diuji oleh penyelidik. Walaupun begitu, terdapat juga 4 orang
murid yang tidak menunjukkan apa-apa peningkatan. Hal ini boleh dijelaskan dengan merujuk
kepada Teori Kecerdasan Pelbagai Howard Gardner yang mengatakan bahawa setiap manusia di
dunia ini mempunyai potensi yang berbeza dalam fitrahnya.

Soalan Kajian 2:Adakah kaedah nyanyian membolehkah murid menjadi suka untuk belajar?

Berdasarkan dari analisis data-data pemerhatian dan temu bual daripada sesi pengajaran satu dan
dua, penyelidik mendapati bahawa keseluruhan murid-

murid Prasekolah Nur Alif kelihatan gembira dan suka untuk belajar serta

menunjukkan perlakuan yang baik dan menurut arahan guru semasa intervensi dijalankan. Mereka
menunjukkantingkah laku yang sepatutnya, tidak banyak menunjukkan bahasa badan yang kurang
menyenangkan dan keseluruhan murid juga tidak menunjukkan pergerakan yang tidak diperlukan di
dalam kelas semasa intervensi kaedah nyanyian dijalankan. Berdasarkan pada catatan bebas, bagi
sesi pengajaran 1, keseluruhan murid menunjukkan tingkah laku baik dan hanya terdapat tiga atau
empat orang murid sahaja yang menunjukkan tingkah laku yang kurang memuaskan.Bagi sesi
pengajaran 2, hanya satu atau dua orang murid sahaja yang telah menunjukkan tingkah laku yang
kurangmemuaskankan. Jadi, boleh dikatakan di sini bahawa kaedah nyanyian ini berupaya merubah
tingkah laku muriduntuk belajar walaupun jumlah perubahannya kecil. Bagi bahasa badan dan
pergerakan di dalam kelas yang difokusoleh penyelidik juga menunjukkan keseluruhan murid tidak
banyak menunjukkan bahasa badan yang kurangmenyenangkan dan keseluruhan murid juga tidak
menunjukkan pergerakan yang tidak diperlukan. Walaupunbegitu, hanya terdapat dua atau tiga
orang murid sahaja yang menunjukkan bahasa badan yang kurang memuaskandan pergerakan yang
tidak diperlukan di dalam kelas semasa intervensi kaedah nyanyian dijalankan.Selain itu, daripada
temubual dari ketiga-tiga murid juga menunjukkan mereka suka untuk belajar danmenyanyi semasa
proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah nyanyian dijalankan. Oleh itu,penyelidik
mendapati bahawa murid-murid Prasekolah Nur Alif ini telah menunju

kkan respon dan minat merekaterhadap kaedah nyanyian yang dilakukan. Mereka juga suka untuk
belajar dan dapat memberi tumpuan terhadapproses pengajaran dan pembelajaran yang
berlangsung di dalam kelas serta dapat meningkatkan tahapperkembangan membaca perkataan vkv,
kvkv, vkvk dan kvkvk. Secara kesimpulannya, hasil dapatan daripadaanalisis pemerhatian dan temu
bual ini dapat menunjukkan bahawa objektif penyelididkan ini tercapai.

PERBINCANGAN DAN CADANGAN

Bagi kaedah nyanyian ini, penyelidik mencadangkan agar kajian diteruskan lagi dengan
memanjangkan tempohmasa pelaksanaan supaya keberkesanan kaedah ini dapat ditingkatkan.
Selain itu, kajian menggunakan kaedahnyanyian ini boleh diubahsuai dengan menggunakan nyanyian
sambil membuat pergerakan serta lagu-lagu yangingin digunakan juga boleh dipelbagaikan.Selain
daripada itu juga, kajian ini boleh diteruskan dengan menggunakan perisian multimedia interaktif
supaya proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan penglibatan murid dapat
ditingkatkan.

Seminar Penyelidikan Tindakan IPG Kampus Sultan Abdul Halim 2011

6
RUJUKAN

Abdul Rahman Abdul Majid Khan (2008), Guru Sebagai Penyelidik: PTS Professional: Kuala Lumpur.

Ahmad Ramli Zakaria & Osni Anuar Othman (1992), Projek Teknik Pengajaran dan Pembelajaran:

Siri Panduan Guru KBSR. Jilid 4. Kementerian Pendidikan. DPB: KL.

Hawijah Ahmad dan Md. Safea Mohamad, (1992) Nyanyian Aktiviti Bahasa: Siri Panduan Guru
KBSR. Jilid 7. Kementerian Pendidikan. DBP: KL.

Kamus Dewan, Edisi Baru, (2010) Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Kementerian Pelajaran Malaysia (1998). Garis Panduan Kurikulum Prasekolah: Dokumen Standard
Prasekolah.

Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.Kementerian Pelajaran Malaysia (2009).

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan: Dokumen Standard Prasekolah.

Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Madzniyah Md.Jaafar, Muhammad Hussin, Choo Suet Lan, Hj.Mohd Zubir Embong, Aminuddin Mohd
Sani dan Zakiah Idris. (1995). Modul Kajian Tindakan. Kuala Lumpur : Program PIER (Program
forInnovation, Excellence and Research)

Nani Menon (2005), Permainan, Lagu Dan Puisi Kanak-kanak: PTS Professional: Bentong.

Prof. Madya Norhashimah Hashim & Prof. Aminah Ayob (1982). Panduan Pemakanan Prasekolah:
PTSPublications & Distributors Sdn. Bhd.

William B. Stanley (2001), Critical Issues in Social Studies Research for the 21st Century: Publisher
IAP