(SEBELUM INTERNSHIP)
Pada tarikh 06 Februari 2017 ini akan bermula sesi Internship bagi semua guru
pelatih semester 8 Ambilan Jun 2013. Internship ini akan dijalankan selama 4 minggu.
Saya akan ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Padang Tembak, Ayer Itam, Pulau
Pinang. Sebelum menjalani internship ini, satu kursus dan taklimat intership telah
diadakan. Taklimat berkenaan diadakan di Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau
Pinang. Sepanjang taklimat intership ini, saya dan rakan-rakan saya diberitahu tentang
pengurusan internship, penulisan refleksi dan cara-cara untuk mengutip data untuk kajian
tindakan saya.
Kami juga turut mengambil peluang untuk berbincang dengan lebih lanjut tentang
jadual perlaksanaan kajian tindakan kami sepanjang tempoh Internship. Setelah
perbincangan bersama guru pembimbing diadakan, saya dan rakan internship saya
berbincang mengenai perkara yang akan dilakukan di sekolah. Kami dikehendaki
membuat tiga projek di sekolah iaitu dua projek besar yang mana saya dan rakan boleh
bekerjasama dalam melaksanakannya dan satu projek kecil yang mana perlaksanaanya
akan dijalankan secara individu. Antara isi kandungan perbincangan kami ialah cara
menyediakan kertas kerja seterusnya membuat beberapa langkah untuk menyenaraikan
kos dan sebab projek tersebut dijalankan. Kemudian, setelah projek tersebut dijalankan,
kami dikehendaki menulis satu laporan tentang perlaksanaan projek secara individu.
Akhir sekali, saya berharap agar sesi internship ini dapat memberi input dan
segala pengalaman yang bermakna buat saya. Saya harap agar sesi internship ini akan
berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancang. Semoga sekolah yang diberi dapat
menerima saya seadanya.
PERNYATAAN PROFESIONAL INTERNSHIP 2017
(SEMASA INTERNSHIP)
Pada minggu pertama menjalani Internship di Sekolah Kebangsaan Padang Tembak,
saya bersama rakan saya iaitu Cik Senbagam telah melaporkan diri terlebih dahulu di pejabat
dan kami telah telah berjumpa dengan PK Pentadbiran En Sabra Bin Omar untuk
membincangkan mengenai projek internship. Selepas itu, kami telah berjumpa dengan Guru
Besar Sekolah Kebangsaan Padang Tembak iaitu En Juhari Bin Jusoh bagi membincangkan
mengenai projek yang akan dijalankan sepanjang menjalani Internship selama sebulan di
sekolah. Saya dan rakan saya telah menyampaikan hasrat untuk melakukan projek utama yang
merupakan projek bersama iaitu Program Budaya Senyum dan Salam/ Budaya Penyayang dan
Program Bijak Sifir. Hasrat tersebut disambut baik oleh guru besar kerana beliau juga mempunyai
hasrat yang sama. Saya juga telah diberi tugas untuk projek individu yang akan dijalankan di
sekolah tersebut iaitu mengendalikan Program Satu Soalan Sehari. Kami juga diperkenalkan
dengan mentor kami sepanjang program Internship ini iaitu Encik Rihwan Bin Azizan.
Pada minggu pertama, saya dan rakan saya telah bertungkus lumus merancangdan
memulakan proses untuk membuat kertas kerja bagi projek utama kami. Sebagai setiausaha bagi
projek ini, saya dan rakan berusaha menyiapkan kertas kerja dan minggu kedua, saya dan rakan
saya telah memulakan projek yang kedua iaitu Program Bijak Sifir dan projek ketiga iaitu Program
Satu Soalan Sehari. Sebelum memulakan projek ini, saya telah menyiapkan kertas kerja pada
minggu pertama untuk memudahkan pelaksaan projek ini. Saya dan rakan saya telah merancang
pelbagai cara untuk memastikan projek yang perlu dilaksanakan berjalan dengan lancar.
(SELEPAS INTERNSHIP)
Melalui program ini juga, saya telah belajar untuk merancang, mengurus dan
melaksanakan sesuatu projek atau aktiviti dengan baik dan sebagai bakal guru, proses tersebut
merupakan salah satu kemahiran yang perlu saya pelajari apabila berada disekolah kelak. Selain
itu, melalui projek yang dirancang juga telah membantu meningkatkan proses komunikasi saya
bersama guru-guru, murid-murid dan juga pihak sekolah. Di samping itu, melalui Internship juga
saya telah dapat meningkatkan tahap keyakinan saya untuk bekerja bersama dengan orang lain.
Ini sekaligus dapat mengeratkan hubungan saya bersama guru-guru dan juga warga sekolah.
Sebulan berada di sekolah adalah terlalu singkat buat saya. Terdapat banyak perkara
yang perlu dilakukan dan diselesaikan sepanjang menjalani Internship terutamanya menyiapkan
projek yang telah dirancang bermula minggu pertama menjalani Internship. Segalanna telah
dipermudahkan walaupun terdapat banyak kekangan yang terpaksa dihadapi oleh saya dan
rakan saya.