Anda di halaman 1dari 11

PROGRAM INTERVENSI BAGI MEMPERBAIKI PERGERAKAN YANG

BERLANDASKAN PADA LAKUAN KEMAHIRAN ASAS LOKOMOTOR DAN

MANIPULATIF ALATAN

Berdasarkan pada ujian perkembangan motor kasar Ulrich yang dilaksanakan

ke atas sampel yang berumur kronologi 9 tahun 1 bulan semasa ujian ini

dilaksanakan telah diketahui bahawa sampel berada 4 tahun kebelakangan dalam

kedua-dua kemahiran yang diuji iaitu asas lokomotor dan juga manipulatif alatan.

Enam kriteria telah diuji dalam asas lokomotor termasuk lari, gallop, lompat sebelah

kaki, lenting (bounding), lompat jauh berdiri dan juga lari sisi. Manakala di kemahiran

asas manipulatif alatan juga enam kriteria telah diuji termasuk memukul bola pegun,

lantun bola, menangkap bola,menendang bola, membaling/melontar bola dan juga

mengguling bola. Hasil daripada ujian skor mentah dan skor piawai telah

dikenalpasti bagi mendapatkan AE lokomotor, manipulatif dan juga GMDQ. Sampel

yang diuji telah mendapat keputusan yang tidak memuaskan dimana sampel berada

4 tahun kebelakangan daripada umur kronolgi semasa ujian telah dilaksanakan.

Kriteria larian merupakan kemahiran pertama yang diuji dalam fasa asas

lokomotor. Sampel telah didapati bahawa berlari secara kaki flat-footed. Larian

secara flat-footed ini telah menyebabkan sampel tidak memperoleh markah penuh

bagi kriteria larian dalam asas lokomotor. Walaubagaimanapun latihan ansur maju

boleh dilaksanakan bagi membanteras masalah yang berlaku dalam larian ini.

Latihan ansur maju yang boleh dilakukan ialah:

1. Berjalan secara tidak flat-footed (Langkah pendek)

2. Berjalan secara tidak flat-footed (Langkah sederhana)


3. Berjalan secara tidak flat-footed (Langkah sejauh mungkin)

4. Berjalan dengan cepat secara tidak flat-footed

5. Berjoging jarak sederhana secara tidak flat-footed

6. Berlari secara tidak flat-footed

Sampel harus diterapkan dengan enam latihan ansur maju ini supaya memperbaiki

masalah berlari secara flat-footed seterusnya membantu sampel memperoleh

markah penuh dalam kemahiran larian di bawah asas lokomotor. Latihan ansur maju

harus dilakukan dengan langkah pendek, langkah sederhana dan langkah sejauh

mungkin kesemua dalam keadaan kaki tidak flat-footed. Latihan harus

dipertingkatkan dengan megubah langkah kepada berjalan dengan cepat, berjoging

jarak sederhana dan akhir sekali secara automatik sampel akan dapat berlari

dengan laju dan juga secara tidak flat-footed pada masa yang sama.

Dalam kemahiran lompat sebelah kaki pula sampel yang diuji tidak dapat

melaksanakan aksi keseluruhan kaki bebas dihayunkan ke hadapan untuk

menghasilkan daya dan juga siku fleksi dan dihayunkan ke hadapan untuk

penghasilan daya. Latihan ansur maju yang boleh dilakukan bagi keseluruhan kaki

bebas dihayunkan ke hadapan untuk menghasilkan daya ialah:

1. Melompat sebelah kaki setempat dengan mengangkat dan lock kaki

bebas 90o ke hadapan

2. Melompat sebelah kaki dan bergerak dengan mengangkat dan lock

kaki bebas 90o ke hadapan

3. Melompat sebelah kaki setempat dengan mengangkat dan

menghayunkan kaki bebas 90o ke hadapan


4. Melompat sebelah kaki dan bergerak dengan mengangkat dan

menghayunkan kaki bebas 90o ke hadapan

Ansur maju harus dilaksanakan dengan membantu sampel untuk mendapat kontek

kaki bebas dengan betul dengan memberi arahan untuk lompat setempat dahulu

dengan kaki bebas berada 900 ke hadapan. Selepas sampel dapat memperbetulkan

gaya dengan mengangkat dan lock kaki bebas 90 0 ke hadapan seterusnya ansur

maju boleh dilaksanakan dengan memberi latihan untuk mengangkat serta

menghayunkan kaki ke hadapan pada masa yang sama. Latihan boleh diteruskan

dengan melatih sampel untuk bergerak ke hadapan dengan menghayunkan kaki

bebas 900 ke hadapan. Latihan ansur maju yang boleh dilakukan bagi siku fleksi ke

hadapan untuk penghasilan daya ialah:

1. Melompat sebelah kaki setempat dengan siku fleksi 90 0 serta

menghasilkan daya

2. Melompat sebelah kaki dan bergerak 5 kaki dengan siku fleksi 90 0

serta menghasilkan daya

3. Melompat sebelah kaki dan bergerak 10 kaki dengan siku fleksi 90 0

serta menghasilkan daya

4. Melompat sebelah kaki dan bergerak 15 kaki dengan siku fleksi 90 0

serta menghasilkan daya

Latihan ansur maju bagi memperbaiki siku fleksi ke hadapan untuk penghasilan

daya boleh dimula dengan melompat sebelah kaki setempat dengan siku fleksi 90 0

serta mengerakkan tangan ke depan dan belakang bagi menghasilkan daya.

Seterusnya latihan dapat dipertingkatkan dengan lompat sebelah kaki dan bergerak
5 kaki, 10 kaki dan akhir sekali 15 kaki dengan siku fleksi 90 0 serta menghayunkan

tangan ke hadapan dan belakang bagi menghasilkan daya.

Kemahiran lenting (bounding) pula didapati bahawa sampel tidak mencapai

kriteria posisi tangan mencapai ke hadapan dalam keadaan berkoordinasi dengan

tangan. Latihan ansur maju yang paling berkesan bagi menyelesaikan masalah ini

ialah pelaksanaan permainan tradisional ting-ting. Sampel harus diajar dengan

permainan ting-ting dan mendorong sampel untuk melompat ke petak dengan posisi

tangan mencapai ke hadapan dalam keadaan berkoordinasi dengan tangan. Jarak

antara petak boleh ditetapkan supaya lenting (bounding) juga dilaksanakan pada

masa yang sama. Sampel harus diajar tentang koordinasi tangan ke hadapan yang

betul semasa melakukan lompatan dalam permainan ting-ting. Latihan ansur maju

ting-ting ini juga menyeronokkan yang dapat membantu sampel untuk

memperbetulkan kemahiran yang penting semasa melakukan kemahiran lenting

(bounding).

Kemahiran lompat jauh berdiri juga merupakan sebuah kemahiran dalam

asas lokomotor dan sampel yang diuji didapati tidak memenuhi kriteria posisi sedia :

kedua-dua lutu fleksi dan tangan dalam keadaan fleksi penuh di belakang badan dan

juga tangan dibawa ke bawah ketika mendarat. Kedua-dua kriteria ini dapat

diperbetulkan dalam latihan ansur maju pada masa yang sama. Latihan ansur maju

yang dapat dilakukan ialah :

1. Ketuk-ketampi modifikasi dengan lutut fleksi dan tangan fleksi penuh di

belakang badan
2. Melompat setempat dengan lutut fleksi dan tangan fleksi penuh di

belakang badan seterusnya tangan di bawah ketika mendarat

setempat

3. Melompat sejauh 3 kaki dengan lutut fleksi dan tangan fleksi penuh di

belakang badan seterusnya tangan di bawah ketika mendarat

setempat

4. Melompat sejauh 5 kaki dengan lutut fleksi dan tangan fleksi penuh di

belakang badan seterusnya tangan di bawah ketika mendarat

setempat

5. Melompat sejauh mungkin dengan lutut fleksi dan tangan fleksi penuh

di belakang badan seterusnya tangan di bawah ketika mendarat

setempat

Latihan ansur maju sedemikian akan membantu sampel bagi memperbetulkan

pergerakan semasa kemahiran lompat jauh berdiri. Latihan ini harus dimulakan

dengan ketuk-ketampi modifikasi seterusnya ke melompat setempat dengan

pergerakan yang betul dan diteruskan dengan meningkatkan jarak lompatan yang

akan dapat membetulkan gaya semasa perlakuan dalam kemahiran lompat jauh

berdiri.

Dalam kemahiran lari sisi pula sampel tidak dapat melaksanakan kriteria

posisi badan sisi mengikut arah pergerakan, bahu selari dengan garisan. Latihan

ansur maju yang boleh dilaksanakan bagi memperbetulkan permasalahan ini ialah

dengan mendorong sampel untuk melaksanakan larian sisi dengan hanya menjeling

mata dan tidak memusingkan kepala ke arah sisi larian dilakukan. Sekiranya kepala

dipusing ke arah sisi maka bahu juga tidak akan berada selari dengan garisan.

Latihan ansur maju juga boleh dilaksanakan dengan menentukan jarak yang harus
dicapai secara berlari sisi iaitu daripada dekat ke sederhana dan jauh. Sampel harus

dipastikan bahawa tidak memusingkan kepala ke arah sisi dan hanya menjeling

mata supaya dapat mengekalkan posisi badan sisi mengikut arah pergerakan dan

juga akan dapat memastikan bahu juga berada selari dengan garisan.

Sampel telah diuji dalam kemahiran asas manipulatif alatan termasuk

kemahiran memukul bola pegun, lantun bola, menangkap bola,menendang bola,

membaling/melontar bola dan juga mengguling bola. Dalam kemahiran memukul

bola pegun sampel didapati tidak memenuhi 2 kriteria iaitu rotasi pinggul dan bahu

ketika fasa hayunan dan juga tidak berlaku pemindahan berat badan secara

melangkah kaki ke hadapan. Kedua-dua kriteria ini boleh diperbetulkan dalam

latihan ansur maju yang sama melibatkan kedua-dua perlakuan ini. Latihan ansur

maju yang dimaksudkan ialah:

1. Rotasi pinggul dan bahu ketika fasa hayunan tanpa alatan

2. Rotasi pinggul dan bahu ketika fasa hayunan tanpa alatan serta

pemindahan berat bahan dengan melangkah ke hadapan

3. Rotasi pinggul dan bahu ketika fasa hayunan dengan hanya pemukul

4. Rotasi pinggul dan bahu ketika fasa hayunan dengan hanya pemukul

serta pemindahan berat bahan dengan melangkah ke hadapan

5. Rotasi pinggul dan bahu ketika fasa hayunan dengan pemukul dan

bola pegun

6. Rotasi pinggul dan bahu ketika fasa hayunan dengan pemukul dan

bola pegun serta pemindahan berat bahan dengan melangkah ke

hadapan
Latihan ansur maju yang melibatkan keenam-enam langkah ini akan memastikan

sampel berjaya melaksanakan kemahiran memukul bola pegun dengan betul.

Namun demikian latihan ansur maju bagi kemahiran ini harus dilaksanakan berkali-

kali supaya dapat memastikan sampel menguasai kemahiran ini dengan

sepenuhnya. Ansur maju ini harus dilaksanakan tanpa alatan, dengan hanya

pemukul dan akhir sekali dengan pemukul dan bola pegun. Rotasi pinggul dan bahu

juga harus diberi perhatian dahulu sebelum melatih pemindahan berat badan

dengan selangkah ke hadapan. Ini akan memastikan sampel menguasai kemahiran

memukul bola pegun dengan sepenuhnya.

Manakala dalam kemahiran lantun bola pula sampel yang diuji tidak dapat

melaksanakan 3 kriteria dengan betul iaitu bola dilantun dengan jari, kontak bola

berlaku di hadapan badan/kaki pada sebelah tangan yang melantun bola dan juga

mampu mengawal 4 kali lantunan tanpa perubahan posisi kaki. Latihan ansur maju

bagi menyempurnakan bola dilantun dengan jari ialah:

1. Bola kecil dilantun hanya dengan jari tanpa terkena tapak

2. Bola sederhana dilantun hanya dengan jari tanpa terkena tapak

3. Bola keranjang hanya dilantun dengan jari tanpa terkena tapak

Latihan ansur maju seperti ini akan membantu sampel untuk menguasai kriteria ini.

Pelbagai saiz bola iaitu daripada kecil kepada besar harus diguna semasa latihan

ansur maju ini supaya membantu sampel untuk melaksanakan dengan kontek yang

betul iaitu hanya dengan jari tanpa terkena tapak. Kontak bola berlaku di hadapan

badan/kaki pada tangan sebelah yang melantun bola juga boleh diperbetulkan

dengan latihan ansur maju seperti berikut:


1. Bola kecil dilantun di hadapan badan/kaki pada tangan sebelah yang

melantun bola sebanyak 2 kali

2. Bola kecil dilantun di hadapan badan/kaki pada tangan sebelah yang

melantun bola sebanyak 4 kali

3. Bola sederhana dilantun di hadapan badan/kaki pada tangan sebelah

yang melantun bola sebanyak 2 kali

4. Bola sederhana dilantun di hadapan badan/kaki pada tangan sebelah

yang melantun bola sebanyak 4 kali

5. Bola keranjang dilantun di hadapan badan/kaki pada tangan sebelah

yang melantun bola sebanyak 2 kali

6. Bola keranjang dilantun di hadapan badan/kaki pada tangan sebelah

yang melantun bola sebanyak 4 kali

Bagi menguasai kriteria kontak bola berlaku di hadapan latihan ansur maju seperti di

atas boleh dilaksanakan yang akan dapat membantu sampel untuk membetulkan

kriteria yang penting bagi menguasai kemahiran ini. Pelbagai saiz bola harus diguna

dan juga jumlah lantunan harus ditingkatkan bagi menguasai kriteria ini. Kriteria

mampu mengawal 4 kali lantunan tanpa perubahan posisi kaki dapat dipertingkatkan

dengan melaksanakan latihan ansur maju yang hampir sama.

1. Melantun bola kecil 2 kali di hadapan kaki tanpa perubahan posisi kaki

2. Melantun bola kecil 4 kali di hadapan kaki tanpa perubahan posisi kaki

3. Melantun bola sederhana 2 kali di hadapan kaki tanpa perubahan

posisi kaki

4. Melantun bola sederhana 4 kali di hadapan kaki tanpa perubahan

posisi kaki
5. Melantun bola keranjang 2 kali di hadapan kaki tanpa perubahan posisi

kaki

6. Melantun bola keranjang 4 kali di hadapan kaki tanpa perubahan posisi

kaki

Latihan ansur maju seperti ini akan memastikan sampel melaksanakan kriteria

kemahiran lantun bola ini dengan perlakuan yang sesuai. Dalam kriteria ini pula

sampel harus dipastikan dan dikawal supaya tidak mengubah posisi kaki.

Kemahiran menendang bola juga telah diuji di bawah kemahiran manipulatif

alatan dan sampel tidak dapat memenuhi kriteria posisi kaki bebas adalah

bersebelahan atau berada sedikit di belakang posisi bola. Latihan ansur maju dapat

membantu sampel untuk memenuhi kriteria ini. Latihannya adalah seperti berikut:

1. Meletakkan tanda pada posisi kaki bebas perlu ada

2. Mengira jumlah langkah ke belakang dan ke tepi daripada tanda

3. Berlari dan memastikan kaki bebas berada pada tempat yang telah

ditanda

Sampel harus mengulang langkah ini sehingga dapat mengaplikasikannya tanpa

tanda. Ini akan memastikan sampel memenuhi kriteria ini dalam kemahiran

menendang bola. Latihan ansur maju ini memerlukan masa yang lebih banyak

kerana sampel harus memenuhi kriteria ini dengan sempurna supaya dapat

mendapat markah penuh bagi kemahiran menendang bola.

Akhir sekali, dalam kemahiran asas manipulatif alatan sampel tidak dapat

memenuhi kriteria yang terdapat dalam mengguling bola seperti rotasi bahu dan

pinggul pada arah sasaran balingan, pemindahan berat bahan secara kaki
melangkah ke hadapan dan juga ikut lajak secara tangan yang membaling

menyilang bahagian hadapan badan. Latihan ansur maju yang melibatkan ketiga-

tiga kriteria ini pada masa yang sama akan memastikan sampel menguasai

kemahiran ini dengan sepenuhnya. Latihan ansur majunya ialah :

1. Rotasi pinggul dan bahu pada arah sasaran balingan tanpa bola

2. Rotasi pinggul dan bahu pada arah sasaran balingan tanpa bola serta

pemindahan berat bahan dengan melangkah ke hadapan

3. Rotasi pinggul dan bahu pada arah sasaran balingan tanpa bola serta

pemindahan berat bahan dengan melangkah ke hadapan dan ikut lajak

secara tangan membaling menyilang bahagian hadapan badan

4. Rotasi pinggul dan bahu pada arah sasaran balingan dengan bola

5. Rotasi pinggul dan bahu pada arah sasaran balingan dengan bola

serta pemindahan berat bahan dengan melangkah ke hadapan

6. Rotasi pinggul dan bahu pada arah sasaran balingan dengan bola

serta pemindahan berat bahan dengan melangkah ke hadapan dan

ikut lajak secara tangan membaling menyilang bahagian hadapan

badan

Kemahiran membaling bola ini dapat dikuasai oleh sampel sepenuhnya dengan

melibatkan diri dalam intervensi seperti di atas yang akan melibatkan satu per satu

kriteria tanpa dan juga dengan bola. Latihan ansur maju ini akan memastikan

kemahiran membaling bola dapat dilaksanakan dengan betul dan seterusnya

memenuhi kesemua kriteria dalam manipulatif alatan.

Latihan intervensi yang telah dicatat bagi setiap kemahiran yang terdapat di

bawah lokomotor dan manipulatif alatan ini akan memastikan seseorang individu
dapat menguasai kesemua kriteria yang diperlukan bagi melaksanakan sesebuah

kemahiran dengan sempurna. Guru-guru di sekolah haruslah berganding bahu bagi

memperkenalkan kesemua latihan intervensi dan ansur maju ini supaya membantu

anak murid menguasai kemahiran yang diperlukan berdasarkan pada umur

kronologi mereka. Ini juga akan dapat memastikan perkembangan motor kasar

seseorang berada pada tahap umur kesetaraan yang sesuai. Kurikulum juga

haruslah digubal dan dirancang mengikut kehendak motor halus dan kasar kanak

kanak supaya dapat menjawab konflik-konflik yang berlaku berkaitan dengan

perkembangan motor kanak-kanak.

Anda mungkin juga menyukai