Anda di halaman 1dari 13

1.

0 Bimbingan dan Kaunseling

Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling amat penting oleh kerana negara


kini mengalami perubahan pesat. Dunia juga dipenuhi dengan pelbagai cabaran.
Faktor kesibukan ibu bapa, pengaruh rakan sebaya dan media massa telah
mendatangkan pelbagai kesan kepada masyarakat dan negara. Terdapat banyak
kesan negatif daripada faktor tersebut. Oleh itu, bagi menangani kesan negatif yang
banyak menular dikalangan masyarakat terutamanya dikalangan murid sekolah,
perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling telah diperkenalkan terutamanya di setiap
sekolah di Malaysia.

Tujuannya adalah supaya murid boleh mencari jalan keluar agar mereka
menemui kesejahteraan dan dapat menangani pelbagai masalah yang dihadapi.
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah semakin penting bagi mencapai
matlamat Falsafah Pendidikan Negara (Lee Keok Cheong, 2014). Dalam menuju
masyarakat yang seratus peratus celik ilmu, pekhidmatan ini juga memainkan
peranan penting. Murid yang tidak mengalami sebarang masalah atau tekanan hidup
pasti akan dapat belajar dan menerima ilmu dengan cepat dan tenang.

Menurut Shertzer dan Stone (1974) bimbingan merupakan suatu proses yang
membantu individu memahami diri mereka dan dunia. Individu akan dibantu oleh guru
bimbingan atau kaunselor agar menyedari segala kekuatan dan kelemahan diri
mereka. Dengan itu, mereka akan menentukan aras aspirasi yang lebih realistik
dengan kebolehan dan minat mereka. Melalui cara ini, individu dapat
mengembangkan kebolehannya ke satu tahap yang maksimum tanpa menjejaskan
kesejahteraan hidup yang mungkin mendatangkan stress yang melampau.

Bimbingan bukan proses memberikan arahan kerana pembimbing tidak


membuat keputusan untuk muridatau kien tanpa mengambil kira langkah-langkah
yang diambil ketika membimbing, matlamat atau hasil yang dicapai merupakan
usaha individu itu sendiri. Pembimbing tidak menentukan cara-cara individu itu
memenuhi kehendak, keperluan atau minatnya. Kesemuanya diikhtiarkan oleh
individu itu sendiri. Perkhidmatan bimbingan yang diberi kepada murid bertujuan
membantu mereka mengembangkan diri secara maksimum sejajar dengan
kebolehan dan minat mereka.

1
Kaunseling didefinasikan sebagai sesuatu bantuan yang bertujuan untuk
menyelesaikan masalah peribadi seseorang klien. Pertolongan tersebut berlaku
antara seseorang yang pakar, professional dan berilmu pengetahuan dalam bidang
kaunseling dengan klien yang memerlukan bantuan pada masa itu (Good dalam
Sapora Sipon, 2003). Kaunseling berfungsi untuk membantu seseorang individu
yang mengalami masalah.

Kesimpulannya, di peringkat sekolah bimbingan dan kaunseling ini merupakan


proses pertemuan secara bersemuka di antara guru bimbingan yang memainkan
peranan sebagai guru kaunselor. Murid pula diistilahkan sebagai klien atau orang
yang mengalami masalah. Bimbingan dan kaunseling memainkan peranan bagi
mengubah tingkah laku murid. Perubahan ini juga seterusnya membawa kepada
penyelesaian masalah yang dihadapi oleh murid.

2
1.1 Peranan-Peranan Guru Biasa Dalam Membantu Keberkesanan Perkhidmatan
Bimbingan dan Kaunseling Di Sekolah

Proses membentuk seseorang manusia menjadi modal insan yang berguna


terhadap agama, bangsa dan negara bukanlah satu proses yang mudah. Dalam
mengharungi proses tersebut guru menghadapi pelbagai cabaran. Pelbagai karenah
serta tingkah laku murid terpaksa guru tangani. Ini menjadikan seorang guru itu
bukan sahaja mendidik malah guru juga merupakan seorang pembimbing. Oleh itu,
menjadi bimbingan dan kaunseling di peringkat sekolah bukan hanya digalas oleh
guru kaunseling sahaja namun semua pihak termasuk guru biasa juga terlibat secara
langsung dalam proses bimbingan dan kaunseling murid.

Selain itu, bukan semua sekolah yang mempunyai seorang guru kaunselor
dalam sistem persekolahan. Justeru, kadang kala guru biasa juga perlu berperanan
sebagai guru bimbingan dan seorang kaunselor. Peranan guru biasa adalah sangat
penting kerana mereka mengenali murid-murid dalam bilik darjah dengan baik dan
dapat membekalkan maklumat yang berkaitan dengan tingkah laku bermasalah
semua murid-murid di dalam kelas tersebut.

Menurut A. Ghani Abdullah dan Abd. Rahman Abd. Aziz (2009), guru perlu
mempunyai sikap dan keperibadian sebagai kaunselor ataupun pembimbing kepada
para pelajar memandangkan gurulah yang memainkan peranan yang besar dan
penting dalam membentuk pelajar yang baik dan berketerampilan. Oleh itu, guru
tidak boleh mengelakkan peranan sebagai kaunselor atau pembimbing kepada
pelajar, bukan sahaja dalam mata pelajaran yang diajarnya, malah juga dalam
menangani cabaran dan masalah harian yang dihadapinya.

Antara peranan guru biasa sebagai kaunselor atau pembimbing ialah


membantu dan membimbing murid mengatasi masalah yang dihadapi seperti
masalah berkaitan dengan pembelajaran, sosioekonomi dan keluarga. Sebagai
contoh, guru membimbing murid dalam melaksanakan tugasan yang sukar
contohnya tugasan sains secara langsung ini akan memudahkan murid memahami
dan menyelesaikan tugasan tersebut.

3
Dalam masalah sosial emosi seperti kecewa, bosan, dan sebagainya, guru
perlu membimbing murid berkenaan supaya murid tersebut dapat membina
keyakinan diri semula dan menyertai aktiviti pembelajaran secara aktif. Terdapat juga
sesetengah kes murid menghadapi masalah keluarga seperti perceraian. Dalam hal
ini, peranan guru diperlukan untuk menasihati dan berbincang dengan murid untuk
menangani masalah yang dihadapi berpunca daripada masalah tersebut. Guru juga
boleh membimbing murid sekiranya murid tidak mampu menyelesaikan masalah
sendiri.

Dalam konteks ini, guru harus peka dan mengambil berat tentang setiap
pergerakan dan tingkah laku murid. Sekiranya mendapati murid-murid menghadapi
masalah, guru perlu membimbing dan mencari cara penyelesaian masalah secara
positif supaya tidak timbulnya masalah disiplin bilik darjah seperti murid tidak
menumpukan perhatian sewaktu pengajaran dan pembelajaran dijalankan, tidur dan
sebagainya. Selain itu, peranan guru biasa sebagai kaunselor adalah membantu
mengembangkan kebolehan murid. Hal ini demikian kerana murid-murid di sekolah
mempunyai tahap kebolehan yang berlainan sama ada pintar, sederhana dan lemah.

Ramlah Jantan dan Mahami Razali ( 2002 ) telah membahagikan aspek-aspek


perbezaan individu kepada sebelas aspek yang berlainan, iaitu fizikal, emosi,
kecerdasan, sosial, budaya , personaliti, bakat, minat, latar belakang dan lain-lain.
Justeru, guru memainkan peranan dalam membimbing dengan menyediakan
pelbagai aktiviti pengayaan untuk mencabar pemikiran mental mereka. Hal ini akan
menggalakkan murid lebih terlibat secara aktif dalam pembelajaran. Dalam konteks
ini, guru haruslah memberi peluang kepada murid-murid yang lebih lemah untuk
melibatkan diri dalam pengajaran dan pembelajaran supaya mereka berasa
disayangi dan akan melibatkan diri secara aktif semasa pengajaran dijalankan.

Di dalam kelas, guru boleh menggunakan teknik atau kaedah penyoalan,


teknik peneguhan, serta memberi dorongan kepada para murid supaya kebolehan
dapat dikembangkan. Kebolehan murid mestilah dikembangkan dengan seimbang
dari semua aspek iaitu jasmani, rohani, emosi, intelek dan sosial. Di samping itu,
peranan guru biasa sebagai kaunselor ialah menolong murid membuat penyesuaian.
Dalam hal ini, guru biasa membantu murid-muridnya menyesuaikan diri dalam
pelbagai aspek seperti fizikal, mental, emosi, persekitaran dan sebagainya.

4
Penyesuaian ini berlaku secara langsung atau tidak langsung sama ada di
dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah. Ini kerana supaya murid dapat
menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu dan situasi baharu yang mereka
hadapi. Hal ini disebabkan semua murid mempunyai latar belakang yang berbeza
sama ada dari segi budaya, agama, kaum dan keluarga. Justeru, guru perlu
memainkan peranan dalam membimbing murid dengan membiasakan mereka
menghadapi situasi sebenar dengan memberi nasihat, motivasi serta kata-kata yang
boleh meningkat semangat. Dalam konteks ini, guru perlu lebih memahami murid
melalui pemerhatian yang dilakukan terhadap sikap dan keadaan murid-murid di
dalam bilik darjah. Jika terdapat murid yang kelihatan murung, guru perlu mengambil
tindakan dengan mengadakan perjumpaan dengan murid tersebut dan mengambil
langkah-langkah yang sesuai.

Peranan guru biasa sebagai kaunselor seterusnya adalah membimbing murid


dalam membuat keputusan. Pengalaman yang dimiliki oleh guru berbanding dengan
murid menjadikan guru lebih bijak dalam membuat sesuatu keputusan. Justeru, guru
perlu membimbing murid dalam membuat keputusan yang bijak dan rasional. Guru
hanya perlu memberi cadangan kepada murid dan keputusan akan dibuat oleh murid
itu sendiri. Namun begitu, guru harus juga memastikan keputusan yang dibuat oleh
murid adalah berpandukan nilai-nilai moral yang betul.

Seterusnya, peranan guru biasa sebagai seorang kaunselor ialah membentuk


tabiat kerja murid. Pembentukan tabiat positif mampu memberi kesan yang positif ke
arah peningkatan prestasi dalam pembelajaran. Di antara tabiat positif yang perlu
dibentuk ialah seperti positif terhadap kesukaran yang dihadapi, peka terhadap
masa, yakin terhadap kebolehan diri, berani mencuba untuk kebaikan dan lain-lain
lagi. Pembentukan tabiat positif ini haruslah diberi penekanan oleh guru di awal tahun
lagi agar segala masalah dapat dibendung dan dapat dijadikan sebagai iktibar dalam
menghadapi cabaran yang pastinya menguji kita dalam usaha mencapai kejayaan.

Oleh itu, dapat dirumuskan guru biasa juga mempunyai peranan yang hampir
sama dengan seorang kaunseling iaitu sikap pembimbing. Sememangnya sifat
pembimbing ini dimiliki oleh seorang dalam membantu murid dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Guru biasa juga harus memiliki kemahiran-kemahiran
dalam proses membimbing agar dapat menyelesaikan masalah-masalah yang
dihadapi oleh murid. Ini juga dapat memudahkan proses pengajaran dan
pembelajaran harian.

5
1.2 Tafsiran Hasil Ujian Minat Kerjaya

Kerjaya merangkumi segala urusan bidang pekerjaan yang dilaksanakan oleh


seseorang sepanjang hidupnya manakala proses perkembangan sesuatu kerjaya
membawa maksud segala persiapan, rancangan dan kefahaman seseorang pekerja
sebelum menceburi kerjaya tersebut. Pendidikan kerjaya pula memberi erti sesuatu
pengetahuan dan kemahiran yang disalurkan dalam bidang kerjaya atau profesion
yang dipilih demi mendalami proses pemahaman dan persediaan murid tersebut (Dr
Khoo Bee Lee, 2014).

Minat kerjaya seseorang dapat diukur melalui instrumen ujian minat kerjaya.
Instrumen ini telah digunakan di sekolah bagi mengukur minat kerjaya murid. Ujian
minat kerjaya merupakan alat pengukuran untuk menentukan minat individu tentang
sesuatu aktiviti dalam pekerjaan-pekerjaan yang khusus berdasarkan persekitaran
kerja (Nowak 1986). Contoh ujian minat kerjaya yang sering digunakan oleh guru
kaunseling terhadap murid adalah ujian berasakan teori kerjaya Holland (RIASEC).

Teori yang terkenal ini telah dimulakan oleh John Holland (1971). Teori
Pemilihan Kerjaya Holland memberi fokus kepada trait personaliti dan banyak
dipengaruhi oleh Teori Trait dan Faktor sebelum ini. Teori ini juga pada dasarnya
merupakan teori pendekatan struktur yang lebih menekankan aspek keselarasan
antara personaliti dengan persekitaran, namun teori ini juga telah diperkembangan
dalam aspek bagaimana personaliti terbentuk dan berkembang.

Menurut Holland (1985), teori ini dibentuk berasaskan kepada andaian bahawa
minat vokasional adalah satu daripada aspek personaliti dan oleh yang demikian
diskripsi mengenai minat individu juga menggambarkan minat seseorang. Trait-trait
personaliti ini biasanya dikenalpasti melalui kecenderungan terhadap mata pelajaran
sekolah, aktiviti-aktiviti rekreasi, hobi dan kerja. Contohnya, seseorang individu yang
personalitinya digolongkan sebagai realistik ialah individu yang kuat secara fizikal,
gagah, agresif dan berkemahiran lisan dalam perhubungan antara individu. Mereka
ini sesuai bekerja sebagai buruh kasar, operator mesin, petani dan tukang kayu.

6
Teori Holland telah mengketegorikan individu kepada salah satu daripada
enam kategori yang diberikan oleh Holland berdasarkan pengamatannya terhadap
budaya masyarakat Amerika. Enam personaliti tersebut ialah Realistik (R),
Investigatif (I), Artistik (A), Sosial (S), Enterprising (E) dan Conventional (C). Setiap
jenis personaliti terbentuk hasil daripada interaksi antara pelbagai desakan
kebudayaan dan personal termasuklah rakan sebaya, pewarisan biologi, keluarga,
kelas sosial, budaya dan persekitaran fizikal daripada interaksi antara individu
dengan faktor-faktor ini, individu akan menyukai aktiviti-aktiviti tertentu dan tidak
kepada aktiviti-aktiviti yang lain. Seterusnya, aktiviti-aktiviti ini kian diminati dan minat
ini mendorong kepada pembentukan kumpulan kecekapan tertentu.

Melalui teori ini, minat kerjaya murid bagi tahun 5 berlian telah diukur. Murid
telah diberikan ujian minat kerjaya bagi mengetahui laluan kerjaya mereka di masa
hadapan serta ia juga dapat sedikit sebanyak memberikan input buat guru mengenai
personaliti diri murid yang sebenar. Ujian yang dilakukan terhadap murid 5 berlian
menunjukkan bahawa murid 5 berlian cenderung kepada jenis investigatif.

Jenis investigatif ialah jenis individu yang mempunyai kemahiran saintifik dan
matematik. Individu ini mengendalikan persekitarannya dengan menggunakan
kecerdasan, memanipulasikan idea-idea, perkataan-perkataan dan lambang-
lambang. Mereka digambarkan sebagai individu yang mengelak daripada situasi
sosial dan bersifat introvert. Jika dilihat dari segi personaliti kebanyakan murid di
kelas ini, jelas rata-ratanya mempunyai sifat yang ekstrovert. Mereka amat aktif
ketika berada di kelas sehinggakan mereka menerima jolokan kelas banyak mulut
oleh hampir kesemua guru di sekolah. Kebanyakan mereka merupakan murid yang
aktif sama ada dalam proses pengajararan dan pembelajaran mahu pun aktiviti
sukan.

Selain jenis ivestigatif, murid 5 berlian juga cenderung kepada jenis sosial dan
jenis conventional. Jenis personaliti sosial ialah jenis yang suka bekerja dan
berinteraksi dengan manusia. Individu ini mengendalikan persekitarannya dengan
menggunakan kemahiran-kemahiran sosialnya dalam berkomunikasi. Mereka
digambarkan sebagai individu berimej positif mengenai diri mereka, suka bersosial,
riang dan bertanggungjawab. Seperti juga jenis investigatif murid yang berpesonaliti
sosial ini juga bukanlah bersifat introvert. Mereka suka berkawan dan melakukan
aktiviti yang dapat membantu rakan-rakan.

7
Jenis conventional ialah jenis individu suka bekerja dengan data dan nombor.
Individu ini menghadapi persekitaran dengan memilih matlamat dan kegiatan yang
direstui oleh masyarakat serta melakukan sesuatu secara terperinci, bersifat akur
dan mengikut arahan. Mereka digambarkan dengan individu stereotaip, sentiasa
kemas dan konservatif. 5 berlian merupakan salah satu kelas yang di kategorikan di
antara kelas yang pandai. Oleh itu wajarlah rata-rata murid di kelas itu mempunyai
sifat berjenis conventional ini. Perwatakan mereka yang kemas amat disenangi oleh
setiap guru yang mengajar di kelas ini.

Selain mengetahui personaliti diri sebenar, murid ini juga merasa amat teruja
kerana mereka juga dapat mengetahui kerjaya mereka di masa hadapan. Ujian ini
juga akan memberi input yang baik buat diri mereka. Mereka dapat mengetahui
kerjaya yang paling sesuai dengan personaliti mereka. Terdapat juga murid yang
telah pun memilih kerjaya sendiri merasa amat gembira kerana setelah
melaksanakan ujian ini, mereka sedar bahawa pilihan kerjaya yang ingin mereka
ceburi itu tepat dan sesuai dengan personaliti mereka.

Tuntasnya, ujian minat kerjaya ini amat berguna dan harus dijalankan kepada
semua murid di sekolah. Murid akan tahu kemampuan dirinya. Murid juga dapat
mengetahui personaliti yang mungkin sebelum ini kurang jelas bagi mereka. Mereka
juga mudah untuk menegnali diri sendiri. Ujian minat kerjaya ini juga bukan sahaja
berguna ke atas diri murid itu sendiri malah ia juga berguna kepada guru yang
mengajar kelas tersebut terutamanya guru kelas. Guru akan dapat membaca
personaliti murid mereka. Ini akan memudahkan guru untuk merancang pengajaran
dan pembelajaran yang lebih menarik dan berkesan. Ujian ini juga membantu guru
mengenali anak muridnya dengan lebih dekat. Guru juga akan mampu
menyelesaikan masalah murid jika murid tersebut mempunyai masalah.

8
2.0 Refleksi Mengenai Penggunaan Intervensi Kaunseling Kanak-Kanak

Intervensi membawa maksud mengubah dan membuka pemikiran, perasaan


dan tingkah laku seseorang yang bermasalah supaya menerokai, memulih dan
mempertingkatkan keyakinan diri manakala terapi dikenali sebagai rawatan di dalam
bidang perubatan dimana pesakit diberi rawatan ke atas masalah kesihatan yang
dialaminya sama ada fizikal ataupun mental. Secara amnya, terapi ialah kaedah-
kaedah untuk mengubati penyakit atau masalah tubuh badan dan sebagainya.
Dalam konteks pendidikan pula, terapi dapat didefinisikan sebagai kaedah untuk
membantu seseorang individu untuk bergerak-balas terhadap sesuatu aktiviti atau
kemahiran-kemahiran yang tertentu.

Intervensi yang berasaskan pendekatan kaunseling merupakan tindakan yang


dilakukan oleh kaunselor dalam membina program bimbingan dan kaunseling yang
lebih komprehensif. Bentuk intervensi kaunseling yang dijalankan juga perlulah
sesuai dengan jenis permasalahan yang dihadapi oleh klien bagi meningkatkan
keberkesanan program kauseling yang dijalankan. Dalam intervensi kanak-kanak,
beberapa jenis terapi boleh digunakan antaranya ialah terapi bermain, terapi
bercerita, terapi muzik, terapi seni dan terapi biblio.

Kumpulan kami telah memilih dua orang murid yang dijadikan sebagai
responden dalam mengkaji keberkesanan terapi. Kedua-dua responden yang dipilih
mempunyai masalah yang berbeza. Responden pertama merupakan seorang murid
tahap satu. Beliau merupakan seorang murid yang bermasaalah disiplin. Beliau
seringkali memukul rakan dan adakalanya beliau juga meludah dan mengugut guru.
Kelakuan beliau sedikit sebanyak mengganggu proses pembalajaran di dalam kelas.
Responden kedua pula merupakan murid tahap dua. Beliau merupakan seorang
murid yang rajin dan baik namun sejak kebelakangan ini beliau menjadi agresif dan
mempunyai masalah disiplin seperti membuli, bergaduh dan ponteng kelas. Menurut
guru kelas yang kami temui, beliau bersikap demikian kerana beliau telah berkawan
dengan sekumpulan murid yang sememangnya mempunyai masalah disiplin.

9
Terapi bercerita dan terapi seni telah dipilih oleh kumpulan kami untuk dijadikan
terapi bagi simulasi intervensi terapi kaunseling yang dijalankan terhadap kedua-dua
responden ini. Terapi bercerita ialah suatu aktiviti yang digunakan untuk
menyampaikan peristiwa dengan perkataan, imej dan suara. Elemen-elemen penting
yang terkandung dalam cerita ialah plot, watak-watak serta pandangan dan nilai-nilai
murni. Nilai-nilai moral yang terkandung dalam cerita, dan kanak-kanak yang
mempunyai motivasi instrinsik yang suka mendengar cerita, terapi bercerita
merupakan pendekatan yang paling berkesan untuk kaunseling kanak-kanak yang
mempunyai tingkah laku bermasalah.

Kegunaan cerita untuk terapi ialah cerita menggambarkan hidup emosi


dalaman. Cerita merangkumi pengalaman emosi. Mereka memberi kanak-kanak
perkataan yang diperlukan untuk menyatakan perasaan dan konteks untuk mereka
memahami perasaan tersebut. Dengan mendengar cerita, kanak-kanak menjadi
lebih yakin, kreatif dan cergas sewaktu menghadapi masalah harian. Di samping itu,
menndengar cerita dapat menyediakan pengalaman hadapan. Bercerita dengan
teknik yang berkesan atau melibatkan secara keseluruhan minda, deria dan emosi
pendengar, seakan-akan hidup sering dengan dunia cerita itu. Kesannya, pendengar
lebih bersedia untuk menghadapi situasi yang serupa dalam kehidupannya.

Guru atau kaunselor boleh menjadikan teknik bercerita sebagai satu


pendekatan terapi kepada murid-murid di mana guru boleh meneroka dan cuba
mendekati murid bermasalah dengan bercerita. Murid yang bermasalah kadang-
kadang sukar untuk meluahkan perasaan mereka secara terbuka kepada guru atau
kaunselor. Oleh itu, guru perlu mencari sumber yang berkaitan dalam masalah yang
sedang dihadapi atau pengalaman hidup yang pernah dilalui oleh murid tersebut.
Terapi bercerita ini merupakan suatu teknik yang paling berkesan bagi menyemai
kemahiran berkomunikasi kepada kanak-kanak (Trencher, 1991:86).

Selain terapi bercerita, terapi seni juga telah menjadi pilihan kumpulan kami
untuk melihat sejauh mana respondan dapat mennceritakan mengenai masalah yang
dihadapinya.Terapi seni adalah proses pemulihan sikap dan emosi yang boleh sama-
sama kita fikirkan. Gabungan antara kaedah psikologi, perlakuan, bakat dan disiplin
diri boleh dijadikan ruang untuk terapi seni diolah sebagai mekanisme pemulihan.
Terapi seni juga adalah kaedah untuk menggalakkan pesakit meluahkan perasaan
pemikiran mereka yang tidak boleh dilahirkan dengan perkataan melalui seni
terutama lukisan.

10
Menurut American Art Association, terapi seni adalah satu profesion kesihatan
mental yang menggunakan proses kreatif dalam lukisan untuk menambah baik dan
menyempurnakan fizikal, mental dan emosi individu di bawah semua peringkat umur.
Terapi seni boleh diertikan sebagai suatu bentuk terapi ekspresif yang menggunakan
media warna, kapur, pensil dan marker diintergerasikan dengan terapi psikoterapiutik
dan teknik proses kreatif.

Menurut Frostig & Essix (1998) The responsible of an Art or Expressive


Therapist within a school setting is to help student express and contain their
internal conflicts, while facililitating their ability to implement change.Gambaran ini
mungkin dalam bentuk lukisan, gambar, seni pahat ataupun bahan seni yang dicipta
dari tanah liat. Selanjutnya, pakar terapi ataupun kaunselor akan mengajak klien
untuk membincangkan karya yang dihasilkan. Melalui proses ini, klien akan diminta
supaya bersikap terbuka dalam meluahkan dan bercakap tentang segala emosi dan
perasaan-perasaan terpendam yang dihadapi olehnya.

Setelah kedua-dua terapi itu dijalankan ke atas responden, dapat ditafsirkan


bahawa responden pertama dan kedua walaupun mempunyai masalah disiplin yang
hampir sama namun penyebab kepada masalah itu berbeza. Responden pertama
dalam terapi seni telah melukiskan sebuah lukisan yang bertajuk dinosur. Jika dilihat
daripada lukisan yang dilukis, kita dapat mentafsir bahawa perasaan beliau bercelaru
dan beliau juga suka sesuatu yang melambangkan pergaduhan atau disifatkan
sebagai mempertahankan diri oleh responden. Beliau melukis banyak dinasur yang
bersifat karnivor atau haiwan pemangsa. Apabila ditanya tentang lukisannya beliau
menceritakan mengenai haiwan dinasur yang terdapat di dalam lukisan yang
dihasilkan.Kesemua haiwan di dalam lukisan yang dilukis merupakan haiwan
pemangsa. Ini jelas memperlihatkan sikap beliau yang sering marah dan
memberontak. Melalui lukisan itu juga beliau telah meluahkan perasaan yang seakan
marah.

Berbanding dengan responden kedua, lukisan yang dilukis tidak menunjukkan


yang beliau marah atau tertekan dengan sesuatu situasi. Responden kedua telah
melukis bendera serta sebuah kereta dan tertera dua nama penting dalam hidup
responden. Jika dilihat daripada lukisan yang dilukis jelas terlihat bahawa beliau
bukanlah seorang yang sukakan keganasan walaupun beliau sering kali dikaitkan
dengan pergaduhan.

11
Beliau kemungkinan hanya terpengaruh dengan rakan sebaya. Responden
kedua merupakan seorang anak yang kehilangan kedua ibu dan bapanya. Beliau
dijaga oleh ibu saudara dan neneknya. Di dalam lukisannya, beliau telah mencatat
nama kedua ibu bapanya. Kerinduan terhadap kedua ibu bapanya telah ditunjukkan
melalui lukisan yang dilukis.

Melalui terapi bercerita pula, responden pertama telah menceritakan


bagaimana beliau dibesarkan dengan sebuah keluarga yang sibuk. Bapanya sorang
jurutera yang bekerja di salah sebuah syarikat di Singapura manakala ibunya bekerja
di sebuah pusat hiburan. Pada waktu kerja bapanya jarang berada dirumah. Hanya
di waktu cuti bapanya akan balik ke rumah. Ibunya pula akn keluar bekerja pada
pukul 7 malam dan pulang pada keesokan harinya. Oleh itu beliau hanya dijaga oleh
pembantu rumah. Beliau sering kali juga dimarah dan dipukul oleh pembantu
rumahnya kerana tidak mematuhi arahannya.

Beliau juga sering dipukul oleh bapanya tatkala bapa dan ibunya bergaduh.
Beliau yang juga merupakan anak sulong daripada empat adik beradik telah
menyimpan dendam dan marah terhadap bapanya. Oleh kerana terlalu marah akan
bapanya beliau juga telah menceritakan bahawa bapanya merupakan pesakit jiwa
yang mengamalkan pengambilan ubat penenang. Apabila ditanya mengenai
masalah disiplin yang dilakukan di sekolah, beliau menyatakan bahawa beliau hanya
mempertahankan dirinya dari dibuli oleh rakan-rakannya. Beliau hanya ingin rakan-
rakannya merasa takut untuk membulinya oleh sebab itu beliau bertindak ganas
setiap kali diusik oleh rakan-rakannya.

Hasil daripada terapi bercerita yang dijalankan terhadap beliau, dapat


ditafsirkan bahawa beliau merupakan mangsa pukul di rumahnya. Oleh kerana beliau
merupakan anak sulong, beliau sering kali dpersalahkan dalam setiap hal. Beliau
akan menyimpan dendam apabila beliau dipukul oleh orang yang lebih dewasa dan
perasaan dendam itu dilepaskan sewaktu beliau di sekolah. Beliau mampu untuk
menjadi murid yang berdisplin jika beliau tidak diejek atau dbuli rakan-rakannya.

Bagi responden kedua pula melalui terapi bercerita beliau banyak meluahkan
rasa rindu beliau terhadap kedua ibu bapa beliau. Beliau yang yang kehilangan kasih
sayang kedua ibu bapanya sejak dari usia tujuh tahun telah dijaga oleh ibu
saudaranya yang tidak berkahwin serta neneknya. Beliau merupakan anak bongsu
daripada tiga adik beradik.

12
Beliau merupakan seorang murid yang rajin serta cerdik di dalam kelas namun
kerana pengaruh rakan sebaya beliau telah menjadi murid yang mempunyai masalah
disiplin. Apabila ditanya mengapa beliau berkawan dengan rakan yang mempunyai
masalah disiplin beliau menyatakan bahawa beliau hanya ingin berkawan dan
mereka sahaja yang ingin berkawan dengannya. Tuntasnya akibat daripada
kehilangan ibu bapa dan kemungkinan beliau juga merasakan kekurangan kasih dan
sayang beliau telah tersalah memilih rakan dan bergaul dengan rakan yang
mempunyai disiplin yang teruk.

Kesimpulannya melalui terapi bercerita dan terapi seni secara tidak langsung
kita akan dapat mengenali murid yang bermasalah dengan lebih mendalam dan
murid tersebut juga akan meluahkan perasaan mereka secara tidak sengaja tanpa
perlu dipakda untuk bercakap. Daripada terapi itu juga guru yang merupakan
pembimbing mereka akan dapat menyelesaikan masalah yang mereka hadapi
dengan mudah.

13

Anda mungkin juga menyukai