Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI HUBUNGAN INSAN

Hubungan insan merupakan satu matapelajaran citra yang memfokuskan kepada


hubungan antara manusia. Menurut sejarah hubungan insan bermula separuh kedua abad 19
(1850)untuk keperluan pekerja kerana majikan anggap buruh sebagai komoditi. Pada masa itu
tidak ada kesatuan pekerja. Oleh itu, muncullah tokoh-tokoh yang memperkenalkan kepentingan
hubungan insan. Sepanjang pengkuliahan ini telah membuka mata saya mengenai hubungan
insan. Hubungan insan berkait rapat dalam kehidupan seharian kita dari kecil sehingga dewasa.
Hubungan insan juga melihat bagaimana interaksi kita dengan orang lain. Hal ini demikian
kerana setiap manusia mempunyai perwatakan yang berbeza-beza.

Di dalam hubungan insan terdapat sub-sub tajuk yang diajari untuk memahami lebih lagi
mengenai hubungan insan itu sendiri. Antaranya saya telah mempelajari megenai bentuk-bentuk
personaliti dimana apa yang kita lihat secara luaran hanya la sedikit sahaja mengambarkan
personaliti seseorang. Personality seseorang seperti bongkah ais dimana hanya dapat dilihat
diatas permukaan sahaja dan tidak di dalamnya. Personaliti seseorang juga mempunyai 3 stuktur
iaitu Id, ego dan superego. Dimana ia membezakan nilai diri seseorang samaada seseorang itu
hanya memetingkan keseronokan yang merupakan perasaan netural manusia sejak lahir iaitu Id.
Bagi ego pula dimana seseorang itu mengetahui perkara yang dilakukan salah namun masih tetap
melakukannya. Hal ini disebabkan sikap ego yang telah mengatasi nilai-nilai yang baik. Sebagai
contoh apabila seseorang mengetahui terdapat kuliah pada hari tersebut tetapi masih tidak
menghadiri kuliah tersebut. Seterusnya adalah superego. Superego dimana seseorang itu
mengetahui tentang larangan mengenai sesuatu dan bertindak mengikut apa yang sepatutnya
berlaku. Contoh yang sama yang boleh dipratikan dalam superego dimana seseorang mengetahui
terdapat kuliah pada bagi tersebut dan tetap menghadiri kuliah tersebut kerana sikap
bertangungjawab beliau.

Seterusnya saya juga mempelajari berkaitan dengan konsep kuasa dan status di dalam
hubungan insan. Dimana kuasa dan status yang dimiliki memperlihatkan layanan seseorang
terhadap orang lain. Boleh dilihat disini apabila seseorang mempunyai kuasa atau status yang
besar memudahkan mereka untuk meminta pertolongan dengan orang lain yang mempunyai
jawatan yang lebih rendah daripadanya. Sebagai contoh, terdapat pelajar-pelajar yang memasuki
ke university mahupun pekerjaan dengan menggunakan orang dalam. Selain itu, sebagai contoh
di universiti jawatan dan status yang dimiliki sebagai pensyarah telah membuatkan pelajar dan
orang ramai menghormati pensyarah sebagai pendidik bangsa. Hal ini secara tidak langsung
menunjukkan peranan kuasa dan status dalm membentuk hubungan insan.

Pesepsi juga antara peranan di dalam hubungan insan. Hal ini demikian kerana, setiap
orang akan melakukan pesepsi pertama apabila melihat seseorang. Pesepsi boleh berlaku dari
segi positif mahupun nagatif. Kadangkala pesepsi juga bergantung kepada individu itu sendiri
sama ada ingin melihat dari sudut positif ataupun negatif. Sebagai contoh pesepsi negative jika
pensyarah itu suka marah-marah pelajar akan memberi pesepsi sebagai garang. Manakala jika
dilihat dari sudut positif sebab pensyarah marah kerana ingin kita menjadi manusia yang
berguna.

Kesimpulanya banyak lagi yang saya pelajari didalam kuliah hubungan insan ini. Hal ini
secara tidak lansung memberikan saya pengetahui mengenai personaliti seseorang dan cara
melakukan interaksi sosial antara manusia dengan lebih baik. Bukan itu sahaja malah setiap
perbuatan yang kita lekukan secara tidak langsung mencerminkan latar belakang kita. Hal ini
demikian kerana membentuk peribadi seseorang berlaku sejak sedari kecil lagi dimana ibu bapa
dan persekitan memainkan peranan yang penting dalam membentuk peribadi seseorang samada
positif ataupun negatif.