Anda di halaman 1dari 9

sejarah tongchai

PENGENALAN
Bagaimanakah konsep sejarah di celah ini boleh muncul dalam arena sejarah? Persoalan
ini yang harus diperjelaskan oleh sarjana Asia Tenggara dalam penulisan sejarah. Sebelum ini
sejarah di seluruh rantau Asia Tenggara hanya diperkenalkan sebagai sejarah nasional iaitu
sejarah yang merangumi aspek politik, ekonomi dan teras budaya dalam proses pembinaan
bangsa di sesebuah negara. Oleh itu, kedudukan sejarah nasional ini telah diangkat tinggi oleh
pemerintah tempatan dan pemerintah kolonial dengan menjadikan subtopik mata pelajaran
sejarah dalam buku teks di sekolah-sekolah yang berpusat pada sejarah nasional .[1] Oleh itu,
pelajar-pelajar hanya didedahkan dengan sejarah nasional namun sejarah ini mempunyai
banyak kelemahan dan kelompongan yang tidak dapat ditutup oleh sarjana seperti hanya
tertumpu kepada pihak yang menang dan kalah diketepikan, dikuasai oleh golongan majoriti,
bergantung kepada sejarah global dan tiada konsep sendiri serta hanya tertumpu pada bidang
politik sahaja.[2] Contohnya, sejarah nasional di Asia Tenggara hanya memfokuskan aspek
politik dalam proses pembinaan dan kemajuan sesebuah negara itu yang sering ditonjolkan
dalam penulisan sejarah nasional seperti pengasas negeri-negeri, kebangkitan nasionalisme,
pembinaan sistem politik, konflik dan rebutan kuasa serta kedudukan dan pemerintahan raja.[3]
Namun begitu, bagaimana pula dengan aspek yang lain dalam kehidupan manusia
seperti ekonomi, budaya, seni dan agama ini? Malangnya, aspek-aspek ini tidak diberi
penekanan dalam penulisan sejarah Asia Tenggara ini turut memberi sumbangan pada
pembentukan dan kemajuan Asia Tenggara. Contohnya, aspek ekonomi di Thailand yang
banyak memberi sumbangan kepada negara Thailand dengan meningkatkan kemajuaan
ekonomi negara itu melalui sektor pertanian. Namun begitu, dalam sejarah nasional ini hanya
menyatakan secara umum tentang aktiviti ekonomi yang ada di negara Thailand ini dan ia tidak
menerangkan secara terperinci tentang kawasan-kawasan yang terlibat dalam penghasilan
penanaman padi yang terbesar ini. Disebabkan pelbagai konflik dan isu yang timbul dalam
sejarah nasional ini menyebabkan seorang sarjana dari Thailand iaitu Thongchai Winnichakul
telah membuat keputusan untuk memperkenalkan satu konsep baru yang baru diciptanya iaitu
konsep sejarah di celah. Mengapakah beliau memperkenalkan konsep baru ini dalam bidang
sejarah? [4]
KONSEP SEJARAH DI CELAH
Apakah yang dikatakan sebagai sejarah di celah itu sebenarnya? Sejarah di celah
merupakan sejarah yang tidak tercatat dalam sejarah nasional atau sejarah yang terpinggir
daripada naratif sejarah nasional dan ini telah menukarkan cara pemikiran masyarakat tentang
naratif negara seterusnya membuka peluang untuk membuat pealihan sejarah.[5] Hal ini
demikian kerana sejarah di celah ini merupakan sejarah yang berkaitan dengan kelompok
minoriti di sesebuah negara, kewujudan mereka tidak mendapat perhatian daripada kelompok
majoriti menyebabkan sejarah mereka tidak mendapat perhatian dalam penulisan sejarah
nasional. Jadi sejarah di celah ini telah ditindas oleh sejarah nasional yang telah merentasi
identiti kebangsaan dan sejarah negara itu sendiri dengan mengkaji sejarah tempatan
berdasarkan intipati kenegaraan setiap tingkat feudal. Selain itu, kajian etnologi dan geografi
yang merangkumi aspek budaya, agama, ruang minoriti dan tempoh masa serta sensitifviti bagi
perbezaan budaya, perubahan bahasa, ruang atau geografi, pemikiran dan agama.[6] Ironinya
sejarah yang dipinggirkan ini perlu dikaji dengan lebih khusus oleh ahli sejarah di setiap negara
di Asia Tenggara.
Konsep sejarah ini diperkenalkan untuk mengantikan tempat sejarah nasional yang
sering digunakan oleh ahli sejarah. Oleh itu, sarjana Thongchai Whinnichakul mahu ahli sejarah
membiasakan diri dengan menggunakan konsep budaya dan konsep sains sosial dalam
melakukan kajian mereka bagi mengelakkan masalah berat sebelah dalam sesebuah
sejarah.[7] Selain itu, dalam sejarah di celah ini juga konsep sejarah margin dan sejarah
penyempatan telah diketengahkan dan menjadi perkara yang penting dalam menghasilkan
sesebuah sejarah. Persoalannya menggapa konsep sejarah margin dan sejarah penyempatan ini
penting dalam konsep sejarah di celah?
SEJARAH MARGIN
Sejarah margin atau lebih dikenali sebagai sejarah yang terpinggir atau disebalik tadbir
atau sejarah yang digelapkan oleh sejarah nasional. Pelbagai istilah yang boleh digunakan untuk
mengambarkan sejarah margin ini. Tapi benarkah istilah-istilah yang digunakan ini untuk
mengambarkan tentang apa itu sejarah margin? Margin merupakan konsep yang sesuai untuk
meneroka kualiti imaginatif dan pembentukan budaya tempatan atau global dengan lebih
spesifik. Hal ini kerana setiap negara di rantau ini mempunyai sejarah yang tersendiri dan
berbeza antara satu sama lain. Oleh itu, perbezaan yang wujud dalam sejarah inilah yang
dikenali sebagai had-had dalam pensejarahan.[8] Selain itu, sarjana Anna Tshing juga
menyatakan bahawa sejarah margin itu bukanlah sejarah geografi atau lokasi dekriptif.
Sebaliknyan istilah margin yang digunakan oleh sarjana Anna Tshing adalah untuk merujuk
kepada sebuah petempatan yang dianalisis untuk menjelaskan bahawa kedua-dua pihak
mengekang budaya yang telah diserap, kualiti pengecualian menindas budaya, potensi kreatif
serta menghidupkan dan mengatur semula kategori yang mengwujudkan sesebuah
kumpulan.[9]
Namun begitu, sejarah margin merupakan sejarah yang mengkaji tentang sejarah yang
tidak dikaji oleh sejarah nasional yang berkaitan dengan geografi dan bukan geografi. Oleh itu,
sejarah lokasi berperanan untuk mengkaji geografi, budaya dan tempoh masa sebelum sesebuah
negara itu menjadi bangsa atau tidak menjadi bangsa. Contohnya dari aspek geografi yang
berlaku di wilayah seperti Karen, Mon, Kachin, acheh dan Irian Jaya merupakan wilayah yang
terasing daripada negara yang merdeka. Oleh itu, golongan minoriti dalam setiap wilayah ini
telah berusaha untuk memperjuangkan sejarah autonomi dan menentang integrasi untuk
mengukuhkan kedudukan mereka dalam proses pembinaan bangsa. Hal ini kerana sejarah
minoriti ini telah ditindas oleh sejarah nasional sehinggakan sejarah minoriti ini terus
dilenyapkan daripada tercatat dalam negara bangsa. Seterusnya kajian terhadap bukan geografi
yang merangkumi aspek etnik dan agama bagi kelompok monoriti di negara Asia Tenggara.
Bagaimanakah etnik dan agama dapat membentuk kewarganegaraan, diskriminasi,
pengecualian dan penindasa terhadap golongan minoriti? Melalui pembentukan
kewarganegaraan dalam masyarakat Patani di Thailand mereka terpaksa mengalami perubahan
bangsa melalui proses pengsiam iaitu seluruh masyarakat Patani kini dikenali sebagai rakyat
Siam dan berwarganegarakan Thailand. Kesan daripada proses perubahan bangsa ini
menyebabkan negara Patani telah hilang asal usul sejarah mereka yang tersendiri dan kini
hanya dikenali sebagai sejarah Thailand yang telah diperkenalkan kepada lapisan masyarakat
tempatan mahupun antarabangsa.[10]
Seterusnya kajian sejarah margin ini telah dibahagikan kepada dua iaitu sejarah
tempatan dan sejarah national. Sejarah tempatan ini telah dikaji dan dihasilkan oleh ahli sejarah
tempatan kerana penghasilan ahli sejarah tempatan ini lebih baik kerana mereka lebih
memahami mengenai budaya, bahasa dan lokasi tempat sejarah itu. Ahli sejarah tempatan ini
hanya menceritakan tentang masyarakat tempatan tanpa campur tangan daripada pihak luar
kerana masyarakat yang terdiri dalam sejarah tempatan ini adalah golongan minoriti dalam
sesebuah negara. Selain itu, sejarah tempatan juga boleh berubah menjadi sejarah nasional
sekiranya ia berkongsi dengan sejarah umum terlebih dahulu. Oleh itu, sejarawan perlu peka
dan mempunyai kemahiran dalam mengkaji dan menghasilkan sejarah tempatan agar tidak
bergantung atau berpusat pada sejarah nasional. Jadi sejarawan perlu meletakkan skop kajian
yang lebih kecil bagi memudahkan ahli sejarah untuk membuat kajian dengan lebih terperinci
terhadap sesuatu kajian dan lebih mudah untuk ahli sejarah mengenalpasti bukti-bukti yang
berkaitan dengan sesuatu sejarah itu.[11] Namun begitu, berbeza pula dengan sejarah nasional
yang tergolong daripada mereka yang berkuasa, menang dan elit. Sejarah nasional ini telah
dikaji oleh ahli sejarah barat yang telah memasukkan unsur pemikiran barat dalam penulisan
sejarah nasional yang jauh beza daripada luar pemikiran masyarakat tempatan. Hal ini demikian
kerana ahli sejarah barat telah menggunakan konsep-konsep dari luar untuk menonjolkan
penulisan sejarah nasional itu seperti konsep fudelisme, nasionalisme. Selain itu, penulisan
sejarah nasional yang dihasilkan oleh barat ini lebih bersifat bias apabila mereka lebih
menonjolkan pihak-pihak kolonial yang telah banyak memberikan sumbangan kepada
kemajuan Asia Tenggara dengan mengagung-agungkan nama mereka dalam penulisan sejarah
nasional. Malah pemerintah-pemeritah tempatan seperti raja dan bendahara telah dipinggirkan
dengan dijadikan watak sampingan dalam penulisan sejarah nasional. Oleh itu, perkara ini
telah memberi kesan kepada masyarakat tempatan terutamanya masyarakat minoriti kerana hak
mereka telah dinafikan oleh pihak kolonial. Jelaslah bahawa sejarah nasional ini hanya
mengkaji sesuatu sejarah itu secara umum dan menyeluruh, ia tidak mengkaji sesebuah sejarah
itu secara khusus menyebabkan timbulnya pelbagai isu mengenai sejarah nasional ini
membuatkan mereka berasa keliru dengan kajian mereka. Ironinya, menyebabkan munculnya
beberapa andian yang mencabar intipati negara yang sekali gus dapat mengubah pemikiran
masyarakat tentang naratif kebangsaan dan berpeluang untuk melakukan peralihan daripada
sejarah nasional.[12] Namun bagaimanakah peluang itu dapat digunakan untuk mengubah
pemikiran masyarakat?
SEJARAH PENYETEMPATAN
Sejarah penyetempatan adalah menempatkan sesuatu bukan pada tempat asalnya seperti
yang berlaku dalam kajian sejarah Asia Tenggara yang mana sarjana barat hanya mentafsir
sahaja sejarah tempatan, mereka tidak mengkaji secara terperinci. Selain itu, melalui sejarah
penyetempatan ini telah berlakunya proses globalisasi yang boleh dilihat dimana-mana sahaja
malah proses ini dilihat sebagai satu alternatif yang sangat baik kerana telah membawa sejarah
tempatan ke arah yang lebih baik kerana proses globalisasi ini turut mempengaruhi keadaan
tempatan.[13] Oleh itu, kesan daripada proses globalisasi ini telah membawa kepada variasi
tempatan yang telah menyebabkan berlakunya pertembungan budaya seperti sintesis,
pengubahsuaian, sesaran dan pengantian pada sesebuah tempatan. Namun begitu, semasa
proses penyetempatan ini berlaku, budaya di sesebuah negara itu tidak akan digantung atau
dihapuskan. Hal ini demikian kerana proses penyetempatan ini telah melibatkan aspek budaya,
pengetahuan serta sains dan teknologi. Ironinya, satu pengaruh globalisai yang lebih awal dari
India telah datang dan masuk ke dalam Asia Tenggara. Hal ini menyebabkan kebanyakkan
sejarawan beranggapan bahawa Asia Tenggara telah dijajah dan dikuasai oleh pengaruh
imperialisme India melalui proses indialisasi.[14] Namun begitu, sejarawan telah disedarkan
bahawa Asia Tenggara tidak pernah dijajah oleh kuasa India namun mereka sebenarnya telah
diindianisasikan melalui budaya. Hal ini berlaku kerana pengaruh India mahu menunjukkan
telah lama berada dalam budaya tempatan namun budaya ini tidak begitu ketara dan tidak
memainkan peranan dengan sebaiknya dalam proses transcultur. Pada hakikatnya kedatangan
proses Indialisasi ini bukanlah secara jajahan seperti yang diperkatakan oleh ahli sejarawan itu
tetapi proses ini datang ke Asia Tenggara secara berperingkat-peringkat melalui budaya yang
diamalkan oleh masyarakat Asia Tenggara.[15]
Oleh itu, terdapat dua golongan yang bertanggungjawab terhadap proses Indialisasi ini
iaitu golongan genius tempatan atau orang yang aktif di tempatan. Golongan ini berperanan
untuk menerima budaya Indialisasi dan menyesuaikan unsur-unsur budaya India ini dapat
dimuatkan ke dalam budaya tempatan. Seterusnya adalah peranan ahli sejarah yang
bertanggungjawab untuk menyedarkan masyarakat tempatan bahawa pengaruh India dalam
budaya tempatan adalah luas. Namun, orang India tidak pernah mengambil kesempatan untuk
menjadikan Asia Tenggara sebagai sebuah negara India atau menjalankan proses pembaratan
iaitu Euro Amerikan di Asia Tenggara. Ahli sejarah juga menyatakan bahawa proses globalisasi
tidak akan berlaku jika proses penyetempatan tidak wujud. [16]Di samping itu, Humi Bhaba
juga telah menyambut pertemuan yang telah berlaku di lokasi sebagai di antara atau di luar
yang merupakan laman web atau detik-detik transformasi budaya yang telah bergerak aktif
dengan pengaruh transnasional dalam masyarakat tempatan. Namun, laman web in telah di
pinggirkan daripada arus perdana budaya, tetapi mereka masih oleh menghantar perubahan
kepada alam budaya keseluruhan. Di samping itu, sejarah penyetempan ini juga merupakan
sumbangan utama kepada bidang ethnology dan theoretical. Hal ini demikian kerana global
menunjukkan bahawa satu fenomena yang besar menyebabkan berlakunya tekanan sehinga
global dan tempatan telah menjadi pasangan yang terpisah.[17] Sejauhmanakah proses
penyetempatan ini berkesan dalam kajian ethnologi dan juga secara teorinya?
SIAPAKAH YANG LAYAK MENULIS SEJARAH DICELAH
Sejarah di celah ini telah dipertanggungjawabkan kepada golongan home Scholar atau
historian of the home. Golongan ini merupakan golongan yang layak untuk mengkaji tentang
sejarah di celah kerana mereka sangat pakar dan mempunyai kemahiran yang tidak dapat
dinafikan oleh sesiapa lagi dalam bidang sejarah. Golongan ini merupakan mereka yang
menetap di kawasan tersebut tetapi tidak semestinya orang tempatan. Hal ini demikian kerana
orang luar juga turut berpeluang untuk mengkaji dan menulis tentang sejarah di celah sekiranya
mereka mampu untuk menguasai bahasa, budaya dan adat resam masyarakat tempatan. Apabila
orang luar ini sudah mahir dengan bahasa orang tempatan pasti mereka juga mampu untuk
menguasai budaya orang tempatan itu juga namun hak orang tempatan untuk mengkaji sejarah
di celah ini turut tidak dinafikan. Hal ini demikian kerana memang wajar jika penulisan ini
dihasilkan oleh sarjana tempatan namun penulisan sarjana tempatan tidak semestinya
berperspektifkan Asia Tenggara seperti yang dihujahkan oleh Smail bahawa perspektif tidak
ditentukan oleh keturunan atau asal usul pengkaji tetapi penulisan yang dititik beratkan adalah
penulisan yang dapat diasingkan daripada unsur bias.[18] Hal ini demikian kerana penulisan
yang dihasilkan itu bukan lah sejarah yang bersimpati kepada orang Asia Tenggara yang cuba
untuk menutup segala kesalahan yang telah dilakukan oleh rakannya dan mendedahkan segala
kesalahn yang telah dilakukan oleh pihak lawannya. Di sini telah menunjukkan perbezaan serta
kelebihan tentang perspektif Asia Tenggara yang terletak pada sudut penglihatan sejarah yang
telah memberi tempat utama kepada orang Asia Tenggara di atas pentas sejarah. Selain itu,
terdapat juga perspektif dalaman yang bertujuan untuk orang tempatan dapat mengikuti urutan
atau naratif sejarah yang menonjolkan kesinambungan masyarakat kini dengan masyarakat
lampau melalui unsur-unsur keunikan dalam dinamik evolusi masyarakat Asia Tenggara.
Golongan home scholar ini mampu menghasilkan sejarah di celah tanpa melakukan
pengadilan moral. Hal ini demikian kerana, golongan ini dapat membuat penilaian secara
objektif terhadap penulisan masing-masing. Kateria penilaian amat penting untuk menetukan
cara pembinaan naratif sejarah seseorang pengkaji agar tidak bersifat emosi ataupun subjektif
tetapi boleh mempertahankannya secara objektif.[19]Oleh itu, di sini timbul persoalan terhadap
sejauhmanakah golongan home scholar ini mampu untuk mencapai pendirian berkecuali dan
objektif dalam penulisan mereka?
SEJAUHMANAKAH KONSEP INI MAMPU MENINGKATKAN KEMAJUAN
PENGAJIAN ASIA TENGGARA
Konsep ini mampu meningkatkan kemajuan pengajian Asia Tenggara adalah melalui
mengwujudkan konsep atau teori baru dalam bidang sejarah. Sebagai contoh, paradigma sejarah
autonomi membawa pendekatan yang lebih bersifat sosiologi kerana pendekatan ini lebih
berfokuskan pada kajian susunan sosial dan amalan budaya yang dijadikan sebagai asas
autonomi dan kesinambungan. Oleh itu, pengkaji telah memindahkan pandangnya daripada
faktor luaran kepada faktor dalaman sesebuah masyarakat. Selain itu, para pengkaji juga telah
menggunakan sumber-sumber tempatan dan konsep-konsep yang datang daripada bahasa dan
budaya masyarakat tempatan. Hal ini telah dihuraikan oleh Craig Reynolds sebagai pendekatan
kajian yang menekankan sifat khusus kebudayaan sesuatu masyarakat. Sejarah autonomi ini
memberi kelebihan dalam karya sejarah dalam sejarah Asia Tenggara yang diilhamkan oleh
paradigma sejarah berteraskan autonomi masyarakat tempatan. Selain itu, konsep autonomi ini
menuntut dan mempercayai bahawa sifat autonomi ini bukan sahaja wujud dalam minda ahli
sejarah malah dalam masyarakat tempatan juga. Konsep autonomi ini telah membawa maksud
bahawa setiap masyarakat mempunyai ciri-ciri unik sosiobudayanya. Ciri-ciri ini merupakan
asas ketabahan masyarakat melibatkan interaksi berterusan antara dinamik dalaman masyarakat
dengan unsur-unsur luaran. Oleh itu, terdapat beberapa kemusykilan yang telah dibincangkan
dalam paradigma ini antaranya ialah perubahan persepktif sejarah Asia Tenggara, pendekatan
sejarah yang menekankan sudut pandangan dalaman dan paradigm kajian sejarah digunakan
untuk mendukung, nilai-nilai sosial dan politik.[20]
Disamping itu, merubah prespektif sejarah Asia Tenggara dengan menghasilkan semula
sejarah Asia Tenggara yang baharu. Sarjana Bastin telah bersetuju dengan perubahan persektif
Asia Tenggara ini kerana presektif lama itu lebih memperbesarkan kepentingan unsur-unsur
barat berbanding masyarakat tempatan sehinggakan sejarah kolonial yang mendominasi sejarah
Asia Tenggara. Hal ini demikian kerana kuasa-kuasa kolonial Eropah sedang dalam proses
pengunduran dari tanah jajahan di Asia Tenggara dan negara bangsa baru sedang dibentuk oleh
itu gelombang nasionalisme ini masih lagi kuat dalam menghanyutkan masyarakat tempatan
rantau ini. Selain itu, tulisan sejarah secara ilmiah dan iktisas ketika itu juga masih didominasi
oleh pihak barat yang dilatih dalam kaedah kajian yang mengutamakan sumber rasmi dan
bertulis daripada barat menyebabkan tulisan sejarah ini dikongkong oleh sejarah barat. Oleh
itu, seruan awal untuk pembaharuan perspektif penulisan sejarah telah datang daripada sarjana
asing seperti J. C van Leur, D. G. E. Hall dan K. G. Tregoning. Mereka telah mengatakan
bahawa tulisan sejarah Asia Tenggara yang bersifat Europe-centric dan berspektif luaran
harus diganti dengan penulisan dari perspektif dalaman dan Asia-centric. Perubahan
perspektif ini berterusan kerana mendapat penglibatan daripada generasi pertama ahli sejarah
professional tempatan yang telah menerima pendidikan tinggi dan mula bertugas di universiti
tempatan. Tregonning menyatakan bahawa perubahan perspektif ini kerana orang tempatan
telah dipinggirkan dalam sejarah mereka sendiri dan ini bukan merupakan satu kesilapan yang
kecil malah ia wajar dibetulkan dengan menjadikan orang Asia sebagai fokus utama dalam
kajian bukannya orang barat.[21]

PENUTUP
Kesimpulannya, sejarah di celah ini merupakan sejarah yang telah mendapat tekanan
daripada sejarah nasionalisme yang menyebabkan sejarah itu menjadi sebuah sejarah yang
terpinggir. Namun sejarah yang dikaji tanpa memusat pada bidang politik semata-mata
sebaliknya dikaji secara menyeluruh mampu untuk meningkajatkan kemajuan pengajian Asia
Tenggara dengan memberi penekanan terhadap kajian tempatan dan sensitivity budaya
seterusnya hak sejarah tempatan tidak akan dinafikan. Malahan pengkajian sejarah di lakukan
dengan menggunakkan konsep sejarah di celah ini ia mampu untuk mempengaruhi sejarah
nasional sama ada secara langsung atau tidak langsung. Oleh itu, masyarakat tempatan
seharusnya tidak hanya menjadi pengikut orang barat semata-mata malah mereka seharusnya
mengambil peluang ini untuk mencipta teori-teori baru dan menulis semula sejarah negara
mereka mengikut acuan mereka sendiri dan tidak menjadikan negara sebagai makmal untuk
orang barat membuat uji kaji tentang teori yang baru mereka seperti teori Nasionalisme yang
dianggap telah hadir dalam masyarkat tempatan tidak tepat masanya.
Di samping itu, masyarakat tempatan hendaklah mengambil peluang ini untuk mengkaji
dan menghasilkan penulisan sejarah berdasarkan kesusteraan dan bidang sains sosial agar
sejarah yang ingin dihasilkan itu tidak terkongkong tetapi sejarah yang akan dihasilkan itu lebih
bersifat meluas dari pelbagai aspek dan tidak hanya tertumpu kepada satu-satu bidang semata-
mata. Malah penulisan baru yang cuba dibawa oleh sarjana tempatan ini mampu untuk memberi
impak yang berkesan kepada para pembaca dan pelajar pada masa akan datang.[22]

[1] John D Legge, Writing of Southeast Asian History. Dalam: The Cambridge History of Southeast Asia jil
1. Disunting oleh Nicholas Tarling (peny.). (Universiti Cambrige, 1992), hlm. 5.
[2] Abu Talib, Writing at the Interstices: Southeast Asian Historian and Post-national History in Southeast
Asian.. Dalam: New Terrains in Southeast Asian History. (Universiti Singapura, 2003), hlm. 5.
[3] Mahani Musa, Sorotan Terpilih Dalam Sejarah Malaysia, (Pulau Pinang, Universiti Sains Malaysia, 2000),
hlm. 15.

[4] Abu Talib, New Terrains in Southeast Asian History. (Universiti Singapura, 2003), hlm. 4.
[5] Abu Talib, New Terrains in Southeast Asian History. (Universiti Singapura, 2003), hlm. 11.
[6] Abu Talib, New Terrains in Southeast Asian History. (Universiti Singapura, 2003), hlm. 23.
[7]O. W. Wolters, History, Culture, And Region in Southeast Asian Perspectives, (New York: Southeast Asia
Program Cornell University Ithaca, 1999), hlm. 108.
[8] Abu Talib, New Terrains in Southeast Asian History. (Universiti Singapura, 2003), hlm. 10.
[9] Abu Talib, New Terrains in Southeast Asian History. (Universiti Singapura, 2003), hlm. 15.
[10] Abu Talib, New Terrains in Southeast Asian History. (Universiti Singapura, 2003), hlm. 12.
[11] John D Legge, The Cambridge History of Southeast Asia jil 1. (Universiti Cambrige, 1992), hlm. 40.
[12] John D Legge, The Cambridge History of Southeast Asia jil 1. (Universiti Cambrige, 1992), hlm. 41.
[13] Abu Talib, New Terrains in Southeast Asian History. (Universiti Singapura, 2003), hlm. 13.
[14] O. W. Wolters, History, Culture, And Region in Southeast Asian Perspectives, (New York: Southeast Asia
Program Cornell University Ithaca, 1999), hlm. 108.
[15] John D Legge, The Cambridge History of Southeast Asia jil 1. (Universiti Cambrige, 1992), hlm. 8.
[16] John D Legge,: The Cambridge History of Southeast Asia jil 1. (Universiti Cambrige, 1992), hlm. 9.
[17] Abu Talib, New Terrains in Southeast Asian History. ( Universiti Singapura, 2003), hlm. 14.
[18] Abu Talib, New Terrains in Southeast Asian History. ( Universiti Singapura, 2003), hlm. 16.
[19] Mahani Musa, Sorotan Terpilih Dalam Sejarah Malaysia, (Pulau Pinang, Universiti Sains Malaysia, 2000),
hlm. 5.
[20] Mahani Musa, Sorotan Terpilih Dalam Sejarah Malaysia, (Pulau Pinang, Universiti Sains Malaysia, 2000),
hlm. 9.
[21] Mahani Musa, Sorotan Terpilih Dalam Sejarah Malaysia, (Pulau Pinang, Universiti Sains Malaysia, 2000),
hlm. 4.
[22] Mahani Musa, Sorotan Terpilih Dalam Sejarah Malaysia, (Pulau Pinang, Universiti Sains Malaysia, 2000),
hlm. 17

Anda mungkin juga menyukai