.
.
Ya Allah
Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan
kami untuk berada dan menjayakan majlis restu ilmu sempena peperiksaan
PT3 yang akan berlangsung..
Ya Allah
Ya munzilalkitab wa Ya Hazimal ahzab
Ya Allah ,
Sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami rahsiakan dan yang
kami nyatakan,
Semoga Engkau terima keuzuran kami,
Engkau mengetahui hajat kami,
Semoga Engkau kabulkan permohonan kami,
Engkau mengetahui dosa yang ada dalam diri kami,justeru itu kami mohon
keampunan-Mu Ya Ghaffar,