Anda di halaman 1dari 3

LAWATAN SAMBIL BELAJAR SEKITAR MARANG DAN

KUALA TERENGGANU
SEK. KEB. ( 1 ) SELAYANG BARU
TAHUN 2008

1. PENDAHULUAN

Lawatan merupakan satu gerak kerja kurikulum dalam proses pengayaan dan
pengukuhan pelajaran yang dipelajari di dalam bilik darjah. Lawatan biasanya dilakukan ke
tempat yang menarik seperti tempat peranginan, kilang, tempat bersejarah, perpustakaan
dan tempat-tempat yang berkaitan dengan sesuatu pelajaran di dalam kelas.
Lawatan merupakan satu kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran secara
informal dan mempunyai kebaikan yang tersendiri terutamanya memberi pendedahan kepada
pengalaman yang sebenar dan dialami sendiri.

2. RASIONAL

Lawatan sambil belajar yang dianjurkan ini adalah satu aktiviti tahunan dalam Kelab
Muzik dan Kebudayaan Sek. Keb. ( 1 ) Selayang Baru . Ia juga sebagai satu cara yang boleh
mewujudkan semangat kerjasama dan mengeratkan silaturahim bagi semua yang terlibat
samada secara lansung atau tidak. Melalui lawatan ini juga, murid-murid akan dapat
menambah pengetahuan yang sedia ada disamping mengisi masa lapang selepas waktu
peperiksaan.

3. MATLAMAT

Melalui lawatan ini, adalah diharapkan supaya dapat melahirkan murid-murid yang
cergas dan berilmu pengetahuan serta berkemahiran dalam segala aspek kehidupan. Ia juga
adalah untuk meningkatkan semangat murid dalam mengejar sesuatu kejayaan terutamanya
dalam kecemerlangan diri sendiri.

4. OBJEKTIF

Objektif lawatan ini adalah seperti berikut :

4.1 Supaya dapat menambahkan pengetahuan murid-murid disamping dapat


meningkatkan lagi tahap penguasaan ilmu mereka.
4.2 Murid-murid dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah dan
memberi kegembiraan kepada mereka
4.3 Dapat mengeratkan silaturahim di antara satu sama lain dan meningkatkan
disiplin murid.
4.4 Supaya murid dapat menikmati keindahan alam semulajadi ciptaan tuhan
5. TARIKH, MASA DAN TEMPAT

Tarikh : 07 , 08 dan 09 Mac 2008


Hari : Jumaat - Ahad
Masa : 9.00 mlm ( Jumaat Bertolak )
10.00 mlm ( Ahad Tiba )
Tempat : a. Muzium Negeri Terengganu
b. Bukit Puteri
c. Sinku Manufacturing ( Keropok )
d. Taman Tamadun Islam ( Masjid Kristal )
e. Noor Arfa Kraf Batek Sdn. Bhd.

6. BILANGAN PENYERTAAN DAN KATEGORI

Bilangan murid yang akan menyertai lawatan ini adalah seramai 80 orang yang terdiri
daripada murid tahun pengawas, pengawas Pusat Sumber, ketua darjah serta penolong ketua
darjah tahun 4, 5 dan tahun 6. Ia juga disertai oleh 10 orang guru pengiring bagi mengawal
murid.

7. BAYARAN PENYERTAAN

Setiap murid yang menyertai lawatan ini akan dikenakan bayaran sebanyak RM85.00
(RM: Lapan Puluh lima Sahaja) merangkumi tambang bas, tiket dan makanan semasa
lawatan.

8. AHLI JAWATANKUASA INDUK

Penaung : En. Ab. Rahim Bin Majid


Pengerusi : Pn. Rusmashitoh bt. Yusoff
Ketua Rombongan: En. El Gamillo Bin Habibun Tan
Setiausaha : Cik Eida Mazura bt. Mazlan
Bendahari : Pn. Noraliza bt. Ali
Jawatankuasa : En. Norsham Bin Mohd Salleh
En. Muhd. Ariff Bin Jailani

9. AHLI JAWATANKUASA KECIL

9.1 Jawatankuasa Makanan


Cik Fauzana bt Abu Haniffah
9.2 Jawatankuasa Keselamatan
En. Mohd Azhan Mat Saad
9.3 Jawatankuasa Disiplin
En. Abd. Harif Bin Ibrahim
9.4 Jawatankuasa Pengangkutan
En. El Gamillo Habibun Tan
10. ANGGARAN PERBELANJAAN

10.1 Pengangkutan
RM 50.00 x 80 orang - RM 4000.00
10.2 Makanan dan minuman
RM 10.00 x 80 orang - RM 800.00
10.3 Tiket lawatan
RM 10.00 x 80 orang - RM 800.00
10.4 Penginapan
RM 15.00 x 80 orang - RM 1200.00

Jumlah Besar RM 6800.00

11. SUMBER PENDAPATAN

Yuran / Kutipan dari peserta


RM 85.00 x 80 orang - RM 6800.00

12. PENUTUP

Pihak kami berharap kerjasama daripada Guru Besar, guru-guru dan semua murid bagi
menjayakan lawatan ini. Semoga dengan lawatan ini adalah diharapkan semua murid sekolah
dapat meningkatkan serta menambah ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang yang diceburi.

“ MEMAHAT SEJARAH , MENCIPTA TAMADUN “

Disediakan oleh ; Disahkan oleh ;

…………………………..…………………………………. ………………………………………………………
( EL GAMILLO B. HABIBUN TAN ) ( )
Ketua Lawatan
Negeri Terengganu Darul Iman

Anda mungkin juga menyukai