Anda di halaman 1dari 4

BENGKEL PEMANTAPAN TEORI GESTALT DAN TERAPI PSIKODRAMA

Pada 02 dan 03 Mac 2014 yang lalu, Unit Kaunseling (HEPA) telah mengadakan satu
Bengkel Pemantapan Teori Gestalt dan Terapi Psikodrama. Bengkel ini telah
dikendalikan oleh seorang mantan pensyarah universiti iaitu Encik Baharuddin bin
Ismail, yang merupakan tenaga pengajar dan pengamal teori Gestalt dan Terapi
Psikodrama serta turut dihadiri Dr Dr Syarifah Marzeti, Pensyarah Kaunseling dari
Universiti Malaysia Terengganu.

Bengkel ini turut disertai seramai 5 orang Pegawai Psikologi UniSZA dan 4 orang
peserta luar. Antara intipati utama dalam bengkel ini adalah berkenaan aplikasi Teori
Gestalt secara menyeluruh serta aplikasi penggunaan Terapi psikodrama terhadap klien.

Teknik ini digunakan sebagai satu pendekatan terapi kepada klien agar
memperoleh pemahaman yang lebih baik tentang dirinya sehingga memperoleh
kekuatan diri dan menzahirkan reaksi terhadap tekanan-tekanan serta perkara lepas
yang pernah berlaku dalam dirinya.

Rentetan daripada bengkel ini, telah diadakan pula dua buah bengkel susulan
Terapi Psikodrama. Bengkel ini telah diadakan pada 01 April 2014 dan 18 April 2014.
Pada 01 April 2014 melibatkan penyertaan seramai 40 pelajar Usuluddin dan Kaunseling
dan 26 orang peserta pada bengkel ketiga. Diharap bengkel ini akan membantu lebih
ramai peserta dalam mempelajari dan menguasai aplikasi Terapi Psikodrama secara
lebih berkesan dan professional. Sekian.

Anda mungkin juga menyukai