Anda di halaman 1dari 8

LAMPIRAN A

PENGHURAIAN TUGAS PENYELIA ASRAMA

Ringkasan Tugas

Membantu menguruskan tugas-tugas domestik, penginapan dan


kelengkapan asrama serta sajian makanan. Memastikan kelengkapan
asrama dan dewan makan berada dalam keadaan baik, menyelia dapur
dan dewan makan, membuat uji rasa makanan serta menyelia pekerja,
peralatan dapur dan asrama. Bertanggungjawab ke atas pentadbiran dan
pengurusan asrama untuk memastikan peraturan asrama dipatuhi. Turut
bertanggungjawab menyediakan serta memastikan tempat tinggal
penghuni asrama berada dalam keadaan selamat, bersih dan kemas serta
merancang anggaran keperluan kewangan dan mengawal perbelanjaan.

Senarai Tugas

1. Aspek Pentadbiran

1.1. Menjalankan tugas pendaftaran masuk/ keluar penghuni


asrama. Contohnya, membantu Warden Asrama dalam urusan
pendaftaran dan penempatan penghuni asrama.

1.2. Membantu merancang, memantau dan mengemaskini senarai


nama dan kedudukan/ pembahagian bilik penghuni asrama
setiap masa.

1
LAMPIRAN A

1.3. Memeriksa dan merekod maklumat penghuni asrama.

1.4. Menyediakan laporan statistik bulanan dan tahunan penghuni


asrama.

1.5. Membantu memantau salah laku penghuni asrama dengan


menyediakan laporan kepada Warden/ PK HEM (sekiranya
perlu).

1.6. Menerima laporan salah laku penghuni asrama,


mendokumentasi dan mengemukakan kepada pihak atasan
serta bertanggungjawab ke atas disiplin anggota di bawah
jagaan.

1.7. Menyedia dan merancang jadual tugas dan cuti anggota serta
membuat perancangan dan kawalan kewangan asrama
(pembelian/perolehan aset asrama).

1.8. Mengurus stok inventori dan harta modal di asrama termasuk


penerimaan, hapus kira dan pelupusan aset alih kerajaan.

1.9. Mengurus surat menyurat, fail dan surat-surat pekeliling yang


berkaitan.

2
LAMPIRAN A

2. Aspek Perkhidmatan Asrama

2.1. Bertanggungjawab dalam pengendalian dan rekod kunci.


Memberi dan menerima kunci daripada penghuni asrama dan
menyimpan di tempat yang disediakan.

2.2. Memantau anggota bawahan dalam aspek pengendalian kunci.

2.3. Memastikan penghuni asrama mematuhi peraturan-peraturan


asrama.

2.4. Menyedia dan mengemaskini peraturan asrama dari semasa ke


semasa.

2.5. Bertanggungjawab dalam merancang dan memantau


penyediaan bilik asrama dan kelengkapan asrama. Menyelaras
penggunaan bilik asrama supaya digunakan secara optimum.

2.6. Mengurus penggunaan kemudahan penginapan, makan/


minum dan prasarana asrama oleh pihak luar.

3. Aspek Penyelenggaraan Fasiliti dan Aset

3.1. Memeriksa peralatan dan mengenalpasti keperluan


kelengkapan asrama.

3
LAMPIRAN A

3.2. Menyediakan laporan anggaran keperluan kelengkapan


asrama.

3.3. Memastikan asrama dan persekitaran berada dalam keadaan


bersih dan selesa.

3.4. Memantau dan memeriksa proses kerja pembersihan di


asrama oleh syarikat konsesi.

3.5. Memastikan pemeriksaan harian mengikut skop yang telah


ditetapkan serta menerima aduan kerosakan, memeriksa dan
membuat laporan kerosakan peralatan dan kelengkapan
asrama kepada pihak konsesi.

3.6. Menghantar Laporan Kebersihan Bangunan dan Kawasan


Asrama kepada pihak pentadbiran sekolah.

4. Aspek Keselamatan dan Kebajikan

4.1. Menyelia dan menyediakan kemudahan di bilik rawatan serta


memastikan kesihatan penghuni asrama sentiasa baik dan
melaporkan kepada Warden Asrama jika terdapat kes-kes yang
berbahaya.

4
LAMPIRAN A

(i) Pengurusan berkaitan aspek kesihatan penghuni asrama


seperti:

(a) pengurusan bilik rawatan;

(b) pengurusan keperluan pergerakan penghuni


asrama ke klinik/ hospital (penghuni asrama akan
diiringi oleh Warden/ Guru Bertugas Harian ke
klinik/ hospital untuk mendapatkan rawatan);

(c) memberi bantuan kecemasan awal kepada


penghuni asrama; dan

(d) menyediakan dan mengemaskini Rekod Kesihatan


penghuni asrama (digalakkan).

(ii) Mengurus Kebersihan, Keceriaan, dan Keselamatan (3K)


bilik rawatan.

(iii) Memastikan keperluan alat bantuan keselamatan dan


kemudahan di bilik rawatan adalah mencukupi.

(iv) Membantu dalam mematuhi prosedur pencegahan wabak


penyakit.

4.2. Memastikan penghuni asrama mematuhi Polisi/ Peraturan


Keselamatan dan Kesihatan.
5
LAMPIRAN A

4.3. Melakukan rondaan bagi memastikan penghuni asrama, aset,


bangunan, kemudahan dan persekitaran (dormitri, tandas, bilik
air, bilik-bilik khas, surau, dewan makan dan lain-lain) berada
dalam keadaan baik, teratur dan selamat untuk digunakan.

4.4. Menyediakan pelan tindakan kecemasan dan senarai pegawai


yang boleh dihubungi semasa berlaku kecemasan.

4.5. Membantu merancang pelan tindakan kebakaran dan


memastikan pelaksanaan latihan pencegahan kebakaran
dijalankan.

5. Aspek Kawalan Kualiti

5.1. Melaksanakan dan memantau setiap proses kerja mengikut


arahan pekeliling atau piawaian.

5.2. Mengambil tindakan sewajarnya jika menerima sebarang


aduan berkenaan kemudahan asrama, keselamatan dan
kebajikan.

5.3. Membantu dalam kajian kepuasan pelanggan.

5.4. Mengumpul, menganalisis, menyediakan laporan kajian dan


mendokumentasi.

6
LAMPIRAN A

6. Pengurusan Kewangan dan Akaun Asrama

6.1. Menyediakan Anggaran Belanjawan Mengurus (ABM) tahunan


asrama.

6.2. Mengurus permohonan perolehan bagi pembelian dan


perkhidmatan yang melibatkan kelengkapan serta peralatan
asrama.

6.3. Mengurus pembayaran bil-bil bekalan kelengkapan dan


peralatan asrama.

6.4. Mengurus perbelanjaan yang menggunakan peruntukan Baki


Peruntukan Bantuan Makanan Asrama.

6.5. Membantu dalam urusan yang berkaitan Yuran Makan Asrama


(YMA).

7. Pengurusan Perkhidmatan Bekalan Makanan Bermasak

7.1. Memantau kebersihan dan keceriaan dewan makan dan dapur


asrama serta memastikan pekerja dewan makan mematuhi
garis panduan kesihatan/kebersihan dewan makan.

7.2. Membuat tempahan makanan melalui Jadual 8 berdasarkan


bilangan penghuni asrama semasa tidak kurang dari 48 jam
sebelum masa sajian.
7
LAMPIRAN A

7.3. Bertanggungjawab sepenuhnya dalam aspek berkaitan bekalan


makanan bermasak di asrama. (Mengikut Kontrak Perjanjian
Perkhidmatan Membekal Makanan Bermasak Asrama)

7.4. Membantu dan bekerjasama dengan pihak pengurusan dalam


menangani kes keracunan makanan.

8. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pihak Pentadbir dari masa


ke semasa.

Nota:
Sila rujuk Penghuraian Kerja Perkhidmatan Penyelia Asrama
(Lampiran P, P1 dan P2) dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8
Tahun 2009 yang berkuatkuasa pada 2 Julai 2009 dan dikeluarkan
oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.