Koperasi sekolah perlu diurus dengan baik kerana ia adalah salah satu punca
pendapatan kepada pihak sekolah. Tetapi bukan mudah untuk mengurus sesebuah
koperasi jika tiada ilmu pengetahuan yang mencukupi serta amalan pengurusan
koperasi yang baik. Kajian berbentuk deskriptif ini dijalankan untuk menilai tahap
pengetahuan guru koperasi tentang pengurusan koperasi sekolah, tahap amalan
pengurusan koperasi mereka serta tahap penglibatan pengetua dalam pengurusan
koperasi sekolah di daerah Kota Tinggi, Johor. Kajian ini juga dijalankan untuk
melihat perbezaan tahap pengetahuan dan amalan pengurusan koperasi di kalangan
guru koperasi berdasarkan demografi. Selain itu, hubungan di antara tahap amalan
pengurusan koperasi dan tahap penglibatan pegetua dalam pengurusan koperasi
sekolah juga turut dikaji. Kajian rintis yang dijalankan mencatat nilai alpha Cronbach
yang tinggi. Seramai 88 orang responden di daerah Kota Tinggi terpilih untuk
menjawab soal selidik. Data dianalisis menggunakan SPSS. Hasil kajian mendapati
bahawa tahap pengetahuan guru koperasi tentang pengurusan koperasi sekolah, tahap
amalan pengurusan koperasi di kalangan guru koperasi serta tahap penglibatan
pengetua dalam pengurusan koperasi sekolah di daerah Kota Tinggi adalah tinggi.
Antara cadangan yang boleh dipertimbangkan ialah pengurusan sekolah perlu
memperuntukkan waktu yang khusus untuk guru koperasi menguruskan koperasi
sekolah.
ABSTRACT