Anda di halaman 1dari 11

TEKS PENGACARA

MAJLIS HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN 2017

BismilLahir Rahmanir Rahim . Assalamu `Alaikum W.B.T

Rabbishrahli sodri wayassirli amri wahlul ukdatammillisani yafqahu qauli

Yang ________________________________________________________

___________________________________

Yang _______________________________________________________

____________________________________

Yang Berusaha Pn Zalina Binti Saharum Guru Besar SKSR.

Yang Dihormati Tn Haji Abdullah Bin Yatim, Yang Dipertua PIBG SKSR

Yang Dihormati Pn.Nurhidayati Bt Mohamed , Guru Kanan SKSR


Pn. Norazimah Bt Adli, Guru Kanan Hal Ehwal Murid,

Pn Noraini Bt Kamaruddin, Guru Kanan Ko Kurikulum,.

Guru-guru SKSR, Ibu bapa, penjaga, murid-murid,

seterusnya hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian.

Sirih berlipat sirih pinang

Sirih dari Pulau Mutiara

Pemanis kata selamat datang

Awal Bismillah pembuka bicara

Hari ini menanam jagung,


Dibawa ke Perlis bersama peria,

Hari ini kita berkampung,

Meraikan majlis penuh ceria

Selamat datang ke :

Majlis hari anugerah kecemerlangan SKSR 2017.

Saya Puan MASLINAWATIE

akan mengacarakan majlis ini sehingga ke penghujungnya.

Sarung ketupat berisi inti

Dibawa budak sambil berlari

Kehadiran semua sangat dihargai

Moga Majlis bertambah seri

Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah

dan kurniaNya maka kita dapat bersama-sama berhimpun pada petang ini untuk

meraikan kejayaan anak-anak kita dalam bidang pelajaran.

Ucapan selamat datang dan ribuan terima kasih diucapkan kepada semua hadirin

sekalian kerana sudi menghadirkan diri ke majlis ini terutamanya kepada Yang

Berusaha En Azhar Bin Kamaruddin, mewakili YB Dato Haji Manaf Bin

Hashim,ADUN Pangkalan Baru kerana sudi meluangkan masa untuk menghadirkan

diri ke majlis kami ini. Ucapan terima kasih juga kepada Yg Berusaha En Mahadi

Rosli Bin Zamri, Pegawai School Improvement Specialist Coaches dari PPD

merangkap Penghulu SKSR, Yang Dihormati Tn Haji Abdullah Bin Yatim,Yang

Dipertua PIBG SK Sungai Ramai kerana sudi hadir dan tak lupa juga terima kasih

diucapkan kepada semua ibu bapa yang sudi meluangkan masa untuk memberi
sokongan kepada anak-anak dan pihak sekolah. Semoga usaha kita semua diberkati

Allah,Amin.

Hadirin yang dimuliakan,

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah

sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh:

Al Fadhil Ustaz Zulhilmi Bin Masri. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

*********** (Doa)

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Al Fadhil

Ustaz Zulhilmi atas bacaan doa itu tadi.

Majlis diteruskan dengan menjemput Yang Berusaha Pn Zalina Bt Saharum, Guru

Besar SKSR untuk menyampaikan ucapan . Majlis dengan segala hormatnya

mempersilakan.

************(Ucapan GB.)

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pn Zalina Bt Saharum atas ucapan

tersebut.

Kini, majlis mempersilakan pula Yang Dihormati Tn Hj Abdullah Bin Yatim, Yang

Dipertua PIBG SKSR untuk menyampaikan sedikit ucapan. Dipersilakan.


************(Ucapan YDP PIBG.)

Ucapan terima kasih kepada Yang Dihormati Tn Hj Abdullah Bin Yatim, Yang

Dipertua PIBG SKSR atas ucapan tadi.

Majlis seterusnya mempersilakan Yang Berusaha En Azhar Bin Kamaruddin untuk

menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis Anugerah Kecemerlangan

bagi sesi 2017. Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan.

***********(Ucapan VIP )

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada

Yang Berusaha En Azhar Bin Kamaruddin, di atas ucapan dan perasmian majlis ini

sebentar tadi.
Sebagai tanda penghargaan dari pihak sekolah, majlis menjemput Yang Berusaha Pn

Zalina Binti Saharum untuk menyampaikan cenderahati sebagai tanda kenangan dari

pihak kami.
********** (Penyampaian cenderahati)
Terima kasih diucapkan kepada Pn Zalina

Hadirin yang dihormati,

Hari anugerah kecemerlangan yang diraikan saban tahun ini, antara lain mengundang

objektif untuk menjadi paksi kepada para pelajar bagi mengukir kecemerlangan

dalam segenap bidang pendidikan terutamanya dalam peperiksaan dan dalam

kokurikulum.

Kecemerlangan yang dicipta adalah hasil daripada usaha gigih dan berterusan. Usaha
yang tidak mengenal erti jemu pasti membuahkan kejayaan dan kecemerlangan. Oleh

itu, murid-murid yang berjaya sepatutnya diberi penghargaan. Semoga ini akan

menjadi pencetus semangat untuk terus berjaya dalam mengejar ilmu dan cita-cita.

Dengan ini,kita teruskan majlis dengan acara penyampaian hadiah bagi :


1) Kedudukan terbaik di dalam kelas bagi tahap satu dan dua.
(rujuk brochure)

Terlebih dahulu, majlis menjemput Yang Berusaha En Azhar Bin Kamaruddin diiringi

oleh Yang Berusaha Pn Zalina binti Saharum Guru Besar SKSR, ke atas pentas untuk

menyempurnakan acara. Dipersilakan.

Kita mulakan dengan penerima hadiah kedudukan terbaik di dalam kelas


*******Rujuk lampiran
A) Kedudukan Tempat Pertama:
-Rujuk brochure
B) Kedudukan Tempat Kedua
-Rujuk lampiran
C) Kedudukan Tempat Ketiga
-Rujuk lampiran
##Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yg Berusaha En Azhar Bin

Kamaruddin kerana sudi menyampaikan hadiah sebentar tadi.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Kita teruskan lagi acara kita pada pagi ini.Marilah bersama-sama kita menyaksikan

persembahan nyanyian yang bertajuk Jangan,jangan,jangan daripada murid-murid

tahun 4 dan 5.Majlis dgn segala hormatnya,mempersilakan.

************(Persembahan).
Terima kasih kepada murid-murid tahun 4 dan 5 yang telah membuat persembahan

sebentar tadi.

Baiklah,seterusnya penyampaian hadiah bagi matapelajaran terbaik mengikut tahun.

###Terlebih dahulu, majlis menjemput Yang Berusaha En Mahadi Rosli Bin Zamri,

diiringi oleh Yang Berusaha Pn Zalina binti Saharum ke atas pentas untuk

menyempurnakan acara. Dipersilakan.

Kita mulakan dengan tahun 1.

*******Rujuk Lampiran

Tahun 1:

Tahun 2:

Tahun 3:

Tahun 4:

Tahun 5:

Tahun 6:

Seterusnya, penyampaian hadiah bagi :

Terbaik Sijil Agama Tahun 6 (6A)

1.Muhd Rifqi Irfan Bin Ibrahim


2.Nur Arina Dayani Bt Azlan
Terbaik Data Pelaporan JQaf
1.Nur Rasyiqah Insyirah Bt Ibrahim
2.Nur Amirah Asyikin Bt Azlan

Acara diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah bagi KEHADIRAN PENUH pada

tahun ini telah disandang oleh:

1) Muhd Afiq Bin Ahmad Kamal

2) Nur Zahirah Bt Ahmad Kamal

3) Sofian Bin Rosli

##Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yg Berusaha En MAHADI

ROSLI BIN ZAMRI di atas kesudian beliau menyampaikan hadiah sebentar tadi.

Pergi sekolah seawal pagi,

Melintas jalan berhati-hati,

Penyampaian Anugerah diteruskan lagi,

Penerima-penerimanya sabarlah menanti

Warga dewan sekalian,

Saban tahun sekolah menyediakan pelbagai anugerah khas untuk memberi galakan

sekaligus teladan kepada semua murid. Ini bukan sahaja dapat membantu mereka

untuk menjadi lebih berdisiplin malah ini akan menjadi tunggak untuk mereka
menjadi lebih berjaya pada masa akan datang.

Majlis yang menjadi agenda wajib dalam takwim tahunan sekolah ini turut

menganugerahkan penghargaan kepada para pelajar yang memegang jawatan dan

mengawal disiplin sekolah.

Seterusnya penyampaian sijil penghargaan pengawas sekolah dan pengawas PSS bagi

Tahun 6 untuk sesi 2017.

Terlebih dahulu, majlis menjemput Yang dihormati Tuan Haji Abdullah Bin Yatim

selaku Yang Dipertua PIBG SKSR ,dengan diiringi oleh Yang Berusaha Pn Zalina binti

Saharum ke atas pentas untuk menyempurnakan acara. Dipersilakan.

Kita mulakan dengan penyampaian sijil bagi Pengawas Sekolah.

Ketua Pengawas: Muhammad Rifqi Irfan Bin Ibrahim


Penolong Ketua Pengawas: Zaharatul Nadia Binti Ahmad
Seterusnya penyampaian hadiah bagi Pengawas Pusat Sumber.
Ketua pengawas PSS: Nur Arina Dayani Binti Azlan
Penolong pengawas PSS:Sofian Bin Rosli

##Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang dihormati Tn Haji

Abdullah Bin Yatim,Yang Dipertua PIBG, kerana sudi menyampaikan hadiah

sebentar tadi.

Dari kedah ke bandar Perlis,

Singgah bersantai di tepi jeti,

Persembahan menyusul memeriahkan majlis,

Semoga hadirin terhibur di hati.


Untuk meneruskan majlis, marilah kita sama-sama menghayati persembahan kedua

sajak dan nyanyian TERIMA KASIH CIKGU .Sajak dan nyanyian ini

dipersembahkan oleh murid Tahun 1 hingga 6, di bawah bimbingan Cikgu Wan Zahir

Azmi. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

*********(persembahan nyanyian)

Terima kasih kepada semua murid yang telah membuat persembahan yang penuh

bersemangat sebentar tadi.

Seterusnya penyampaian hadiah bagi tokoh murid;

Sebelum itu,izinkan saya menjemput .

untuk menyempurnakan acara. Dipersilakan

Gelaran tokoh murid bagi 2017, sebulat suara telah memilih:

1) Nur Arina Dayani Binti Azlan

2) ##Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada ..

kerana sudi menyampaikan hadiah sebentar tadi.

Semoga dengan anugerah sebentar tadi dapat menjadi semangat dan perangsang

kepada semua murid di sekolah ini agar terus maju dalam bidang akademik dan juga

kokurikulum.
Seterusnya,majlis menjemput Yg Dihormati . untuk

menyampaikan sedikit cenderahati kepada Guru Besar dan YDP PIBG kerana sudi

menceriakan majlis pada petang ini.

Terima kasih diucapkan kpd .di atas

kesudian beliau menyampaikan cenderahati itu tadi.

Semoga kejayaan yang lebih bermakna akan diperolehi pada masa depan

Adalah diharapkan anak-anak ini dapat menjadi role model kepada murid-murid yang

lain...insyaAllah

Bersyukur kini kami panjatkan,

Majlis anugerah telah disempurnakan,

Sekalung penghargaan kami hulurkan,

Segulung tahniah kami ucapkan....

Dengan berakhirnya acara tadi, maka tibalah masanya untuk saya selaku pengendali

majlis untuk mengundurkan diri. Pihak majlis juga menyusun sepuluh jari memohon

ampun dan maaf sekiranya ada terlanjur kata, terlampau cara sepanjang saya

mengendalikan majlis ini.

Majlis berakhir penuh syafaat

Menjadi ingatan sepanjang zaman

Amalan sepakat membawa berkat


Hidup beramal bertunjang iman.

Kalau ada jarum yang patah

Banyak kain tidak berjahit

Kalau ada silap dan salah

Jangan jadikan kenangan pahit

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan kekurangan itu

wujudnya daripada kelemahan saya sebagai makhluk Allah bernama insan.

Sebelum bersurai,majlis menjemput tetamu kehormat dan tetamu jemputan untuk

ke majlis jamuan ringan di tempat yg telah disediakan dgn diiringi oleh Puan Guru

Besar, Guru Kanan Pentadbiran, Guru Kanan Hem dan Guru Kanan

Kokurikulum.Dipersilakan.

Sekian wabillahi taufik..................

Anda mungkin juga menyukai