Anda di halaman 1dari 5

POLA PERUBAHAN FORMAT BERASINGAN

Berbeza/ tidak sama

Contoh soalan 3 Format berasingan:


Berdasarkan maklumat dalam jadual di bawah, huraikan perkembangan nilai eksport Malaysia
mengikut kelompok negara terpilih untuk tempoh bulan Januari hingga bulan September bagi tahun
2012 dan Januari-September 2013 dan nyatakan alasan mengapa Asia Tenggara menjadi pasaran
utama Malaysia.

MALAYSIA: NILAI EKSPORT MENGIKUT KELOMPOK NEGARA TERPILIH BAGI TEMPOH


BULAN JANUARI-SEPTEMBER 2012 DAN BULAN JANUARI-SEPTEMBER 2013

Kelompok Negara Nilai Eksport (RM Juta)


Januari-September 2012 Januari-September 2013
Asia Barat 19 615 22 917
Asia Selatan 8610 10 222
Asia Tenggara 119 814 128 080
Kesatuan Eropah 42 930 49 021
Amerika utara 44 207 39 616
Amerika Tengah dan Selatan 11 222 13 985
Afrika Utara 463 2 306
Jumlah 246 861 266 147

Analisis Kandungan Soalan :

Ciri-Ciri Soalan

Menggunakan perkataan Perkembangan dalam soalan.


Perlu diterangkan mengikut negara ke satu negara
Pola yang terlibat adalah Pola Perubahan sahaja.

1. Kehendak Soalan (Skema: 2 +2)


o Analisis data (AD) : 1) Perkembangan nilai eksport
Malaysia
o Analisis Pengetahuan (AP) 2) Alasan Mengapa Asia Tenggara
menjadi pasaran eksport Malaysia

o Format Penulisan Jawapan : Format Berasingan -dlm perenggan


berasingan

Skema Jawapan (2 + 2) = 2 isi pola perubahan + 2 isi alasan

Disediakan oleh Cikgu Salmiah Ramli Page 1


STEP 1: ANALISIS DATA (AD) POLA PERUBAHAN (PERKEMBANGAN)

1. Jumlah Keseluruhan Januari hingga September 2012 dan Januari hingga September 2013
(meningkat)
2. Asia Barat Januari hingga September 2012 dan Januari hingga September 2013
(meningkat)
3. Asia Selatan Januari hingga September 2012 dan Januari hingga September 2013
(meningkat)
4. Asia Tenggara Januari hingga September 2012 dan Januari hingga September 2013
(meningkat)
5. Kesatuan Eropah Januari hingga September 2012 dan Januari hingga September 2013
(meningkat)
6. Amerika Utara Januari hingga September 2012 dan Januari hingga September 2013
(menurun)
7. Amerika Tengah dan Selatan Januari hingga September 2012 dan Januari hingga
September 2013 (meningkat)
8. Afrika Utara Januari hingga September 2012 dan Januari hingga September 2013
(meningkat)

Rumusan : terdapat 2 jenis pola perubahan dari jadual diatas:

Meningkat
a. Asia Barat
b. Asia Selatan
c. Asia Tenggara
d. Kesatuan Eropah
e. Amerika Tengah dan Selatan
f. Afrika Utara

Menurun
a. Amerika Utara

CARA MEMBINA IDEA/ ISI:

Idea hendaklah di tulis dalam satu ayat sahaja.


Idea perlu ada 3 elemen seperti:
i) Negara/ sektor (dalam idea perlu menyatakan semua negara/sektor yang terlibat)
ii) Tahun/tempoh (dari tahun mana ke tahun mana)
iii) Jenis pola

Disediakan oleh Cikgu Salmiah Ramli Page 2


Perlu sebut semua negara
dalam pola yang sama
Contoh Idea:

Eksport Malaysia ke negara Asia Barat, Asia Selatan, Asia Tenggara, Kesatuan Eropah, Amerika
Tengah dan Selatan dan Afrika Utara bagi tempoh bulan Januari-September 2012 dan bulan Januari-
September 2013 adalah semakin meningkat.

Tidak perlu menulis perkataan berterusan jika tahun/ tempoh


kurang dari 2 tahun/tempoh.
Perkataan lain boleh digunakan bagi menggantikan
perkataanmeningkat seperti menaik.
Perkataan lain untuk menurun seperti merosot atau jatuh

BUKTI DATA: (cara pengiraan sama seperti ditunjukkan sebelum ini)

Buktinya, negara Asia Barat bagi bulan Januari-September 2012, sebanyak RM19 615 juta meningkat
kepada RM22 917 juta pada bulan Januari-September 2013. Peningkatan sebanyak RM3 302 juta
bersamaan 16.83%.

STEP 2 Format penulisan Jawapan

Format Format
Bergabung ATAU Berasingan

??
Untuk 2 soalan dibawah, formatnya adalah Format Berasingan. Negara Berbeza/
tidak sama

Contoh soalan 3 Format berasingan:


Berdasarkan maklumat dalam jadual di bawah, huraikan perkembangan nilai eksport Malaysia
mengikut kelompok negara terpiih untuk tempoh bulan Januari hingga bulan September bagi tahun
2012 dan Januari-September 2013 dan nyatakan alasan mengapa Asia Tenggara menjadi pasaran
utama Malaysia
Berbeza/ tidak sama
Contoh soalan 4 Format berasingan:
Berdasarkan maklumat yang dikemukakan dalam jadual di bawah, huraikan perubahan kedatangan
pelancong asing dari negara Asean terpilih ke Malaysia dari tahun 2008 hingga tahun 2012. Jelaskan
usaha untuk memajukan sektor perlancongan di negara ini.

Disediakan oleh Cikgu Salmiah Ramli Page 3


# Oleh kerana format penulisan jawapan jenis berasingan. Bermakna

(AD) Analisis Data + Bukti ditulis dalam satu perenggan yang sama
(AP) Alasan sebab perlu di tulis dalam satu perenggan yang berasingan.

STEP 3- ANALISIS PENGETAHUAN (AP)

Cara menulis idea (format berasingan):

Soalan: nyatakan alasan mengapa Asia Tenggara menjadi pasaran utama Malaysia.

Analisis : soalan hanya meminta Asia Tenggara sahaja, jadi pelajar hanya menulis Asia Tenggara sahaja.
Negara-negara lain tidak perlu di berikan alasan sebab. Alasan perlu ditulis dalam perenggan yang
berasingan daripada analisis data + bukti.

Format penulisan perenggan alasan sebab :


1) Idea dalam satu ayat
2) Huraian 1
3) Huraian 2

(markah penuh = 3 markah untuk satu perenggan)

Contoh Jawapan lengkap:

Asia Tenggara menjadi pasaran utama malaysia kerana kadar pertukaran matawang asing dalam
kalangan negara Asia Tenggara menguntungkan Malaysia. Kadar pertukaran matawang yang lebih
rendah di negara-negara seperti Vietnam, Indonesia, Filipina sangat mengguntungkan Malaysia.
Dengan ini kadar keuntungan akan meningkat seterusnya pendapatan negara Malaysia akan
meningkat daripada pungutan percukaian. Peniaga akan mengeluarkan kos yang rendah sekaligus
menguntungkan peniaga Malaysia.

SKEMA 2 + 2 (2 isi pola + 2 isi alasan sebab)

Perenggan 1 Pendahuluan (ambil sebahagian daripada soalan)


Peranggan 2 Jumlah Keseluruhan untuk pola perubahan, jumlah keseluruhan
selalunya akan menjadi isi yang pertama (Isi 1)
Perenggan 3 Meningkat (Isi 2) - (boleh pilih samada meningkat atau menurun)
Perenggan 4 Alasan mengapa Asia Tenggara menjadi pasaran utama Malaysia
(Isi 3)
Perenggan 5 Alasan mengapa Asia Tenggara menjadi pasaran utama Malaysia
(Isi 4)
Perenggan 6 - Kesimpulan

Disediakan oleh Cikgu Salmiah Ramli Page 4


Cadangan Jawapan lengkap:

Jadual menunjukkan nilai eksport Malaysia mengikut kelompok negara terpilih bagi tempoh
bulan Januari-September 2012 dan bulan Januari-September 2013.

Jumlah keseluruhan eksport Malaysia mengikut kelompok negara terpilih bagi tempoh bulan
Januari-September 2012 dan bulan Januari-September 2013 adalah meningkat @ menaik. Buktinya, IDEA 1
pada januari-September 2012 sebanyak RM 246 861 juta meningkat kepada RM266 147 juta pada
bulan Januari-September 2013. Peningkatan sebanyak RM19 826 juta atau 7.81%.

Eksport Malaysia ke negara Asia Barat, Asia Selatan,Asia Tenggara Kesatuan Eropah, Amerika
Tengah dan Selatan dan Afrika Utara bagi tempoh bulan Januari-September 2012 dan bulan Januari-
September 2013 adalah semakin meningkat @ menaik. Buktinya, negara Asia Barat bagi bulan
Pilih Januari-September 2012, sebanyak RM19 615 juta meningkat kepada RM22 917 juta pada bulan
salah Januari-September 2013. Peningkatan sebanyak RM3 302 juta bersamaan 16.83%.
IDEA 2
satu
idea Eksport Malaysia ke negara Amerika Utara bagi tempoh bulan Januari-September 2012 dan
bulan Januari-September 2013 adalah menurun @ merosot @ jatuh. Buktinya, negara Amerika Utara
pada tempoh Januari-September 2012 adalah sebanyak RM 44 207 juta menurun kepada RM39 616
juta pada tempoh Januari-September 2013. Penurunan sebanyak RM4591 juta atau bersamaan
10.38%.

Asia Tenggara menjadi pasaran utama Malaysia kemungkinan keranaAsia Tenggara


mempunyai banyak persamaan terutama dari segi budaya. Hubungan masyarakat yang baik dan IDEA 3
budaya hidup yang sama memudahkan komunikasi antara negara. Persamaan yang wujud ini
memudahkan juga komunikasi antara peniaga untuk berurusan dengan mudah dan selesa.

AsiaTenggara juga menjadi pasaran utama malaysia kerana kadar pertukaran matawang
asing dalam kalangan negara Asia Tenggara menguntungkan Malaysia. Kadar pertukaran matawang
IDEA 4
yang lebih rendah di negara-negara seperti Vietnam, Indonesia, Filipina sangat mengguntungkan
Malaysia. Dengan ini kadar keuntungan akan meningkat seterusnya, pendapatan negara Malaysia akan
meningkat daripada pungutan percukaian. Peniaga akan mengeluarkan kos yang rendah sekaligus
menguntungkan peniaga Malaysia juga.

Kesimpulannya, jumlah eksport Malaysia ke negara-negara terpilih menunjukkan tanda-tanda


positif kerana majoritinya meningkat dimana Asia Tenggara merupakan negara tertinggi mengimport
barangan Malaysia.

Disediakan oleh Cikgu Salmiah Ramli Page 5