Anda di halaman 1dari 15

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Sistem Bangunan Berindustri (IBS) merupakan suatu sistem pembinaan yang


menggunakan komponen struktur yang dikilangkan, diangkut ke tapak bina dan dicantumkan
menjadi suatu struktur dengan kerja tambahan tapak bina yang minima. IBS merupakan
suatu sistem yang telah wujud di Malaysia sejak awal tahun 60-an lagi di mana terbinanya
3009 unit rumah pangsa Jalan Pekeliling, Kuala Lumpur dan 3471 unit rumah pangsa Jalan
Padang tembak Pulau Pinang. Namun begitu, kaedah ini masih belum dapat di aplikasi
sepenuhnya dalam industri pembinaan Malaysia walaupun sudah empat dekad ia diper-
kenalkan. Ini jelas membuktikan bahawa para pemain utama industri pembinaan di negara
ini masih belum bersedia untuk mengalami anjakan paradigma yang menuntut kepada
penggunaan teknologi dan sistem yang baru malah masih terikat kepada kaedah konvensi-
onal yang banyak membawa keburukan
Jika dilihat impak positif kaedah IBS, ia menjanjikan kelebihan-kelebihan seper-
ti pengurangan pekerja di tapak, pengurangan pembaziran bahan binaan, pengurangan
bahan binaan di tapak, alam sekitar dan bahan binaan yang lebih bersih, kawalan kualiti
yang lebih baik, tapak pembinaan yang lebih teratur dan selamat dan tempoh pembinaan
yang lebih singkat. Dengan erti kata lain, IBS menunjukkan ia merupakan suatu alternatif
kepada kaedah konvensional yang banyak bergantung kepada kerja-kerja basah yang
menjadikan tapak bina kotor, sukar, tidak selamat dan masih terikat kepada penggunaan
buruh asing yang ramai. Keadaan kini tapak bina sudah mencukupi untuk menjadikan alasan
mengapa sektor industri kita perlu mengalami perubahan dalam sebuah negara yang
sedang menuju ke tahap negara maju dan perindustrian.

Sektor pembinaan yang merupakan suatu bidang yang tertua di negara kita kini
merupakan penyumbang utama dalam merealisasikan Wawasan 2020. Oleh itu, adalah
agak mengecewakan sekiranya bidang ini masih berada di takuk lama. Dalam era
globalisasi ini, sudah tiba masanya negara kita melangkah ke hadapan untuk memprak-
tikkan IBS secara meluas dan sepenuhnya dalam industri pembinaan Malaysia. Sejumlah
besar Penyelidikan dan Pembangunan ( R&D ) telah dijalankan untuk mengenal pastikan
kelemahan, halangan dan cabaran perlaksanaan IBS dalam industri pembinaan Malaysia.
Diharap dengan usaha yang giat dan rancak ini dapat menebus kembali kegagalan
perlaksanaan IBS sebelum ini. Matlamat dan sasaran penggunaan IBS sepenuhnya ini
dapat dicapai dengan sokongan semua sokongan semua pihak terutamanya para pemain
penting industri pembinaan.
Kilang Produk

Pemasangan Produk Angkut Ke Tapak Bina

Bangunan Siap

Contoh Aliran Kerja Penggunaan IBS Dalam Industri Pembinaan.


1.2 Penggunaan IBS

Contoh Projek Sistem


IBS telah mula menjadi pilihan di Malaysia untuk mencapai produktiviti dan
IBS
dan kualiti yang tinggi serta mengurangkan kecacatan semasa pembinaan. Kerajaan juga
telah menggalakkan terutamanya kepada Pemaju Perumahan menggunakan sistem ini
bagi mengurangkan tenaga kerja terutama pendatang asing disamping mempercepatkan
tempoh pembinaan. Di dalam bajet 2005 yang lalu, kerajaan akan menggunakan 50%
sistem IBS di dalam projek pembinaannya. Pihak swasta juga digalakkan menggunakan
sistem ini dengan mengecualikan Levi CIDB kepada kontraktor yang menggunakan lebih
50% sistem IBS di dalam projek masing-masing.

Sehingga kini, telah banyak projek mega yang menggunakan sistem IBS
yang terdapat di negara kita seperti Kompleks Sukan Bukit Jalil, Menara Berkembar
Petronas, Transit aliran Ringan dan lain-lain. Walaubagaimanapun, penggunaannya masih
berada pada tahap yang rendah. Tetapi jika dilihat perkembangan infrastruktur yang pesat
di negara ini, membolehkan sistem ini berkembang dengan cepat sekali selepas ini.
1.3 Komponen IBS

IBS dapat dibahagikan kepada 5 jenis iaitu :

1.3.1 Sistem Kerangka, Panel dan Kekotak Konkrit Pra-Tuang.


Komponen di bawah kumpulan ini ialah tiang, rasuk, papak lantai dan panel
dinding pra-tuang. Termasuk juga di bawah kumpulan ini adalah komponen
pasang siap 3-dimensi seperti tangga, langkan dan tandas.
1.3.2 Sistem Acuan
Acuan bagi komponen konkrit tuang disitu seperti acuan untuk tiang, rasuk,
papak lantai dan panel dinding yang boleh digunakan berulang kali. Acuan ini
biasanya diperbuat dari plastik, fibreglass, keluli, aluminium dan bahan logam
lain.
1.3.3 Sistem Kerangka Keluli
Komponen di bawah kumpulan ini terdiri daripada tiang, rasuk, kerangka portal
dan sistem kekuda bumbung dan seumpamanya yang diperbuat daripada
bahan keluli.
1.3.4 Sistem Kerangka Kayu Pasang Siap.
Komponen di bawah kumpulan ini ialah tiang, rasuk, papak lantai, sistem
kekuda bumbung pasangsiap dan seumpamanya yang diperbuat daripada
bahan kayu.
1.3.5 Sistem Blok.
Sistem ini merujuk kepada penggunaan blok jitu (precision blockworks )
termasuk blok konkrit ringan, blok terkunci( interlocking blok ) dan
seumpamanya.
1.4 Sokongan Kerajaan.
Peratus Pekerja Binaan Asing Mengikut Negeri

Negeri Peratus (%)

Selangor 97
Wilayah Persekutuan (K.L.) 95
Melaka 86
Pahang 76
Johor 73
Negeri Sembilan 62
Pulau Pinang 52
Sabah 48
Pera 48
Kedah 36
Terengganu 24
Kelantan 17
Perlis 13
Sarawak 6

Purata Negeri 52
Purata Tapak Binaan 54

(Kajiselidik di Tapak Binaan Operasi Penguatkuasaan Di seluruh Negeri)


Tahun 2005 - 2006
Perbandingan antara kaedah IBS dan kaedah konvensional
dalam industri pembinaan

Penerangan Kaedah IBS Kaedah Konvensional

1 Masa Pembinaan bagi Penjmatan masa Sangat sensetif kepada


struktur dengan penyiapan keadaan cuaca
lebh awal
2 Kawalan Kualiti Kualti yang lebh baik Kesukaran untuk mencapai
dapat dicapai kerana kualiti kerana pekerja tidak
komponen di buat mahir. Lebh banyak ujian dan
di kilang. Ujian kawalan kawalan di perlukan.
di buat.
3 Masa tambahan untuk Perlu Sangat perlu
mempercepatkan kerja-
kerja struktur.
4 Ruang penyimpanan di tapakMinimum Perlu
untuk bahan
5 Keadaan Tapak Penggunaan props dan Penggunaan props dan
acuan yang minimum acuan yang banyak, keadaan
keadaan tapak lebih tapak yang kurang teratur
teratur dan bersih. dan bersih.
6 Pembahagian kerja di tapak Pekerja yang sedikit Lebih banyak pekekrja di
bagi pekerja di tapak bina tapak dan memerlukan
tempat tinggal pekerja.
7 Pembersihan tapak Pengurangan kos Peningkatan kos kerana
semasa penyiapan kerja di sebabkan kurangnya sisa buangan banyak.
sisa buangan
8 Penukaran r/bentuk pada Fleksibel Fleksibel
saat akhir.
9 Kos luar jangka Pemasangan manual Tiada
dalam kawasan yang
terletak di luar liputan
kren.
10 Suasana Kerja Lebih selesa dan Kurang selesa di sebabkan
selamat. bilangan pekerja, bahan
binaan yang banyak dan
tidak teratur.

Anda mungkin juga menyukai