Anda di halaman 1dari 10

PERKEMBANGAN INTERAKSI,INTEGRASI DAN ASIMILASI ANTARA MASYARAKAT

PERIBUMI LOKAL DENGAN MASYARAKAT BUKAN PERIBUMI LOKAL DI MALAYSIA

Sejarah kedatangan Masyarakat peribumi bermula dengan penghijrahan imigran dari


Indonesia,Cina dan India.Sekitar awal kurun proses perantauan berlaku secara berterusan
oleh imigran dari indonesia dan mendiami sekitar kawasan pantai barat semenanjung tanah
melayu.Di tanah melayu,mereka aktif dalam bidang pertanian dan perdagangan,ada juga
yang datang sebagai buruh dan bergaul dengan penduduk,berasimilasi hingga membentuk
sebahagian daripada masyarakat lokal di Tanah Melayu hari ini.Penghijrahan mereka
antaranya disebabkan oleh dua faktor iaitu faktor penolak seperti masalah kesempitan hidup
dan faktor penarik seperti terdapat peluang pekerjaan dan terdapat bahan-bahan mentah
yang belum terusik di tanah melayu.Kehadiran mereka menyebabkan banyak kawasan dan
petempatan baru dibuka khususnya di sekitar pantai barat semenanjung tanah
melayu.Penghijrahan imigran cina dipengaruhi oleh faktor penolak seperti masalah
kemiskinan dan penderitaan hidup,ketidaktastabilan ekonomi dan ditambah dengan suasana
politik yang kucar kacir seperti tercetusnya pemberontakan Taiping pada tahun 1857 dan
keadaan memaksa untuk mereka berhijrah ke luar.Selain itu,penghijrahan mereka juga
disebabkan oleh faktor penarik dimana terdapatnya peluang-peluang pekerjaan yang banyak
tanah melayu.Kemasukkan mereka ini dipengaruhi dan diikuti oleh dasar pemerintahan
inggeris dimana menggalakkan kaum imigran cina untuk berniaga dan membuka kawasan-
kawasan lombong bijih timah.Proses kemasukkan imigran cina pada mulanya melalui sistem
tiket kredit tetapi sistem tersebut mengalami kegagalan dan diganti dengan sistem
pengambilan personel.Penghijrahan imigran india dipengaruhi oleh keperluan buruh ladang
seperti tebu,kopi dan getah.Hal ini demikian kerana peribumi lokal tidak berminat untuk
bekerja di ladang.Pada tahun 1840, imigran india dibawa masuk oleh peladang inggeris untuk
bekerja di ladang tebu dan kopi di Seberang Prai.Bilangan mereka meningkat apabila sektor
peladangan diperkenalkan secara besar-besaran oleh Syarikat Eropah pada awal abad ke
20.Terdapat dua kategori buruh imigran india seperti Tawanan dan banduan india yang
dibuang di tanah jajahan oleh inggeris untuk keperluan tenaga buruh seperti untuk projek
pembinaan jalan raya .Buruh kuli kontrak pula dibawa masuk untuk keperluan tenaga kerja
sektor ladang melalui sistem kangani.Kedatangan kuasa inggeris mengubah sistem
kehidupan masyarakat peribumi lokal dari sistem pentadbiran kemudian sistem politik
ekonomi,sosial budaya dan pendidikan.Konteks pentadbiran Malay Protected States telah
menghakis kuasa raja apabila keadaan memaksa Raja-raja Melayu untuk menerima nasihat
dari orang asing dan kuasa mereka dibataskan oleh kuasa residen.kuasa Raja dimuziumkan
tetapi kuasa pemerintahan telah menjadi sebuah kuasa kuasa pemerintahan yang
berkonsepkan perkongsian kuasa dengan kaum-kaum imigran .Ia merupakan prasyarat
pemberian kemerdekaan ke atas Persekutuan Tanah Melayu oleh pihak british pada tahun
1957.Walaubagaimanapun,perubahan ini juga memberi manfaat kepada masyarakat melayu
seperti perubahan dalam bidang pendidikan dimana mencelikkan mata hati masayarakat
melayu bangun dan berusaha untuk bersaing dengan bangsa imigran khususnya cina.

Masyarakat melayu menganggap kehadiran bangsa imgirin sekadar untuk mencari


rezeki dan bersifat sementara dan tidak kekal.Kehadiran kaum imigran disambut dengan
layanan istimewa telah menarik minat mereka untuk terus tinggal di tanah melayu.Sikap
keterbukaan dan tolak ansur yang tinggi membolehkan mereka hidup dalam lingkaran
masyarakat melayu yang damai.Selain itu,mereka diberi sekeping tanah untuk mendirikan
rumah kediaman dan dibantu untuk mencari rezeki.Kedatangan islam menjadikan masyarakat
melayu melalui proses asimilasi seperti kesanggupan mereka menerima islam bukan sahaja
sebagai sebuah kepercayaan malah satu cara hidup.Hubungan melayu dengan islam telah
begitu sebati,malah sebenarnya islamlah yang menerasi keperibadian melayu,yang
mendasari worldview orang melayu dan seterusnya membentuk etos dan citarasa melayu

Konsep kawin campur diterima umum oleh masyarakat peribumi lokal dan lahirlah
etnik baru hasil daripada perkahwinan tersebut dan mewujudkan beberapa ciri baru dalam
amalan budaya tanpa menhilangkan ciri-ciri asal budaya mereka.Mereka guna dan
kembangkan bahasa melayu dan menjadikan bahasa ibunda mereka sendiri serta menerima
unsur dan kebudayaan orang melayu namun tanpa menhilangkan ciri-ciri asal budaya mereka

Kehadiran Imigrasi memberikan kesan kepada masyarakat melayu.Antaranya ialah


dari segi perpektif masyarakat melayu.Proses internasional dalam budaya berlaku dengan
pesat dimana ia mempunyai unsur-unsur penyebaran budaya barat.penyebaran ini dapat
menyalurkan ideology dan memperkukuhkan nilai-nilai memandang tinggi dan menghormati
kedudukan masyarakat barat.secara umunya,penduduk tempatan dapat menerima dan
menganggap unsur-unsur budaya barat dalam konteks internasional dan diterima secara
global yang membawa kepada pemodenan dan kemujuan masyarakat.Selain itu,sosial
budaya baru juga memberi kesan keatas masyarakat melayu.Dimana budaya baru iaitu
budaya nasional mulai tumbuh dan ia terbit apabila berlaku interaksi dan integrasi di dalam
budaya. Pada ogos 1971,kerajaan telah mengubal Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang
bertujuan untuk memupuk perpaduan Malaysia dan ia perlu difahami,dihargai dan diamalkan
oleh setiap rakyat Malaysia.interaksi,integrasi dan asimilasi dalam semua bidang perlu wujug
agar bangsa bangsa peribumi lokal dan peribumi bukan lokal menikmati.Seterusnya,ialah
kesan dimensi baru politik rakyat .Wujud politik berterakan perkauman seperti UMNO
mewakili peribumi melayu/bumiputera, DAP mewakili masyarakat cina dan MIC yang mewakili
masyarakat india
Bagi masyarakat peribumi lokal pendidikan agama amat penting.Sejak dahulu mereka
mendapat pendidikan agama seperti di surau dan pendidikan ini berkembang kepada
pembentukan sistem pondok dan lahirnya sistem maahad supaya pendidikan lebih
sistematik.inggeris telah memperkenalkan dasar pendidikan dualisme untuk mewujudkan
jurang antara masyarakat melayu dan ia menggalakkan penubuhan sekolah-sekolah asing
khususnya sekolah china dan sekolah India yang menyebabkan semangat perkauman yang
menebal.Hal ini demikian kerana penggunaan bahasa ibunda dan sistem pendidikan
berdasarkan tempat asal masyarakat peribumi bukan lokal .Rentetan itu.Dasar Pelajaran
Kebangsaan diperkenalkan pada tahun 1956 yang bertujuan untuk melahirkan sekolah-
sekolah yang berjiwa tanah melayu dengan menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa
kebangsaan.

Adat dan budaya adalah perkara yang sukar untuk dibentuk asimilasi dan integrasi
antara kaum.Usaha-usaha untuk mewujudkan keseragaman budaya untuk mewujudkan
kebudayaan kebangsaan menimbulkan pandangan negatif.lingkaran tersebut terjadi kerana
factor penempatan.Lantaran itu,sentiasa berlaku pertembungan budaya kerana lingkaran
penempatan budaya masing-masing tumbuh subur dipupuk sentiasa.

Kesan dari segi ekonomi ialah Inggeris memperkenalkan sistem ekonomi


dualisme.pihak inggeris menggalakkan bangsa mereka dan kaum pendatang yang memiliki
modal untuk melibatkan diri dalam ekonomi komersial.Manakala masyarakat peribumi lokal
digalakkan melibatkan diri dalam sector pertanian sara diri.hal ini menyebabkan masyarakat
peribumi terus ketinggalan.

Kesan dari segi pegangan agama ialah Para orentalis barat Kristian telah mengambil
kesempatan untuk menyebarkan dakyah Kristian ke tanah melayu.mereka mulai
memperkenalkan dasar-dasar yang memecah belahkan masyarakat peribumi lokal.Mereka
Berjaya menambat hati Sultan/Raja Melayu untuk menerima residen dan rmenerima imbuhan
bulanan tanpa bekerja.Sogokan ini menyebabkan,kuasa raja sedikit demi seikit jatuh ke
tangan inggeris.kehalusan perancangan orentalis barat akhrnya berjaya menjauhkan
pegangan agama di dalam pegangan islam.
KARYA AGUNG SEJARAH MELAYU DALAM KONTEKS SEJARAH SOSIAL
MASYARAKAT MELAYU

Konsep raja berdaulat digunakan dimana Raja merupakan orang yang terpenting dan
teratas.Raja diakui kebesaran dan kedaulatannya dengan dimasukkan unsur regalia atau
memiliki alat kebesaran yang melambangkan kekuasaan dan kebesaran diraja.konsep daulat
diperkuat dengan konsep derhaka.dimana bermula satu wadaat sumpah setia yang
mengesahkan kedudukan akan kedudukan daulat dan derhaka dalam kehidupan masyarakat
melayu dengan rajanya.

Pada abad 15 dan 16 sistem pemerintahan dan kerajaan adalah bercorak feudal
diaman raja atau sultan adalah ketua Negara.Kedudukan dan pemerintahan diperkuat dengan
sistem pembesar dimana mempunyai peranan masing-masing berdasarkan fungsi-fungsi
sosial,politik,ekonomi dan pentadbiran dan ia juga menjadi pemerintahan raja lebih
dinamik.Melalui peristiwa wadaat maka secara rasmilah bangsa melayu dikurniakan seorang
raja dan raja pula dikurniakan sebuah umat yang digelar melayu serta masing-masing berjanji
untuk saling hormat menghormati.Hubungan ini akan tergugat apabila wujudnya unsur-unsur
yang tidak sihat apabila raja melupai perjanjian tersebut.

Susun lapis masyarakat melayu pada peringkat pertama ialah raja dan kaum
kerabat.peringkat kedua ialah pembesar yang terdiri daripada golongan bangsawan dan
seterusnya golongan bawahan ialah rakyat biasa seperti pedagang-pedagang dan yang
paling bawah ialah gologan hamba abdi yang dimiliki oleh raja dan golongan bangsawan.
Kedudukan ini saling berkait setiap peringkat dimana raja dibantu oleh gologan bangsawan
kemudiaan kedudukan diperkuatkan dengan sumpah taat setia golongan bangsawan,rakyat
biasa dan hamba.

Kedudukan ekonomi dipengaruhi oleh lokasi seperti negeri Melaka antara lokasi yang
strategik dimana ia berada antara perjalan timur laut timur barat.Ia menjadi tempat kunjungan
para pedagang yang terpenting..Corak perdagangan tradisional lebih bersifat monopoli
golongan atasan terutama raja dan golongan bangsawan.

Undang-undang dan adat boleh disebutkan sebagai undang-undang melayu


lama.undang undang dahulu sebagai peraturan dan sukar ditakrifkan kerana amat longgar
susunannya dan ia tidak pernah ditulis.dalam sejarah melayu didapati undang-undang dibuat
oleh golongan pemerintah zaman tradisi untuk melindungi kepentingan dan kesalahan
mereka.ternyata disini konsep daulat dan dehaka memberikan kuasa kepada raja membuat
undang-undang demi menjaga kepentingan dan kedudukan mereka.
Sistem keprcayaan sebelum kedatangan islam ialah animism dan dipengaruhi oleh
kepercayaan hindu-budha.kemunculan institusi raja telah membuatkan orang-orang melayu
percaya bahawa raja adalah jelmaan tuhan atau dewa.proses kadatangan islam terhadap
masyarakat melayu tradisi dipaparkan oleh sejarah melayu melalui unsur-unsur amalan
agama hindu terutamanya yang disusun oleh A.samad Ahmad penulis dalam bab
pendahuluan sarat dengan pertauran dan penerapan nilai-nilai islam contohnya dimulakan
perkataan bismillahirrahmanir-rahim,diikuti dengan puji-pijuan kepada Allah Taala,pengakuan
dan kesaksian terhadap keesaan Allah dan Nabi Muhammad s.a.w sebagai pesuruh
Allah.peristiwa .Pengislaman masyarakat melayu tradisional bermula dari institusi raja dan
seterusnya mengislamkan sistem pemerintahan serta masyarakat melayu

Hubungan antarabangsa dengan negara luar menjadikan Melaka terkenal dihormati


dan dikenali.lantaran itu,Melaka menjadi tumpuan kepada hubungan diplomatic,urusan
perdagangan dan kegiatan penyebaran islam.Malah ada yang menjalinkan hubungan
diplomatic tetapi berusaha menjalinkan hubungan kekeluargaan seperti peristiwa Maharaja
China menghantar Puteri Hang Li Po untuk dikahwinkan dengan Sultan Mansur
Shah.Kelemahan pemerintahan Sultan Mansur Shah menyebabkan hubungan pemerintahan
dan hubungan longgar dan terabai kesannya memudahkan pihak musuh mengambil
kesempatan terhadap Melaka.
PEMIKIRAN MASYARAKAT MELAYU:PERTENTANGAN PEMIKIRAN MELAYU DAN
ISLAM

Kedatangan islam merubah perspektif masyarakat melayu terhadap kedudukan raja


dan golongan bangsawan yang dibawa oleh pengaruh Hindu-Budha.kedatangan islam
menyebabkan penerimaan konsep raja sebagai berdaulat serta menjunjung taat setia sebagai
ketua atau pemerintah selaras dengan ajaran islam.Malah berlaku berlakunya satu proses
perubahan pemikiran dalam kehidupan seharian sehingga memperkenalkan prinsip dan
sistem politik yang baru di rantau ini.Dengan kata lain, berlakunya proses pembersihan
daripada unsur-unsur yang bertentangan dengan akal pemikiran dan sistem kepercayaaan
agama masyarakat melayu.kedatangan islam juga membawa unsur rasionalisme dan
intelektualisme ke dalam penghidupan masyarakat melayu.Seperti islam mengubah
kepercayaan masyarakat melayu dari kepercayaan yang mempersekutukan Allah kepada
agama mentauhidkan Allah.

Islam yang dikembangkan di Alam Melayu melalui peranan para ulama dan
intelektual.Islam pada waktu itu mendapat tempat sama ada di peringkat istana mahupun di
peringkat masyarakat bawahan.Para ulama dalam sistem pendidikan pondok berjaya
melahirkan ramai para intelektual melayu islam di rantau nusantara. Institusi ini melahirkan
generasi baru yang lebih berilmu dan lebih luas pemikiran dan pandangan terhadap alam
kehidupan serta melahirkan aliran-aliran pemikir yang lebih terbuka dan rasional sehingga
melahirkan kesatuan pemikiran dan perpaduan di kalangan umat melayu islam.Terdapat
ramai tokoh ulama yang mendapat sokongan pemerintah mengambil peluang untuk
mendirikan sekolah-sekolah pondok.Institusi-institusi pondok ini menjalankan sistem
pendidikan pondok yang merupakan sebuah pusat pengajian islam yang dikuasai oleh para
ulama dan berpengaruh dalam masyarakat melayu.Ia memainkan peranan dalam mendidik
dan membentuk minda masyarakat melayu agar menjiwai islam dengan lebih mendalam.Para
pelajar melayu yang menamatkan pengajian mula melanjutkan pelajaran ke perinkat tinggi di
timur tengah dan sekembalinya mereka sebagai seorang pendakwah serta sebagai
penyambung warisan pendidikan pondok.Para ulama ini bukan sekadar menjadi guru pondok
malah menjadi penasihat dan pakar rujuk dalam pemasalahan agama sama ada dirujuk oleh
masyarakat setempat ataupun pemerintah Kesultanan Melayu waktu itu.Mereka juga
berminat dengan perkembangan semasa scenario politik dalam kebangkitan kezaliman
penjajah barat.Pada waktu itu di timur tengah juga telah lahir Grakan Islah yang dipimpin oleh
Gerakan Ikhwanul muslimin dimana dapat menanam dan meledakkan semangat untuk
menetang penjajah.Semangat ini tersebar kepada penuntut penuntut melayu yang menimba
ilmu di sana seperti.
Sistem sekularisme menyebabkan munculnya sekolah-sekolah inggeris pada awal
abad ke 18 seperti penubuhan sekolah Penang Free School pada 1816.mereka menekankan
urusan kemahiran kehidupan seharian sahaja. Dalam buku pendidikan karangan Mok Soo
Sang dan Lee Shok Mee menyatakan bahawa pendidikan inggeris bertujuan untuk
pembentukkan akhlak berdasarkan ajaran agama Kristian.Ini membimbingkan masyarakat
melayu kerana sekolah pendidikan ini menjadi ancaman kepada pendidikan islam.Pada 1905
muncul Malay College di kuala kangsar untuk anak-anak peringkat atasan yang bertujuan
melahirkan cendekiawan melayu agar berjiwa inggeris.Dasar pendidikan British yang bersifat
dualistik dimana mengkhaskan pendidikan inggeris untuk golongan elit dan pendidikan
vernacular menyebabkan wujudnya jurang antara masyarakat melayu.Hasil daripada
pendidikan tersebut budaya harian orang-orang melayu mengalami perubahan mengikut
secara evolusi.kesannya melahirkanpemikiran di kalangan orang-orang melayu bahawa
agama islam mhanya keperluan,kepercayaan dan adat semata-mata.

Perkembangan pemikiran Melayu pasca merdeka disebabkan oleh sistem pendidikan


sebelum merdeka.Hasilnya,berlaku pertembungan dua pemikiran antara golongan agama
dengan golongan yang mendapat pendidikan inggeris serta golongan pendidikan vernacular
selepas merdeka.Hal ini menyebabkan wujudnya pertembungan dalam pemikiran politik
seperti antara UMNO dan Pas.Parti politik Pas telah berusaha membuktikan perjuangkan dan
pemikiran Islam selaras dengan tuntutan islam yang sebenar.Sebagai contoh Di Kelantan
usaha Pas boleh dilihat melalui pengharaman arak dan judi.
PENGADILAN MORAL DALAM PENULISAN SEJARAH

Pro dan kontra dalam pengadilan moral yang pertama ialah ada golongan ahli sejarah
berpendapat bahawa pengadilan moral tidak wajar dilakukan kerana seorang penulis itu tidak
dapat menyelami dan mengetahui keadaan sebenar peristiwa sejarah itu berlaku.Diman
mereka menyatakan pengadilan moral tidak penting kerana ketidakupayaan atau tidak
mampunyai ahli sejarah untuk melihat sesuatu peristiwa atau dari lubuk hati seorang pelaku.
Namun, kaca mata hari ini mungkin ia dianggap boleh terima tetapi kesalahan-kesalahan yang
dilakukan tetap dihukum oleh nilai moral dan agama sejagat.Kedua ialah golongan pro yang
menyatakan bahawa wajar pengadilan moral dilakukan oleh ahli sejarah.Ia menjelaskan
persoalan dari lubuk hati si pelaku kerana apabila ahli sejarah membuat kajian ia akan
menjatuhkan hukuman moral berdasarkan tindakan-tindakan lahiriah pelaku.Tindakan
lahiriah sebagai pengukur pengadilan moral dimana tindakan si pelaku atau individu yang
mencetuskan sesuatu peristiwa menjadi kayu pengukur atau asas untuk menjatuhkan
hukuman moral.Pengadilan moral ialah berdasarkan bukti dan penyelidikan seorang ahli
sejarah.Sebelum membuat keputusan akan mengkaji dan menyiasat dengan teliti sumber-
sumber yang ditemuinya supaya sumber-sumber tersebut itu memiliki kesahan dan perlu
membuat kajian luar seperti melawat tempat-tempat yang berkaitan.Keadaan ini menjelaskan
bahawa satu kajian dan penyiasatan yang rapi serta teliti amat perlu dilakukan oleh seseorang
ahli sejarah sebelum membuat sesuatu keputusan atau rumusan. Lantaran itu,seorang ahli
sejarah tidak terlepas dari menjatuhkan pengadilan moral ke atas peristiwa yang dikajinya
kerana ia berasaskan kepada pemahaman beliau terhadap pelaku pelaku atau watak watak
manusia yang mencetuskan peristiwa.Dalam penulisan sejarah penggunaan perkataan
perkataan,ayat-ayat mahupun frasa-frasa, kadang-kadang telahpun meletakkan atau
menggambarkan nilai moral, seperti kejam,jahat dan sebagainya.penggunaan perkataan
tertentu mencerminkan pengadilan moral yang dipegang oleh penulis sama ada tidak
langsung,sedar ataupun tidak sedar.Penulis akan mendakwa atau mungkin mendakwa
bahawa ia akan bersikap neutral dalam penulisannya tetapi pada hakikatnya ia tidak akan
terlepas dari menjatuhkan hukuman moral terhadap kajiannya.Sejarah juga perlu dilihat
sebagai alat pengajaran moral kepada pembaca khususnya masyarakat hari ini , agar
peristiwa-peristiwa masa lalu dapat menjadi tauladan dan iktibar. Sebagai contoh,peristiwa 13
mei 1969 yang berpunca daripada perselisihan faham yang wujud antara kaum khususnya
kaum melayu dan kaum cina.Ia meragut banyak nyawa serta kerosakan serta kerugian harta
benda yang banyak.Peristiwa ini memberikan banyak pengajaran kepada semua pihak sama
ada kerajaan,parti-parti politik,dan masyarakat berbilang berbilang kaum di negara ini.

Persoalan hak asasi sejagat perlu dititikkanberatkan, ia juga perlu disokong oleh
sejarawan R.Sutaralingam yang mempersoalkan aspek penglibatan pihak manakah yang
menodai hak asasi manusia .Sebagai contoh,Amerika syarikat mengakibatkan kematian
berjuta-juta manusia yang tidak berdosa khususnya wanita dan kanak kanak .Disini
diperlihatkan bahawa sejarah dengan sendirinya telah menjatuhkan hukuman moral terhadap
Amerika Syarikat dimana telah mengakibatkan kematian akibat tindakan mereka sendiri.
Kesan ini jelas menggambarkan Amerika Syarikat telah melanggar hak asasi manusia di bumi
Jepun dan Afghanistan.
REKOD ZAMAN KOLONIAL DAPAT MEMBANTU PARA PENYELIDIK SEJARAH UNTUK
MENGHASILKAN PENEMUAN KAJIAN SEJARAH SOSIAL MALAYSIA

Rekod- rekod zaman kolonial ini boleh dikategorikan kepada beberapa peringkat iaitu
peringkat pusat, peringkat bawah dan peringkat lokal.Peringkat pusat berkaitan dengan
dasar-dasar british di tanah jajahan mereka dan peringkat bawah pula ialah rekod rekod yang
berkaitan dangan pentadburan british di tanah melayu serta peringkat lokal pula ialah segala
rekod yang berkaitan dengan arahan dan surat menyurat pegawai british kepada pemimpin
tempatan. Surat-surat ini pula terbahagi kepada dua kategori iaitu surat rasmi dan tidak
rasmi.Rekod rekod ini terdapat maklumat penting yang berkaitan dengan kehidupan sosial
masyarakat setempat kerana mereka perlu mengenali kehidupan dan tingkah laku manusia
tempatan terlebih dahulu.Rekod-rekod rasmi yang dibuat dan dicatatkan oleh pihak kolonial
mempunyai unsur-unsur pembaratan atau berpihak dimana menyatakan bahawa semua
dasar ini bertujuan untuk memajukan bangsa melayu.

Kesan Dasar british menyebabkan bangsa melayu mundur dan ketinggalan daripada
kaum imigran di tanah melayu dan ia dilaksanakan demi untuk menjaga kepentingan kuasa
penjajah maka matlamat menghalalkan cara.Sebagai penyelidik,adalah menjadi
tanggungjawab mereka untuk melihat semua sumber sama ada sumber kolonial, sumber
tempatan dan sumber lisan demi untuk menghasilkan sebuah kajian khususnya kajian sejarah
sosial lebih menarik dan lebih tepat agar maklumat yang terhasil dari penyelidikan itu nanti
memiliki akuantibiliti dan tidak dipersoalkan kebenarannya.

Anda mungkin juga menyukai