Anda di halaman 1dari 1

Salam Satu Malaysia,

Abad ke 21 merupakan zaman persaingan ekonomi perindustrian yang hebat dan memerlukan
persaingan daya fikir yang kreatif, kritis, inovatif dan imaginatif. Menurut, Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2025 telah menekankan kepentingan pemikiran kreatif dan kritis
dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP).

Terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh guru dalam meningkatkan tahap kreativiti
pelajar.

1) Kekurangan Dan Kelemahan Infrastruktur

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) merupakan satu sumber yang utama
digunakan oleh guru dalam PdP untuk melahirkan dan meningkatkan tahap kreativiti
pelajar. Senario kekurangan dan kelemahan dari aspek infrastruktur ini merupakan
fenomena yang sering dialami dalam mengaplikasikan penggunaan TMK dalam proses
PdP. Menurut, "Asia Pacific Journal of Educators and Education, Vol. 31, 115-129,
2016" sistem penyelenggaraan bahan teknologi maklumat di sekolah yang tidak cekap
menjadi salah satu punca permasalahan dalam melaksanakan PdP untuk meningkatkan
tahap kreativiti pelajar.

2) Kekangan Masa

Peruntukan masa untuk satu subjek pengajaran tidak memadai untuk para guru
melaksanakan PdP yang menarik dan merangsang pelajar untuk meningkatkan tahap
kreativiti pelajar. Ini juga kerana sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan
menyebabkan guru melaksanakan PdP berpusatkan guru bagi menghasilkan bilangan
pelajar yang ramai mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

3) Peranan Guru

Para guru cenderung untuk tidak menyukai ciri-ciri personaliti pelajar yang berkaitan
dengan kreativiti. Malah, guru lebih suka kepada bilik darjah yang para pelajarnya terdiri
daripada individu yang pengukur dan baik kerana mereka senang dikawal dan diurus.

4) Rakan Sebaya Pelajar

Rakan sebaya juga merupakan penghalang utama yang menyebabkan para pelajar
enggan dan takut mengambil risiko untuk meluahkan idea kreatif. Natijahnya,
pelaksanaan meningkatkan tahap kreativiti pelajar adalah lanjar di sekolah, tetapi masih
kurang mencapai objektifnya. Hal ini disebabkan oleh guru yang tidak mendapat
pendedahan sepenuhnya tentang penerapan meningkatkan tahap kreativiti pelajar dalam
PdP. Untuk memastikan peningkatan tahap kreativiti pelajar berjalan dengan lancar
dalam PdP, maka semua pihak perlu berkerjasama untuk memastikan guru dan para
pelajar terdedah dengan teknik pengajaran yang terkini agar objektif pendidikan
kebangsaan untuk melahirkan generasi muda yang berfikiran kreatif dankritis dalam
usaha menjadi negara moden tercapai.

Sekian Terima Kasih.

Anda mungkin juga menyukai