Anda di halaman 1dari 2

Salam Satu Malaysia,

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan,
kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah,
membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. Para guru telah mengambil
beberapa tindakan untuk merealisasikan proses penerapan KBAT dalam proses Pengajaran dan
Pembelajaran (PdP).

1) Tingkatkan soalan aras tinggi

Penekanan kepada soalan bukan rutin supaya pelajar dapat mengkaitkan


keseimbangan soalan rutin dan bukan rutin. Soalan bukan rutin yang memerlukan tahap
kognitif yang tinggi dapat membentuk KBAT dalam kalangan murid. Contoh soalan, Bina
dan lorek sebanyak mungkin gambarajah Venn bagi mewakilkan (A U B UC)'. Terangkan
jawapan anda.

2) Aktiviti penyelesaian masalah

Penyelesaian masalah mempunyai peranan penting di dalam bilik darjah. Ia boleh


membantu pelajar mengembangkan kefahaman konsep matematik dan membolehkan
pelajar untuk mengalami proses pengetahuan matematik yang telah dibina sebelum ini.
Menurut Polya (1957), penyelesaian masalah terdiri daripada empat langkah. Langkah
pertama ialah memahami masalah. Tanpa memahami masalah, pelajar tidak akan dapat
mencari penyelesaian yang tepat. Setelah pelajar memahami masalah, mereka
merancang strategi penyelesaian. Langkah ketiga adalah melaksanakan strategi untuk
menyelesaikan masalah tersebut. Akhir sekali, menyemak semula penyelesaian kepada
masalah tersebut.

3) Teknik menyoal

Teknik menyoal untuk menilai pengetahuan sedia ada, untuk membina pemahaman,
untuk mengukuhkan pembelajaran, untuk merangsang pemikiran kritikal, untuk menilai
pembelajaran dan kemajuan murid. Selain itu, untuk menjelaskan pemikiran, untuk
mencari sebab atau penjelasan, untuk meneroka pandangan alternatif dan untuk menguji
implikasi dan akibat.

4) Aktiviti pemikiran aras tinggi dalam buku teks

Buku teks yang disediakan sudah lama mengandungi aktiviti yang boleh merangsang
pemikiran aras tinggi. Perhatikan semula kandungan dalam buku teks serta aktiviti yang
disediakan bagi pembelajaran tertentu. Jadi, para guru harus mengaplikasikan aktiviti
dalam buku teks tersebut bagi membentuk pelajar yang mahir dalam menggunakan
KBAT.

5) Pembelajaran berasaskan projek

Satu lagi perkara yang boleh menggalakkan pelajar untuk berfikir secara KBAT adalah
dengan memperbanyakkan aktiviti pembelajaran yang berasaskan projek, Project-based
learning (PBL). Pembelajaran berasakan projek merupakan pelaksanaan program atau
aktiviti dalam jangka panjang. Proses pembelajaran ini memerlukan pelajar bekerjasama,
misalnya menyediakan soalan berkaitan projek dan mengimpelementasikan penyelidikan
dengan mengumpulkan data, menganalisis data dan menghasilkan laporan samada
secar lisan ataupun bertulis. Dengan ini pelajar dapat didedahkan dengan proses
kemahiran berfikir dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan. Maka pelajar perlu
dilibatkan dalam proses pengajaran yang aktif dan menyeronokkan seperti kaedah
projek. Pelaksanaan STEM juga mampu menjadi pemangkin kepada pembelajaran
berasaskan projek.

6) Menggunakan alat berfikir

Strategi terakhir dalam mengajar pelajar untuk berfikir secara KBAT adalah dengan
menggunakan alat berfikir. Alat berfikir mampu membantu pelajar menggunakan minda
dengan lebih bijak dan berkesan. Pemikiran menjadi lebih tersusun, luas, jelas dan tidak
terburu-buru dalam melakukan sesuatu. Contoh alat alat berfikir yang boleh digunakan
untuk meningkatkan ketrampilan dalam berfikir:-

a) Soalan dan Penyoalan

b) Peta Minda

c) Pengurusan Grafik

d) CoRT

e) i-Think

f) Thinking Hat

Anda mungkin juga menyukai