0 PENGENALAN
Program Khidmat Masyarakat merupakan sebahagian dari kursus wajib yang perlu diambil oleh
pelajar semseter 1 AEU cawangan Pulau Pinang. Melalui mata pelajaran ini pelajar dikehendaki
merancang, melaksanakan dan membuat laporan berkenaan projek yang dilaksanakan. Oleh itu,
kertas kerja ini dirancang bertujuan untuk memenuhi kehendak kursus yang memerlukan pelajar
menjalankan satu khidmat masyarakat.
Program ini berhasarat untuk melaksanakan khidmat bakti di sebuah rumah kebajikan
bati Fa Yi di Kulim, Kedah. Idea ini telah dicetuskan atas keinsafan dan kesedaran bahawa anak-
anak yatim adalah pelengkap kepada sebuah masyarakat yang aman dan harmoni. Mereka juga
merupakan tunjang yang akan menggerakkan negara pada masa akan datang.
Selain itu, anak-anak yatim juga harus diberi perhatian memandangkan mereka
merupakan golongan yang kurang bernasib baik kerana ketiadaan ibu atau bapa atau kedua-
duanya yang merupakan tempat mencurahkan kasih sayang. Di samping itu, rata-rata mereka
berasal daripada keluarga yang susah dan memerlukan perhatian . Oleh hal yang demikian,
adalah sangat wajar bagi kami menjalankan projek ini di tempat yang dicadangkan ini.
Siswa/ siswi adalah pembina generasi cemerlang, pembentuk jati diri dan menjadi suri
teladan kepada masyarakat. Justeru, siswa/siswi harus mampu menyesuaikan diri dalam semua
keadaan dan situasi serta mampu menangani cabaran era globalisasi dan sosiolisasi.
Adalah diharapkan melalui program ini, kami mendapat kemahiran merancang, mengurus
dan melaksanakan program khidmat masyarakat.Juga diharapkan program ini akan dapat
meninggalkan impak yang positif terhadap komuniti setempat ataupun secara globalnya kepada
negara.
Projek ini berhasrat mendedahkan pelajar kepada pengaplikasian pengetahuan, kemahiran dan
nilai sivik dan kewarganegaraan di luar bilik darjah. Selain memberi sumbangan kepada
masyarakat dan negara ia juga bertujuan melahirkan warganegara yang patriotik, prihatin dan
bertanggungjawab terhadap masyarakat dan negara.
3.3 Menerapkan nilai-nilai murni dalam diri anak-anak seperti amanah, tolong-
menolong, dan cinta akan alam sekitar.
Kami berkumpul di kantin selepas sekolah. Kami bertolak dari sekolah ke rumah
anak yatim pada pukul 1:00petang.Pada pukul 1.00 petang, kami tiba di rumah kebajikan
bakti Fa Yi di Kulim, Kedah yang kami ingin melawatnya. Anak yatim di sana berasa
sangat gembira dangan kedatangan kami.Mereka belari ke arah kami ,ada anak yatim
yang memeluk kami dan juga ada anak yatim memberi salam kepada kami. Kami berasa
ramah dengan pelakuan anak yatim. Pengerusi rumah anak yatim menjemput kami
dengan tangan terbuka.Beliau bersikap baik hati dengan menyediakan sebuah bilik
kepada kami untuk meletakkan barang-barang yang kami bawa.
Hadirin yang dimulakan ialah ucapan pengerusi rumah anak yatim. Beliau
mengucapkan terima kasih dan bersyukur kepada kedatangan kami. Beliau mahu kami
menikmati hari yang mulia ini dengan anak yatim dan berharap agar kami dapat bermain
dengan gembira. Selepas itu,kami memberi makanan yang kami sediakan. Antaranya
ialah roti, biskut, susu, milo dan sebagainya. Kami berbual-bual dengan anak yatim yang
comel. Mereka memberitahu bahawa mereka sangat kesian kerana ibu bapa mereka tidak
mampu menyayangi merek. Ada juga ibu bapa anak yatim yang meninggal dunia. Oleh
itu,mereka dihantar ke rumah anak yatim .Kami kesian akan mereka dan sedih terhadap
latar belakang mereka. Selepas 1 jam 30 minit,kami membuat beberapa permainan
kepada anak yatim. Sebelum itu,kami membahagikan ahli kami dan anak yatim kepada 5
kumpulan.Permainan yang kami rancangkan ialah bersosok-sorokan,berjalan di dalam
guni,treasure huntdan sebagainya. Mereka bermain dengan seronok dan sangat
menikmati masa dalam permainan tersebut. Mereka bekerjasama untuk mencapai
kerjayaan mereka dan tidak berebut-rebut untuk bermain.
Pada pukul 5:30petang,kami meninggal rumah anak yatim dengan hati yang
berat.Sesungguhnya,lawatan ini banyak memberi nilai baik hati kepada kami.Kami
patutlah memberi bantuan kepada orang yang susah.Kami berharap lebih banyak lawatan
rumah anak yatim atau rumah orang tua dapat kami melawat pada masa yang akan datang.
3.1.3 REFLEKSI
Bersyukur kami kehadrat Ilahi kerana telah berjaya melawat ke rumah anak
yatim pada 1 November 2016. Tugas pada kali ini memerlukan kami untuk melakukan
aktiviti permainan kepada anak yatim serta memberi pendidikan awal kepada
mereka.Kami memilih institut ini ialah kerana pada pandangan kami,sebelum kami
membuat khidmat kemasyrakatan di tempat orang, kami sepatutnya memberikan
sumbangan di tempat mereka untuk membantu mereka.Tugas yang dilaksanakan selama
9 jam 30 minit ini telah memberi kasih kepada mereka kerana mereka kurang dikasih
oleh ibu bapa mereka.Selama mengikuti tugasan ini, kami telah memperoleh pelbagai
pengalaman baru serta menempuh banyak cabaran dalam usaha menyempurnakan semua
tugasan yang perlu dilaksanakan. Tanpa kami sedar, semua cabaran dan halangan ini
sebenarnya mempunyai makna tersirat yang perlu kami fahami. Terdapat banyak
kelebihan yangdapat dikesan melalui aktiviti-aktiviti serta cara perlaksanaan tugasan
kami pada kali ini.Namu begitu,beberapa kelemahan juga jelas kelihatan sepanjang
program dijalankan.Setiap peluang dan halangan yang terdapat dalam aktiviti sewaktu
tugasan juga dilalui oleh semua ahli kumpulan dan anak yatim.Mereka menjadi lebih
gembira kerana mendapat kasih daripada masyarakat dan juga kasih kami.Rumah anak
yatim menjadi lebih cantik dan bersih.Dinding rumah tersebut juga dicat oleh pekerja
yang baharu.Kami berharap hidupan mereka akan menjadi lebih baik dan lebih ceria.
4.2 PENGHARGAAN:
Melalui peluang keemasan ini, kami ingin merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-
tinggi penghargaan kepada penolong kanan, iaitu Encik Nordin BT Hitam kerana telah banyak
memberikan kami tunjuk ajar sehingga dapat menyiapkan tugasan kerja kursus ini dengan
sempurna dan lancar. Di sini, kami ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan
terima kasih kepada ahli kumpulan kami, iaitu Goh Ji Hao , Kong Yin Yui, Wang Yue Wei,
Adam, Amirul, Pang Chun Kiat kerana dapat memberi kejasama semasa melaksanakan tugan
ini.Akhir kata, sekali lagi ingin kami ucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada semua pihak yang terlibat dalam menghasilkan kerja kursus ini. Kami juga menyusun
sepuluh jari memohon kemaafan seandainya terdapat sebarang kesalahan yang tidak
disengajakan di dalam tugas ini. Segala jasa dan sumbangan yang telah diberikan oleh semua
pihak amatlah dihargai.
4.3 GAMBAR:
4.4 RUJUKAN:
Buku teks pendidikan sivik dan kewarganegaraan tingkatan 1,Panel Penulis Pusat Perkembangan
Kurikulum,Cetakan pertama 2004,Kementerian Pelajaran Malaysia.
4.5 LAMPIRAN:
SMK Cenderawasih
Lorong Indera Mahkota 2/66,
Bandar Indera Mahkota,
25200 Kuantan, Pahang,
Tel: 09-572 1025 Faks: 09-572 1020
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-
Pengarah Ruj kami: SMKC/01/001/Jld.1
Pejabat Pendidikan Daerah Kuantan Tarikh : 1 Oktober 2016
Jalan Gambut
25000
Kuantan 1 OKTOBER 2016
Tuan,
MEMOHON KEBENARAN MENGADAKAN LAWATAN KEBAJIKAN KE
RUMAH ANAK YATIM
4. Kerjasama daripada pihak tuan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian.
_________________________
Pengetua,
SMK Cenderawasih
25200 Kuantan
Adalah : _____________________________
Dengan ingin memberi kebenaran kepada anak jagaan saya untuk turut serta dalam aktiviti :
Saya faham bahawa semasa mengadakan lawatan ini, jika sesuatu yang tidak diingini berlaku
kepada anakjagaan saya, saya tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap pihak sekolah.
__________________ ___________________