Anda di halaman 1dari 8

KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN

1. Nama dan alamat penuh organisasi

Sek Keb Pekan Tuaran


Peti surat 79
89207 Tuaran

Tel: 088 794 279

2. Nama Pengkaji

Puan Nuridah Madin

3. Tajuk Kajian

”Kaedah Tag & Token System” : Meningkatkan minat membaca di kalangan pelajar Tahap 2
SK. Pekan Putatan

4. Refleksi Masalah/Refleksi P & P yang lalu

Pengkaji mendapati ramai pelajar Tahap 2 tidak begitu menunjukkan minat membaca dan
tidak bermotivasi untuk membuat perubahan. Akibatnya, pencapaian murid dalam rekod
Nilam kurang memberangsangkan. Secara tidak langsung, ia memberi kesan kepada
pencapaian dalam akademik terutama sekali dalam mata pelajaran bahasa.

5. Fokus Kajian/Isu Keprihatinan yang dikaji.

Dalam program ini, pengkaji akan memperkenalkan kepada pelajar Tahap 2, satu
pendekatan yang boleh menarik minat dan mendorong pelajar untuk membaca melalui ”Tag
and Token System.”

6. Objektif Kajian (am dan khusus)

6.1 Objektif Am:


a) Mengatasi masalah pelajar yang tidak minat membaca.

6.2 Objektif Khusus:


a) Sekurang-kurangnya 75% (letak 100%) pelajar sasaran akan mendapat mencapai
tahap bacaan sebanyak 50 (kurangkan kepada purata 1 buku dalam 2 hari) buah
buku dalam masa sebulan.
b) Semua pelajar sasaran mendapat sekurang-kurangnya Tahap Bronze dalam penilaian
Panel Penilai Bacaan Nilam.
c) Markah penilaian Panel Penilai Bacaan Nilam adalah seperti berikut:

1
Diamond (Tag berwarna Biru - jumlah bacaan = 301 dan ke atas )
Gold ( Tag berwarna Kuning – jumlah bacaan = 300 )
Silver ( Tag berwarna Hijau – jumlah bacaan = 200 )
Bronze ( Tag berwarna merah jambu – jumlah bacaan = 100 )

7. Kumpulan Sasaran

Semua pelajar Tahap 2 dipilih dalam kajian tindakan ini iaitu seramai 412 orang. (Kurangkan
lagi bilangan kumpulan sasaran. Ambil sedikit sahaja utk dijadikan subjek kajian. Pelajar lain boleh
dilibatkan tetapi tetapi bukan responden)

8. Tindakan yang dicadangkan

8.1 Langkah 1
Taklimat ringkas akan diberikan kepada kumpulan sasaran dan guru-guru bahasa
akan membimbing cara-cara membuat ulasan dengan betul.

8.2 Langkah 2
Instrumen Soal Selidik dibina dan dilaksanakan untuk mengetahui dengan lebih
mendalam tentang minat, kecenderungan dan motivasi pelajar yang terlibat dalam
kajian tindakan ini.

8.3 Langkah 3
Selepas soal selidik dijalankan maka data dikumpul dan dianalisis. Data-data
tersebut akan membantu penyelidik memikirkan dan membina kaedah serta
strategi yang bersesuian untuk mencapai objektif kajian.

8.4 Langkah 4
Pusat Sumber akan menyediakan Tag Berwarna mengikut kategori masing-masing
dan hadiah khas untuk ditebus melalui Tebusan Token mengikut markah yang
diperolehi melalui jumlah bacaan. Hadiah-hadiah akan dipamerkan mengikut
kategori untuk menyuntik dan mendorong semangat pelajar. Setiap pelajar akan
diberikan kad markah untuk pengumpulan markah sama ada untuk ditebus atau
untuk menambah markah terkumpul. Walau bagaimana pun, penebusan markah
akan tetap berterusan sehingga bulan Oktober untuk menggalakkan kumpulan
sasaran terus membaca.

8.5 Langkah 5
Panel Membaca akan meneliti dan memilih pembaca yang menepati syarat
pengiraan dan memberikan ujian lisan terhadap pelajar tersebut tentang bahan yang
dibaca.

2
8.6 Langkah 6
Penganugerahan ”Tag Berwarna” akan dilaksanakan dalam perhimpunan mingguan.

8.7 Langkah 7
Refleksi kendiri tentang kekuatan dan kelemahan yang ada dalam kajian tindakan ini
disenaraikan. Seterusnya penambahbaikan dijalankan untuk memperbaiki segala
kelemahan kaedah dan strategi yang digunakan dalam kajian tindakan ini.

8.8 Langkah 8
Laporan kajian tindakan ditulis, diperhalusi dan kemudian dihantar kepada BTPN
Sabah.

9. Bahan dan Anggaran Kos

Bil. Jenis Barang Kuantiti Harga seunit Jumlah


(RM)
1. Kertas warna 1 rim 25.00 25.00
2. Tag plastik 300 70 sen 210.00
3. Gunting 4 bilah 2.00 8.00
4. Katrij warna hitam 1 katrij 62.00 62.00
5. Katrij berwarna 1 katrij 80.00 80.00
6. Fail setiap kelas 9 buah 3.00 27.00
7. Kertas A4 1 rim 10.50 10.50
8. Hadiah kategori Diamond 1 buah 180.00 180.00
9. Hadiah kategori Gold 3 buah 50.00 150.00
10. Hadiah kategori Silver 2 buah 30.00 60.00
11. Hadiah kategori Bronze 20 buah 10.00 200.00
12. Hadiah saguhati 100 buah 5.00 500.00
Jumlah 1512.50

 Hadiah utama boleh juga diusahakan dengan meminta sumbangan daripada beberapa pihak
( PIBG, orang perseorangan dan sebagainya ). (Kos perbelanjaan akan berkurangan jika
jumlah sasaran kajian dikurangkan)

3
10. Carta Gantt

Bil. Aktiviti Apr Mei Jun Julai


1. Penyediaan Kertas Cadangan √
2. Taklimat pertandingan √
3. Instrumen soal selidik √
4. Data dikumpul dan dianalisis √
5. Pengumuman Tag Warna dan √
hadiah yang akan dipamerkan
6. Pertandingan dilaksanakan √ √ √
7. Refleksi √
8. Menulis dan menghantar laporan √

Jadual Pelaksanaan Kajian

Bil. Aktiviti Tarikh pelaksanaan Tindakan


1. Mesyuarat Jawatankuasa Kajian 05/04/2010 Sekolah
Tindakan
2. Pembentangan Kertas Cadangan 08/04/2010 Sekolah
3. Mesyuarat Perancangan Kajian & 12/04/2010 Sekolah
persediaan
4. Taklimat pertandingan 12/04/2010 Sekolah
5. Bimbingan guru-guru bahasa 16/04/2010 sekolah
6. Mesyuarat penyediaan soal selidik 19/04/2010 Sekolah
7. Pelaksanaan Soal selidik 21/04/2010 Sekolah
8. Pemprosesan Data Soal Selidik dan 29/04/2010 Sekolah
Merumus Data
9. Pertandingan dilaksanakan 01/05/2010 Sekolah
10. Pemantauan daripada pihak PKG 01/-5/2010 PKG
10. Penilaian Panel bermula dan berterusan 01/05/2010 Sekolah
11. Penilaian kendiri/renungan 14/07/2010 Sekolah
12. Penulisan Laporan Kajian 20/07/2010 Sekolah
13. Pemurnian Laporan 22/07/2010 Sekolah
14 Menghantar laporan ke BTPN 31/07/2010 PKG

4
Instrumen Soal Selidik IMMS

Arahan : Sila baca pernyataan-pernyataan di bawah ini dan hitamkan nombor yang paling sesuai bagi
menandakan tahap persetujuan anda mengikut skala berikut pada borang jawapan soal selidik murid
yang dilampirkan.

Skala:

1 = Tidak Setuju
2 = Kurang Setuju
3 = Setuju
4 = Sangat Setuju

Tajuk : Kempen Memupuk Minat Membaca di Kalangan semua Pelajar Tahap 2

Kaedah : “ Tag and Token System”

1 Pertandingan ini menggunakan kaedah ” Tag and Token System ”


1 2 3 4
menarik perhatian saya
2 Kaedah ” Tag and Token System ”sesuai digunakan untuk menggalakkan
1 2 3 4
minat membaca saya.
3 Kempen dan pertandinga ini menggunakan kaedah ” Tag and Token
1 2 3 4
System ”ini penting saya ikuti hingga selesai
4 Mutu pertandingan menggunakan kaedah ” Tag and Token System ”telah
1 2 3 4
membantu saya untuk mengikutinya
5 Daya tarikan yang ada dalam pertandingan ini dengan menggunakan 1 2 3 4
kaedah ” Tag and Token System ”menggalakkan saya menyertainya

5
berterusan terhadapnya
6 Hadiah galakan yang disediakan dengan menggunakan kaedah ” Tag and
1 2 3 4
Token System ”tidak membosankan saya
7 Penebusan markah dengan menggunakan kaedah ” Tag and Token System
1 2 3 4
”telah membantu saya terus menambahkan bahan bacaaan
8 Saya lebih bersemangat untuk terus membaca bahan bacaan dengan
1 2 3 4
menggunakan kaedah ” Tag and Token System ”ini tidak membosankan
9 Hadiah yang disediakan dengan menggunakan kaedah ” Tag and Token
1 2 3 4
System ”ini tidak menarik minat saya untuk terus menyertainya
10 Saya pasti program ini akan berjaya menggalakkan saya terus minat
1 2 3 4
membaca dengan menggunakan kaedah ” Tag and Token System ”ini.
11 Pusat Sumber tidak menyediakan banyak bahan bacaan yang menarik 1 2 3 4
12 Pusat Sumber telah banyak menyediakan bahan bacaan yang banyak dan
1 2 3 4
menarik melalui kaedah ” Tag and Token System ”
13 Melalui pertandingan ini, saya akan lebih suka mengunjungi Pusat sumber
1 2 3 4
dan perpustakaan untuk membaca
14 Saya sedar bahawa orang-orang yang berjaya dalam hidupnya adalah
1 2 3 4
kerana mereka suka belajar dan membaca
15 Saya perlu mendorong diri saya untuk suka membaca 1 2 3 4
16 Saya sedar saya banyak mengetahui banyak perkara melalui pembacaan
1 2 3 4
saya yang banyak
17 Saya berasa bangga kerana banyak buku yang telah saya baca 1 2 3 4
18 Saya hanya minat membaca jika saya ditawarkan sebarang ganjaran 1 2 3 4
19 Saya mempunyai ramai kawan yang suka membaca 1 2 3 4
20 Saya minat membaca tetapi ibu bapa saya tidak menggalakkannya 1 2 3 4
21 Melalui pertandingan ini, saya mempelajari sesuatu yang menakjubkan
1 2 3 4
dan di luar jangkaan saya
22 Suasana persekitaran saya tidak menggalakkan saya untuk moinat
1 2 3 4
membaca
23 Saya menganggap membaca ini tidak menyeronokkan 1 2 3 4
24 Saya amat kekurangan bahan bacaan di rumah 1 2 3 4
25 Saya amat kekurangan dorongan membaca di rumah 1 2 3 4
26 Sebenarnya saya hanya terpaksa untuk membaca buku selama ini sekiranya
1 2 3 4
tanpa menggunakan kaedah ” Tag and Token System ”
27 Sebenarnya menggunakan kaedah ” Tag and Token System ”banyak
1 2 3 4
memberikan kesedaran kepada saya tentang keseronokan membaca
28 Pertandingan ini banyak memberikan dorongan dan semangat kepada saya
1 2 3 4
untuk minat membaca
29 Selepas mengikuti bimbingan cara mengulas buku dengan buku dan
menggunakan kaedah ” Tag and Token System ”, saya berasa yakin bahawa 1 2 3 4
saya tahu apa yang akan saya lakukan semasa merekod dalam buku Nilam
30 Sejurus selepas menggunakan kaedah ” Tag and Token System ”dalam 1 2 3 4
rekod Nilam ini, saya yakin bahawa saya boleh menjadi contoh pelajar yang

6
rajin membaca.
31 Pertandingan ini banyak membantu saya dengan menggunakan kaedah ”
Tag and Token System ” dan menambahkan keyakinan saya menyemai 1 2 3 4
minat membaca yang berterusan
32 Kejayaan saya menambahkan jumlah koleksi bacaan saya memberi saya
satu kepuasan 1 2 3 4

33 Saya berasa seronok kerana telah menambahkan koleksi bacaan saya


1 2 3 4
dengan banyak sekali
34 Saya amat minat membaca setelah menyertai pertandingan ini yang
menggunakan kaedah ” Tag and Token System ”sehingga saya ingin 1 2 3 4
meneruskan minat membaca ini seterusnya
35 Saya berbangga dapat menyertai pertandingan ini yang menggunakan
kaedah ” Tag and Token System ” yang telah diadakan oleh Pusat Sumber 1 2 3 4
dengan berkesan
36 Saya telah mendapat faedah yang setimpal dengan usaha saya mengikuti
1 2 3 4
pertandingan ini
37 Saya berasa seronok mengikut pertandingan ini 1 2 3 4

Ulasan : Sila nyatakan sebarang komen atau pendapat anda sekiranya perlu.

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

DISEDIAKAN OLEH:

(PN. NURIDAH MADIN)


Ahli Pasukan Kajian Tindakan Tuaran (APKTT)

7
PENGESAHAN

1.

(EN. MAKMUR IBAK)


Pegawai Teknologi Pendidikan
PKG Tuaran

2.

(EN. ABD. RAZAK BIN MUDA)


Guru Besar
SK. Pekan Tuaran.

Anda mungkin juga menyukai