Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Pendahuluan
Pendidikan memainkan peranan yang penting dalam usaha memperkembangkan
potensi individu ke tahap yang cemerlang jika diberi peluang secukupnya.
Pendidikan mampu melahirkan individu berilmu, berakhlak mulia, berbudi perkerti
tinggi, sopan, bertanggungjawab, berketrampilan dan sebagainya. Pertumbuhan dan
perkembangan yang berlaku ke atas individu yang lahir hasil daripada proses
pendidikan melibatkan intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Proses mendidik pelajar perlu berlangsung secara terancang dan sistematik kerana
tanpa ciri tersebut proses ini akan mengalami banyak masalah serta halangan
sehingga tidak mendatangkan hasil yang diingini. Bagi mendapatkan sistem
pendidikan yang sistematik, ia perlu kepada asas atau falsafah pendidikan yang
kukuh yang menjadi dasar pendidikan. Falsafah pendidikan menjadi teras kepada
sistem pendidikan kerana di dalamnya terkandung matlamat yang hendak dicapai,
kaedah pelaksanaan pendidikan yang akan digunapakai dan ciri-ciri yang hendak
dibentuk dalam seseorang individu itu (Abu Bakar & Ikhsan 200).
Pengertian Falsafah
Falsafah menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka bererti pengetahuan tentang
ilmu yang tertinggi atau sebagai dasar kepada ilmu-ilmu lain. Falsafah berasal
daripada perkataan Yunani iaitu phileo yang bermasksud cinta dan sophia yang
bermaksud kearifan, kebijaksanaan atau hikmah. Cantuman kedua-duanya memberi
erti cinta kepada kearifan, kebijaksanaan atau kehikmahan.
Tokoh-tokoh klasik falsafah yang terkenal seperti Socrates (469-399 S.M) memberi
penjelasan bahawa falsafah bermula dengan pencarian (wonder), Aristotle (384-322
S.M) pula menyatakan falsafah sebagai usaha menyelidik sebab serta asas kepada
segala benda. Manakala John Dewey (1859-1952) pula menyatakan falsafah adalah
arah keseluruhan proses pendidikan. Al-Farabi (339-950 M) seorang ahli falsafah
Islam menyatakan falsafah sebagai ilmu pengetahuan tentang alam yang maujud
dan falsafah adalah untuk menyelidik hakikat alam maujud yang sebenar. Beliau
juga menyatakan bahawa falsafah adalah pokok kepada segala ilmu.
Secara konsepnya, falsafah adalah sebagai suatu usaha mencari kebenaran atau
keyakinan berhubung perkara yang menggunakan minda dan akal fikiran juga
sebagai pertimbangan terhadap suatu perkara yang berasaskan kepada kebenaran
bagi memberi penjelasan tentang sesuatu. Menurut Sharifah Alwiah (1985),
berdasarkan aktiviti-aktiviti yang dilakukan falsafah adalah sebagai sesuatu
penyiasatan yang bersifat sistematik komprehensif dan logik tentang asas-asas
pemikiran bagi semua aktiviti manusia dalam bidang-bidang sains, seni, agama dan
pendidikan.
Falsafah Pendidikan
Falsafah pendidikan dianggap sebagai satu asas kepada aktiviti pendidikan yang
mencerminkan pemikiran dan falsafah sesebuah negara. Ia adalah sebagai langkah
permulaan dalam proses pendidikan dan sebagai asas pergantungan kepada unsur-
unsur yang terdapat dalam pendidikan seperti matlamat, isi kandungan pendidikan,
pendekatan, strategi dan kaedah proses pengajaran. Menurut Abdul Fatah (2001),
falsafah pendidikan adalah suatu sistem kepercayaan, pegangan dan prinsip am
yang membincangkan berbagai perkara mengenai pendidikan dan pengajaran yang
patut dijalankan di sekolah.
Falsafah memainkan peranan sebagai tumpuan segala idea dan juga pemikiran
tentang pendidikan; falsafah dapat menjelaskan hala tuju kepada segala usaha
untuk memajukan sistem pendidikan negara, berperanan sebagai asas atau dasar
dalam menentukan matlamat pendidikan negara, dapat memberi panduan dalam
menentukan fokus dan kandungan kurikulum pendidikan; falsafah menunjuk arah
kepada pelaksana (sekolah dan institusi pendidikan) dalam merancang dan
melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran; sebagai asas dan memberi
arah kepada pembuat dasar pendidikan menentukan corak sistem pendidikan
negara.
Selain daripada itu, adalah diharapkan melalui proses pendidikan matlamat berikut
dapat dicapai;
melahirkan rakyat yang bertanggungjawab dan boleh memenuhi kewajipannya
sebagai seorang warganegara;
menghasilkan rakyat yang progresif, mahir serta cekap supaya membolehkannya
berupaya melaksanakan tugas secara produktif serta sempurna demi memberikan
sumbangan terhadap kemajuan dan perlembagaan;
melahirkan rakyat yang boleh memahami dan menerima serta mengamalkan
prinsip-prinsip dan cita-cita demokrasi mengikut perlembagaan;
melahirkan rakyat yang taat setia kepada Raja dan cinta kepada negara;
melahirkan rakyat yang memahami serta mengamalkan prinsip-prinsip Rukun
Negara dan bersikap toleransi demi mewujudkan perpaduan rakyat berbilan kaum;
dan
mengurangkan jurang perbezaan di antara kaum dengan membekalkan
kemudahan-kemudahan asas pendidikan kepada golongan yang kurang berada.
Dari sudut sejarah, falsafah pendidikan negara lahir daripada proses yang agak
panjang iaitu satu proses pembinaan bangsa dan negara Malaysia semenjak
merdeka lagi. Sejak itu, kita telah berusaha untuk membina satu sistem pendidikan
yang berteraskan falsafah, budaya dan nilai "bangsa Malaysia" sendiri dan
berdasarkan matlamat pembangunan yang sesuai dengan keadan dan keperluan
bangsa kita.
Di negara kita falsafah pendidikan negara telah difikirkan sejak awal 1980-an lagi
dan telah diisytiharkan pada tahun 1988. Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji
Pelaksanaan Dasar Pelajaran yang diterbitkan pada 1979 adalah permulaan kepada
pembentukan Falsafah Pendidikan Negara yang lebih jelas. Pernyataan Falsafah
Pendidikan Negara adalah seperti berikut:
"Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan
rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab, berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan keluarga."
( Kementerian Pendidikan Malaysia, 1988)
Dalam Akta Pendidikan 1996, Falsafah Pendidikan Negara mengalami sedikit
tambahan dalam perkataanya dan kemudiannya dikenali sebagai Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK);
"Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan
rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab, berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara."
( Kementerian Pendidikan Malaysia, 1996)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah digubal dengan mengambil kira seluruh
aspek yang berkaitan dengan keperluan-keperluan individu, masyarakat dan negara
(Mok Soon Sang 1993). Pengubalannya juga memerlukan pertimbangan dibuat ke
atas beberapa faktor iaitu :
Unsur intelek
Unsur intelek ini meliputi aspek-aspek seperti hikmah, daya pemikiran yang logik,
analitis, kreatif dan inovatif serta ilmu pengetahuan yang benar.
Unsur jasmani
Ini merujuk kepada kecergasan fizikal, kesihatan diri, pemanafaatan anggota dan
tenaga fizikal.
Oleh itu, pendidikan hendaklah dapat membina kesedaran tentang ketuhanan dan
kesediaan untuk mematuhi-Nya. Sejajar dengan falsafah yang berpaksikan kepada
ketuhanan, pendidikan berhasrat untuk melahirkan rakyat yang berilmu, berakhlak,
bertanggungjawab serta boleh menikmati kebahagiaan hidup dan sedia berbakti
untuk masyarakat dan negara.
3. Hasil
Kesan akhir pendidikan sebagai yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan
Kebangsaan adalah ingin melahirkan rakyat Malaysia yang mempunyai kepercayaan
kepada Tuhan, patuh kepada ajaran agama, berilmu pengetahuan, beketrampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab serta berkeupayaan mencapai kesihatan,
keselamatan dan kesejahteraan diri. Disamping itu ia juga ingin melahirkan rakyat
yang mampu memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara.
sebagai suluh yang memberi panduan dan hala tuju kepada usaha
mengembangkan dan memajukan pendidikan;
menjadi dasar dan pertimbangan asas bagi menentukan Matlamat Pendidikan
Negara;
sebagai rujukan untuk membantu pendidik memahami sistem pendidikan;
sebagai bimbingan untuk para pendidik semasa mereka melaksanakan tugas-
tugas pendidikan;
sebagai dasar dan pertimbangan asas untuk menentukan kurikulum, bahan-bahan
pelajaran dan strategi pengajaran dan pembelajaran;
sebagai pengawal ke atas aktiviti penyelewengan daripada dasar pendidikan; dan
menghilangkan salah faham, keraguan atau pertelingkahan dalam sebarang usaha
melaksanakan tugas ataupun aktiviti pendidikan.
Sejak diisytiharkan, FPK telah menjadi agenda utama dalam reformasi pendidikan
dan telah membawa pelbagai implikasi kepada sistem pendidikan di Malaysia iaitu :
1. Implikasi Terhadap Tradisi / Budaya Sekolah
Bagi merealisasikan falsafah pendidikan yang tersurat berserta KBSR dan KBSM
yang dibentuk, beberapa perubahan penting telah dialami oleh sekolah. Perubahan-
perubahan ini adalah sangat penting bagi tujuan keselariannya dengan falsafah
pendidikan dan kurikulum tersebut. Disamping itu penyusunan semula organisasi
sekolah dalam mewujudkan suasana kondusif bagi membolehkan pelajar
menghayati matlamat dan aspirasi FPK, antaranya ialah:
Sejak merdeka, sekolah telah melalui berbagai peringkat reformasi dalam sistem
pendidikan, antaranya:
Perkenalkan sistem pendidikan bersepadu pada 1965
Perkenalkan Sains Paduan dan Matematik Moden pada 1971
Pelaksanaan KBSR untuk sekolah rendah pada 1983
Pelaksanaan KBSM untuk sekolah menengah pada 1989
Perkenalkan matapelajaran Sains dan Kajian Tempatan pada 1994
Pelaksanaan Konsep Sekolah Bestari pada 2000
Penggunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran matapelajaran Matematik, Sains
dan Teknikal pada 2003
Mewujudkan sistem pendidikan yang terbaik adalah untuk menghasilkan insan yang
mempunyai daya kefahaman tinggi bagi memenuhi aspirasi dan kehendak individu,
masyarakat dan negara. Dalam erti kata lain, pendidikan ialah proses pembinaan diri
insan secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu, proses membangunkan
kesedaran dan nilai-nilai insaniah, conscientization dan proses membangunkan
kesedaran dan nilai-nilai murni dan lurus dalam diri agar terpancar kebaikan pada
diri manusia dan alam.
Falsafah dan matlamat pendidikan yang halus dan indah hanya akan tinggal di atas
kertas jika tidak diterjemahkan dan dijelmakan secara praktik. Justeru itu perlu dicari
pendekatan dan strategi yang sesuai bagi menterjemah dan menjayakan hasrat
falsafah untuk melahirkan insan yang beriman, berilmu, berakhlak, berketrampilan,
seimbang dan harmonis. Pada masa yang sama kita perlu menggarap sekali
keperluan-keprluan semasa ( di dalam dan luar bidang pendidikan ) dan masa
depan yang akan ditempuhi oleh anak didik masa kini.
Jika diperhati dan dianalisis, pada hakikatnya kita sedang berhadapan dengan
pelbagai masalah yang mencabar kewibawaan profesion perguruan. Diantaranya
ialah masalah akhlak, iman, budaya lepak, buli, ponteng sekolah. Oleh yang
demikian pendidik harus sentiasa mempunyai persediaan ilmu,
kemahiran/profrsional, ketahanan akal, ketahanan emosi, kekukuhan akhlak atau
moral dan ketahanan fizikal. Dalam menjalankan tugas, guru bukan saja
menyebarkan ilmu pengetahuan, tetapi menunjukkan sikap dan tingkah laku yang
boleh diteladani oleh pelajar-pelajar.
Satu lagi realiti dalam masyarakat kini ialah pendidikan terlalu mementingkan
kejayaan individu, kebendaan dan kemewahan. Untuk mencapai tujuan tersebut,
hanya aspek akal atau intelek saja yang dikembangkan sedangkan aspek akhlak
dipinggirkan. Akibatnya lahirlah para intelek yang tidak berakhlak yang sanggup
menggunakan kepandaian untuk melakukan penyelewengan dan jenayah kolar
putih. Oleh yang demikian sewajarnya guru memberikan penekanan bukan saja dari
aspek kognitif dan intelek, tetapi juga dari aspek akhlak dalam pengajaran dan
pembelajaran mereka.
Penerapan FPK dalam subjek yang diajar dan kurikulum yang disampaikan masih
bersifat konseptual dan diskriptif. Pendekatan yang lebih realistik harus menumpu ke
arah pendekatan yang lebih transformatif dan mampu membentuk sahsiah tinggi.
Hasrat FPK, kurikulum, strategi pengajaran dan kaedah penilaian serta kaedah
pelaksanaan mengarah kepada merealisasikan hasrat FPK tidak dihayati oleh
semua pihak (pelajar, guru dan pihak pengurusan dalam pendidikan). Pelajar bukan
sahaja tidak mampu mengikuti sukatan yang disediakan malah keseronokan dan
kepuasan belajar itu sendiri telah berkurangan.
Sistem peperiksaan yang menjadi oriantasi pendidikan kini hendaklah segera diubah
supaya pembinaan pelajar tidak hanya terikat kepada kecemerlangan yang hanya
diukur dari segi gred dan markah yang dicapai. Pendidikan yang ada kini ternyata
amat bersifat exam-oriented dan tidak membantu melahirkan pelajar yang
cemerlang keperibadiannya. Amalan pendidikan lebih menekankan aspek akademik
dan peperiksaan (aspek kognitif) mengakibatkan lahir pelajar intelek tapi tidak mahir
dalam soal pengurusan hidup dan kurang berakhlak (Tajul Ariffin 2002).
Profesion guru terutama dalam zaman yang mencabar ini bukanlah semudah yang
disangka. Sebagai aritek sosial, guru mempunyai tanggungjawab yang amat besar,
bukan sekadar memberi pendidikan dan menyampaikan ilmu. Guru
dipertanggungjawabkan untuk merealisasikan transformasi pendidikan yang dicita-
citakan oleh negara. Disamping itu, guru juga sering dikaitkan sebagai agen
perubahan dalam agenda sosial, politik dan ekonomi. Perubahan-perubahan yang
dikehendaki oleh kerajaan selalunya disalurkan melalui falsafah dan matlamat yang
perlu diterjemahkan oleh guru dalam aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum.
Program latihan dalam konteks ini meliputi latihan pra perkhidmatan dan latihan
dalam perkhidmatan. Tidak dinafikan bahawa institusi-institusi latihan perguruan,
baik maktab, institut mahupun universiti telah memainkan peranan yang besar
melahirkan para guru. Namun masih terdapat sebilangan tenaga pendidik di institusi
pendidikan tinggi kurang menghayati pendekatan bersepadu serta prinsip-prinsip
dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dapatkah kita harapkan bahawa guru
pelatih yang kemudian mengajar di sekolah, yang tidak memperoleh pendedahan
yang cukup daripada pensyarahnya, mencapai tahap profesionalisme yang
sewajarnya? Berkaitan dengan latihan dalam perkhidmatan pula, adalah perlu
Kementerian Pelajaran membuat perancangan semula yang lebih rapi agar para
guru benar-benar memperoleh maklumat dan kemahiran yang secukup-cukupnya
tentang prinsip-prinsip Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan aspek kaedah
pengajaran menurut pendekatan bersepadu. Kita nampaknya kaya dengan
idealisme dan gagasan (sesuatu yang memang positif) tetapi agak kurang
memperhatikan aspek pelaksanaan yang berkesan.
Pemantauan dan penyeliaan yang lebih rapi adalah perlu untuk memastikan
terlaksananya pendidikan menurut pendekatan bersepadu. Hanya dengan
pemantauan yang berkesan sahaja barulah segala idealisme dan gagasan yang
melandasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Reformasi Pendidikan dapat
dipastikan pelaksanaannya.
Galakkan dan sokongan dari pentadbir sekolah tidak kurang pentingnya dalam
menentukan peningkatan profesionalisme pendidik. Namun iltizam, sikap dan
kesungguhan setengah-setengah pentadbir sekolah dalam pelaksanaan hal ini
kadang-kadang amat mengecewakan.
Pihak pentadbir sekolah perlu memeberi tumpuan yang serius terhadap motivasi
kendiri guru-guru, perasaan individu dan keperluan perkembangan profesionalisme
mereka. Sehubungan itu, pentadbir sekolah perlu mewujudkan peluang atau saluran
dan kemudahan kepada guru-guru untuk pembangunan kebolehan, potensi dan
kemahiran supaya mereka boleh menyumbang kepada kecermerlangan akademik
dan sahsiah pelajar-pelajar.
Faktor penghargaan dan imbalan kepada guru sudah sering diperkatakan. Skim
perkhidmatan yang menawarkan imbalan yang kurang seimbang dengan sifat
kerjaya guru yang amat mencabar serta ketiadaan kemudahan dan faedah tertentu
turut menghambat upaya peningkatan profesionalisme guru. Beban tugas guru kini
turut memberikan kesan kepada upaya peningkatan profesionalisme guru. Waktu
pengajaran yang banyak, saiz kelas yang besar, dan kurangnya bantuan kakitangan
sokongan menyebabkan guru berasa tertekan.
Cadangan
Warga guru perlu dapat melihat perkaitan antara objektif pengajaran yang dirancang
dengan objkejtif nilai-nilai murni dengan memahami maksud Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang menjadi matlamat seluruh proses pendidikan yang dirancang.
Warga guru juga perlu meneliti bagaimana kurikulum, sukatan pelajaran, kaedah
penilaian, pendekatan dan strategi pengajaran mengarah kepada tuntutan
merealisasikan hasrat falsafah pendidikan tersebut.
Dalam proses memikirkan dan merancang objektif nilai-nilai murni, adalah sama
prosesnya dengan merancang bagi kemahiran kognitif (kefahaman) atau kemahiran
psikomotor kerana objektif nilai-nilai murni adalah objektif afektif. Objektif afektif ini
dapat diterjemah ke dalam bentuk unit-unit tingkah laku yang dapat dilihat, didengar
dan diukur jika dirancang dengan teliti.
Berikut adalah beberapa cadangan yang difikirkan perlu dilihat oleh warga guru dan
pihak pengurusan pendidikan dalam mencapai hasrat dan aspirasi yang terkandung
di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan:
Kajian semula dan kemaskini kurikulum latihan perguruan agar lebih terkini dan
releven selaras dengan perubahan dalam bidang pendidikan yang bersifat global
sebagai persiapan untuk melaksanakan tanggungjawab mendidik dan
menyampaikan ilmu kepada pelajar. Disamping itu kurikulum pendidikan guru
seharusnya bersifat intelektual yang tinggi dari segi akademik dan profesionalisme.
Guru perlu lengkapkan diri dengan akhlak dan peribadi mulia yang akan menjadi
role model kepada anak didiknya. Guru seharusnya menjadi teladan kepada pelajar
bukan sahaja dari aspek ketrampilan tetapi juga dari aspek pendidikan dan
profesionalisme dalam pembinaan generasi masa hadapan.
Sebarang rombakan dalam sistem pendidikan bukan dibuat secara ad hoc tetapi
perlu secara menyeluruh meliputi guru, sekolah dan pelajar. Elakkan amalan ujicuba
tanpa membuat sebarang kajian mendalam dan berhati-hati terhadap implikasinya
pelaksanaannya dan supaya ia tidak bersifat situasi.
Dapat melihat perkaitan antara objektif pengajaran yang dirancang dengan objektif
nilai-nilai murni dengan memahami maksud Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang
menjadi matlamat seluruh proses pendidikan yang dirancang. Disamping itu
penerapan nilai-nilai murni ini seharusnya dimulakan dari peringkat rendah dan
dilaksana secara berterusan. Komponen unsur nilai murni ini sangat penting sebagai
teras di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan kerana apa yang hendak dilahirkan
adalah perwatakan insan dalam diri manusia yang dijadikan Tuhan. Oleh itu unsur-
unsur ini perlu dinyatakan dengan sengaja dan jelas agar dapat dijadikan panduan
oleh pelajar di dalam menghayatinya (Hussein 1993).
Penutup
Warga guru sebagai pelaksana segala agenda dalam bidang pendidikan adalah
insan yang bertanggungjawab dalam menentukan kejayaan dan kegagalan sesuatu
sistem pendidikan itu sendiri. Sehubungan itu, guru seharusnya
memperkembangkan profesionalisme mereka dan meningkatkan pengetahuan dan
kemahiran melalui penglibatan di dalam segala latihan yang berkaitan dengan
mendapat sokongan padu dan galakan daripada pihak pengurusan pendidikan
Mei12
Sebagai seorang guru, penting untuk kita memahami dan menghayati Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan disini saya ingin membincangkan tentang apakah
kepentingan falsafah pendidikan terhadap sesebuah negara.
Dalam erti kata lain, FPK ini akan menjadi suluh yang memberi pedoman dan hala
kepada segala usaha pendidikan sama ada di dalam institusi pendidikan atau di luar
institusi pendidikan. Sehubungan ini, FPK adalah digubal secara rapi dan teliti oleh
pakar-pakar pendidikan yang mengambil kira seluruh aspek yang berkaitan dengan
keperluan-keperluan individu, masyarakat dan negara.
Selain itu, FPK juga berasaskan kepercayaan kepada Tuhan dan agama. Matlamat
pendidikan adalah untuk membangunkan semua aspek diri manusia secara
harmonis dan seimbang supaya kesepaduan fitrah diri manusia terpelihara. Berilmu
dan berpendidikan harus menghasilkan budi pekerti yang baik dan akhlak yang
mulia yang sekali gus dapati ciri-ciri asasi seorang ahli keluarga, masyarakat dan
warganegara yang baik dan terdidik.
Berlandaskan kepada FPK yang telah dihuraikan diatas, jelas bahawa Matlamat
Pendidikan Negara bukan hanya setakat memperoleh segulung ijazah, tetapi adalah
untuk pembangunan diri manusia secara menyeluruh dan seimbang supaya menjadi
seorang insan, ahli keluarga dan masyarakat dan warganegara yang berilmu,
bertanggungjawab, berakhlak mulia, dan berbakti.
Istilah falsafah berasal daripada dua perkataan Yunani, iaitu philos (bermakna
mencintai) dan Sophia (bermakna kebijaksanaan). Dengan berpandukan kepada
makna dua perkataan Yunani ini, istilah falsafah boleh diertikan sebagai perihal
mencintai kebijaksanaan. Secara amnya, falsafah boleh didefinisikan sebagai
pemikiran atau pemandangan yang benar dan rasional. Pemikiran yang dihasilkan
oleh para ahli fikir ini merupakan hasil pengemblengan buah fikiran hasil daripada
kajian mereka menggunakan kaedah yang sistematik dan berinsurkan logic
akal. Namun demikian, istilah falsafah terkenal dengan perkataan berfikir. berfikir
sahaja tidak mencukupi untuk mencakupi seluruh makna berfalsafah namun perlu
mempunyai beberapa ciri-ciri tertentu untuk menentukan kesahihan sama ada
perkara demikian ialah falsafah ataupun tidak. Tiga ciri tersebut ialah, berfikir secara
kritikal, berfikir secara universal dan berfikir secara integral. Falsafah merupakan
induk bagi setiap cabang ilmu memandangkan dari segi sejarahnya, daripada
falsafah, lahirlah cabang-cabang ilmu yang lain seperti matematik, perubatan, sains
dan sebagainya. Hadirnya falsafah akan menjawab soalan-soalan dan menangani
masalah yang tidak dapat dijawab oleh bidang ilmu yang terbatas
.Perbahasan mengenai falsafah ilmu tidak pernah diabaikan kerana falsafah
mengenai ilmu merupakan falsafah yang boleh berubah-ubah mengikut
perkembangan semasa dan bergantung kepada tahap ekonomi,sosial dan politik
sesuatu tempat.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan Kebangsaan bermatlamat untuk
melahirkan insan yang harmonis dan seimbang dari pelbagai aspek iaitu jasmani,
emosi,rohani, intelek dan sosial supaya menjadi warganegara Malaysia yang baik
dan berguna. Dengan kata lain matlamat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna serta
menghayati cirri-ciri seperti percaya kepada tuhan,berakhlak mulia,berilmu
pengetahuan,bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan Negara
Matlamat kedua ialah ingin menghasilkan rakyat yang progresif, mahir serta
cekap supaya membolehkannya berupaya melaksanakan tugas secara produktif
serta sempurna. Rakyat yang mahir serta progresif mampu untuk membantu
menaikkan taraf ekonomi negara.
Matlamat yang ketiga ialah melahirkan rakyat yang taat setia kepada Raja
dan cinta akan negara. Taat setia kepada Raja adalah penting kerana dapat
mengelakkan dari berlakunya pembelotan dan Malaysia tidak akan
diceroboh kerana pengkhianatan rakyatnya.
Selain itu, matlamat FPK ialah mengurangkan jurang perbezaan dari segi
ekonomi sosial dan peluang di antara kaum. Pada zaman dahulu terdapat jurang
perbezaan yang besar antara kaum di Malaysia. Melayu duduk di kampung, cina
duduk di lombong dan India duduk di estet. Seperti yang kita lihat pada hari ini,
perbezaan yang amat ketara dalam pendidikan antara kaum Melayu, Cina dan India.
Kaum cina lebih maju berbanding kaum lain di Malaysia.
Oleh itu sekolah amat berperanan penting dalam merapatkan jurang antara
kaum ini dalam menerapkan nilai-nilai murni kepada murid-murid. Hal ini bertujuan
murid-murid dapat bersama-sama tolong menolong dan bertoleransi antara satu
sama lain agar keharmonian dan kemakmuran
Perkembangan ekonomi pada hari ini adalah pesat. Demikian juga dalam
bidang sosial. ... kita berhadapan dengan pelbagai unsur dari dalam dan luar. ...
kebanyakan daripada unsur ini adalah baik, tetapi ... yang didatangkan dari luar,
yang tidak menyenangkan. Oleh itu, kita menghadapi satu cabaran lain. Iaitu
pembangunan kemanusiaan.
Bagi faktor politik, dapat dilihat dalam pembentukan ideologi negara, peranan
politik ini amat penting. Bagi mencapai perpaduan kaum dan faktor-faktor lain, faktor
politik inilah yang paling besar mempengaruhinya. Faktor keempat ialah faktor
ekonomi iaitu rakyat Malaysia yang terlatih dalam pelbagai kemahiran dapat
membantu negara memperkembangkan ekonomi dengan menngkatkan daya
pengeluarannya. Tujuan ini dapat dicapai dengan melahirkan rakyat Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berketrampilan, bertanggungjawab dan berupaya untuk
meberi sumbangan terhadap kemakmuran negara. Cita-cita ini ada terdapat dalam
PFK.
Faktor individu adalah faktor kelima iaitu potensi individu dapat dikembangkan
melalui proses pendidikan. Potensi individu ini meliputi aspek-aspek intelek rohani,
emosi dan jasmani. Perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu akan menjadi insan yang seimbang dan harmonis. Insan yang seimbang
dan harmonis sentiasa mengamalkan sikap bersyukur, sentiasa menikmati
ketenteraman jiwa serta bersedia menghadapi cabaran hidup dengan tenang. Cita-
cita melahirkan individu yang seimbang dan harmonis merupakan pernyataan utama
dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Faktor terakhir ialah faktor sejagat. Penggubalan FPK pula tidak terpisah
dengan pengaruh perkembangan sistem pendidikan antarabangsa. Sehubungan
dengan itu, idea-idea yang dihasilkan daipada seminar pendidikan antarabangsa
pula membawa pengaruhnya keatas FPK. Misalnya, program pendemokrasian
pendidikan, persarwajagatan pendidikan dan pendidikan seumur hidup dirancang
oleh UNESCO dalam tahun 1980-an telah dimanifestikan dalam pernyataan FPK
sebagai Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan.... ini jelaslah
mencerminkan konsep pendidikan seumur hidup
Elemen kedua ialah perkembangan potensi individu iaitu setiap individu telah
pun dianugerahkan bakat, potensi dan kebolehan yang mungkin terpendam. Bakat,
potensi dan kebolehan ini sebenarnya dapat dicungkil, dipupuk atau dikembangkan
lagi bagi menyerlahkanya. Melalui interaksi sosial dengan orang lain atau pun
peredaran alam sekitar dapat menjelmakan bakat, potensi serta kebolehan
seseorang individu. Oleh itu, setiap individu perlukan pendidikan kerana pendidikan
boleh memperkembangkan lagi bakat, potensi dan kebolehan mereka. Antara
maksud bagi elemen perkembangan individu secara menyeluruh dan bersepadu
pula ialah, bakat, potensi dan kebolehan tidak boleh dikembangkan secara
berasingan sebaliknya perlu dihubungkait atau diselaraskan bagi mengelakkan
pertentangan antara satu sama lain. Sekurang-kurangnya, perkembangan bakat,
potensi serta kebolehan mestilah merangkumi keempat-empat aspek iaitu intelek,
rohani, emosi dan jasmani.
Elemen insan yang seimbang dan harmonis pula ialah, setiap individu
mestilah mempunyai ilmu (intelek), sahsiah yang baik (emosi), percaya kepada
tuhan serta mempunyai akhlah yan terpuji (rohani) serta kesihatan diri yang baik
(jasmani). Keempat-empat aspek tadi perlulah seimbang untuk menghasilkan
individu yang mampu hidup secara harmonis dengan diri dan juga orang lain.
Individu seperti ini tidak akan mempunyai sebarang masalah dalam menempuh apa
juga cabaran kehidupan dan mampu menghadapi serta menyelesaikan pelbagai
masalah dengan baik.
Unsur yang terakhir ialah unsur jasmani. Unsur ini ialah menyedari tentang
kepentingan kesihatan fizikal. Mestilah mengembangkan bakat dan kemahiran
teknikal, manipulative dan sosial. Menggunakan kemahiran kecergasan fizikal untuk
memanfaatkan masyarakat.
Selain itu, kurikulum sekolah juga dilihat telah mengalami perubahan dari segi
bahan-bahan pengajaran yang lebih menitikberatkan nilai-nilai murni yang
diserapkan kedalam semua subjek bagi mencapai matlamat untuk melahirkan insan
yang seimbang dan harmonis. Perubahan kurikulum sekolah juga dapat dilihat
dalam sistem pendidikan negara kita yang mula berorientasikan ke arah pendidikan
umum dan perubahan sukatan pelajaran yang sesuai bagi mengasah kemahiran
pelajar dalam bidang teknologi, teknik dan vokasional.
Sekolah adalah institusi yang paling penting dan utama dalam usaha
merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sebagaimana yang kita tahu,
Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi,
jasmani dan sosial berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha
ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara . Aspek-
aspek seperti budaya sekolah, peranan guru, disiplin murid, aktiviti ko-kurikulum dan
juga aspek kepimpinan perlu diberi perhatian yang serius dan dilaksanakan secara
menyeluruh dan berkesan di semua sekolah. Dengan itu, tidak mustahil hasrat FPK
dapat direalisasikan.
Seterusnya ialah dalam aspek aktiviti ko-kurikulum. Melalui gerak kerja ko-
kurikulum, sifat-sifat kepimpinan, kerjasama, tolong-menolong dan sedia berkhidmat
dalam kalangan murid dapat dipupuk. Gerak kerja ko-kurikulum ini perlu dirancang
dengan teliti agar dapat melahirkan murid yang seimbang perkembangan mental,
sosial, jasmani dan rohani. Ia dapat mencungkil bakat murid, menambah kemahiran
dan meningkatkan keyakinan diri setiap murid. Kesannya , murid-murid juga akan
lebih berminat untuk belajar dan hadir ke sekolah.
Aspek disiplin juga turut sama pentingnya bagi merealisasikan hasrat FPK.
Disiplin berkaitan dengan tatatertib. Tatasusila, kesopanan dan akhlak. Sekolah
merupakan institusi terpenting dalam membentuk disiplin murid-murid. Proses
pembelajaran dan pengajaran akan menjadi lebih lancar, mudah dan menarik
seandainya masalah disiplin adalah sifar di sekolah. Ini kerana, masalah disiplin
akan menjejaskan tumpuan murid kepada pelajaran. Untuk mengawal disiplin setiap
murid bukanlah tugas guru dan sekolah semata-mata. Namun, ibu bapa seharusnya
memainkan peranan, contohnya melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).
Menurut Wilson dan Corcoran (1988), segala kejayaan dan kegagalan murid
terletak kepada pihak sekolah, iaitu guru besar dan guru. Kepemimpinan guru besar
pula dikenal pasti sebagai pemboleh ubah yang penting sekali, yang mempengaruhi
kualiti dan kuantiti hasil sekolah walaupun proses dalaman dan persekitaran sosial
(iklim), atau budaya sekolah juga merupakan pemboleh ubah yang mempengaruhi
dan menyebabkan perbezaan dalam pencapaian akademik murid (Rutter et
al,1979).
9.0 KESIMPULAN
Sekali lagi dinyatakan bahawa, peranan guru amat penting dalam menyahut
cabaran yang terkandung di dalam FPK untuk melahirkan rakyat Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia bertanggungjawab dan
keupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
Falsafah Pendidikan Negara
Falsafah Pendidikan Negara digubal bagi melahirkan para pelajar yang bestari.
Dengan merujuk kepada matlamat, objektif serta organisasi kandungan-
jelaskan pernyataan tersebut:
Salah satu yang terkandung dalam FPK adalah falsafah tentang manusia yang
berasaskan kepercayaan kepada Tuhan dan agama. Matlamat pendidikan adalah
untuk membangunkan semua aspek diri manusia secara harmonis dan seimbang
supaya kesepaduan fitrah diri manusia terpelihara. Berilmu dan berpendidikan harus
menghasilkan budi pekerti yang baik dan akhlak yang mulia yang sekali gus menjadi
cirri-ciri asasi seorang ahli keluarga, masyarakat dan warganegara yang baik dan
terdidik.
Satu konsep asas yang terkandung dalam FPK ialah tentang ilmu, nilai ilmu dan
peranan ilmu dalam pembangunan insan dan masyarakat. Nilai ilmu terletak pada
kebenaran kandungan yang berfungsi bukan sahaja untuk memaklumkan dan
menerangkan kepada manusia akan sesuatu, tetapi lebih penting lagi ilmu
mempengaruhi, mengubah dan membentuk diri serta masyarakat manusia. Fungsi
ilmu yang boleh mengubah manusia dan masyarakat inilah yang menjadikan
sesuatu yang amat tinggi nilainya. Pendidkan ialah satu proses dan aktiviti
sepanjang hayat dan manusia sentiasa berada dalam keadaan memerlukan
perluasan, pendalaman dan pengesahan kepada ilmu yang ada. Pengalaman bukan
sahaja boleh memperkaya dan mengukuhkan ilmu tetapi juga mencabar dan
mengubah ilmu yang sedia ada pada manusia.
FPK juga melihat individu itu dalam beberapa lapisan pertalian atau perhubungan.
Tujuan pendidikan bukan sahaja untuk pembangunan dan kesejahteraan diri individu
tetapi juga untuk pembangunan dan kesejahteraan setiap lapisan hubungan individu
berkenaan bermula dengan keluarga, meluas kepada masyarakat dan negara.
Berdasarkan FPK, jelas bahawa tujuan pendidikan tinggi bukan hanya setakat
memperoleh segulung ijazah atau diploma, tetapi adalah untuk pembangunan diri
manusia secara menyeluruh dan seimbang supaya menjadi seorang insan, ahli
keluarga dan masyarakat dan warganegara yang berilmu, bertanggungjawab,
berakhlak mulia, dan berbakti.
FALSAFAH PENDIDIKAN PELAHIR INSAN BERPARADIGMA DINAMIK
Sejarah telah membuktikan bahawa kehancuran tamadun Mesir, Greek, Rome dan
Parsi adalah berpunca dari gagalnya penerapan nilai-nilai murni kepada generasi
pewaris. Sejarah pasti berulang andainya dunia pendidikan negara pada hari ini
gagal menjana anjakan paradigma dalam setiap sel individu.
Proses pendidikan secara tidak formal seterusnya mulai berlaku apabila ibu merasai
ada bayi dalam kandungannya. Pendidikan ditahap ini adalah bercorak Ruhaniyat.
Ketika ini, ibu disarankan supaya sentiasa berdoa dan meletakkan harapan supaya
anak yang bakal dilahirkan nanti seorang yang soleh, berilmu, beramal dan
bertakwa. Ketika ini juga ibubapa mestilah berusaha mendapatkan sumber rezeki
yang halal. Ini kerana, benih yang akan melahirkan anak itu adalah dari darah dan
darah itu datangnya dari bahan makanan. Makanan yang haram akan
menggelapkan proses pendidikan anak-anak. Makanan ibu juga mestilah berzat
demi menjaga kesihatan diri dan bayi yang bakal dilahirkan.
Pendidikan berlaku lebih agak serius apabila kanak-kanak dilahirkan hingga mereka
berumur 4 atau 5 tahun. Jika pendidikan di tahap ini tidak betul, maka pincanglah
proses pendidikan yang seterusnya. Pines ada menyebut:
-Pines (1966)
Dalam tempoh 5 tahun ini, penekanan pendidikan berlaku dalam dua aspek
iaitu Ruhaniyat dan Jasmaniyat seperti berikut:
Anak yang baru lahir disambut dengan diazan ditelinga kanan dan qamat
ditelinga kiri
(Dipetik dari kertas kerja Falsafah Pendidikan kanak-kanak dalam islam, oleh Dr.
Abdul Halim El-Muhammady).
w Ruhaniyyat
Kuat atau lemahnya iman seseorang dapat diukur dan diketahui dari perilaku
akhlaknya. Kerana iman yang kuat mewujudkan akhlak yang baik dan mulia,
sedang iman yang lemah mewujudkan akhlak yang jahat dan buruk laku,
mudah terkelir pada perbuatan keji yang merugikan dirinya sendiri dan orang
lain.
w Akliyyat (Intelek)
w Jasmaniyyat
Di sini jelas bahawa, pendidikan merupakan satu wadah penting dalam menjana
anjakan paradigma dalam setiap individu. Jika taraf pendidikan individu sempurna,
maka lahirlah masyarakat madani progresif yang akan membina entiti negara
bangsa yang berdaulat di rantau global. Jika taraf pendidikan pincang, sudah
tentunya masyarakat negara kita tidak mempunyai jati diri yang unggul dan mantap.
Efektifnya, kita akan ketinggalan diera perkampungan global pada hari ini yang
penuh dengan rempah ratus bayu pembaharuan. Untuk itu, kita mestilah sentiasa
bersiapsiaga jika ingin terus mengatur derap langkah menuju ke puncak jaya lebih-
lebih lagi kita akan berdepan dengan arus globalisasi.
http://www.pustakamaya.net
Falsafah pendidikan timur juga berfokus kepada nilai-nilai murni dan bagaimana ilmu
yang diperolehi membawa kesan dalam kehidupan.
Falsafah pendidikan Barat menekankan nilai sesuatu ilmu sebagai keperluan untuk
membezakan taraf individu dengan individu yang lain.
Nilai-nilai murni amat penting agar rakyat dapat hidup dalam keadaan aman serta
kejayaan negara dapat dikecapi secara bersama. Pembangunan dan kemajuan
negara hanya boleh direalisasikan jika wujudnya masyarakat yang mencakupi
segala kriteria matlamat pendidikan negara dan formula Satu Malaysia itu sendiri.