Anda di halaman 1dari 2

Keistimewaan Dan Manfaat Dua Ayat Surah Yusuf Dan Taha

Kongsikan di
.
Keistimewaan dan manfaat dua ayat Surah Yusuf dan Taha. Al-Quran merupakan salah satu
anugerah dari Allah SWT kepada seluruh umat Islam yang tidak ternilai harganya. Selain
menjadi pedoman hidup, amat banyak manfaat dan fadhilat yang tersembunyi di dalam Al-
Quran untuk seluruh umat manusia terutama dari segi perubatan dan pemulihan.

Memandangkan amat banyak persoalan berkaitan permasalahan jodoh dan perhubungan yang
diajukan kepada blog shafiqolbu, sama ada hubungan di antara ibu bapa, suami isteri atau
teman-teman, makanya ana ingin berkongsi kepada antum semua dua ayat yang amat
bermanfaat.

1. Bacalah ayat 4 dari surah Yusuf berikut:

2. Kemudian sambung membaca surah Taha, ayat 39 :


Ayat ini adalah ayat pengasih bagi mengeratkan lagi hubungan suami isteri dan ianya juga boleh
untuk anak-anak, ahli keluarga, teman-teman dan sahabat handai. Setiap kali bertemu dengan
mereka atau siapa sahaja yang kita kehendaki, maka bacalah di dalam hati kedua ayat tersebut
di hadapannya. InsyaAllah antum akan mendapat hasil yang baik dan kesan positif daripada
mereka.

Sekiranya ingin disayangi dalam keluarga, rakan dan masyarakat, maka bacalah kedua-dua ayat
ini sebanyak 3 kali setiap kali selepas solat. Apa yang baik itu datang daripada Allah
dan setiap yang terjadi itu adalah atas kehendak-Nya jua.
.
.

Wallahu Alam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
.
.



.
~ shafiqolbu ~