Anda di halaman 1dari 4

Peranan Wali Songo dalam pengembangan Islam di Indonesia.

Wali Songo sememangnya mempunyai peranan yang sangat besar dalam


pengembangan Islam di Indonesia. Bahkan mereka adalah perintis utama dalam
bidang dakwah Islam di Indonesia, sekaligus pelopor penyiaran agama Islam di
Nusantara ini.

Wali adalah singkatan dari perkataan Arab, Waliyullah dan ia bermaksud


orang yang mencintai dan dicintai Allah manakala Songo pula adalah
perkataan Jawa yang bermaksud sembilan. Lantas Wali Songo merujuk kepada
wali sembilan yakni sembilan orang yang mencintai dan dicintai Allah. Mereka
diberi gelaran yang sedemikian kerana mereka dianggap penyiar-penyiar agama
Islam yang terpenting kerana kesungguhan mereka mengajar dan menyebarkan
Islam. Di samping itu, mereka juga merupakan para intelektual yang menjadi
pembaharu masyarakat pada masanya. Mereka telah mengenalkan pelbagai
bentuk peradaban baru yang merangkumi aspek kesihatan, bercocok tanam,
perniagaan, kebudayaan dan kesenian, kemasyarakatan dan juga pemerintahan.
Kesemua sembilan wali telah banyak memberikan sumbangan, namun dalam
esei ini sumbangan tiga orang tokoh wali pilihan yang juga merupakan contoh
representatif bagi kesemua wali-wali tersebut, akan dibincangkan dalam peranan
mereka meningkatkan tahap keintelektualan kehidupan menerusi agama Islam
dari aspek pendidikan, sosio-ekonomi dan politik. Mereka adalah Maulana Malik
Ibrahim, Sunan Giri dan Sunan Bonang.

Tokoh yang pertama ialah Maulana Malik Ibrahim yang berbangsa Arab
dari keturunan Rasullullah. Beliau datang dari Kasyan, Persia dan tiba di Jawa
pada 1404 sebagai penyebar agama Islam dan menetap di Leran, sebuah desa
yang terletak di luar kota Gresik. Beliau telah menjalankan dakwah Islam dengan
bijaksana dan dapat mengadaptasikan pengajarannya dengan masyarakat
sekeliling sehingga ramai rakyat tertarik dengan agama baru ini, lalu
memeluknya.

1
Beliau telah memperkenalkan bidang perdagangan dan melalui ini, beliau
berjaya mendapat tempat di hati masyarakat di tengah-tengah krisis ekonomi
dan perang saudara. Contohnya, beliau telah membuka sebuah warung yang
menyediakan keperluan bercucuk tanam dengan harga murah selain daripada
mengajarkan cara-cara bercocok tanam yang baru. Di samping itu, agama dan
adat-istiadat lama tidak langsung ditentangnya dengan kekerasan. Sebaliknya,
menerusi pergaulannnya sehari-hari, beliau menunjukkan kemuliaan akhlak
seperti kesopanan bertutur, sikap hormat-menghormati dan tolong-menolong
yang diajarkan agama Islam. Dengan inilah beliau telah berjaya menarik orang-
orang Jawa dari kasta bawahan untuk memeluk Islam. Beliau juga merupakan
pencipta pondok/ pesantren yang pertama di Gresik, umumnya di Tanah Jawa.
Pondok ini dibina kerana bilangan pengikutnya yang kian bertambah. Di sinilah
juga, beliau telah melahirkan mubaligh-mubaligh Islam yang bergiat di Tanah
Jawa. Kegiatan-kegiatan mendakwah dijalankan oleh beliau dengan penuh
dedikasi sehinggalah Maulana Malik Ibrahim meninggal dunia pada tahun 1419.

Tokoh kedua pula ialah Sunan Giri yang dilahirkan pada tahun 1365 di
Blambangan. Ayahnya adalah Maulana Ishak, seorang ulama Islam dar Arab
dan bermukim di Pasai, Acheh. Sunan Giri juga dikenali sebagai Raden Paku
atau Malana Ainul Yaqim dan merupakan seorang ulama yang dibekali dengan
pengetahuan agama yang mencukupi. Ilmunya yang mendalam dan dirinya yang
sentiasa menjadi rujukan dalam hal-hal agama telah membuat ramai
menganggapnya sebagi mufti.

Sunan Giri telah menyiarkan Islam dan menanamkannya ke dalam jiwa


penduduk dalam pelbagai cara. Beliau telah mendirikan sebuah masjid di
Kampong Laut sebagai langkah pertama untuk menyebarkan Islam dan
sehingga kini masjid itu masih kekal dalam bentuk asalnya walaupun telah
dipindahkan ke tempat lain. Selain itu, beliau juga telah memilih suatu lokasi
yang strategik bagi mendirikan pondok-pondok atau pesantren-pesantren yang

2
telah bertahan sampai ke abad 17, untuk muird-muridnya bagi mengajarkan ilmu
fiqih, hadis serta nahu dan saraf. Murid-muridnya pula bukan sahaja terdiri
daripada mereka yang datang dari Surabaya malah, ada juga yang berasal dari
Madura, Lombok dan Makasar. Dengan terdirinya pesantren-pesantren tersebut,
ia menjadi pusat dan markas gerakan dakwah yang terbesar dan terawal di
Jawa.

Di samping itu, beliau juga merupakan seorang pedagang yang


mengelilingi pulau-pulau di Indonesia seperti Kalimantan dan Sulawesi. Dengan
inilah beliau telah berjaya memikat ramai orang kaya dan orang-orang
terpandang dari Maluku, Pontianak dan Banjarmasin untuk memeluk agama
Islam.

Secara keseluruhannya, jasa terbesar beliau ialah usahanya menghantar


anak muridnya ke pelosok-pelosok Indonesia seperti Pulau Madura dan Bawean
untuk menyiarkan Islam. Selain itu, kedudukan Giri amatlah penting juga dalam
sejarah perkembangan politik dan pengaruh Islam di Pulau Jawa. Beliau banyak
telah berkemampuan mempengaruhi daerah-daerah Islam yang lain seperti
Japara, Tuban dan Bresik sehingga terbentuknya kerajaan Islam yang pertama
di Demak pada tahun 1479M.

Tokoh terakhir yang akan disentuh ialah Sunan Bonang yang juga dikenali
sebagai Raden Makdum Ibrahim. Beliau hidup di antara 1465-1525M. Beliau
meraih ilmu daripada ayahnya Maulana Ishak dan terkenal sebagai ahli kalam
atau ilmu Tauhid.

Sunan Bonang memainkan peranan yang besar dalam penubuhan


kerajaan Islam Demak. Di dalam dakwahnya dan kerana kedudukannya sebagai
penyokong kerajaan Demak, beliau telah berusaha memasukkan pengaruh Islam
ke dalam kalangan bangsawan keraton Majapahit. In dilakukannya dengan
memberi didikan Islam kepada Raden Patah, Sultan Demak pertama. Selain itu,

3
beliau juga telah membantu dalam penubuhan Masjid Agung di kota Bintoro
Demak.

Keistimewaan dan sekaligus pembaharuan yang dibuat oleh Sunan


Bonang ialah kebijaksanaan dan keunikannya dalam berdakwah yang telah
menambat hati rakyat agar datang ke masjid. Bahkan, beliau memberi
penekanan kepada kebersihan dengan menyediakan sebuah kolam di hadapan
masjid agar setiap pengunjung yang datang dengan sendirinya akan
membersihkan kaki mereka. Beliau telah mencipta alat musik Jawa yang disebut
Bonang serta tembang dan gending-gending Jawa yang berisikan ajaran Islam
untuk berdakwah. Bonang itu akan dibunyikan untuk menarik masyarakat
sekeliling yang mendengarnya agar berkunjung ke masjid sementara pengkut-
pengikutnya pula diajarkan menyanyikan tembang-tembang sehingga mereka
menghafalnya yang kemudian mereka pula akan mengajarkannya kepada ahli
keluarga masing-masing. Sedikit demi sedikit, Sunan Bonang dapat merebut hati
rakyat dan kemudiannya menanamkan pengertian yang teguh tentang Islam.

Secara kesimpulan, Wali Songo sesungguhnya telah memainkan


peranan yang penting dalam penyebaran Islam sekaligus mempertingkatkan
keintelektualan masyarakat pada masa itu. Di samping itu, mereka juga telah
berjaya mendirikan suatu kerajaan Islam di Indonesia.

Anda mungkin juga menyukai