Anda di halaman 1dari 3

Title SASTERA TERAS NEGARA BANGSA

Contributor Mohamad Saleeh Rahamad, Rozlan Mohamed Noor


Publisher ITBM, 2014

Perkembangan budaya popular yang dijanakan oleh kekuatan ekonomi pasar di garis hitam
kapitalisme yang semakin tebal, telah menjadikan karya rendahan yang berada di garis pinggiran
bertukar kedudukan menjadi arus perdana dan karya sastera tinggi yang selama ini menjdi arus
perdana bertukar kedudukan menjadi karya pinggiran. Penulisan pinggiran dan picisan serta
penulisan cinta pop muda mudi telah memalsukan persepsi dan memperlihatkan upaya pasaran
yang besar, telah membuat ahli ahli sastera serta pengurus sastera untuk menerima apa yang
kononnya dianggap sebagai realit harini.
Singh, Kavaljit, 1998, Memahami Globalisasi Kewangan Panduan Untuk Memperkuat Rakyat,
Yakoma-PGI, Jakarta)

Kapitalisme global telah mengurangkan campur tangan pihak kerajaan. Peemerintah sendiri telah
berusaha menghalang keganasan kapitalisme global ini, tetapi ketidakmampuan pada suatu negara
berkembang dan masih memerlukan perdagangan bebas serta membuka negara untuk kapitalisme
global. Globalisasi adalah sebuah perbincangan tentang sebuah perubahan yang menentukan secara
radikal sebagai transformasi hubungan-hubungan atau lembaga-lembaga ekonomi dan sosial pada
abad ke-21. Kavaljit Singh menjelaskan bahawa proses globalisasi pada masa ini bermula oleh lima
perkembangan utama, iaitu :

a. Pertumbuhan transaksi antarabangsa yang cepat


b. Pertumbuhan perdagangan yang cepat terutamanya perusahaan-perusahaan multinasional
c. Pelaburan asing langsung (FDI) yang mendapat sokongan luas di kalangan perusahaan
multinasional.
d. Meningkakan pasaran global.
e. Penyebaran teknologi dan pelbagai pemikiran sebagai perluasan sistem pengangkutan dan
komunikasi yang cepat dan meliputi seluruh dunia.
Dari hal ini, globalisasi merupakan suatu bahagian dalam sistem kapitalisme dan kemunculannya
tidak dapat dielakkan dari perkembangan kapitalisme sehingga membincangkan globalisasi tanpa
kapitalisme adalah sesuatu yang terasa tidak lengkap.

Sejak terciptanya kapitalisme sudah menjadi kekuatan yang mampu mencipta perubahan besar di
pelbagai negara. Kapitalisme secara radikal telah mengubah setiap fasa material, sosial, politik dan
budaya masyarakat yang pernah disentuhnya dan hal ini masih terus berlangsung
Rujukan: usahawan.com

Dasar penswastaan agensi dan syarikat milik kerajaan seperti hospital, universiti atau syarikat-syarikat
lain juga dilihat sebagai salah satu unsur yang membawa kepada amalan kapitalisme. Dasar penswastaan
ini telah diperkenalkan oleh kuasa kapitalis dunia, Amerika Syarikat dan Britain yang dilihat dapat
memberi faedah yang besar kepada kerajaan yang melaksanakannya. Di Malaysia sendiri, dasar
penswastaan telah banyak dilakukan melibatkan agensi-agensi besar seperti Telekom Malaysia, Syarikat
Penerbangan Malaysia (MAS) dan Tenaga Nasional Berhad. Melalui dasar penswastaan, kepentingan atau
pelaburan kerajaan dalam agensi dan syarikat milik kerajaan akan beralih daripada tangan orang ramai
kepada pihak swasta atau individu pemilik baru organisasi itu. Setelah diswastakan, kerajaan tidak lagi
perlu menyumbang atau menyuntik dana kepada agensi atau syarikat ini. Penjimatan dapat dibuat dan
seterusnya dapat meningkatkan pendapatan negara. Proses urusan syarikat ini kemudiannya akan diambil
alih oleh syarikat persendirian atau individu tertentu. Jika dilihat daripada sudut positif, dasar penswastaan
ini sebenarnya dapat meningkatkan lagi kecekapan agensi atau syarikat yang dilihat kurang berdaya maju.
Namun dari sudut lain pula, kita boleh rasai beban yang perlu digalas oleh orang ramai kerana terpaksa
membayar lebih daripada yang sepatutnya kesan daripada peningkatan bayaran terhadap perkhidmatan
yang diberikan oleh syarikat itu tadi.
Di Malaysia juga berlaku senario di mana pemodal tempatan dan antarabangsa enggan menaikkan upah
tenaga buruh hanya kerana ingin melipat gandakan keuntungan perniagaan. Gaji bagi kaum buruh
dibayar pada paras minimum, walaupun hakikatnya pemodal tadi telah mendapat keuntungan kasar yang
maksimum. Dek disebabkan gaji yang dibayar tidak setimpal, maka warga tempatan enggan untuk bekerja.
Para pemodal kapitalis tempatan dan luar negara ini pula mengambil jalan mudah dengan mengimport
tenaga buruh daripada negara lain. Akibat desakan hidup di negara asal, sudah tentu tenaga buruh luar ini
tadi tidak kisah jika dibayar dengan upah yang murah. Cita-cita untuk menaikkan taraf kehidupan warga
tempatan akan terus gagal, malahan ada yang semakin merosot taraf kehidupannya. Warga yang tidak
berduit, tidak mungkin akan berbelanja, secara tidak langsung akan menyebabkan ekonomi negara
semakin tidak berkembang.