Anda di halaman 1dari 2

Perpaduan antara masyarakat harus kukuh untuk Negara pergi lebih jauh dalam dunia moden.

Masyarakat di Malaysia masyarakat yang berbilang kaum. Maka, perlu adanya aktiviti yang berguna

untuk merapatkan persefahaman antara kaum di malaysia, dan tidak dinafikan bahawa gotong royong

mampu membentuk masyarakat yang kondusif. Melalui semangat bantu-membantu dan bekerjasama

membersihkan taman permainan, longkang, mahupun rumah ibadat, akan wujud rasa kekitaan.

Gotong royong mewujudkan ahli masyarakat kepada nilai-nilai murni, Rasa kekitaan, prihatin,

penyayang sesama individu dalam masyarakat akan membantu hasrat kerajaan untuk Negara mara

lebih ke depan dalam era globalisasi ini. Ini berdasarkan kesan positif gotong royong yang

sebenarmya membantu menangani gejala-gejala buruk dalam masyarakat seperti penagihan dadah dan

kecurian, lebih-lebih lagi gotong royong melibatkan penglibatan menyeluruh ahli masyarakat.

Bak kata pepatah melayu, berat sama dipikul, ringan sam dijinjing. Demikian juga tentang

kerja gotong royong ini. Semua orang mengetahui bahawa sesuatu pekerjaan yang berat dan juga

perbelanjaan akan menjadi mudah dan kos yg rendah sekiranya dilakukan bersama-sama. Itulah

prinsip gotong royong. Contohnya, jika sesuatu tempat itu menjadi kotor kerana sampah, mereka akan

bekerjasama membersihkannya dan tidak perlu membuang masa dan wang mengupah orang lain

membersihkan atau terpaksa menanggung pembelanjaan ubat kerana sakit akibat kesan jangka

panjang daripada longgokkan sampah yang tidak di uruskan dengan sempurna. Tidak kiralah sama

ada menyumbangkan derma atau tenaga untuk gotong royong, kesan gotong royong kepada

masyarakat secara keseluruhkan cukup bermakna untuk pembangunan masyarakat mahuan

pembangunan insan.

Kegiatan ini amat berfaedah dan mesti diamalkan dan dipupuk sejak kecil kerana meluntur

buluh biarlah dari rebungnya. Dengan menjadikan amalan ini sebagai suatu aktiviti penting dalam

kehidupan, penduduk disana banyak memperoleh pengalaman dan pengetahuan daripada amalan

tersebut. Selain itu juga, dapat mengetahui betapa senangnya untuk menyelesaikan sesuatu kerja

dengan tenaga kerja yang ramai. Oleh itu, amalan ini harus diingati dari satu generasi kepada satu

generasi. Kesan positif dari amalan ini adalah boleh dipraktikan untuk mengekalkan kesihatan dan
keadaan yang selesa dikawasan tempat tinggal. Hal ini kerana dengan adanya aktiviti gotong royong

ini akan menjadikan kawasan perumahanatau kampung selesa dan sihat tanpa ada sampah sarap.

Kesan positif gotong royong juga mengelakkan penduduk kg cenderamata daripada terkena

sebarang penyakit. Hal ini kerana sikap gotong royong yang diamalkan oleh penduduk kampung

tersebut menyebabkan penduduk kampung tersebut jarang di jangkiti sebarang penyakit. Penduduk

kampung cenderamata kerap melakukan aktiviti gotong royong yang menjadikan kampung tersebut

mencapai satu tahap iaitu menjadi kampung yang bebas daripada penyakit. Sampah sarap ini

menyebabkan pelbagai penyakit yang dihadapi oleh penduduk sekiranya aktiviti gotong royong ini

tidak dilakukan. Namun demikian, akibat daripada sikap penduduk kampung cenderamata yang

sangat mementingkan kesihatan penduduk disekitarnya yang telah menyebabkan kampung terebut

bebas daripada gejala penyakit seperti penyakit ades, malaria dan demam denggi.

Kesihatan penduduk kampung cenderamata juga sangat memberikan kesan yang baik

terhadap kesihatan penduduk kampung cenderamata ini. Ini di sebabkan oleh kerberkesanan dalam

kerjasama antara penduduk kampung tersebut dengan pihak-pihak yang bertanggungjawab dalam

memelihara kampung mereka sendiri daripada terkena sebarang masalah. Oleh itu sikap gotong

royong ini telah memberikan banyak kebaikan kepada penduduk kampung cenderamata tersebut.