Anda di halaman 1dari 1

Kesan kesan negatif lambakan graduan.

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, kadar


pengangguran pada Januari 2017 adalah 3.5 peratus. Catatan ini adalah sama seperti bulan
sebelumnya namun, perbandingan setahun ke setahun menunjukkan kadar peningkatan 0.1
peratus berbanding Januari 2016 iaitu sebanyak 3.4 peratus.
Justeru hal ini banyak memberi kesan negatif kepada ekonomi negara antaranya
penurunan keluaran negara. Ini berlaku apabila tenaga manusia yang dimiliki tidak
digunakan sepenuhnya dalam beberapa sektor ekonomi menyebabkan pengeluaran dalam
sektor tersebut berkurangan seterusnya akan mengakibatkan keluaran Negara
berkurangan.
Lambakan graduan juga memberi kesan negatif terhadap taraf hidup penduduk.
Taraf hidup penduduk di dalam sesebuah Negara dapat diukur berdasarkan kepada
pendapatan per kapita. Apabila wujudnya ramai tenaga buruh yang menganggur
menyebabkan keluaran Negara kasar berkurangan dan ini akan menjejaskan pendapatan
per kapita Negara. Pendapatan per kapita yang rendah menunjukkan bahawa taraf hidup
penduduk Negara tersebut pada tahap yang rendah.
Kesan negatif yang seterusnya ialah mengurangkan pendapatan negara. Apabila
kadar pengangguran adalah tinggi, maka pendapatan atau keuntungan pengusaha akan
berkurangan. Ini akan mengurangkan jumlah cukai pendapatan dan cukai keuntungan
syarikat yang dapat dipungut oleh kerajaan dan seterusnya akan mengurangkan
pendapatan negara. Pengangguran menyebabkan buruh kehilangan pekerjaan dan secara
tidak langsung menyebabkan kutipan cukai pendapatan berkurangan.
Hal ini secara tidak langsung telah melambatkan proses pembangunan negara.
Apabila pendapatan negara berkurangan, maka kerajaan tidak dapat menyediakan pelbagai
kemudahan infrastruktur yang perlu untuk menjana pertumbuhan ekonomi. Perbelanjaan
tersebut terpaksa dikurangkan dan akan melambatkan proses pembangunan
negara. Pengangguran yang tinggi menyebabkan ekonomi tidak dapat beroperas pada
tahap yang maksimum.
Kesan pengangguran terhadap sosial ialah mewujudkan keadaan tidak tenteram
dalam keluarga. Apabila berlaku pengangguran, keadaan rumah tangga berada dalam
keadaan tidak tenteram kerana akan berlaku pergaduhan dan pertengkaran dan akhirnya
membawa kepada penceraian.
Disamping itu, peningkatan kejadian anti sosial dalam masyarakat. Akibat dari
masalah kewangan yang dihadapi oleh pengangguran, maka mereka sanggup melakukan
rompakan, pembunuhan dan lain-lain kegiatan anti sosial untuk mendapatkan wang. Akhir
sekali kesan negatif daripada lambakan graduan ialah masalah tekanan jiwa dan tiada
kenyakinan diri. Penganggur yang telah lama menganggur akan mengalami masalah
tekanan jiwa yang hebat dalam kehidupannya. Mereka akan sentiasa berfikir bagaimana
tanggungjawabnya terhadap keluarga dapat disempurnakan dalam keadaan mereka sedang
menganggur.

Anda mungkin juga menyukai