Anda di halaman 1dari 6

PENJELASAN MENGENAI JIHAD

Oleh:
JAKIM

1. PENDAHULUAN

Perkataan Jihad adalah kalimah bahasa Arab yang telahpun diserap ke dalam bahasa

Kebangsaan. Fonatik kalimah ini sangat ringkas dan mudah. Namun begitu masyarakat

awam mempunyai persepsi dan pemahamannya yang tersendiri terhadap Jihad. Umumnya

ramai yang memahami Jihadsebagai suatu aksi yang dikaitkan dengan perjuangan dengan

menggunakan senjata dan secara fizikal semata-mata. Kalimah Jihad semata-mata hanya

disinonimkan dengan beberapa aksi yang bersifat kekerasan dan begitu drastik, melibatkan

senjata api dan berlaku pertumpahan darah atas dorongan untuk mendapatkan Syahid.

Pastinya tidak ramai yang menyedari bahawa pegangan sesetengah mereka yang fanatik

dan buta ilmu terhadap istilah jihad membawa kepada tercemarnya istilah suci jihad itu di

mata orang Islam dan juga bukan Islam.

2. TAKRIF JIHAD

Dari sudut bahasa, Jihad berasal daripada kalimah al-Juhd ( ), yang bererti

keberatan dan kesusahan. Dipandang dari sudut ini, maka Jihad bererti mencurahkan daya

dan tenaga kekuatan dalam usaha mencapai suatu matlamat atau cita-cita mulia dan

ideal, iaitu matlamat dan cita-cita Islam serta mendapat keampunan Allah, keredhaan dan

rahmatNya. Dalam pengertian yang lain, Jihad adalah mencakupi suatu usaha

bersungguh-sungguh untuk mencapai satu-satu tujuan yang diingini atau mempertahankan

sesuatu yang tidak diingini dengan berbagai cara: alat, ilmu pengetahuan dan sebagainya.

Jihad menurut al-Quran adalah umum dan menyeluruh, iaitu merangkumi semua
aspek daya dan tenaga kemampuan dan kekuatan seseorang Islam dalam menghadapi

musuh-musuhnya demi untuk mencapai cita-cita yang digariskan oleh al-Quran. Musuh-

musuh yang dimaksudkan di sini adalah meliputi musuh dalaman manusia iaitu Syaitan

berupa manusia dan juga Jins yang kerap menggoda nafsu manusia dalam bentuk zahir

ataupun batin.

Dalam al-Quran, penegasan mengenai kefarduan Jihad terdapat dalam berbagai

ayat. Di antaranya menyentuh Jihad berbentuk suruhan bersungguh-sungguh melaksanakan

ibadah (keupayaan melawan hawa nafsu), memperkaya ilmu, menggunakan al-Quran

sebagai makanisma untuk menegakkan kebenaran, pengorbanan harta dan juga

berbentuk pengorbanan jiwa.

3. JIHAD SEBENAR DALAM ISLAM

Berdasarkan nas-nas al-Quran terdapat dua pembahagian besar


terhadap Jihad, Pertama; Jihad Agung ( ) iaitu Jihad ke atas nafsu serta
menentang tipu daya syaitan. Kedua; Jihad Kecil ( ), iaitu meliputi bentuk-
bentuk Jihad yang lain seperti Jihad dengan hati (berdoa),Jihad dengan lisan (nasihat dan
tutur kata) atau kalam (penulisan), Jihad dengan ilmu dan pelajaran (memberi
pengetahuan), Jihad dengan harta (infak dsb.) dan seterusnya Jihad dengan tubuh badan
dan nyawa.

Jihad nafsu bermaksud jihad untuk membersihkan jiwa dan mensucikan hati dan sifat-

sifatnya yang rendah dan keji untuk diisi dengan sifat-sifat yang mulia dan

terpuji. Ringkasnya ia merupakan Jihad untuk mentaati Allah, tunduk kepada perintahNya

sepanjang masa. Ia dianggap Jihad Agung kerana luas medan perjuangannya yang tidak

terbatas dan terhad bagi menangkis musuh yang tidak dapat dilihat oleh pancaindera.

Sebagaimana yang dijelaskan di atas bahawa Jihad yang paling tinggi


ialah Jihad melawan nafsu. Jihad melawan nafsu meliputi kesanggupan kita bersabar

terhadap segala kesulitan dan cabaran-cabaran getir dalam menjalankan dakwah semata-

mata kerana Allah S.W.T. Termasuk juga Jihad melawan nafsu adalah Jihad melawan

syaitan. Menurut Ibn Al-Qaiyim, hal ini dapat dilakukan dengan dua cara,

iaitu, Pertama: dengan cara menolak bisikan yang dilemparkan ke dalam hati, sama ada

perasaan waswas, syak wasangka atau keraguan yang menggoyahkan

keimanan. Kedua: dengan melawan bisikan syaitan di dalam hati yang sentiasa mengajak

melakukan perbuatan maksiat dan mungkar. Untuk melawan kedua-duanya ini hendaklah

iman diperkukuh dan sentiasa sabar dan menahan diri.

Dalam hubungan ini, Jihad Agung iaitu melawan dan menundukkan nafsu yang

bersarang dalam hati lebih diutamakan daripada Jihadmelawan musuh yang berbentuk

luaran. Apabila gagal menundukkan nafsunya untuk berbakti kepada Allah S.W.T.,

tidak mungkin baginya berdaya memerangi musuh yang berada di luar, kerana ia masih

terkongkong oleh nafsunya sendiri.

Al-Qhardawi menjelaskan bahawa pendidikan (tarbiyah) dan pembinaan insan

adalah lebih utama dalam melaksanakan Jihad. Tarbiyah dan pembinaan yang

dimaksudkan ialah pembangunan insan mukmin yang mampu dan sanggup membawa

beban dan tugas dakwah, tidak bakhil harta dan jiwa serta teguh dalam menghadapi

setiap dugaan dan cubaan yang dilaluinya, demi menegakkan kalimah Allah S.W.T. Ibnu al-

Qaiyimmenjelaskan bahawa termasuk Jihad melalui bidang ilmu ialah dalam aspek

pembabitan kita dalam aspek-aspek perancangan, termasuk menyediakan perancangan

berstrategik, pelaksanaan dan sebagainya.

4. JIHAD DENGAN SENJATA


Perinsip umum Islam adalah agama yang mementingkan kedamaian daripada

peperangan. Islam menganjurkan semua manusia terutama pemeluk-pemeluknya supaya

sentiasa menjaga keamanan dan berbaik-baik kepada semua bangsa dan penganut

agama lain, kecuali kedudukan Islam terinaya atau terancam. Firman Allah S.W.T. dalam

Surah al-Baqarah, ayat 190 yang bermaksud;

Dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) agama Allah akan

orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu menceroboh (dengan

memulakan peperangan), kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-

orang yang menceroboh.

Firmam Allah dalam Surah al-Haj, ayat 39-40, bermaksud;

Diizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) yang diperangi (oleh golongan


penceroboh), kerana sesungguhnya Allah amat berkuasa untuk menolong mereka
(mencapai kemenangan).

Iaitu mereka yang diusir dari kampung halamannya dengan tidak berdasarkan
sebarang alasan yang benar, (mereka diusir) semata-mata kerana berkata: Tuhan
Kami adalah Allah.

Berdasarkan nas-nas al-Quran di atas adalah jelas bahawa jihad dengan


menggunakan senjata mestilah menepati syarat-syarat yang ketat dan bukti-bukti yang
jelas seperti kita boleh menentang mereka yang memerangani atau menghalau kita dari
tanah air kita yang dicintai.

5. KEFAHAMAN JIHAD DI MALAYSIA


Kebanyakan mereka yang terjebak dengan gerakan jihad di negara kita sama ada secara
sedar atau tidak sedar telah dipesongkan pegangan mereka mengikut pengertian yang
amat sempit dan menyeleweng dari segi ajaran Islam yang sebenar. Mereka yang
terpengaruh itu sering kali terperangkap dengan gerak saraf secara halus oleh musuh-
musuh Islam atau mereka yang menjadi kuda tunggangan musuh-musuh Islam dengan
tujuan untuk menghuruharakan atau menggugat negara yang setabil, aman dan sejahtera.

Dari tinjauan yang telah dibuat melalui akhbar dan media massa didapati mereka yang
terjebak dengan gerakan jihad militan ini adalah terdiri daripada mereka yang jahil
mengenai pengertian sebenar tentang istilah jihad atau mereka berpegang pengertian ini
secara menyeleweng.

Kedapatan juga mereka yang terlibat dengan gerakan jihad ini terpengaruh dengan
gerakan jihad yang berlaku di luar negara seperti di Palastine, Bosnia dan
sebagainya. Mereka menganggap suasana di luar negara yang menindas dan membunuh
orang-orang Islam di sana adalah sama keadaannya dengan Malaysia yang mendesak
mereka atau menuntut mereka untuk berjihad. Tanggapan atau perbandingan mereka
amat jauh terpesong dengan ajaran Islam yang menyuruh mereka berjihad kerana di
Malaysia tidak ada suruhan membunuh orang-orang Islam yang lain dan pihak pemerintah
senantiasa menggalakkan berjihad dalam ertikata yang lebih luas.

Satu lagi bukti pegangan salah oleh mereka yang terjebak dengan apa yang dinamakan
gerkan jihad di Malaysia ialah kepercayaan dan pegangan mereka bahawa Malaysia
bukan sebuah negara Islam. Kepercayaan yang mereka pegang ini hasil daripada didikan
dan momokan yang begitu lama oleh pihak-pihak tertentu yang membentuk minda serta
keimanan mereka bahawa gerakan perlu dibuat untuk menubuhkan sebuah negara Islam
mengikut acuan dan impian mereka.

Kepercayaan dan pegangan mereka ternyata salah dari segi siasah dan keputusan-
keputusan serta pengiktirafan dunia Islam yang meletakkan Malaysia adalah sebagai
sebuah negara Islam. Pengiktirafan tersebut bukan sahaja terbatas oleh dunia Islam tetapi ia
juga diiktiraf oleh ulamak-ulamak di negara ini yang tergolong daripada mereka yang tidak
ada kepentingan tertentu yang mengisytiharkan bahawa Malaysia adalah sebagai sebuah
negara Islam yang telah memenuhi syarat dan kriteria yang dikehendaki oleh para fuqaha
(ahli-ahli fiqah) yang mutabar.

Dari itu gerakan jihad untuk menentang Kerajaan sekarang ini adalah tidak benar dan

salah dari segi syarak serta kehendak-kehendak Islam. Ini adalah kerana pemerintah yang
ada sekarang senantiasa berusaha dan telah terbukti memajukan Islam.

6. KESIMPULAN

Dari perbincangan di atas dapat disimpulkan bahawa beberapa jihad yang penting
hendaklah diutamakan seperti jihad menentang hawa nafsu dan syaitan, jihad menuntut
ilmu dan memerangi kejahilan, jihad membanteras kemiskinan, masalah gejala sosial dan
sebagainya.

Gerakan jihad bersenjata bagi memerangi Kerajaan pada masa ini tidak menepati

syarat dan tidak langsung mengikut kehendak-kehendak Islam.

Waktu yang aman dan sejahtera yang ada pada kita hendaklah diisi dan seterusnya

memerlukan kita berjihad bagi membangunkan ummah, memerangi kemiskinan, kejahilan

dan penyakit serta membanteras penyakit-penyakit sosial.

Kewajipan dan tanggungjawab juga terletak dibahu kita semua bagi menjaga

kesejahteraan negara dari kekacauan dan huruhara serta mempertahankan kesucian

agama kita dari mereka yang cuba untuk menyelewengkannya dari tuntutan yang sebenar.

Anda mungkin juga menyukai