Anda di halaman 1dari 13

AT10303

PENGANTAR ILMU SEJARAH


SEMESTER 1 2015/2016

NAMA DAN NO MATRIK : AHMAD RIZAL BIN AMIN (BA15110014)


NAMA TUTOR : EN. ABDUL RAHMAN BIN MAD ALI@ABANG
MASA : 10.00 AM - 11.00 AM (RABU)
PENSYARAH : PROF. MADYA DR. BILCHER BALA

SOALAN 9 : "kita telah memperkembangkannya dan menjadikannya penyeluruhan


ataupun generalisasi yang pada dasarnya merupakan fakta yang lebih luas yang
dibuktikan serta diperkukuhkan melalui penghujahan serta penganalisisan kita terhadap
sumber yang telah kita dapati dan gunakan". (Muhd. Yusuf Ibrahim, 2000, Falsafah,
Pengertian, dan Kaedah, Hlm. 173). Berdasarkan kenyataan tersebut, jelaskan
kewajaran pendekatan penyeluruhan ataupun generalisasi dalam kajian sejarah.

0
1.0 PENGENALAN

Pengistilahan sejarah ditinjau dari sudut etimologi, Kamus Dewan Bahasa sejarah bererti
sastera lama, asal usul iaitu keturunan, salasilah, peristiwa yang benar-benar belaku
pada waktu yang lampau, kisah, riwayat tambo; tawarikh. 1 Istilah sejarah juga
berkemungkinan berasal dari perkataan Arab iaitu Syajaratun yang diambil dari nama
pohon yang mana pohon tersebut akan terus berkembang dari peringkat sederhana ke
kompleks.2 Manakala istilah Sejarah dari Bahasa Asing pula dari perkataan yunani,
historia yang bermaksud pengetahuan yang diperoleh melalui penyelidikan secara
melihat dan mendengar.3 Selain itu, terdapat juga dari Bahasa Asing yang lain seperti
geschiedenis daripada Belanda, Geschichte daripada Jerman, dan history daripada
Inggeris.4 Menurut Robin G. Collingwood, Sejarah merupakan penyelidikan atau
penyiasatan sesuatu perkara yang dilakukan oleh manusia pada masa lampau. 5
Kuntowijoyo 1990, menyatakan bahawa Sejarah ialah ilmu mengenai manusia yang
dalam masa yang sama menggunakan konsep generalisasi dalam kajian yang
dilakukan.6 Sejarah bermaksud mentafsirkan, memahami, dan mengerti sesuatu
peristiwa yang berlaku pada masa lalu. Dalam Sejarah, sejarawan atau pengkaji sejarah
itu perlu untuk memahami dan mengerti prinsip-prinsip umum bagi membantu
memahami kajian sejarah yang dilakukan. Sejarah sangat berhubungan dengan ilmu-
ilmu sosial lain kerana pada dasarnya mempunyai objek kajian yang sama iaitu manusia.
Sejarah juga seharusnya sebagai ilmu yang bersifat empiris, memiliki teori, mempunyai
generalisasi dan metode untuk menyatukan sejarawan itu kepada kajian yang dijalankan
tersebut. Oleh itu, fokus utama dalam perbincangan ini ialah kewajaran generalisasi
dalam kajian sejarah.

1
Tengku Iskandar, Kamus Dewan, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1970, hlm. 1033.
2
Nana Supriatna, Sejarah Untuk Kelas X Sekolah Menengah Atas, Indonesia : Grafindo Media Pratama,
2006, hlm. 3.
3
Drs. Sardiman A.M, M.Pd, Sejarah 1 SMA Kelas x, Indonesia : Yudhistira Quadra, 2007, hlm. 3.
4
Ibid.
5
Lisa Yip Shukye Phd, Pengantar Sejarah, Kuala Lumpur : Freemind Horizons Sdn. Bhd, 2013, hlm. 2.
6
Kuntowijoyo, Pengantar Ilmu Sejarah, Yogyakarta : Bentang, 1999, hlm. 10.

1
2.0 PENDEKATAN GENERALISASI DALAM KAJIAN SEJARAH

Generalisasi adalah berasal daripada bahasa Latin iaitu generalis yang bermaksud
umum. Dalam erti kata yang lain adalah pekerjaan penyimpulan yang dari khusus
kepada yang umum.7 Generalisasi yang sudah wujud boleh menjadi asas dalam
penyelidikan apabila kandungannya bersifat sederhana, dibuktikan oleh penyelidik lain
sebelum ini dan juga merupakan sejarah yang diterima oleh sejagat. Generalisasi itu
juga dapat dipakai sebagai hipotesis diskriptif, iaitu sebagai dugaan sementara ataupun
dikenali sebagai Generalisasi Konseptual. Menurut Saefur Rochmat (2009), generalisasi
adalah pernyataan tentang hubungan antara dua konsep atau lebih. 8 Pernyataan
tersebut boleh bermacam-macam bentuk iaitu dari pernyataan yang paling susah
menjadi pernyataan yang sederhana.

Generalisasi juga dianggap sebagai sebuah lambang bagi sesuatu peristiwa.


Menurut Carl Becker, fakta itu bukanlah semata-mata tarikh tentang sesuatu peristiwa
sahaja, tetapi merupakan sebagai lambang yang mewakili sesuatu peristiwa mahupun
sebagai sebuah gagasan.9 Sesuatu lambang itu adalah suatu penyeluruhan bagi satu
fakta yang lebih kecil. Misalnya, Empayar Melayu Melaka telah jatuh ke tangan Portugis
pada tahun 1511.10 Oleh sebab sejarah merupakan satu ilmu, fakta-fakta yang
dihasilkan hendaklah digeneralisasikan terlebih dahulu kerana dari kesimpulan umum
tersebut akan terhasil kesimpulan tertentu terhadap sesuatu peristiwa. Namun,
kebenaran dalam sesuatu kesimpulan tersebut tidak akan kekal atau bersifat abadi
sehingga suatu hari nanti kesimpulan ini dapat menemui kebenaran dan disokong oleh
bukti-bukti konkrit yang lebih kuat. Generalisasi dalam sejarah biasanya secara jelas
menyebut peristiwa-peristiwa, tempat, serta masa yang berlaku pada masa lampau.

Generalisasi boleh mengisi kekurangan yang terdapat dalam kajian sesuatu


peristiwa sejarah. Sejarah haruslah membezakan antara hutan dan pepohon. Sekurang-

7
Kuntowijoyo, Pengantar Ilmu Sejarah, Yogyakarta : Bentang, 2013, hlm. 145.
8
Saefur Rochmat, Ilmu Sejarah dalam Perspektif Ilmu Sosial, Yogyakarta : Graha Ilmu, 2009, hlm. 90.
9
Muhd. Yusof Ibrahim, Ilmu Sejarah Falsafah,Pengertian dan Kaedah, Selangor : Dewan Bahasa dan
Pustaka, 2000, hlm. 173.
10
Ibid.

2
kurangnya hutan itu memberi gambaran korelasinya dengan pepohon. Oleh hal
demikian, sesuatu pendekatan generalisasi yang baik bagi memudahkan orang ramai
dalam memahami sesuatu peristiwa sejarah serta dapat menjalankan sesuatu kajian
sejarah bersifat sejagat atau universal. Generalisasi secara ringkasnya merupakan satu
penyeluruhan bagi seribu fakta yang lebih kecil.

2.1 TUJUAN GENERALISASI

Tujuan generalisasi dalam kajian sejarah amatlah penting untuk menjaga kesahihan
atau ketepatan sesuatu kajian tersebut. Menurut kuntowijoyo (2008) pula
menyatakan bahawa generalisasi sejarah ialah membandingkan unit-unit sejarah.
Beliau turut menyatakan bahawa generalisasi ini bertujuan untuk dua perkara iaitu
saintifikasi dan simplikasi.11

2.1.1 SAINTIFIKASI
Saintifikasi bermaksud semua ilmu menarik kesimpulan umum. Tujuan
generalisasi dalam saintifikasi juga merupakan sejarah yang lebih condong pada
sesuatu kemungkinan atau lebih dikenali andaian awal. Generalisasi sejarah
sering diguna pakai untuk mengumpul teori yang lebih luas. Teori di peringkat
makro seringkali berbeza dengan generalisasi sejarah diperingkat mikro seperti
Revolusi Industri. Generalisasi sejarah biasa digunakan untuk menguji teori
yang lebih luas tetapi tidak semua generalisasi tersebut benar. Misalan dalam
sejarah, bagi Marxisme semua revolusi yang berlaku adalah perjuangan kelas.
Pada awalnya kajian tersebut digunakan untuk menganalisis Revolusi Perancis,
kemudian digunakan untuk semua revolusi.12

2.1.2 SIMPLIKASI
Simplikasi merupakan penyederhanaan dari masalah yang kompleks menjadi
sederhana dan mudah untuk difahami. Penyederhanaan ini perlu untuk
memudahkan sesuatu analisis itu. Oleh hal demikian, pendekatan generalisasi
dalam kajian sejarah amat penting supaya dapat memantapkan lagi sesuatu
11
Djoko Suryo dalam Kuntowijiyo, Penjelasan Sejarah, Yogyakarta : Tiara Wacana, 2008, hlm. 97.
12
Saefur Rochmat, op. cit., hlm. 91.

3
penyelidikan malah dapat menyatukan penyelidik dengan kajian yang hendak
dikaji. Contohnya, rusuhan Sabah 1986 sebagai satu peristiwa konflik politik
yang penuh dalam sejarah politik Sabah yang mengalami kekangan sumber. 13
Dengan adanya generalisasi, kajian sejarah dapat dilakukan dengan lebih mudah
dengan membuat satu kesimpulan umum tentang sesuatu peristiwa dalam sesuatu
kajian. Sesetengah penyelidikan sosial menggalakkan penyelidik datang ke
lapangan kepala kosong dan ia bertepatan dalam kajian sejarawan.
Namun,cepat atau lambat penyelidik harus melakukan penyederhanaan supaya ia
dapat menulis sesuatu.

2.2 JENIS-JENIS GENERALISASI

2.2.1 GENERALISASI KONSEPTUAL


Generalisasi Konseptual merupakan satu konsep yang menggambarkan sesuatu
fakta.14 Konsep-konsepnya tidak diambil dari ilmu yang lain, contohnya apabila
orang mengatakan tentang "revolusi", "pemberontakan" dan "pemogokan",
maka dalam gambarannya ialah darah, pertempuran dan pembelotan.

2.2.2 GENERALISASI PERSONAL


Generalisasi yang dimaksudkan ialah generalisasi yang dapat dimaksudkan
sama dengan cara berfikir dalam logik yang menyamakan yang bahagian dengan
keseluruhan, dengan erti kata lain "seolah-olah". Contohnya, peristiwa tentang
Indonesia Merdeka dengan Sukarno atau Hatta, atau Orba sama dengan
Suharto.15 Contoh bagi sejarah Malaysia adalah Kemerdekaan Malaysia dengan
Tunku Abdul Rahman.

2.2.3 GENERALISASI TEMATIK


Generalisasi yang diambil dari peristiwa yang sama dengan temanya. Contoh
buku Mahatma Gandhi pada tahun 1869 hingga 1948 iaitu An Autobiography,

13
Mohamad Hafiz Bin Riduan, Rusuhan Sabah 1986, Universiti Malaysia Sabah, Fakulti Kemanusiaan, Seni
dan Warisan, Tesis Ijazah Sarjana Muda Sejarah, (Bahan tidak diterbitkan), 2015.
14
Saefur Rochmat, op. cit., hlm. 93.
15
Ibid, hlm. 94.

4
menceritakan usaha Mahatma Gandhi untuk menyatakan kebenaran. 16 Contoh
sejarah di Malaysia, Haji Aman bin Kalok, Memoir Seorang Pejuang :
pegawai waran I (B), 8155 Hj. Aman bin Kalok mengisahkan berkaitan dengan
perjuangan beliau dalam konflik Konfrontasi sebagai pejuang negara dalam
mempertahankan Malaysia daripada Indonesia di Pulau Sebatik. 17

2.2.4 GENERALISASI SPATIAL


Generalisasi yang dikaitkan dengan tempat. Contohnya, negara China, Korea
dan Jepun adalah sebagai Timur Jauh atau Asia Timur. Untuk sebahagian besar
negara-negara Arab, Turki dan Iran, merupakan Asia Barat, manakala Asia
Selatan untuk negara India, Pakistan dan Bangladesh, dan Asia Tenggara untuk
negara-negara ASEAN dan Filipina. Dengan menyatukan nama-nama tempat ini,
kajian dapat dilakukan dengan lebih mudah dan cepat.

2.2.5 GENERALISASI PERIODIK


Generalisasi berdasarkan periodisasi yang kita pasti membuat kesimpulan
umum mengenai sesebuah period atau tempoh. Contohnya The Age of Believe
disebut sebagai zaman pertengahan di Eropah yang mana adalah kerana mereka
pada zaman tersebut lebih cenderung menggunakan kitab suci daripada
pemikiran.18 periodik merupakan sesuatu perkara yang tergantung kepada sudut
pandangan sejarawan dan jenis sejarah yang ingin ditulis.

2.2.6 GENERALISASI SOSIAL


Generalisasi Sosial iaitu membuat kesimpulan terhadap suatu kelompok sosial.
Misalan sejarah Revolusi Industri di England berfokus kepada majikan " master "
dan buruh "servent" yang mana majikan difahamkan akan memberi gaji dan
juga merupakan pemilik kilang dan buruh sebagai alat produk kilang yang akan
bekerja mengikut kelancaran mesin.19 Melalui konsep kelompok sosial ini kita

16
Ibid.
17
Mohd Zulkifflee bin Thomas, Akhbar Sebagai Sumber Sejarah : Penelitian Terhadap Daily Express
Berkenaan Pembentukan Malaysia, Universiti Malaysia Sabah : Fakulti Kemanusiaan, Seni dan
Warisan.Tesis Ijazah Sarjana Muda Sejarah, (Bahan tidak diterbitkan), 2015, hlm. 20.
18
Saefur Rochmat, op. cit., hlm. 95.
19
Maria-Cristina BALANEASA, From Industrial Relations Towards The New Paradigma of Labor Relations,
The USV Annals of Economics and Public Administraction, 12, 1(15), 2012, hlm. 258.

5
dapat lihat konsep ini mewakili kelompok yang terlibat.

2.2.7 GENERALISASI KAUSAL


Generalisasi Kausal ialah generalisasi yang membuat kesimpulan atas dasar
sebab musabab. Pada peringkat individu, kesimpulan umum dapat dibuat
tentang sebab musabab individu tersebut berubah. Begitu juga Generalisasi Kausal
aitu keluarga, negara, masyarakat, budaya, dan sejarah. Setiap perkara atau
peristiwa yang mempunyai sebab musabab akan digeneralisasikan supaya
dapat dapat mengetahui kebenaran yang sahih lagi tepat. Sebagai contoh
kejatuhan kerajaan maritim awal seperti Srivijaya, Melayu Melaka, Brunei dan
lain-lain kerajaan awal adalah disebabkan kegiatan perlanunan yang berlaku. 20

2.2.8 GENERALISASI BUDAYA


Generalisasi Budaya ialah satu kesimpulan atas dasar budaya "adat resam"
dalam konteks yang luas. Misalnya, tidak ada anak ulama yang masuk sekolah
umum sebelum kemerdekaan dicapai. Para pelaku sejarah sendiri kadang-kadang
melakukan Generalisasi Budaya. Generalisasi ini menarik kesimpulan-
kesimpulan untuk menghasilkan kesimpulan umum tentang budaya pada masa dan
peristiwa tertentu.

2.2.9 GENERALISASI STRUKTUR


Generalisasi struktur ialah generalisasi yang membuat kesimpulan struktur fizik
mahupun bukan fizik seseorang agar mudah mengenali atau membezakannya.
Menurut Kuntowijoyo, Contoh yang dapat dilihat ialah individu boleh melihat
seseorang itu berasal dari negara Jepun dengan melihat dari matanya yang
sipit, bukan orang Korea.21

2.3 GENERALISASI SISTEMATIK


Generalisasi sistematik pula ialah pembuatan kesimpulan umum tentang adanya
suatu sistem dalam sejarah. Misalannya, kerajaan kesultanan melayu melaka

20
Idris Boi, Bujang Senang Lagenda Sebuah Cinta Sebuah Novel Klasik, Buku Prima : Selangor, 2008,hlm.
87.
21
Kuntowijoyo, op. cit., 1999, hlm. 144.

6
mengirimkan Ufti kepada Kerajaan China untuk memperolehi perlindungan.

3.0 KEWAJARAN PENDEKATAN GENERALISASI DALAM KAJIAN SEJARAH

Dalam ilmu Sejarah, terdapat sejumlah keterampilan yang dapat diklasifikasikan menjadi
kemahiran berfikir, kemahiran teknikal dan kemahiran sosial. Sejumlah kemahiran
berfikir yang penting dalam ilmu sejarah di antaranya adalah menarik kesimpulan,
membuat generalisasi, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Fungsi
generalisasi dalam ilmu sejarah amatlah penting kerana dapat membantu dalam
memahami dan mendalami sesuatu peristiwa sejarah. Tanpa generalisasi, sesuatu
peristiwa sejarah akan mengambil masa yang lama untuk difahami dan didalami.
Pendekatan generalisasi amatlah wajar digunakan dalam kajian sejarah kerana ia
meliputi aspek yang luas sama ada untuk kepentingan pengkaji atau bukan pengkaji.

Pada kebiasaannya, para sejarawan dalam merumuskan generalisasi akan memberi


interpretasi mengenai masa lampau dengan kenyataan yang benar iaitu sah dan
diterima pakai dalam ilmu sejarah. Maka generalisasi sejarah dapat berguna untuk
memberikan gambaran bagaimana penyelidikan sejarah yang terus menerus sehingga
dapat menguji generalisasi yang terdahulu. Dengan mengumpulkan fakta yang banyak,
maka gambaran sesuatu peristiwa tersebut dapat digeneralisasikan dengan lebih baik.
Dalam disiplin ilmu sejarah, fakta merupakan elemen yang penting dalam satu-satu
pernyataan yang mana kesahihan telah diuji. Fakta sejarah yang sebenar adalah
bergantung pada kepentingan sesuatu peristiwa atau kejadian itu kepada masyarakat
atau individu yang berkenaan. 22 Oleh hal demikian, generalisasi ini akan terlihat penting
dalam menggambarkan sesuatu peristiwa sejarah.

Generalisasi merupakan kesinambungan tentang hubungan antara konsep dan


berfungsi untuk membantu dan memudahkan pemahaman sesuatu peristiwa sejarah.
Maka, ia memudahkan orang ramai untuk memahami sesuatu peristiwa sejarah. Malah,
generalisasi boleh mengisi kekurangan yang terdapat di dalam sesuatu kajian sejarah.

22
Muhd. Yusuf Ibrahim, op. cit., hlm. 168.

7
Dengan memahami sesuatu peristiwa tersebut, maka secara automatik kita mengetahui
siapa yang terlibat dalam peristiwa tersebut, tempat kejadian, dari segi masa dan saksi.
Oleh itu, generalisasi juga penting dalam memahami sesuatu peristiwa sejarah.
Dengan adanya generalisasi dalam kajian sejarah, tempat atau kawasan sejarah
dapat ditemukan dan ditentukan mengikut sudut peristiwa sejarah yang berlaku. Para
pengkaji dapat mengumpul tempat-tempat peningggalan sejarah dan menjadikannya
pusat kajian sejarah. Oleh hal demikian, penemuan-penemuan ini akan digeneralisasikan
dan menjadi panduan umum para pengkaji. Para sejarawan yang ingin menjalankan
kajian akan lebih mudah dan cepat dengan mengetahui tempat atau tapak yang ingin
dikaji. Justeru, pendekatan generalisasi amat wajar digunakan dalam kajian sejarah
kerana dapat menghubungkan dan menyatukan tempat-tempat peninggalan sejarah.

Selain itu, generalisasi juga berfungsi untuk menjelaskan sesuatu peristiwa


berdasarkan sebab musabab. Generalisasi berfungsi untuk mengetahui penyebab dan
pengaruh sesuatu kejadian yang berhubungan dengan penyertaan dalam kajian sejarah
yang boleh membentuk suatu kajian sejarah kepada yang lebih kompleks dan tepat.
Generalisasi yang sering digunakan untuk mengetahui sesuatu peristiwa berdasarkan
sebab musabab ialah Generalisasi Kausal. Contohnya, kejatuhan kerajaan-kerajaan
maritim awal seperti Srivijaya, Melayu Melaka, Brunei dan sebagainya disebabkan oleh
kegiatan perlanunan.23 Ahli-ahli sejarah perlu melakukan proses menilai fakta-fakta yang
terdapat dalam sumber primer. Proses menilai fakta-fakta dalam sumber primer amat
penting kerana ia akan melibatkan proses tafsiran. Proses tafsiran ini akan membawa
kepada ahli sejarah untuk melihat sebab dan akibat sesuatu kejadian ataupun peristiwa
sejarah.24 Oleh hal demikian, generalisasi ini juga penting untuk memperjelaskan
sesuatu peristiwa sejarah bedasarkan sebab musabab.

Generalisasi juga menghubungkan Teori Ahli Falsafah Lama dengan Falsafah Baru.
Generalisasi penting bagi mewujudkan pertembungan hasil kajian ataupun teori-teori
yang dicetuskan oleh ahli falsafah awal dan juga ahli falsafah lama. Jika idea-idea yang
diutarakan bersifat sejagat maka idea itu dihimpunkan kerana mempunyai nilai sejagat.

23
Idris Boi, op. cit., hlm. 87.
24
P. Sivarajan PhD, S. Malar Arasi, Pengantar Sejarah, Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd, 2012,
hlm. 59.

8
Keterkaitan dua nilai sejarah dan generalisasi yang saling bergantung ini akan
mewujudkan idea-idea yang dicetuskan oleh para sarjana bidang sejarah yang
seterusnya idea itu akan menjadi fakta yang bersifat sejagat misalan kita dapat lihat
daripada sejarah melayu iaitu Kesultanan Melayu Melaka yang merupakan simbolik
kepada rakyat Malaysia.

4.0 REVOLUSI INDUSTRI SEBAGAI CONTOH PERISTIWA YANG


DIGENERALISASIKAN.

Revolusi bermaksud suatu perubahan sosial dan kebudayaan yang berlangsung secara
cepat dan menyangkut dasar-dasar kehidupan masyarakat. Manakala Revolusi Industri
pula merujuk kepada perubahan yang cepat dalam bidang ekonomi iaitu dari kegiatan
ekonomi agraria ke ekonomi industri yang menggunakan mesin dalam mengolah bahan
mentah menjadi bahan terpakai. Revolusi Industri pertama tercetus di England pada
sekitar atau dekad selepas pertengahan kurun ke-18. 25 Pada asasnya, Revolusi Industri
tertumpu kepada bidang sains dan teknologi. Namun begitu, kepentingannya tidak
kepada bidang ini sahaja, implikasinya menjangkau luas ke bidang ekonomi, politik dan
sosio-budaya. Keseluruhan proses ini kadangkala disebut pemodenan. 26

Perkembangan ilmu pengetahuan dan teknologi di inggeris sangat maju kerana


disebabkan faktor keamanan politik di Inggeris. Faktor penentu lain ialah penemuan
mesin wap oleh James Watt yang merupakan jurutera kebangsaan Skotlandia pada
tahun 1763.27 Seterusnya penemuan lain seperti mesin pemintal Jenny oleh James
Hargreaves28 dan nama Jenny diambil dari nama isteri beliau sendiri pada tahun
1776.Terdapat banyak lagi penemuan yang telah dihasilkan dan menjadi faktor
tercetusnya revolusi industri.

Revolusi industri telah memberi akibat yang luas dalam kehidupan manusia seperti
munculnya industri secara besar-besaran, timbulnya golongan berjuis dan golongan
25
Qasim Ahmad, Karya Sejarah, Pendekatan dan Persoalan, Edisi Kedua, Kuala Lumpur, : Dewan Bahasa
dan Pustaka 2000, hlm. 81.
26
Ibid. hlm. 82.
27
Michael H. Hart, 100 Orang Paling Berpengaruh di Dunia Sepanjang Sejarah, Jakarta Selatan : Hikmah,
2009, hlm. 119-122.
28
Ibid.

9
buruh. Pertentangan antara kedua golongan ini telah membawa sosialisma dan
komunisma di Inggeris. Urbanisasi telah berlaku dimana penduduk daerah pertanian
telah berpindah ke bandar industri sehingga menjadi kosong manakala di bandar
industri pula menjadi padat. Seterusnya, timbulnya kapitalisma moden iaitu susunan
ekonomi yang berpusat pada nasib perseorangan, di mana wang memegang peranan
yang sangat penting.29

Tuntasnya, generalisasi dari revolusi industri ini ialah satu revolusi yang
menciptakan sesuatu keperluan akan sumber-sumber bahan mentah, pasar-pasar baru,
dan tempat-tempat penanaman modal yang membawa persaingan di antara bangs-
bangsa untuk mendapatkan koloni-koloni. Oleh itu, revolusi industri ini dapat di
generalisasikan sebagai suatu perubahan yang cepat dalam kegiatan industri dan
membawa perkembangan teknologi-teknologi baru. Contoh peristiwa ini merupakan
fakta yang jelas merupakan lambang yang mewakili, ataupun terdiri daripada beberapa
persoalan yang mengandungi fakta yang lain seperti siapa yang terlibat dalam peristiwa
tersebut dan bila bermulanya sesuatu peristiwa tersebut.

5.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, generalisasi ini berguna dalam memberikan interpretasi mengenai


masa lampau berdasarkan fakta sehingga generalisasi itu dapat memberikan ilustrasi
bagaimana penyelidikan sejarah yang terus menerus dapat berguna untuk menguji
generalisasi terdahulu. Generalisasi adalah sesuatu perkara yang wajar di dalam kajian
sejarah bagi memudahkan dan memahami sesuatu peristiwa sejarah. Dengan ini,
sesuatu peristiwa sejarah dapat dijelaskan secara teliti dan teratur. Generalisasi sejarah
merupakan suatu kenyataan daripada gabungan konsep-konsep dan berfungsi sebagai
alat pembantu untuk berfikir dan memahami. Ilmu pengetahuan tidak akan dapat
dibentuk apabila tidak disokong oleh generalisasi. Kesimpulan-kesimpulan umum
penting dalam kepelbagaian ilmu terutamanya dalam ilmu sosial dan ilmu sejarah

29
Ibid.

10
kerana ia berfungsi dapat membantu manusia memahami dan menyedari tentang
fenomena yang berlaku di sekeliling mereka. Oleh hal demikian, fakta-fakta sosial yang
berlaku dalam kehidupan dihubungkan oleh generalisasi.

6.0 RUJUKAN

BUKU

Djoko Suryo dalam Kuntowijoyo. 2008. Penjelasan Sejarah. Yogyakarta : Tiara Wacana.

Drs. Sardiman A.M. M. Pd. 2013. Sejarah 1 SMA Kelas X. Indonesia : Yudhistira Quadra.

Idris Boi. 2008. Bujang Senang Lagenda Sebuah Cinta Sebuah Novel Klasik. Selangor :
Buku Prima.

Kuntowijoyo. 1999. Pengantar Ilmu Sejarah. Yogyakarta : Bentang.

Kuntowijoyo. 2013. Pengantar Ilmu Sejarah. Yogyakarta : Bentang.

Lisa Yip Shukye Phd. 2013. Pengantar Sejarah. Kuala Lumpur : Freemind Horizons Sdn.
Bhd.

Michael H. Hart. 2009. 100 Orang Paling Berpengaruh di Dunia Sepanjang Sejarah.
Jakarta Selatan : Hikmah.

Muhd. Yusof Ibrahim. 2000. Ilmu Sejarah Falsasafah, Pengertian, dan Kaedah.
Selangor : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nana Supriatna. 2006. Sejarah Untuk Kelas X Sekolah Menengah Atas. Indonesia :
Grafindo Media Pratama.

P. Sivarajan PhD. S. Malar Arasi. 2012. Pengantar Sejarah. Selangor : Penerbitan


Multimedia Sdn. Bhd.

Qasim Ahmad. 2000. Karya Sejarah. Pendekatan dan Persoalan. Edisi Kedua. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Saefur Rochmat. 2009. Ilmu Sejarah dalam Perspektif Ilmu Sosial. Yogyakarta : Graha
Ilmu.

Tengku Iskandar. 1970. Kamus Dewan Bahasa. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.

JURNAL

11
Maria-Cristina Balaneasa. 2012. From Industrial Relations Towards The New Paradigm
of Labour Relation. Vol 12. The USV Annals of Economics and Public Administration.

LATIHAN ILMIAH

Mohamad Hafiz bin Riduan. 2015. Rusuhan Sabah 1986. Universiti Malaysia Sabah.
Fakulti Kemanusiaan, Seni dan warisan. Tesis Ijazah Sarjana Muda Sejarah. (Bahan
tidak diterbitkan).

Mohd Zulkifflee bin Thomas. 2015. Akhbar Sebagai Sumber Sejarah: Penelitian
Terhadap Daily Express Berkenaan Pembentukan Malaysia. Universiti Malaysia Sabah:
Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan. Tesis Ijazah Sarjana Muda Sejarah. (Bahan
tidak diterbitkan).

12

Anda mungkin juga menyukai