Anda di halaman 1dari 4

A.

LATAR BELAKANG TEMPAT ASAL

1. Anda datang dari negeri mana?

Saya datang dari Negeri Sembilan.

2. Di manakah rumah keluarga tempat anda tinggal?

Keluarga saya tinggal di Rahang, Negeri Sembilan.

3. Adakah lokasi tempat tinggal anda dan keluarga membolehkan pergaulan antara etnik

berlaku?

Lokasi tempat tinggal saya dan keluarga saya membolehkan kami dapat bergaul antara

etnik.

B. PENGALAMAN PERSEKOLAHAN

4. Di manakah anda bersekolah sebelum ini?

Saya bersekolah di SMK King George The Fifth Seremban.

5. Bagaimanakah komposisi mengikut entik pelajar sekolah andsa itu?

Komposisi pelajar di sekolah saya ialah seramai 50% adalah dari kaum Melayu 30%

tergolong dari kaum India dan 20% dari kaum Cina.

6. Adakan anda mempunyai rakan daripada etnik lain semasa di sekolah? Mengapa?

Saya mempunyai kawan daripada etnik lain semasa di sekolah kerana saya berasa lebih

selesa berkawan dengan etnik yang lain.


7. Adakah anda mempunyai rakan daripada etnik yang sama semasa di sekolah? Mengapa?

Saya juga mempunyai rakan yang terhad daripada etnik yang sama semasa di sekolah.

Saya mempunyai rakan daripada etnik yang sama kerana saya memerlukan teman

semasa ke surau dan semasa kelas agama dijalankan sewaktu masa pengjaran

pembelajaran.

8.Adakah pengelompokan mengikut etnik yang sama berlaku di sekolah? Mengapa?

Pengelompokan mengikut etnik yang sama sering berlaku di sekolah saya kerana saya

beranggapan bahawa pelajar berasa selesa dengan berkawan dengan etnik yang sama.

Mungkin kerana dari segi bahasa. Besar kemungkinan bahawa pelajar Cina selesa

berkomunikasi dalam bahasa Cina dengan kawan-kawanya.

C.INTERAKSI ANTARA PELAJAR DI FAKULTI /UNIVERSITI

9. Adakan anda mempunyai kawan rapat daripada etnik lain di universiti ini?Mengapa?

Saya masih mempunyai kawan rapat daripada etnik yang lain di universiti sama seperti

zaman persekolahan saya. Ini kerana saya rasamereka lebih memahami saya dan saya

rasa selesa bergaul dan berkawan dengan etnik yang lain.

10. Bilakah masa anda bergaul dengan etnik lain di Universiti ini? Mengapa?

Kawan-kawasan saya daripada etnik yang lain belajar sama kelas dengan saya. Kami

bergaul semasa "group studies", bersenam,waktu makan, rehat dan sebagainya. Kami

bergaul kerana pergaulan ini dapat menengkan fikiran kami dan kami dapat

merapatkan hubungan kami antara satu sama lain.


11. Adakan anda mempunyai ramai kawan daripada etnik yang sama di universiti ini.

Mengapa?

Saya tidak mempunyai ramai kawan daripada etnik yang sama di universiti ini. Ini

kerana saya beranggapan bahawa berkawan dengan sama etnik membawa banyak

masalah. Disebabkan itu saya kurang gemar berkawan dengan etnik yang sama.

12. Apakah aktiviti universiti yang menggalakkan interaksi antara etnik? Mengapa?

Ada kalanya kami akan mengadakan sukaneka dan sebagainya. Semasa itu saya dapat

lihat bahawa aktiviti sukan dapat menggalakkan interaksi antara etnik berlaku. Aktivi

persediaan awal untuk menjalankan sukaneka dan sebagainya memerlukan tenaga

kerja dan persediaan awal yang banyak. Semasa persediaan awal itu saya dapat

melihat proses interaksi berlaku dengan kerap antara etnik.

D. INTERAKSI ANTARA PELAJAR DI TEMPAT KEDIAMAN.

13. Di mana anda tinggal (kediaman pelajar) pada semester ini?

Saya menyewa sebuah bilik di Kampung Ketoyong.

14. Etnik apa rakan serumah/sebilik anda? Mengapa anda pilih rakan berkenaan?

Rakan sebilik saya dari etnik India. Saya memilih dia sebagai rakan sebilik saya kerana

kami belajar di kelas yang sama dan kami adalah kawan rapat dari sekolah menengah

lagi

15. Mengapa anda pilih atau tidak pilih rakan daripada etnik lain?

Saya tidak pilih rakan sebilik dengan etnik yang sama kerana saya kenal

Sunther(rakan sebilik) sejak bangku sekolah dan saya selesa berkawan dengannya.
16. Pada pandangan anda mengapa pelajar suka bergaul dalam, kumpulan etnik yang sama?

Pelajar suka bergaul dalam etnik yang sama kerana bahasa. Mereka suka

berkomunikasi dengan bahasa ibunda mereka dan mereka beranggapan bahawa

kawan daripada etnik yang sama dapat memehami mereka dengan lebih baik.

E. KESELURUHAN UNIVERSITI

17. Adakan pengelompokan mengikut etnik berlaku di universiti? Mengapa ianya berlaku?

Pengelompokan etnik kurang berlaku di Universiti berbanding di sekolah. Ini kerana

terdapat banyak etnik di Universiti. Pelajar disini berkawan dengan pelbagai etnik

mengikut keselesaan mereka. Bahasa bukan masalah dalam kalangan pelajar di

Universiti dan mereka berfikiran matang semasa berkawan.

18. Apakah perkara-perkara yang menjejaskan hubungan antara etnik di universiti?

Perkara-perkara seperti pandangan yang negatif terhadap sesebuah etnik menjejaskan

hubungan antara etnik di universiti.

Anda mungkin juga menyukai